Dah start Shopping Baju Raya 2017 ~


Morning~ 

Hari ni nak citer pasal sopim raya. ngeee~ rasanya cuti 3 hari baru ni ramai parents dah start sopim raya kan? termasuk la aku. :p

puasa ada lebih kurang 3 minggu lagi, so memang kalau boleh nak setel hal baju raya sebelum bulan puasa lah. mak tak berapa kuat nak sopim bulan puasa. nak melayan karenah anak lagi. haih.

hasil sopingan baju raya weekend lepas.

Done 1st trip sopim raya kat IOI City Mall smlm.. diulangi, 1st trip yer.. akan ada 2nd, 3rd trip tapi rasanya biar la mak sorang je lah pegi belikan baju anak³. mencabar hoiii bawak anak³ pegi sopim.. yang si abang walaupon dah independent tapi kuat sentap! yang kangah pulak perangai kalah adik bongsu! baby haura jugak good tapi mak penat lah! bawak stroller untuk baby, tapi kangah yang over. malas jalan. maka bertambah sado lah lengan mak! T____T

sopim kat IOI City Mall ofkos la banyak pilihan kan? tapi duit la yang tak berapa banyak. ngeeee~ kami banyak borong kat Parkson jew dan tentu la mak carik yang label SALE ajew. macam berbaloi jugak la sopim kat Parkson. 

jeans budak brand jeep RM39.. mak berkenan ada satu kemeja ni untuk hadif. mcm smart je abam pakai. hari ahad kami pergi sale 20% jew. tapi salesgirl tu bagitau hari isnin sempena hari buruh sale up to 50%. so, gigih la suh salesgirl tu simpankan baju dak hadif sebab baju tu size hadif tinggal selai je. so smlm suh ayah hadif pi beli, hahahaha. sale 50% punya pasal. ahaks.

baju abang long hadif dah cukop dah kot. haitu dah sopim kat uniqlo. pastu topup lagi baju kat parkson. so kira setel dah.


 3 helai RM49. ok la kot kan?? baju kangah raya taon ni tema buah-buahan tempatan. hahahah 😜😜 baju baby haura pulak selai pon tak beli. tak jumpa yang berkenan. hat lawa kat mata, harga pulak tak cung! zaman gawat ni, baju anak RM20 ke atas rasa mahai dah!


 2 helai RM39. ok, lulus! hahaha :p


singgah cotton on rembat selipar ni harga 6 hinggit lebih. beli baju n legging kangah. 

so, baju gegirls je tak de lagi. takpe,sekejab je mak leh setel! baju melayu + kurung semua dah tempah kat akak tailor kat kampong. dah setel hal baju baru lega... nanti boleh fokus kat bulan Ramadhan sahaja. 

p/s : Bersemut orang kat Padini Sale. tak sanggup mak nak kena hurung. ahaks



1 comment:

Chekgu Azrine said...

legakan kalau dh setel awal2 baju raya..tahun ni konsep ahkak oakai je mana yg ada..baju raya anak2 beli awal2 lagi tp ada yg dh pakai pun..hahahaha...so pakai jela nanti masa raya..takde sapa kisahkan?konsep jimat cermat gitu