Bercuti di Hong Kong - Day 1


Assalamualaikum and good day. 

Haini rasa rajin skit, so nak share pengalaman trip ke Hongkong pada Mac lepas. Trip kali ni kami pegi 6 dewasa dan 6 kanak². Itinerary ni adalah pengalaman kami kat sana mengikut budget dan kesesuaian dan mood budak². hahaha.. sangat mencabar traveling with kids yang banyak ragam nih. fuhhhhhh!

Masa pegi bulan lepas, tengah musim sejuk kat Hong Kong, sebelum pergi check weather tak sejuk sangat pun. ingatkan macam duduk dalam aircond je, tapi roopanyaaa sejuk yuolls. suhu 11-18c. tambah bila berangin, sangat-sangat sejuk.

kami beli MAS return ticket RM450++ masa MAS promo bulan November 2017. so, dalam 4 bulan je la tunggu nak travel. kalau tanya bajet keseluruhan pegi HK untuk kami sekeluarga, tambah tolak ada la dalam RM5000 inc flight, hotel, pengangkutan, makan, tiket² etc.

ni simple itinerary je yer...  kami banyak refer kat FB group Backpackers Buddies Malaysia (BBM). banyak tips kat situ. memang sangat membantu. 


Hong Kong Travel Itinerary 5D 4N
==============================


DAY 1 
Thursday (08 March 2018)

Arrival at HK Airport
check in Airbnb @ 40 Nathan Road Block C
Avenue of Stars & Symphony of Lights
Ladies Market/ Free n Easy

DAY 2
Friday (09 March 2018)

Tsim Sha Tsui Station
Full day @ Ocean Park

DAY 3
Saturday (10 March 2018)

Tsim Sha Tsui Station
The Peak Tram
The Sky Terrace 428
Islamic Centre Canteen
Shopping at Kowloon area/ Mongkok

DAY 4
Sunday (11 March 2018)

check in Disney Hollywood Hotel
Full day @ Disneyland Hong Kong

DAY 5
Monday (12 March 2018)

Luggage Packing/ Checkout
Airport


Just nak share sikit guide & tips bagi yang bawak kids masa travel ke Hong Kong :-

Tips travel dengan anak :

1. bila travel with kids, sila bawak stroller ke mana sahaja. dapat pulak yang macam hessa... fuhhh mencabar beb.. langsung tak nak jalan. aku siap sewa pockit n tandem stroller kat instagram. hahahah... kat sana kami banyak naik MRT sebab jimat n mudah access ke semua tempat... no worries ok, HK ni friendly stroller. 

2. Itinerary kami ni memang sesuai untuk yang bawak kids. takde rushing² dan kami tak pegi banyak tempat pon.. kalau backpackers boleh la cover semua.

3. sila bawak snack dan air sebagai bekalan utk kids masa berjalan tu... sepanjang pengalaman aku kat sana masa masuk Ocean Park & Disneyland tu, dorang memang check beg tapi tak beriya pon. lepas jer kalau sorok² bawak food untuk budak. selit² kat celah jaket pon boleh. pegi ocean park kami siap bawak bekal nasik goreng lagi.. huhu.

4. Silalah bersabar melayan karenah anak² anda... anak penat, kita lagi la penat.. nak travel tak bawak anak, tak sampai hati pulak... 

5. Masuk Disneyland jangan lupa bawak duit lebih... aku siap kena pow ngan hessa belon buih-buih tu harga RM70+ tu... adesss...

=======================

wokey.... jom layan gambo....

flight kami ke HK dalam kui 9.30 pagi...


sewa tandem stroller ni senang leh hangkut budak berdua ni skali...


holaaaaa..... her 3rd time naik flight.. 1st pegi Ganu, 2nd pegi Sabah.


naik MAS best sebab budak² leh layan video... takde la asik kacau mak sangat! ahahahaaha..


snap ni sebab dari atas dah nampak KLCC. tapi dalam gambo jenuh nak telek mana satu KLCC....


feberet kalau naik MAS.


MAS kids meal~


nyumssss~


 isi borang arrival card siap² sebelum touch down..


Sampai jer HKIA, naik train untuk ke terminal.


turun jer train, terus naik escalator ni untuk pemeriksaan Imigresen


di Hong Kong, tak perlu cop passport. imigresen akan bagi sekeping kertas resit perjalanan. Simpan baik² kertas tu dan jangan hilangkan until korang nak keluar dari HK nanti.


 then, decided utk beli sim card. senang nak google anything n carik jalan... beli 2 sim card jer, share²  tethering hotspot. hahaha... kitorang kan guna public transport jer.. so internet sangat² penting yer...


then cari kaunter MTR Customer Service Centre.

boleh beli kad octopus kat sini.. Kad ni sangat² berguna di Hongkong untuk public transport. Boleh guna untuk naik MTR, bas, tram dan banyak lagi.

 harga Octopus Card HKD 150/dewasa, HKD 70/kanak-kanak.

Deposit utk octopus card ni HK50 each. sebelum balik Malaysia, boleh refund semula dan dapat balik cash. 


then, naik train Airport Express dari HKIA ke Hong Kong station. airport express ni macam ERL la kat Malaysia... 


dalam airport express


then tukar pulak train untuk ke Tsim Sha Tsui Station~


sampai sudah Tsim Sha Tsui station. keluar je dari station ni baru la terasa dia punya kesejukan... sebelum ni kat epot rasa biasa² jer... jejak je kat luar, fuhhhh sejuk amat!!

Airbnb tempat kami menginap tu (Chungking Mansion) kat area sini.. jalan 5 minit dah sampai... 


kawasan tempat penginapan kami ni antara kawasan paling sibuk kat HK. Tsim Sha Tsui terkenal sebab banyak tempat sopim..


kalau book hotel/airbnb area Chungking Mansion ni banyak restoran halal dekat bawah hotel and mostly Pakistan lah.

sampai je unit airbnb kami tu, rehat² dulu... makan² dulu then nak dekat kui 8 malam baru kua jalan² area situ...

aku dah buat review pasal airbnb tu kat link ni yer..



LV yuolls... 


kalau ikut itinerary kami nak pegi tengok persembahan Symphony of Lights kat Avenue of Stars pukul 8 malam.. nak tengok persembahan lampu yang katanya terbesar di dunia... 

tapi tunggu punya tunggu, lampu² dari bangunan tu je ada.. pancaran laser tak keluar² pon... then sikit-sikit orang beredar.. dah la hujan dah start turun.... so, kesian kat anak² kami pon gerak balik jugak lah.. 

Avenue Of Star pun tengah renovation skang... hurmmm... tak boleh la nak selfie ngan patung bruce lee... just layan view tengok bangunan2 je la...


frust mak tak leh tengok lampu.... otw jalan balik tu sempat singgah SOGO HK. hahaha.. cuci² mata je la sebab harga sama cam mesia jer...


tempat sopim depan tempat penginapan~


stok makanan untuk 5 hari~



nanti sambung DAY 2 pulak yer... bubye~



22 comments:

MisDiarios said...

bestnyaaaa kak :D

Chekgu Azrine said...

bestnya dh jejak HK..

Unknown said...

Assalamualaikum sis.. Maaf nk tanya.. Octopus card setiap org kena beli ke? Means.. Kalau 2 dewasa 4 kanak2.. So everyone must have one ke mcm mana? Atau boleh share guna in one card?

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Unknown ~ yes... Octopus card setiap org kena beli kecuali kids yang masih berdokong tak beli la..

siti salwani said...

Sis...nk tny la..nk dapatkan arrival card tu kt mane..?blh download dr website ke mcm mne..?sy nk travel akhir bln nov ni...

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

siti salwani ~ arrival card nnt imigresen dorang kasi

tangawaris said...

best nya awak, sy pon nak gi dgn kids & baby bulan 12 2018..harap tak sejuk sangat la masa tu..awak pegi ni thru agen ke sendiri

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

tangawaris ~ semua plan sendiri je wak. jimatt

Unknown said...

sis, hotel apa yang ok kat sana

Liz said...

Bole tanya x.. nama hotel/ guest house.. thnx

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

gobok dahlia - KAMI check in Airbnb @ 40 Nathan Road Block C

Unknown said...

Rm5k untuk blnja sume 12org ke?bleh sy dpt bajet untuk ke ocean park n disneyland x? Tq

Unknown said...

As salam sis..nk tanye..sis sewa stroller 2 dr malaysia ker? bape ek? then klo food baby nk kene declare ker klo bw..mcm porridge..fruit yg dh di blend..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Unknown ~ RM5k utk family saya sahaja. 5 orang

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Niessa Nassir ~ yes. sewa stroller kat mesia. boleh search kat instagram. ramai yang sewakan stroller. harga ikut jenis stroller.

makanan semua boleh bawak. dorang tak straight pon macam pegi Australia/NZ

Unknown said...

salam..nak taye.. maggi biskut roti pun takyah declare ke? masuk dalam luggage ok ke?

Anyway, tq for the info..berguna sgt.

Unknown said...

Assalamualaikum sis.. Boleh tau sewa stroller kt ig mne.

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Unknown ~ tak payah declare pon. masuk luggage je. stroller tak ingat kat ig mana.. boleh search #tandemstroller. tapi owner ig tu doctor/nurse

mu'azz said...

nak tanya. sepanjang di hongkong tu, berapa kali topup octopus card?

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

mu'azz ~ 2 kali. sekali kat airport, sekali kat 7-e area masjid dimsum

Husna said...

Salam. Range kasut skechers kat sana agak2 brape ye ? ����

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

Husna ~ wsalam. harga lebih kurang malaysia je skechers