Shopping di Pasar Baru Bandung ~ Kedai Kain The Cosmo dan Sir Cinta



Pasar Baru Bandung - shopping heaven.... syurga kain, lace, telekung, blouse, beg, etc. orang cakap kalau nak pi soping Pasar Baru datang la awai². before kui 9.00 pagi dah terpacak depan kedai... nak pecah telur kononnya, jadi 1st customer terjah kedai tu.. boleh dapat diskaun banyak. huhuhu... tapi kami tak dapek lah.. dah la kui 2 pagi baru sampai hotel Bandung, pagi² dah nak kena keluar pulak.. tak pe la, biar lambat asal selamat. tak lari pasar baru dikejar. :b

 kedai-kedai di luar Pasar Baru


 sesak hoiii...

weolls sampai Pasar Baru dalam kui 11 lebih kot. jalan memang macet lah. nak masuk cari parking pon hazab. sebab tu orang suka mai awai. :b pusing punya pusing dapat la parking kat tingkat 5. Pasar Baru ni tak silap aku ada 7-8 tingkat. jenuh nak tawaf semua wei... kami terus pergi lantai 2 sebab my officer mintak tolong tempahkan skirt jeans untuk dia.. dah siap bagi ukuran dan alamat kedai lagi.



 sampai je kedai tempah jeans tu lakiku pulak over.. hubby tempah seluar jeans, jaket jeans dan seluar keje. adik aku pon tempah jeans 2 helai. bukan ape, klu tempah ni ukuran die ofkos ikut badan kite kan? so lebih selesa lah. harga pon murahhhhhhh dari mesia. kain berkualiti tinggi. next entry aku cite pasal kedai ni yer....

lepas je setel tempah seluar-skirt-jaket kat kedai nih, kami cari kedai kain pulak. misi utama pegi Pasar Baru sebab nak carik kain sekayu untuk wedding adik ipar nanti... jalan punya jalan kami stop depan satu kedai nih - The Cosmo.


tercuit nak masuk kedai nih sebab kedai ni besar kot. takde la nak berlanggar bontot bagai. huhuhu.. dan memang tak salah la aku pilih kedai ni.. puas hati siot..


highly recommended : The Cosmo... layanan yang best + diskaun banyak + dapat makan tengahari nasi ayam penyet yang gilerrr mabeles secara percuma!!!!!

tak tau la berapa lama kami lepak kedai nih... rambang mata kot nak pilih! dok Pasar Baru sampai kui 5 petang tapi berapa kedai je sempat terjah.. huhuhuh... betui la kata orang kalau pegi Pasar Baru, kedai nak tutup baru kite balik. mihmihmih.


tapi oleh sebab dari awal lagi dah decided nak beli kain sekayu kaler silver, so aku pilih jenis kain je la... kain aku pilih ni kalau tak silap semeter dalam RM8 ke RM10. tak ingat sudeh.. muahahah.. tapi memang murah lah klu nak compare dengan sini kan? kain memang jenis tebal punya, bidang 60.


mamat yang layan aku ni pon sangat la baikk dan helpful. layan je aku yang banyak songeh memilih nih.


kat sini jugak ada disediakan sofa.. mak aku dok senyap je kat situ. aku suh tengok² kain tak moh pulak die.. jet lag lagi kot.... huhuhu....


border lace pun beli kat sini. semeter RM25. kat kedai ni pon amik tempahan baju kurung/melayu/blazer tau.. so baju aku terus tempah kat sini jer...


budak ni suka la dapat lari sana sini.. main pijak² kain... bantal busuk tu tetap tak lepas.


standard kedai² kat sini die akan bagi kite mineral water jer.... ye lah, lama kot nak bertapa kat kedai tu pilih kain kan? tapi The Cosmo nih baikkkkkk okey. die siap tanya nak air ape? aku siap mintak fresh orange.. muahahaha..... 


pastu tokey kedai tu pulak tanya nak lunch tak? giler tak mau???? harus la nak.... so, tokey tu belikan nasi ayam penyet... gilerrrr sedapppp weii.. wong solo pon tak leh lawan!!!! nyumnyum... ye la, nasi ayam penyet pure indon kot! kekenyangan kami semua di situ... huhuhu... kain dapat, diskaun dapat, makan dapat, ape lagi mau??? The Cosmo memang terbaikkkkk!!!

lepas tu gerak cari kedai telekung.. borong banyak jugak.. kawan² pesan. mak aku pon beli jugak. then pegi carik kain batik, kain pelekat bagai... murah² noks. harga dalam RM5-6 sajok. then gerak tingkat bawah pulak carik doorgift wedding adik ipar.. aku dah buat entry pasal tu kat link bawah ni :



tengok jam dah nak dekat kui 5, terus gerak pegi kereta. kebetulan kereta park kat sebelah kedai Sir Cinta nih.. apa lagi, sambung shoping kat sini pulak... huhuhuh...

ada 2 kedai Sir Cinta kat sini klu tak silap aku... kedai ni ada jual telekung, kain sulam, baju siap, etc


sambung carik telekung lagi.. huhuhuuh...


kat luar kedai ada angklung.. hadif dok layan main nih... kat Pasar Baru ni memang sesak yer.. klu korang bawak anak tu, perhatikan lah... sebab macam hadif ni die memang suka berlari, pastu sorok bawah baju la, belakang kerusi la... gerammm je aku.. kat kedai ni die boleh hilang sekejab. nak luruh jantung aku tau. rupanya die ikut supir jenajalan kat situ. sabo je laa...


sempat adik aku snap dari parking tingkat 5 Pasar Baru.


Bandung yang padat!


persekitaran di luar pasar baru~

 satu je tak best dekat Pasar Baru ni - susah betui nak window soping dengan aman... ade je penjual yang mengikut... ikut sampai kite beli pulak tu!! mengganggu betui... dorang banyak jual keychain, fm, air, etc. tapi kite paham la, itu mata pencarian dorang. jadi... klu taknak, cakap la elok²....

FM yang dibeli dari penjual yang suke mengekor tuh... :b

p/s : kat Pasar Baru ramai pencopek yer.. sila jaga barang² berharga korang... macam passport tu tinggal je kat hotel.. huhuhu


17 comments:

nad said...

Bestnye kedai kain tu...

Anonymous said...

Hoi gile la siap dpt makan lagi best btol

Kemn Azmaili said...

bestnyeee

Kniedaz said...

Nanti nak cari kedai tu la ^_^

eima said...

peerrghhh kedai kain yg best ...

Unknown said...

besnye leh shopping sakan kat sana..terbaiklah kdai tu siap bg lunch lg..

eyeyou said...

kalo g kedai kain kalo x dok ber jam2 mmg x sah..en suami n warga emas ley lepak kat sopa..sopa lak sumer yg berkualiti ekk..

Chekgu Azrine said...

Ala..msa gi bandung knp xjmpa pun kedai ni...alaaa

mama_umar_maryam said...

waduh2..di offer ayam penyet lagii..sir cinta tu mmg femes lah ;)

deelira@deeliraz said...

tg rafeeq besar baru nak p sini ;)

~aSHa~ said...

wah tertarik2 .....

next agenda...

tq

Mehmet Wie said...

wah.. ni yang tak sabar nak ke bandung bulan 9 nanti ni.. wife tentu suka dapat shopping sakan..

MamaDaniel said...

Bestnya!

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com

Unknown said...

Comingsoon www.telekungrozalia.com

Industri pembuat telekung cantik dan sedap dipakai.

Terima tempahan dari berbagai jenis material.

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Pre order bagelen @ brownies kartika sari atau brownies amanda fresh from Bandung
Whatsapp ina 0192633431

Unknown said...

Salam, kami dari Bandung Amanah Tours & Travel..
Jom pegi bandung 235rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

Tentative Program
Day1
*Tiba di airport Bandung
*Pasar Baru trade center
*Lunch Check in Hotel
*Toko Tiga ( Branded Jeans )
*Membeli-belah di Factory Outlet
At Jalan Riau (Heritage,
Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
Secret )
*Dinner dan kembali ke Hotel

Day2
*Gunung Tangkuban Parahu
*Ciater Hot Spring
*Kebun Strawberry and tea park
*Lunch
*Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
*Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
*Dinner & kembali ke Hotel

Day3
*kawah putih crater/trans studio indor themes park
*Check out Hotel
*rumah kain sulam kat taman kopo
* cibaduyut-shoes and jacket leather original
*Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
*Airport transfer

Term and condition
*included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
*included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
*included entrance fee tangkuban perahu sahaja
*Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
*rate 6 pax~239rm, kalau 4 pax~289rm, kalau 2pax~349rm
*not included lunch and dinner
*not included ticket flight and airport tax
*we dont need deposit~all payment at last day in bandung

jangan teragak-agak tuk konsultasi percuma :
whatsapp : +62 838 217 89103 (Mohd Irsan)
email : icanyorke@yahoo.com
bandung-indah.blogspot.com