Hari Sabtu lepas, adik aku ajak pegi sopim tudung raya kat Benang Hijau Collection Bangi. aku ada jugak tengok² gambo tudung BHC ni kat insta tapi takde la jadi follower pon. dia kan banyak bawal gitew... aku ni dah tak sheshuaiii pakai bawal. nampak bulatttt sgt! dah tak reti nak bujurkan padahal dedulu zaman remajer bawal ni la jadi poojaan kan? kalau pakai, mesti muka nak bulat jugak. pakai shawl senang pulak! haih.
so, aku on jer bila adik aku ajak tu... lagi pun member opis dah wasap bagitau ada sale baju kurung murah² kat Benang Hijau tu... so, zasssss kite pegi.. dalam kui 3.30 pm kot sampai sana...
ni alamat Benang Hijau Collection cawangan Bangi... carik jer Fareeda Eksklusif, haaa! sebelah² je kedai dia.
tapi untuk sale tu, die buat kat kedai lain macam kat dalam gambo ni... selang 2-3 buah kedai dari BHC.
masa sampai tu orang ramai jugak.... tapi takde la full house. baju kurung pon dah banyak habis saiz. tapi ok la. ada jugak saiz mek hessa.
ni contoh baju kurung. murah giless noks. baju dewasa RM30. baju kanak² RM20 sahaja! gila kentang murah!!!
lagi baju murah~
ingat nak amik yang ni untuk hessa, tapi tak jadi~
dah try test, ni saiz setahun. baju ketat, tapi kain panjang berjela... so, aku amik saiz 2 tahun. takpe la kain labuh skit, lipat je la kot. lagi pon budak kedai tu cakap kain ni mengecut lepas basuh. beli besaq skit pon tak pa laaa.
so, ini je aku rembat untuk cik hessa. baju belang² merah putih tu besau amat. saiz 3-4 taon kot! saja beli sebab suka corak ni.. simpan la untuk pakai taon depan. huhuhu...
so, sape² rasa nak terjah Benang Hijau sempat lagi nih. nasib² ada la saiz. murah amat dah ni oiii... kalau tak mo pakai raya, buat baju basahan pi opis pon bole....
untuk baju raya kami anak-banak, aku dah beli kat poplook. cer teka kaler apo?
p/s : sila borong sakan kat BHC ok sebab dapat tudung freeeee!