Percutian ke Perth, WA Day 4 Part 2 (Caversham Wildlife Park)

Day 4 - Isnin, 29 Februari 2016
..
Sebelum tu nak bagitau, aktiviti hari ke-4 ni sangat la padat! ye la, nak cover semua tempat dalam itinerary khen? esok dah nak fly back ke tanah air terchenta... so, memang berjalan sampai ke malam ler...


Setel tapaw sarapan kat Danish Patteserie, kami teruskan perjalanan ke Caversham Wildlife Park yang terletak di dalam Whiteman Park, Lord Street. tak jauh pon, dalam 20 minit ajer naik kete dari Danish Patt tu..


Sebelum tu jom tengok map ni dulu... 

ada macam² show kat dalam ni : farm show, kangaroo walk-through, meet the wombat, meet the koalas, molly farm, etc. wildlife park ni boleh tahan besar hokey, semput jugak nak cover semua... tapi nasib la bumi ostolia ni tak panas sangat... so, tak merecik sangat la ketiak tu. ahaks..


ape jenis posim ni bang??? hentam sajaa....

Park ni dibuka setiap hari jam 9 am - 5.30 pm kecuali pada hari Krismas. 

Kaunter tiket masuk~ tengok harga tiket macam murah! tapi klu convert memang rasa terus nak patah balik ajer.. tapi dok ingat bila lagi khen nak tengok kangaroo? entah² seumur hidup sekali ni jer la... so, pejam mata je la bayar tiket tu...

 Harga tiket masuk untuk adult ialah AUD27. Tiket kanak-kanak AUD12.

 Masa kami sampai tu ngam² Farm Show baru nak start.. so, kita lepak sini dulu lah~ orang tak ramai pon hari tu.. tak sampai 20 orang kot tengok show kui 10 pagi ni..

Farm Show 
10.00am, 1.00pm and 3.00pm daily

wokey, apa yang bestnya farm show ni?? show ni dia tunjukkan cara mencukur bulu biri-biri. tengok cam senang gila kot depa cukur... skejab je setel. yang biri² tu pulak pasrah jer serah diri. tak ek, tak uk pon. huhuhu~

kusyuknya tengok kambing.... tengok dari jauh boleh la.. cer pegi dekat??

dah abis tengok biri-biri, jom perah susu lembu plak.. aku tengok boleh la, nak pegang??? geli plak rasa.. lembik² kot tetek lembu tu...

sebelum gerak tengok binatang lain, jom kita bergambo ngan kambing dulu... mek hessa biasa la dia.. jenuh nak pegang dia sebab takut ngan kambing tu...

Llama - sejenis binatang seperti unta, tetapi tidak mempunyai bonggol.

dah kui 11 pagi, jom tengok wombat n the geng pulak!

Meet the Wombat & Friends
11.00am, 2.00pm and 3.45pm daily

tengah menunggu wombat dan kawan² keluar~ tadi kat farm show orang tak ramai, tetiba kat sini ramai pulak.. dorang baru sampai kot!


Kat sini ada macam² jenis haiwan... kita boleh la bergambo dengan semua binatang kat sini... yang bestnya binatang dia semua unik n rare. 

okey, nak bagi tips ni.. bila pintu pagar kayu tu bukak, korang terus serang wombat dulu tau.. binatang lain kemudian pon takpe... sebab kat wombat ni nanti orang beratur panjang nak bergambo ngan dia... boleh jimat masa dah.. haitu memang kitorang jadi orang pertama yang bergambo ngan wombat nih... ngeee~ 

Wombat adalah sejenis beruang yer. kaki dan ekor dia pendek. aku ada terbaca kat blog mana ntah katanya 'Wombat is like koala married with pig, dpt anak wombat' erk... ahahaha. 

Orang memang ramai kat sini... so, sila la beratur dan tunggu turn untuk bergambo... 

 mak tak tahu binatang apakah ini~


Meet The Koalas~

Tido je la kejenye... aktiviti harian koala adalah makan dan tidor... kalau nak tahu koala ni fussy eater tau! Koala ni tak akan makan daun-daun yang dah disentuh oleh tangan manusia. 

ini budak memang bukan pencinta haiwan... penakut amat! semua jenis binatang kot dia takut kecuali semut.. boleh dipijak-pijak jer semut tu.. tsk. tsk.. 

Dah penat pusing park tengok macam² jenis haiwan, tempat last kami pegi ialah kawasan kanggaroo. 

Kanggaro Albino ♥ Makanan untuk kangaroo memang ada disediakan. so, boleh ambil jer n bagi kangaroo makan.

Feed The Kangaroos
Daily Viewing 9.00am to 5.30pm

tengok semua kangaroo melepek jer... dah kenyang kot! ye la, asal orang datang jer, suap depa makan! keja makan je laaa... 

sebenaqnya hessa tu menurun dari mak la.. mak pon bukan pencinta haiwan.. tengok dari jauh boleh la... nak sentuh n belai² idak ler... huhu.. 

tapi abam hadif ni memang betui² pencinta haiwan.. excited dia klu dapat pegi tempat² gini.. tak takut pulak tu nak pegang²... 

ayah hadif ni tengok je macam berani tapi sebenaqnya die penggeli jugak orangnya... boleh melompat dia klu jumpa cicak or katak! muahaha...

tapi yang tak bestnya kat sini taik kangaroo tu bersepah² la pulak.. aku dah la pakai dress, memang kena angkat kain jalan kat sini.. kang bersih park ni aku sapu... ahaks...

Next... aktiviti paling ditunggu².. aktiviti perabih AUD yang ada.. kita sopim corelle, perfume, baju, kasut, etc. ♥♥♥


3 comments:

Puan Eka said...

best gile tgok haiwan, anak saye pon suke tgok haiwan. Nak tggu next entry hehe

eima said...

bestnye zoo aussie ni ... akus uka anak2 pun mestis uka ni ...bila nk dpt pi ...

syariza09 said...

wehh...syioknya hampa p tgk kangaroo..kak ngah pon mcm acik gak la..takut2 ngan menatang2 ni...tgk jauh boleh la...ngeh ngeh