Penang Street Art, Georgetown



Kalau dah sampai Penang tu, wajib lah pegi membasahkan ketiak kat Georgetown sana pegi carik lukisan² cantik kebaboom kat dinding² bangunan... memang kerlasss yuolls.... klasik amat! dah lama simpan hajat nak tengok live lukisan tu sume.. asyik tengok kat instagram orang jer kan.. nak² pulak dis time aku pegi Penang dengan adik² aku yang gila bergambor, harus lah terjah! deme pon sama naik ngan aku gila selpie... mihmih... klu nak ajak incik laki pegi sini, ko ingat dia nak layan???? taon-taon-taon-depan belom tentu dia nak mai sini.. muahahaha...

Eceli, bukan senang nak jumpa lukisan² ni tau sebab dia bertebaran kat bangunan² kat pekan Georgetown tu.. memang ketibas la nak carik. lain-lain bangunan, lain-lain lorong... hah! memang patah kaki lah nak mencarik!. tapi haitu kami pegi cari dekat² sajok. kuasa lah nak pi cari semua. dengan dokong cik hessa lagi. dengan panasnya lagi... itu pasal ramai yang sewa basikal round satu Georgetown carik lukisan tuh. Semua lukisan ini dilukis oleh Ernest Zacharevic yang berasal dari Lithuania. 


layan je la beberapa keping gambo yang sempat kami snap yer... tak banyak pon. jadi lah.. merasa jugak khen? klu orang tanya, boleh la mengaku dah sampai! mihmih. :p

masa ni hadif tinggal dalam kereta ngan makteh dia.. nasib dia tak mau turun. klu tak jenuh nak kejar.


wif adik² yang kaki selpie


hakikatnya camni la nak bergambo.. kena tunggu turn. bila orang habis bergambo je cepat² larik amik turn pulak. pastu tepi jalan lak tu. kete dok lalu-lalang. sape yang malu² nak bergambo tu memang tak dapek nak nolong la..








banyak lagi hoiii lukisan kebaboom. mak tak sempat nak carik. elok kami sampai kat kereta ujan pon turun dengan lebatnya. nasib baeeekkkk!

sape pi penang, sila la terjah sini yek! terbaikkk!

4 comments:

syawalsimpsons said...

NAMPAK RAMAI YANG BERGAMBA KAT SINI

Cikwa said...

patut la cari tak jumpe masa pegi penang ritu..rupenye bukan 1 tempat ekk..

Chekgu Azrine said...

Lepas ni kalau p penang wajib singgah sini...

eima said...

Tk penah sampai pun lg .. rajin ai pi penang tp sesat sokmo .. hahahhaha