Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) DAN Permohonan Rumah PR1MA


PPA1M

Bagi kakitangan awam yang nak mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Fasa 2, permohonan online akan dibuka pada 12 Februari 2015 hingga 12 Mac 2015. jangan lupa isi yer pada yang berminat.. Alhamdulillah, aku dah dapat masa fasa 1 siri 3 dulu... dapat rumah kat presint 16, sebelah Alamanda... 


boleh isi borang kat link bawah ni nanti :




PR1MA

untuk permohonan rumah PR1MA pulak, permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Februari 2015. boleh isi kat link nih 







Alahai..........




baru masuk minggu ke-2 skolah kot???





Pasta Express Putrajaya



skang ni mood masak memang ke laut... maklum la baru dapat bonus :p. asik nak makan kat luo jer... sampai umah setiap hari pas amik hadif dari KAFA kui 5.50pm camtu... pastu nak besilat kat dapo... tambahan pulak cik hessa skang ni dalam fasa nak menempek je kat aku ni... pantang bergerak sikit mesti merengek... nak kena dok depan mata dia jaa.. nak buat kerja pon tak boleh.... haih.

selalu kalau malas masak aku suh incik somi tapaw jer.. kalau rajin baru kua makan. itu pon pegi desa pinggiran jer.... hadif pon dah komplen asik makan tempat yang sama jerk. hiks... so malam tadi tekak nak makan western... nak pegi bangi macam jauh... so, carik kat area putrajaya je la... 

singgah kat satu restoran nih - Pasta Express Presint 15. rasanya baru lagi kot kedai ni.. tak penah perasan pulak before... so, kita try kat sini je la.. sebelum masuk suh incik somi riki dulu harga makanan dia, okey ke tidak.. kikiki..

perabot dalam kedai ni serba putih... cantik. cozy.


aku order grill ciken. cik somi mixed grill. then order sup cendawan. oh, kids eat free kat sini yer. tapi dia bagi 2 choices je kot.


sedap jugak food kat sini. boleh repeat balik.

total semua makan dalam RM60++. harga makanan kat sini standard secret recipe je aku rasa.. ngeee~


Mak Ayah Carikkan Jodoh....



Baca tajuk entry ni rasa macam dalam novel or drama je kan? zaman la ni mana ada pilihan keluarga dah? maybe ada, tapi sangat la kurang... semua nak carik pasangan sendiri kan?

tapi percaya lah.... mak ayah aku carikkan jodoh untuk adik aku. ngeee~ 

mak aku asyik dok tanya adik aku dah ada calon ke belom? nak mak carikkan tak? mula² tu memang adik aku bolayan... buat tak tau jer.. tapi entah satu hari tu dia kata ok.... aku pon mulanya rasa sangsi jugak kan? adik aku tak mau becinta ke apa? tak mau carik sendiri ker? tapi pikir balik banyak baiknya bercinta lepas kawin. kan? aku pon main peranan jugak nasihat adik aku.. apa salahnya.. restu mak ayah tu penting kan? pilihan dorang mesti yang terbaik... adik aku jumpa bakal isteri dia tu 2 kali jer, masa merisik n bertunang. 

mak aku dah berkenan dengan Syuhadah. adah ni anak kawan baik mak, jiran kitorang masa kat Bukit Mertajam dulu... even dah 30 taon kami tak dok BM, depa still contact.

so, 25 Disember lepas dorang pon bertunang... nikah bulan 3. kenduri bulan 6. sebabnya nikah gantung? si Adah ni mengajar kat Miri. katanya bulan 4 bukak pertukaran on9 guru tu eh? so, nak kejar yang tu la. nak mintak tukar sini. dah kawin kuat sikit reason tu kot?

ni la bakal adik ipaq kami ~ Ustazah Nor Syuhadah


bersama parents masing².. bertaut 2 keluarga. kawan baik jadi besan ♥



bertambah sorang pempuan dalam keluarga. adik badik lelaki aku ada 5 orang.. jenuh nanti kumpul adik ipaq pempuan. ngeeee~


Anak Mak masok Tibi :p



Hohoho.... glamer skejab anak mak malam tadi... ngeeee~

semalam masa aku smpai skolah hadif dalam kui 1, dalam kelas ada RTM tengah shoot budak² nih... biasa la kan, tiap² taon pon mesti ada berita ragam budak masuk darjah 1. budak² pempuan je yang volunteer nak intebiu. budak lelaki semua pemalu.... adeh.... bila reporter tu keluar kelas nak intebiu parents, pakat semua lari... hahahah... 

aku ada dengar reporter tu cakap kat sorang akak tu, tengok berita tv1 malam ni... so, aku ngan hadif pon gigih la tunggu kui 8 malam depan tv. ngeeee~


aku rekod berita ni. so ni screenshot dari video tu. tak clear sangat.



nasib la abam hadif.. pintu gua tengah ternganga.. hahaha

so far, hari pertama persekolahan abam hadif ok jer.. cuma masa KAFA, die sedih katanya. sebab lepas abis solat asar tak boleh salam cium tangan ibu. kawan² lain yang parents stay tunggu anak boleh salam katanya... alahaiiii anak... sebak pulak mak nih.



Darjah 1



ni gambo last week, masa hari pendaftaran.

Alhamdulillah... hari pertama sekolah smooth sangat... abam hadif pagi² dah bangun. tak payah gerak, dia bangun sendiri. maybe dia dah set kat kepala esok dah skolah. otomatik dia terbangun. senang keje mak! sayamm abam...

sampai skolah, aku anta hadif terus dalam kelas... carikkan tempat kosong utk dia. suh dok depan skali, laju je dia geleng. hahaha.. so, duduk barisan kedua. then aku borak kejab ngan cikgu tanya itu ini.. tanya abam ok? dia angguk. aku cium pipi kiri kanan, terus keluar kelass... aku tak tunggu pon, sebab dulu hadif kan praskolah kat sini jugak.. so, dia dah biasa...

 abam memang ohsem haini.. hati tak kaca dah! 

belajar baik² yer sayang....


Pagar dah Roboh~



abam hadif dah darjah 1 taon nih... skejab jer dah 7 toan... siyes... cepat betui masa berlalu. untuk darjah 1 ni aku tak risau sangat. sebabnya hadif prasekolah n kafa kat situ taon lepas. so dah biasa selok-belok kat situ. harapnya ok-ok la. huhuuh...

eceli gigi kekal abam hadif dah tumbuh 3 batang belah bawah. nak masok 7 taon ni gigi dia belah atas dah start roboh satu-satu... eceli gigi dia ada 3 batang yang nak tanggal. seram mak tengok bila hadif dok main goyang² gigi dia. 


last week satu gigi tanggal belah atas. gigi bawah tengah tu gigi kekal



satu lagi roboh hari rabu lepas. HAHA. dah tak hensem... gigi tu sebenarnya tunggu masa je nak tanggal. hari selasa tu kami pegi alamanda, gusi dah start berdarah. panik skejab hadif tgk darah tu. esok tu gigi dah tanggal. legaaa... 



abam hadif malu nak senyum. kihkih. masa daftar darjah 1 minggu lepas, gigi atas hadif dah tanggal satu. kawan² ejek gigi rongak katanya. terus sentap! huhuuh... sabaq sat na abam. nanti gigi dah tumbuh, mesti kacak bergaya anak ibu. komfem ramai secret admirer kat skolah. hahaha.



Rombongan adikbadik ke Bukit Bendera, Penang



Meh sambung balik citer cuti² Penang bulan 11 taon lepas... sebelum ni aku dah citer pasal Penang Street Art Georgetown dan Ida Mee Udang Sg. Dua. klik link tu yer kalau nak baca.. now nak cite pasal Bukit Bendera pulak....

pagi tu lepas check out dari apartment, kami terus gerak ke Bukit Bendera. kami stay kat Batu Feringghi, so jauh jugak nak ke Bukit Bendera tu... sampai jer, hooomaiiii ramai gilesss orang tengah beratur beli tiket.. pasrah je lah... mulut aku ni membebel² la kat adik² sebab dorang la bersiap lambat. aku dah pesan awal pagi dah kena keluar sebab komfem ramai orang... adik² pasrah je lah dengo aku bebel.


ni la ahli rombongan. semua adik² aku... yang baju pepel tu adik ipaq. 


hari cuti memang ramai yer orang kat atas nih.... tunggu nak naik train pon berjanggut.. 

aku malas nak taip balik apa yang best kat Bukit Bendera nih... taon 2013 aku dah penah datang sini. so, korang klik link ni yer kalau nak tau apa yang ada kat Bukit Bendera tu..


tapi yang aku perasan, ada benda baru kat atas ni iaitu Love Lock ala² kat korea & paris. boleh la buat tempat fotoshot. cantik jugak.


cantik kan gambo ni.... kalau edit lagi kababoomm :p


laki mak tak ikut... so, tumpang begambo ngan family adik aku laa.. huhu


mak pon nak jugak bergambo sorang²...


sonok sebenarnya jenjalan ngan adik² nih.. aku yang paling tua pulak tu.. harus la berlagak cam mem besar... bagi arahan jer... tapi ongkosnya mak le kena kua.. ater adik² semua belajar lagi.. hehe..


nasib ler adik aku n laki dia ada.. boleh tong².. ngeeee~


susah nak snap gambo hessa. mek ni memang tak mesra kamera....


last pic before gerak balik...

taon ni takde plan lagi nak bercuti ke mana.. hadif pon dah masuk darjah 1. tak boleh nak sukati pontengkan dia mcm sebelum ni.. ngeeee~ bila dia tak dapat kehadiran penuh kat skolah, mula la marah kite... dia cakap, ibu la ni. selalu bagi hadif cuti. LOL



Novel Bimbo by Rin Ahmad



Yang ditunggu telah tiba ke pangkuan....
Bimbo by Rin Ahmad, my feberet writer ever.............



skang ni mood baca novel memang drop habis.... tapi kalau ada novel baru kat pasaran memang aku beli jugak.. menambahkan pending buku yang bertingkek² tu. huhuh.. tapi tengok penulis jugak.. kalau yang aku dok folo dari dulu memang aku beli.. 

sama jugak cam novel Rin Ahmad ni.. aku beli semua novel dia... kalau korang ni peminat novel mesti kenal Rin Ahmad. sape tak kenal? novel² dia tak cliche okey... banyak ilmu baru kita boleh belajar.. kalau korang baru berjinak² nak baca novel, aku suggest korang carik novel Rin Ahmad dan Melur Jelita. memang terbaikk... meletop-letoppp!

TERUUJAA nak baca with double U and double A. :p

Sinopsis Bimbo:-
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ye ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”



Lawatan ke KLIA2 sambil Cuci Mata~



throwback citer bulan 12 taon lepas... takde la lama sangat kan? cite bulan 10 taon lepas masa pegi langkawi, pegi penang pon tak sempat nak cover lagi.. huhuhu...

nama je keje DCA kan? tapi ada lagi kengkawan yang tak penah naik control tower. so, sebab ada yang requested maka kami pon arrangekan lawatan untuk naik tower sambil melawat KLIA2.. klu korang nak melawat KLIA2 boleh la buat surat kepada MAB. nanti dorang arrangekan lawatan.

kami² jer yang ikut rombongan tu.. gadis² Sektor Trafik Udara..


atas tower.... selpie tak ajak aku skali. hampesss... :p

lepas melawat tower, kami ke KLIA2 pulak... kat sana dah ada orang MAB tunggu untuk bawak kami melawat satu KLIA2. aku dah 3 kali kot pegi KLIA2. so takde la jakun sangat cam kengkawan yang tak penah sampai... mihmihmih...

KLIA2 ni sangat besarrrrr.... penat kaki mak berjalan.

ni tengah dengar taklimat dari MAB. then dia bawak kami amik visitor pas kat VIP Lounges. sambung lagi taklimat dalam tu. die cite pasal sejarah klia2 nih... lounges dia cantikkkk gila yuolls.... sayang gambo terdelete pulak.. adeh.... masa kami pegi tu ada Dato Jimmy Choo tengah lepak dalam tu...


lepas tu sambung pusing² dalam KLIA2 pulak. oleh sebab ada ahli rombongan yang injured kaki, maka merasa la kami naik benda alah nih pusing² dalam tu. ngeeee~


kami dibawa melawat ke KLIA 2 International Departure Hall. memang cantikkkk gila... luas pulak tu. berbeza betui dengan LCCT yang macam pasar borong tu.... merasa jugak masuk sini... nak pegi melancong obersi takde plan lagi taon ni. huhuhu...


butik henbeg kiri-kanan yuollls.... memang best sambil² tunggu flight cuci mata dalam nih.. huhuuh..

setel je lawatan kami ke sopim kompleks KLIA2.. dah usha nak beli kasut jelly bunny. tapi takde saiz pulak... adeh.... 


Happy Birthday to Me - Wanita Cantik Sempurna pada usia 31 tahun



ehem!!!!
^_________^

Hepy Besday to me....................
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

31 tahun suda... rasa cam dah tuaa...... :p

nak berangan cantik sempurna jab... ahaks....


kad besday hadif bagi.... cantik gilaaaa dah kat mata mak nih... tq sayam ibu....


kek laki mak bagi.... tetiba balik umah bawak kek... tq jugak sayam....

Alhamdulillah.... 31 tahun dah bernafas kat dunia ni.... semoga Allah memanjangkan umurku, murahkan rezeki, memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, diberkati hidup dan mendapat keredhaan dariNya. semoga Allah memudahkan segala urusanku untuk menjadi anak, isteri dan ibu yang terbaik. Amin. ♥♥♥