Terima Kasih Cinta With Afgan




layan gambo sekeping ni dulu yerr... ni citer last week... full story tunggu minggu depan kalau tuan umah rajin.... ngeeeee~ hati dah sampai kampung dah ni...

Selamat Bercuti Semuaaaaaaaaa ♥♥♥



Jalan² Pesta Buku, Jakel Mall dan Sogo



Macam ni la kalau dah jakun. sesekali turun key ell, semua nak singgah... hu hu hu hu... seriyess... lama kot tak terjah KL sana... skang ni klu outing ngan family pon dekat² sajok. balik² Alamanda... pasrah! :p

haitu member aku si Leen ajak teman die pegi Jakel Mall. aku on aje, lagi pon tak penah sampai sana lagi.. pastu lama kot tak detim ngan die. nama jer dok satu Putrajaya.... tapi tak penah jumpa pon. nak terserempak lagi laaaa..... so, set date segala, kami pegi Isnin lepas. dah anta hadif pegi skool, hessa anto taska, so bergerak la kami.... kebetulan skang ni kan tengah ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC sana... aku kalau dengo PBAKL ni, otomatik kaki tangan gigilss.. mesti nak terjah... memang la dah tak seaktif baca novel cam dulu, tapi tangan ni rajin jugak meng'klik beli novel. baca nya mmg takde masa. takde mood pon satu hal. adesssss

bff forever~ kawan tidoq sebantal masa dok study sampai la aku kawin baru berpisah. ngeee~


sempat bergambo ngan feberet novelist, L - hani fazuha, R - farah husain. pitammss hokey. duit terbang melayang kat pesta buku saja.. 


lepas habis beli buku, terus terjah Jakel Mall sana. 1st time sampai. besaq ohh.... dan nampak eksklusif.


kawan aku tu nak carik kain cotton. skang ni die buat bisnes jahit bedung, sarung bantal semua...


memang dari awal dah nekad tak nak beli pape... kat vietnam haitu pon banyak baju kurung ready made aku borong.. so, cam malas la kan nak beli kain. nak tempah lagi... tapi biasa la... bila dah sampai sana, depan mata ada kain bukan main cantik kebaboom, akhirnya 4 pasang jugak aku rembat... *hantuk kepala kat dinding. 


ni kain opel. cantik sangat! harga RM128 sepasang. tapi kalau beli dua, dapat RM150. terus aku ajak kawan tu share. dari tak nak beli kain pasang, berpasang² gak die beli. kehkehkeh. apa ada hal? jahit sendiri kan Leen? :p


keluar je dari Jakel Mall, kami ke Sogo pulak. singgah makan kat food court. kebetulan masa tu ada clearance sale baju budak. apa lagi??? terus terjah tingkat 7. department baju budak yang lama tu tengah renovate... tapi dalam dompet masing² ada 30-40 hinggit jer.. memang niat tak nak beli pape kat sogo, sebab tu malas nak cocok duit dah... tapi bila dah tengok baju budak sale harga RM6-9 terus rasa nyesal sebab tak cocok duit. nak turun tingkat bawah pegi ATM dah malasss... so, dapat la rembat 2-3 lai baju murah. jadiiii laaa... huhuhu...




Kulit Gebu di Hari Raya #ephyraskinbar




tetiba jer raya khen??? hahaha... pose dah abis ganti??? :p

Meh meh sape nak try ephyra skin bar... RM39 sahaja... baju cantik, tudung cantik, muka pon nak cantik jugak di hari raya.. ahaks... whatsapp ya 016-2035943


Khas buat mereka yang ingin kulit gebu seperti artis Korea dengan kadar SEGERA!


Kelebihan EPHYRA SKIN BAR ini :- 

✔ MENGHASILKAN KULIT CANTIK GEBU SEPERTI ARTIS KOREA
✔ KULIT LEBIH LICIN & LEBIH PUTIH BERSERI
✔ MELINDUNGI KULIT DARI SINARAN MATAHARI YANG TERIK
✔ MERATAKAN TONA KULIT
✔MENYEMBUNYIKAN PARUT , JERAGAT, BLACKHEAD DAN CELA
✔MENYEMBUNYIKAN LINGKARAN HITAM DI SEKELILING MATA
✔ MENCERAHKAN KULIT YG KUSAM/GELAP TERMASUK BAHAGIAN BADAN
✔ MEMUTIHKAN KETIAK DAN CELAH PEHA

DIJAMIN 100% BERKESAN!
Hanya dalam 3 minit!
100% tanpa kesan sampingan! Selamat digunakan.





Tudung Raya by TudungPeople



Jumaat lepas masa lunch hour menggeletis aku terjah Wander Cafe by TudungPeople kat Bangi Gateway sana. tak sabarr gila sebab hati dah terpaut suka tengok shawl kat instagram tudungpeople... check² tengok depa ada butik kat Bangi, apa lagasss? terus terjah tak pikir 2 kali dah. kebetulan aku memang nak carik satin scaft utk tudung raya taon nih... satin scaft by tudungpeople memang lawooo weh... kaler semua cantik² dan nampak mahal sebab satin kan?


ini dia Wander Cafe by TudungPeople. 2 in 1 - kafe n butik. masuk jer terus terbau coffee..... wangi gilaaa.... tapi aku tak makan kat sini lah.. niat nak beli tudung je kan?


selain tudung, ada jugak jual jubah/dress. eceli, boleh je beli on9. tapi takmo la tanggung risiko kan? komfem cepat je sold out kaler² gojes.. kebetulan dorang baru restock tudung baru.



3 ketui aku borong.... jahitan dia sangat cantik n kemas.... aku skang dah kureng pakai paridah dah... kalau nak cepat jer aku sarung cik idah... dalam lemari tinggal dalam 10 lai je kot. yang lain dah abis juai. rasanya yang 10 ketui tu mau separuh lagi aku nak juai.. dah tak pakai... huhuhu... eceli fesyen tudung pon ada musim kan? mana tau sikit hari nanti musim paridah naik balik??

aku suka pakai shawl je skang, baru nampak muda remaja. walau pun take time jugak nak membelit, ku gagahkan jugak wei nak nampak muda punya pasal.. maklom la mak dah masuk 30an.. tssskkkkk....


dah selamat rasmi hari isnin baru ni.. ngeeee~ ni saiz M, saiz sedang²... tapi shawl die panjang sangat lah.. tak tau mana nak sorok yang lebih² tu. mihmih...

so, tinggal 2 lai lagi belum pakai.. agak² tema baju raya kami taon ni kaler ape???? :p


kalau nak cuci² mata leh tengok shawl gojes boleh klik http://tudungpeople.com/


Mainan Murah di Kedai Borong Permainan Kanak-Kanak, Jalan Raja Laut



Nak share satu kedai feberet kami kalau nak beli mainan hadifhessa - Kedai Borong Mainan kat Jalan Raja Laut. aku ni memang tak beli ler mainan kat kedai toys kat mall tu... takat touch n go je la.. masuk, tengok² n kua balik... belinye memang tak la. huhuhu... kedekut satu hal, pastu mainan dalam tu alahaiii... cam tak mampu jer mak nak beli! mainan je kot! dah la hadifhessa ni jenis main skejab, pastu takmau main dah... main lempar² sukati dorang jer... bila nak kemas, tak jumpa dah mainan tu. rupanya bawah sofa la, bawah rak tv la... 

so, bila anak dah bising nak mainan, selalunya kat sini la kami pergi. si hadif tu la... dia kan gila lego... aku penah beli legocity kat parkson. kecik comei jer, harga dah dekat RM30. perghh... tapi beli jugak lah dah anak tarik muka.. tapi kat kedai borong ni bukan brand lego lah.. brand ape ntah.. tapi tak kisah la. yang penting dari mainan lego tu dia boleh asah skill n cergaskan otak dia pikir cane nak cantum² lego tu... 

sepanjang jalan kat Jalan Raja Laut ni kedai mainan borong... kiri-kanan jalan bersusun kedai... pilih jer.. tapi kami selalu pegi kedai ni... tokey kedai pon dah kenal dah...


zooommmm sikit.... lego² dalam kedai ni kebanyakannya hadif dah ada.. tinggal yang saiz besau² jer belom beli...


ni hasil borongan sabtu lepas... harga² kat sini korang boleh mintak kurang yer... selalunya ayah hadif dapat separuh harga. 


beli ni untuk besday sepupu hadifhessa... harga asal RM32. klu separuh harga dapat la RM16.


ni beli utk besday sepupu hadifhessa jugak. harga RM48. kalau half price?


lego hadif RM30 lepas diskaun. :p


RM8


RM10

total semua tak sampai RM100 pon... jimat banyakkkk dah tu... zaman GST ni kita kena bijak berbelanja... selagi boleh jimat, kita jimat yer.... ngeee~



Kasut Clarks Murah di Vietnam



Selain beli kain n baju-bajan, aku memang aim nak beli kasut clarks kat vietnam. kawan² yang penah pegi sana cakap kasut clarks murah². ye la, kilang dia kat sana kan? memang banyak kedai² jual kasut clarks yer. clarks kat sana takde butik khas pon, kedai biasa jer. banyak brand dalam satu kedai. tapi kena pandai pilih n tawar lah.. jangan salah amik sebab takut pigskin kan? kena telek betui². kedai yang aku pegi ni belakang ben thanh market.

kasut clarks lelaki


kasut clarks perempuan


kasut lelaki memang boleh beli lah. design pon cantik. tapi kasut perempuan dia nipis sangat lah. bila pakai boleh rasa pijak lantai tu... so memang aku tak beli lah. lagi pon takde design yang cantik macam kat butik mesia nih.



hasil rembatan incik suami kat sana. dua pasang kasut clarks ni harga RM270. penat hoiii mintak tawar. huhuh...


ni plak kasut anak bujang. brand lacoste. harga dalam RM80


ni clarks mek hessa. harga RM68 kot!


semalam cik lynn wasap gambo kasut cam hessa. katanya dia jumpa kat butik clarks sunway pyramid. harga RM139. tanya budak kedai tu made in mana? dia cakap vietnam. hohoho... aku beli kat vietnam baru rm68. so, memang jimat di situ. separuh harga tu.. boleh simpan pakai raya.. hahaha..

p/s : mak jugakkk takde kasut baru! sobsss



Baju Raya???? Siaaaaaaaaappppp! HA HA HA



Pagi semalam Poplook.com launch baju baru bertemakan weddings & celebrations. so banyak la baju² design baru yang die keluarkan... aku skang gila poplook kids jer... haitu dah beli hayfa dress untuk hessa, semalam beli 2 lagi dress untuk pakai masa kenduri paklang hessa bulan depan n satu lagi simpan untuk raya. ngeeee~~

 
hayfa dress - pakai masa paklang hessa menikah bulan lepas. tema pepel


untuk wedding paklang bulan depan tema mint-green-peach.. so, dah selamat belikan hessa dress kaler peach tu.... untuk raya pulak, cer teka kaler apa??? taon ni takde baju kurung yer hessa. baju lengan pendek jer, so tak payah susah² nak lipat lengan masa nak makan ketupat rendang. muahahaha..

kat poplook ni kena beli cepat kalau tidak cepat sold out n habis saiz . tu yang kalut jer aku beli semalam. pastu dok dendiam. mihmihmih...


baju raya mak pon beli kat sini jugak! pastel kaler gitewwww..... simple jer. plain. taon ni takyah nak blinkblink sangat la. GST! GST! kaitan??? hahahaha....


masa kat vietnam pon dah sakan borong baju-bajan budak² nih. murah² yuolls... beli kat Saigon Square. brand gap, zara, old navy.... semua murah... tshirt budak dalam RM8-10. seluar jeans paling mahai pon RM25 camtu.. tapi kena pandai tawar n pilih kedai la... susah jugak nak carik yang harga murah!

Persiapan RAYA???
Hampir Setel!!!!

muahahahahahaha....

p.s PUASA. PUASA. PUASA



Shop Lyna : Seluar Jeans Murah di Vietnam



Kalau pergi Ho Chi Minh, wajib singgah tau Kedai Jeans Lyna nih. Recommended by Mazidul Akmal Sidek. tengok atas tu, ada gambo tuan kedai dengan Mazidul.

Shop Lyna ni bukak tiap² malam kat Pasar Malam Ben Thanh. Jeans di murah² je weh. harga start RM30-RM80 ikut jenis n kualiti. kain² dia import dari US n jahit kat Vietnam.


orang mesia memang slalu terjah sini... tu akak tudung itam tu dah berapa kali mai vietnam. memang wajib singgah sini beli jeans utk suami n anak². selain jeans, seluar dockers pon ada jual jugak.


ni jeans yang aku beli kat kedai Lyna tu... RM40 jer. tapi sedap gila pakai. selesa amat! kain dia best. laki aku borong 5 helai seluar ko! tsk tsk... sekali-sekala katanya, bukan selalu datang.

aku punya OOTD dari kepala sampai kaki dari Vietnam yer... instant shawl neelopak tu best sangat! harga RM16 jer kat Vietnam. nyesal tak beli banyak. baju & jeans dari pasar malam ben thanh. hadif pon sama. baju & seluar beli kat pasar malam jugak! brand polo n burberry. bukan ori la ofkos tapi kain dia lawa weh. nampak la kualiti dia.

sekian. :p

Review: Hotel Saigon Pink 2, Ho Chi Minh City, Vietnam



Kami ke Vietnam pada 25-27 Mac 2015. ngam hari gaji LOL. Untuk trip ke Ho Chi Minh City ni kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel. orang mesia memang suka dok hotel ni. lokasi dia strategik. best sebab dekat gilos dengan Pasar Ben Thanh dan rate pon boleh kata murah. nak pegi Ben Thanh Market jalan 1 minit dah sampai. Berdepan dengan hotel ni banyakkkkk restoran halal so memang takde masalah langsung bab makan. food dia pon sedap, cuma harga mencekik la! minum pagi saja dekat RM20 sorang. fuhhhh...

Saigon Pink 2 Hotel. kecik je hotel ni. tak sure berapa tingkat, 9 kot! :p


gambo kenang-kenangan depan hotel. sederet dengan hotel ni, berlambak hotel² lain... pilih ja nak hat mana.

lobi hotel~ memang kecik yer.... tu beg² orang yang dah check out. tumpang sementara sebab flight lambat lagi. sambil tu sambung sopim lagi. ahaks.


dorang ni strict sikit pasal check in/check out.. kui 12 lebih tak kua bilik lagi depa dah call suh check out. flight balik mesia kui 8 malam. mintak nak late check out pon dia tak bagi. fully booked katanya. tak boleh nak tolong. huhuhu...


klu malas nak tunggu lif, boleh la menapak guna tangga tu... sebabnya lif dia SATU je yer! dah la sempit gilaaaaa! 4 orang masok pon dah rasa tak boleh nak bernafas. fuhhhh!


ni rate hotel. aku amik bilik deluxe sebab ada tingkap. takde la rasa terkurung sangat. aku dapat bilik kat tingkat 5.


gambo by google. gini la rupa bilik deluxe. tak besau pon. dah la aku tambah extra bed untuk hadif,. so lagi sempit. ada tv & peti ais. air mineral dia caj hokey. selalu free je kan air mineral? hampesss...

tapi yang bestnya wifi dia lajuuu... 


toilet dia siap ada tub ok. set toiletries semua dia bagi.


pemandangan dari tingkap bilik. tu semua restoran n kedai². HCMC boleh tahan panas. time ni tetiba hujan turun. Alhamdulillah. sejuk sikit.


restoran hajah basiroh ni depan hotel aje. aku penah makan sekali je kat sini. selalu makan kat kedai Aisah.  situ makanan dia sedapppp n murah sikit.


haaaa! nampak tu! aku siap tanda lagi kat mana Ben Thanh Market. dekat gila kan? kawasan area hotel ni dah macam Jalan TAR. penuh ngan orang mesia jer...


so far, bagi aku yang tak berapa nak cerewet ni, hotel ni ok jer.. dekat dengan tempat sopim n tempat makan. strategik! orang² mesia ramai je duduk area ni... 

so, kalau nak booking boleh klik link ni ya! http://saigonpink2-hotel.com/