Aktiviti Ahad ~ Kolam Mandi Dataran Gemilang Putrajaya



Rajin pulak update di hari Isnin ini.. ngeeee~ 

Nak up cerita semalam. sebab macam sikit je nak taip kan? banyak benda nak up sbenonye, tapi sebab malas mengarang, pending bertingkek-tingkek la kau di situuu. muahahaha...

Semalam kami anak-beranak berSundate kat Dataran Gemilang Presint 4. situ kan ada kolam mandi-free-masuk tak payah bayar. hehehe... aku pegi dengan adik aku. itu la kawan nak ajak berjalan pon. pegi mana² mesti nak ajak adik aku n husband dia... nak buek camno, laki mak bizi sokmo...sobss

dah lamaaaaaa gilaaaaa tak melepak kat Dataran Gemilang nih... dulu rajin jugak. aku rasa ni 1st time cik hessa mandi kat sini. tu si wahnan anak adik aku, belom panas enjin. tu pasal melalak. huhu


budak paling guuummmbiraa bila nampak air.


mek ni mandi sekejab jer... tak sempat jari nak kecut pong :p


dah siap mandi, baru la rasa lapar ye hadif?? tadi masa mak dok melantak, die dok main air tak ingat perut dah...


dah siap-siap makan, suh adik aku snap gambo kami kat sini..... geram dengan rumput kat sini... cantik menghijau. kalau fotoshot mesti lawoo...


ingat nak baring-baring tapi kat rumput tu ada tanah hitam-hitam tu.. huhu...

kalau nak datang sini, better mai hari Ahad petang yer coz setiap minggu ada program Santai @ Dataran Gemilang.. macam² ada... sambil teman anak mandi pool, korang leh buat aktiviti lain jugak..


balik tu singgah Tesco IOI City Mall nak carik barang dapoq sikit.. nampak pensil kaler nih. murah amat! RM1.50 sajok. amik la 4 bijik..

ok. tu jer. bye. 


Sambutan Besday Hessa di Taska KBS



maap la yer... bulan 11 ni memang bulan besday yang tersayang.... besday hadif. hessa, ayah n mak mertua. so, berderet la entry sambut besday. ngeeee~ 

eceli, untuk besday hessa tak celebrate n beli kek pon... dah bawak pi bercuti kat Gold Coast Morib haitu sempena besday hadif.. so, share la hadiah tu anak² yer... beza tarikh pon 3 hari jer... sekali harung jer la.

Taska Hessa memang dok buat sambutan besday 3-4 bulan sekali. so, 2 hari lepas ada sambut besday hessa n kawan² yang lahir bulan September-Disember. so, sambutan berjemaah la ye sayam.


mak pengantin. time ni mood besday girls elok lagi~

kek sponsor by Taska KBS

antara food yang ada. kalau ada event macam ni slalunya parents sediakan goodies bag. kalau nak bagi kek/deserts pon dialu-alukan.

kumpul semua yang sambut besday untuk potong kek

okey.. dah start buat drama air mata. nak potong kek je kot! adooyaiii....

hessa and bff, aneesa... bff sangat la kan? bercekau je lebih :p

makan takmo share hokey!

bagi sorang sepinggan, baru diam! alahaiii anak wei.....

antara goodies bag yang parents bagi~

sebab belom gaji lagi masa tu, ini je la mak boleh sediakan. itu pon share ngan mak aneesa, si lynn.. ahakss... kitorang bagi cawan ikea, air kotak n layer cake seketul.
  
ramai jugak parents yang turun haitu celebrated sama²...


p/s : cuti sekolah ni aku anta hadif kem Al-quran kat skolah dia... next week nak cuti seminggu balik kampong n sunatkan hadif...




Selamat Hari Lahir buat Ayah Tersayang ♥



20 November 2015

 🌸 Selamat Hari Lahir tokyah 🎂
🌸 Moga dipanjangkan umur
🌸 Diberikan kesihatan yang berpanjangan
🌸 Sentiasa dilindungi Allah selalu

HadifHessatokyah always

ni gambar tahun lepas.. taon ni lambat la celebrate ye tokyah... tunggu anakcucu balik kampung dulu~

tahun ni ayah aku umur 63 tahun dah.. dah berapa taon dah pencen. dulu mak n ayah buat katering n kantin skolah. lamaaaa sangat.... dari ayah bujang lagi. dalam 30 taon jugak dok meniaga. kami adik-beradik pon memang membesar dengan hasil Najma Enterprise ~

 now kesihatan pon kadang ok kadang tak ok. since ayah sakit n warded dulu, terus pencen... tak meniaga dah. duk umah jer. mak pon sama. tapi mak aku Alhamdulillah still kuat walaupun penah operate kepala dulu... kekadang mak pon bising nak kerja balik. bosan kot! tapi sorry lah. kami adikbadik memang tak kasi makayah kerja dah. now tanggungjawab kami pulak nak jaga depa.

haih. rindu pulak! rasa nak terbang jer skang ni peluk cium makayah... sobss



Orchids by MINAZ




senyum lebaq sampai ujung taon sebab dapat baju idaman hati. ngeeeeee~












Bercuti 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib International Resort


Salam ♥

Sementara kerajinan ni, meh nak update cuti² Gold Coast Morib sempena besday abam hadif 6 november lepas... untuk percutian ni, mak mertua n family adik ipar aku pon join skali... the more the merrier kan? lagi pun memang dah lamaaaa tak pegi bercuti sama².

Kalau baca review pasal Gold Coast Morib ni, memang la banyak yang tak puas hati ngan servis hotel ni... macam² komplen... tapi sebab hadif ni antu air, aku booked jugak lah. lagi pon besday dia kan? senang je nak gumbirakan besday boy nih. kat mana ada pool, maka happy lah dia. LOL. asyik² mandi pool biasa je kan? so why not dis time try theme park pulak...

happy betui abam hadif. bila hati tengah suka, takyah paksa snap gambo pon. sendiri posim gitewww.


ibu pon nak jugek! kurthi jubah from bellaammara. ngeeee~

Sampai Morib dalam kui 4 petang camtu... terus pegi lobi. masa check-in pon smooth jer. orang pon tak ramai time tu. sebab jumaat kot? aku booked apartment 2 bilik. blok dia ke belakang sikit.

So, jom tengok rupa apartment 2 bilik tu~ kami dapat tingkat 1.

ruang tamu... 


cenonet je walaupon apartment 2 bilik. 


sebab dok apartment, tak dapek la theme park view... mengadap balkoni orang je la... tapi balkoni die siyes besaq.


bilik utama~


2nd room


tapi bilik ayaq sebijik je yer.. takde jacuzzi.. takde tub. sobssss



toiletteries. semua complete!

lepas rehat kejab, terus ajak anak² tukar baju. tak sabar nak mandi pool!

sebelum berendam, cam biasa, aku jadi poyografer dulu. mak mertua tak mandi. so mak jagakan barang² seme.


petang tu orang tak ramai pon. memang puasss la mandi.



hadif main sorang² jer..


pelampung ni sewa RM30. mahai nau!


kalau stay kat apartment, dapat la 4 tiket waterpark. so, tiket untuk mak mertua n hadif kena beli lah. tapi nasib separuh harga jer sebab harga warga emas & kanak². ngeee~


hessa sebelum pegi boleh pulak demam... adesss... memang muntah² and cerry-berry je. demam nak masok 2 taon. mood pon swing. mandi pon tak happy. monyok jer, tak sedap badan kan?

lepas puas mandi, aku ajak hubby jenjalan tepi pantai tu... siyes pasir dia cantik giler noks. putih-bersih-halussss jer... 

Malam tu dinner kat luar.. kedai apa ntah. kat tepi jalan jer... nak pegi bagan lalang masing² dah penat. so, makan dekat² je laa...

wokey, cite pasal breakfast pulak - overall banyak jugak pilihan makanan. tapi banyak lalats la noks... makan pon dalam khemah besar gitew.. ala-ala kenduri kawin.. muahahaha.... gambo takde yer, koram google je le...


lepas breakfast, abam hadif nak mandi lagi... abang hadif mandi sorang jer.. yang lain takmo mandi dah. nak rehat kat bilik jer.... 

Kesimpulannya, percutian ni berjaya hepykan besday boy! hadif dan air berpisah tiada. ngeeee... tapi pool dia cam kotor skit. ada benda hitam² nak kata lumut tak macam lumut. daun² pon banyak dalam pool tu. so, spoil skit di situ.... yang lain, mak o.k jerrr. peace


Gambar Sambutan Besday Abam Hadif kat School~



Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaaaa ♥

wokey, haini nak up gambo² abam hadif celebrated besday ngan kawan² die.. eceli, aku bukannya buat macam² pon untuk besday hadif ni.. aku just beli kek n paper plate/sudu/garfu jer pon. ngeeee~ tak teringat nak beli ayaq. nasib ustazah dah beli.. huhuhu...

hadif cakap, ustazah dah pesan kawan² lain pon bawa la makanan sama.. so, macam potluck giteww. jamuan akhir taon la kiranya... so, memang aku sediakan kek sajok. mihmih... ustazah buat sandwich. kawan² hadif ada la bawak nasi goreng, biskut². aku rasa budak² ni teruja makan kek jer. muahaha.

gambo² ni ustazah yang wasap kat aku. hadif pesan suh anta gambo katanya.. aku lepas anta kek, memang terus balik opis. tak tunggu pon.

abam hadif bagitau tak tiup lilin pon sebab takde lighter... ngeeee~


sonok tengok budak² ni hepy~


balik tu, abang hadif tunjuk hadiah yang kawan² bagi... boleh agak tak ape kawan² bagi? banyak benda terpakai jer.. ada fridge magnet - rasanya kawan hadif cabut kat peti ais umah die. habisla mak die bising nanti.. kikiki... tabung pon ada. tapi dah rosak. ada satu set alat tulis dalam box lagi. yang still baru. ngeeee~ takpe abam, untuk seronok² jew... yang penting ingatan depa tu. kan?

terima kasih ustazah. terima kasih kawan² ceriakan hari hadif.... ♥



Sambut Besday kat Sekolah~



Macam taon lepas, taon ni pon hadif requested nak celebrate besday dia ngan kawan-kawan kat skool. mak okey jer, asal anak bahagia. selagi mak mampoo, InsyaAllah mak turutkan... dis time hadif nak sambut masa kelas KAFA petang nanti... so, tengahari lah aku anta kek kat skolah. hadif cakap ustazah nak bawak mee goreng haini.. sekali jamuan akhir taon kot!


macam biasa, tetap dan berpencen tempah kek dengan D'nies Cake.. ngeee~ taon ni hadif nak gambo lego... kek 2kg ni harga RM90.


ni gambo sambut besday taon lepas kat pra-sekolah. 

besday hessa pulak bulan depan kot sambut kat taska... bajet lari dah. muahahaha

Selamat Ulang tahun anak² ibu ♥



Hadif Khumaini - 6 November
Hessa Zahraa - 9 November

Happy Birthday anak-anak syurga ibu~ ♥♥♥
🎁🎁

besday hadif Jumaat lepas... dah celebrate kat GoldCoast Morib... check-in 1 malam jer.. 


gambo fresh pagi ni masa kat klinik~ 

Kesian anak dara ibu demam nak beralih tahun. Pakej lengkap demam + cerybery + muntah. Haini kena amik darah sbb da 4 ari demam. tapi nasib result darah ok. tapi tu la. tak tahan asik ceri-beri. kesian kat die jer...

nanti dah sihat kite pegi makan kek yer sayam² ibu~




Cuti² 2016 ~ Cuci Mata, Amik Mood dulu



2016 punya travel. InsyaAllah... itinerary semua dah siap.. hotel pon dah booking. harap semuanya ok sampai time nak terbang tu. InsyaAllah...






tiket air asia RM450 sajok pergi balik. gilerr murah kan? haruss rembat!


Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)



Assalamualaikum & selamat pagi ^____^

haini nak citer skit pasal Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Alhamdulillah, aku antara yang terpilih untuk beli rumah ni... untuk makluman, pemilihan pembeli rumah ni adalah secara cabutan undi. bukan senang nak beli umah kat Putrajaya nih, harga mencanak weh... memang tak mampoooo nak beli sampai pencen! 

so, kat bawah ni aku copypaste skit info pasal PPA1M :

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Dimana keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya satu inisiatif atau pendekatan di kaji untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. Program PPA1M adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

FasaSiriNamaLokasiKeluasanBil. UnitPembahagian Unit
OKU1000 kp1200 kp1500 kp
11SelasihPresint 178.266 Ekar10008416288288
PalmaPresint 113.00 Ekar2633871730
2SerulingPresint 511.857 Ekar106210426514112
3MelinjauPresint 117.118 Ekar65082783640
JintanPresint 165.73 Ekar517615134020
4LaraiPresint 617.702 Ekar168016536748380
5PudinaPresint 1716.50 Ekar150015585600300
6KetumbarPresint 17
7
banyak rumah PPA1M tengah naik skang nih... kat sebelah kuaters aku pon tengah rancak kelentong-kelentang. berdebu lagi... bising jugak kadang². tapi nak buek camno...

aku dapat rumah dekat Presint 16, sebelah Alamanda giteww.. nanti mak pi sopim jalan kaki je lah. ahaks. tak ingat dapat block berapa, tapi yang pasti tingkat 3. 





InsyaAllah, inilah rumah ke-dua kami~ Jintan namanya. :p

tapi satu hal la pulak, dis time kena buat loan bank. loan gomen dah guna untuk beli umah kat Acacia Park Nilai 8 taon lepas. banyak kena sedia duit nih. huhuhu~ then, katanya tak boleh sewakan, tak boleh jual dalam masa 10 tahun.. so, memang kena tinggal situ lah...

ok. tu jer mak nak bebel haini... bubye