Hadiah Anniversary~



23 December lepas genap usia perkahwinan kami yang ke-8. Alhamdulillah... Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai? biasa la kalau gaduh sikit-sikit, masam muka tu... Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, kan???? :p

semoga ikatan yang dibina ini akan kekal hingga ke jannah. moga kami diberi kekuatan dan kesabaran untuk membimbing anak-anak syurga kami menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah...


seperti biasa... perfume jugak yang kami pilih untuk hadiah anniversary... tiap² taon pon gitew... huhuhu... taon ni pilih perfume brand burberry. wangiiiii... hadiah besday dulu pon perfume jugak brand victoria secret. tinggal sikit lagi.. sayang nak habiskan.. huhuhu


perfume precious by cheta ni pon feberet jugak! baru jer beli minggu lepas 2 botol.. aku dah ada 4 botol perfume ni. perfume ni kena beli lebih sebab selalu sold out and kalau habis stok nak tunggu preorder mmg lambat... wangi sangat and tahan lama... harga pon murah RM29.90, so nak sembur banyak² pon takpe.. ngeeee~


Seminggu Balik Kampung, Berat Naik 5 kilo!!!



Hari Selasa baru ni kat opis ada buat kursus kesihatan.. so, ada la timbang berat dan tinggi bagai untuk cek BMI kiter... so, aku pon dengan konfidennya cek la berat. dalam hati dok kata komfem berat maintain punya. sebab sepanjang taon ni aku cek berat aku maintain ajew.... tetiba terbeliak bijik mata ko! tak percaya berat naik 5kg! huh!! tengok result BMI dapat terlebih berat badan pulak! tiiiidaaaakkkk!! terus rasa down gitew... laju² jer cek insta carik mana jual krim kempiskan perut sebab perut aku ni mmg macam dah ngandung 5 bulan. adesssss. nangissss T____T

pastu pikir balik, berat aku maintain sebelum ni maybe sebab susukan hessa... now hessa pon dah 2 tahun 1 bulan. still lagi dok menyusu badan tapi dah kureng. hessa pulak takmo susu formula.. direject nye susu tepung yang aku beli...

lagi pon minggu lepas dok kampung seminggu. lepas tu pulak hari² mak aku masak sedap giless. mana boleh tolak! semua aku taram! tengah malam pon makan nasik lagi.. sehari 3-4 kali nasik aku bedal! memang mencanak la berat naik! adessss.

jadinya, aku nak up la menu yang mak aku masak.. memang rajin dok snap gambaq makan ni sebab nak wasap kat group nganjing adik-badik. bagi depa jeles sebab tak dapat makan! ngeeee~


mee kari mak memang terbaikkk!!

nasi beriani

masak lemak cili padi

ikan keli bakar

ulam-ulam ni semua mak tanam belakang umah jew

udang goreng 

asal nama mak masak jew, ayam goreng pon dah rasa sedap gila oiiii

air asam all time feberet kami adik-badik

nasi lemak singgit. klu tak masak utk sarapan, selalunya beli jer nasi lemak... nasi lemak kat kampong paling murah skang 60 sen. dulu ada lagi nasi lemak daun pisang 20 sen. now takde dah...

ulam-ulam ni mak baru petik masa kami tengah bersiap nak balik sini... nak bagi kat mertua aku

selingan~ klu tak berendam kat sungai, depa berkubang dalam ni jerr... tapi sekecik dua orang tu penakut lagi mandi sungai. menjerit2 bila letak lam ayaq... 

kalau la dapat kerja & menetap kat kampong kan bestttttttttttt!!





Padi House, Galleria Putrajaya



Makan-makan sempena hari gaji bulan lepas~

Selalu makan beradab camni kat opis jerk time sarap n lunch... tapi oleh sebab baru jer gaji, decided makan kat luar. bohsan pulak hari² beli kat kafe bawah tu... asyik lauk itu-ituuuuu ajerrr... takde tukau menu pon :p

oleh sebab Padi House ni sebelah je ngan opis, maka berdondon² la kite ke situ... jalan ramai-ramai pegang tangan lintas jalan... dah ler kete banyak!

selalu jugak makan kat Padi nih... agak² rasa duit lebih makan la kat sini. harga dia ok la, murah dari secret recipe. sepinggan boleh dapat dalam RM10.90 gitew.... pastu order air masak sudeh :p

ahli rombongan... makan ramai², bayar sorang-sorang hokey


antara menu yang diorder di hari kejadian.. nama menu tak ingat. tengok gambo je la ek








food kat sini ok. sedap. kalau ramai orang memang servis lembab sikit lah... kena banyak bersabau. huhuhu..

esok gaji. yeay!! ke mana pulak kiter????



Cerita Hadif Sunat / Berkhatan / Masuk Jawi



Seminggu lebih tak update belog! fuhhh-fuhhh! tiup habuk skit.. :p

Semalam baru masok opis. last week cuti direct seminggu. balik kampong temankan hadif berpantang. senang skit bila ada mak ayah kite tolong monitor sama. pengalaman pertama khatankan anak kan? serammm jugak kalau nak jaga sendiri. huhuhu.. lagi pon kan cuti sekolah? ni la masa nak bermanjaaaa ngan tokyah n opah kat kampong. 


aku mintak mak aku booking slot berkhatan kat klinik sepupu ayah aku kat Kamunting sana... Bayaran RM150. Sehari sebelum bersunat tu, kena pegi amik ubat sebab sejam sebelum bersunat kena makan ubat tahan sakit.


sebelum tu, pagi² lagi aku dah ajak adik² aku bawak hadif berendam kat sungai kampong aku tu.. rendam sampai kecut kekdahnya. kuikui


hadif dulu penakot amat mandi sungai... now dah ok. dok kampong seminggu ni, ada la 3 kali kot dia pi mandi sungai. sebelum bersunat sekali, then pas bersunat 2 kali pi mandi~


tapi still takot² nak mandi kat tempat dalam skit

dalam kui 4 petang kami dah tunggu kat klinik dah... hadif orang last yang sunat haitu. hadif cool je masa ni.. tapi boleh pulak budak yang giliran sebelum hadif melalak satu klinik. habisss semua kaum kerabat diangkut masuk dalam.. aduhai.. terus nampak cuak muka hadif.

mak yang sereemm.... aku memang tak berani nak tengok prosedur berkhatan tu... aku tengok masa doktor bagi bius tu jea.. pastu memang pusing belakang. lagi pon masa tu tengah dokong cik hessa. so, tak best la klu hessa tengok kan? takut dia trauma pulak. huhuhu~


yeay! relax je abam hadif lepas sunat... dalam 15 minit gitu je kot proses tu.. tak sakit katanya... tapi lepas ubat bius habis, menitik jugak air mata dia. dok ngadu sakit.sakit... adesss

ni aku share sikit info pasal lepas bersunat :-


- ubat bius tu aku rasa sekejab je tahan. sebab dalam kereta nak balik umah hadif dah nangis² cakap sakit. 


- doktor jahit jer. takde balut² luka. lagi elok kot coz cepat luka kering. 



- jangan bagi kena air. hadif kencing aku basuh ujung² jew... mandi pon tak 3 hari. huhu.. just lap-lap badan sajok.

- Benang jahit luka tu akan reput sendiri.


 - ayah aku cakap kena kurang minum air. sebab nanti asyik nak kencing jer n anu bengkak? aku pon lupa sudah...



- hari ke-4 pergi klinik balik sebab doktor nak tengok kesan luka.

- hari ke-5 dah bawak hadif rendam dalam sungai... ngeeee~ bagus sebab nanti kuping² yang melekat tu semua hilang. 

hari ke-4, lepas bawak pegi klinik, singgah kedai 2 hinggit kat kamunting jab. beli lego murah² untuk dak hadif. beli mainan utk dak hessa skali... jangan tak tau, sepanjang seminggu dok kampung ni, sebakul dah lego dok beli.. yang lego shell tu jangan cakap laa... asal singgah shell kena beli. curang skejab dengan petronas nak beli lego shell punya pasal. hadoiii...

ni gambar hari ke-5. makteh-pakteh yang bawak hadif rendam sungai. aku tak ikut masa ni.. boleh pulak makteh die suh bogel jer kat sungai tu... suh kuping tu cepat hilang katanya.. adoyaiii.... abam hadif oiii... hang tu dah sunat! dah teruna dah. malu laaaa...

bawak anak² jenjalan pusing kampong ngan motor.. padi tengah menghijau.. turun jab snap gambo buat kenangan... view sangat cantik!

okey. itu jer kot... bubye



Hadif Jumpa Inspektor Sani aka Zizan Razak



Cuti sekolah ni aku anta Hadif pegi Kem Al quran kat sekolah dia... ustaz-ustazah KAFA dorang buat Kem ni 3 minggu... taon lepas pon aku anta pegi kem ni jugak. atlis terisi jugak masa dengan aktiviti berfaedah dari dok umah tengok tv 24 jam. huhuhu~

Kem habis kui 5.00 ptg camtu... so, semalam plan dengan cik lynn bawak budak² main kat taman depan PICC tu. cik lynn pon anta anak² die pegi Kem tu. kebetulan cuaca petang semalam cantikkk sangat... selalunya asal petang je mesti hujan kat putrajaya nih.


mek hessa yang baru pandai naik buai... ibu nak tolong ayun pon tak kasi. lol


si hessa ni bila nampak kakak aleeya, abam hadif pon dia buat tak tau. sentap abam die bila adik takmo dia dukung.. huhuhu~


5 sekawan~ kawan baik² yer takmo gadoh²...

lepas penat main playground, pastu main baling² batu masuk tasik pulak. adoiii.... sampai dua budak kecik ni pon terikut jugak baling² batu.... budak² syiok main lagi, tapi tekak mak ni dah haus.. terus paksa rela depa pi minum kat kedai makan 1Malaysia kat situ...

masa otw nak ke kedai makan tu memang dah perasan ade retis kat situ.. biasa la situ memang tempat shooting pon. buat tak tau je la sebab artis sendu jer. ngeee~

masa dok tengah makan tu, tetiba mak perasan abam zizan lalu tepi... terus cakap kat hadif. terus excited budak² nih... ye lah, si hadif tu mmg big fan si inspektor sani. filem polis evo dah tengok kat wayang. kat astro first pon beli jugak.. tengok cite tu non-stop. dok ulang-ulang smpai lebam.. adoyaiii... tapi bagus, tak rugi mak beli. huhuhu


bila ajak hadif bergambo ngan zizang die malu... so, mak la kena approach zizang dulu cakap budak² ni nak bergambo... mulanya aku yang nak snap. tapi assistant si zizan ni baik hati suh aku masuk frame skali... so. ok la... tapi... nampak tak sape paling excited? muahahaha..

balik tu semangat hadif cite ngan apak die... pastu siap cakap nak bagitau kawan² dekat Kem. aduhaiii... excited bebeno...

aku cakap, dulu masa hadif kecik pon penah tangkap gambo dengan inspektor khai.. terus die suh aku carik gambo tu... nasib ada dalam insta. 

pastu hadif pelik, tak nampak cam inspektor khai pon? nape rambut dia gitu? LOL. gambaq lama la sayang.. inspektor khai pon tak wujud lagi.. ahaks..


p/s : esok balik kampong yeay! mak cuti seminggu yuolls... habiskan cuti yang ado. huhuhu.. lagi pon nak sunatkan si hadif hari sabtu nih~


Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland, Putrajaya (NIC)



Ni kejadian 3 minggu lepas kot! :p

Haitu tengok kat fesbuk Perbadanan Putrajaya ada update pasal Pusat Penghayatan Alam (NIC) kat Taman Wetland. yang jadi viral pon sebab ada visual ikan bergerak² kat lantai... tu yang macam, waaaaaaaa... menariks nih. boleh bawak hadif pegi sini.

Nak bagitau nih... aku dah duduk Putrajaya since 2004 lagi. tapi ni baru pertama kali jejak Taman Wetland Putrajaya. ngeeeee~ kalau Paya Indah Wetland kat Dengkil tu memang banyak kali dah.. tapi memang banyak pon tempat kat Putrajaya yang tak penah jejak lagi. cruise tasik pon tak penah naik.

kat Taman Wetland ni macam² aktiviti boleh buat kat sini.. masa aku pegi haitu ramai yang buat family day kat situ.


macam biasa, partner crime kalau nak buat aktiviti macam ni ofkos la adik aku. muahahaha... kui 8.30 pagi dah kua umah. then berkelah sarapan dulu kat tepi padang. makan nasi lemak adik aku beli kat sungai merab while anak² panaskan badan dulu main bola.

  
Waktu Operasi Pusat Penghayatan Alam
Setiap hari (kecuali hari Isnin)
9.00 pagi - 5.00 petang

Masuk sini FREE jer... kat kaunter tu just kena register nama. masa kami pi tu tak ramai orang pon. awal lagi kot. kat dalam tu ada banyak skrin tayangkan dokumentari pasal flora n fauna wetland. macam masuk muzium. huhu.. memang bukan jiwa aku ler.. sekejab jer aku dalam tu.


visual ikan bergerak yang viral kat fesbuk perbadanan tu~ budak² suka la kot tengok benda² ni...


aku dok baca belog² tadi NIC ni rupanya ada 3 tingkat. tapi aku haitu pi belah bawah jer... muahahaha.... nampak tak betapa bosannya aku kat situ smpai tak nampak dah tempat lain. kat mata ni nampak pintu keluar jer.. adesss.....


sekeping dulu! :p

kalau rasa nak round² Wetland dengan train pon boleh. tapi kena bayar lah. tapi tak payah kot. naik keto pon boleh... takde banyak tempat nak explore pon. pusing² Wetland jer...


*nanti nak try naik cruise pulak.... tapi taktau bila... hewhewhew