Solesor Kampong Beach Resort

Lamanyaaaaa tak update belog 😪 last post 2020 haitu... nak taip entry baru pun terkial-kial dah ni. hahahaha... entah ada orang tengok blog lagi ke tak skang. now kan zaman instagram, tiktok bagai...

Sis saje nak share satu resort baru ni, Solesor Kampong Beach Resort. dekat Port Dickson jer.. sis pegi masa cuti sekolah hujung Disember 2021 hari tu. best sangat suasana dia, sis sukaaaa!

Kalau tak silap, resort ni open untuk public masa November 2021

masa pegi hari tu tak ramai orang. nampak dalam 3-4 family jer. lagi pun masa tu mesia tengah kecoh isu banjir.


Bilik konsep kabin


ni bilik kitorang. Villa Family


Hessa & Hola 💓


Resort ni ada private beach sendiri. best!


Minum petang~


Pool pun tak ramai orang.. memang sakan anak3 sis mandi...

Nanti ada rezeki, nak repeat balik stay kat sini sebab sis sookaaa environment resort ni. rasa tenang. tapi harga untuk 2022 ni dah naik lah! hahaha...


Bercuti di Lato-Lato Resort & Maglami Lami Waterhouse, Semporna



Alhamdulillah... last week kami sefamily bercuti di Semporna, Sabah.... kami menginap di Lato-Lato Resort & Maglami Lami Waterhouse. sangat-sangat-sangat best!! pengalaman yang luar biasa... tak payah pegi Maldives dah, kat Sabah pun dah cantik gilaaa!!!

Just nak share gambar ni je dulu... macam biasa, kalau sis rajin, sis update details ya.. kalau sape yang follow sis kat instagram & FB, mesti dah muntah tengok gambar² sis :p





till then, bubye ♥



Alhamdulillah... Dah dapat Kunci Rumah Baru ♥


Alhamdulillah.... 7 Ogos hari tu dah selamat dapat kunci rumah baru... tercapai impian nak beli rumah dekat Putrajaya ni... tapi rumah penjawat awam je la mampooo.. apartment jer... teres kat Putrajaya ni mahai benau.. nangis T___T. tapi tak pe la, jangan tamak. lagi pun sis dah beli rumah teres tahun 2007 dulu kat Nilai. skang sewakan kat student Usim je umah tu... dah dekat 10 tahun dah kot sewakan... Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki lebih dan permudahkan untuk beli rumah baru ni.. sebab sis sangat suka duduk Putrajaya ni.. dekat dengan ofis, semua kemudahan pun ada, dekat dan mudah...

sis beli PPAM Jintan, sebelah Alamanda tu... 

sekarang rumah sis tengah rancak renovate. banyak la tunai mengalir deras bak air terjun!!! redha dan pasrah je lah... untuk keselesaan diri dan keluarga jugak kan?


ni progress last week.. baru siap pasang kipas & lampu.


 lampu & kipas macam biasa beli kat House of Lighting Puchong.


baru siap buat table top.. kitchen cabinet tak buat lagi dan sis masih dalam dilema nak pilih kaler kc.. huhuhu... sis konfius nak kaler apa utk kitchen sis.


Bar counter

 Itu je la kot dulu.. nanti kalau dah siap,dah cantik, sis kasi up lagi kat sini yer... 
till then, babai ♥♥♥


Review Arte Plus Jalan Ampang by Feel Homes


Ni cite bulan Julai hari tu yer... Encik suami ajak pergi bercuti di Arte Plus Jalan Ampang. Kawan dia dah pegi & cantik katanya... so, sis okey je kalau jalan² tidoq hotel ni! incik suami yang ajak pulak tu! rasa macam teruja & wowww sangat sebab slalu sis yang akan plan semua kalau bab-bab holiday ni...

So, sis pun mula la search agoda, booking.com, trivago, traveloka segala... sebelum tu wasap adik² dulu yang mana available untuk join skali... so, dapat la Premium Three Bedroom Suite di Arte Plus Jalan Ampang by Feel Homes. booked satu malam jer pon..

Masa mula² sampai tu dah nampak penuh kereta parking dekat luar hotel.. lagi pun tengah peak hour time orang check-in kan? rupanya ada pak guard jaga check nama ada tak dlm name list. macam serabut sikit sebab situ la entrace, situ la lobby, situ la nak turunkan orang pun T___T


Ni lobi dia.. nampak mewah dan to the next level lah orang kata~ tapi kecik jer noks dengan orang yang meramai nak check in situ lagi... 

Tapi... lobby ni khas untuk tetamu yang booking Arte Plus by Afflexia & Arte Plus By FIFI sahaja yer... macam aku booked dengan Arte Plus by Feel Homes ni kena contact terus owner/staff dia. rupanya kat sini ada banyak company yang incharge... 

ok, next lepas dapat kunci, staff explain cara nak naik lift ke bilik pulak. Agak complicated dan bila baca review memang ramai pun yang complaint psl lift ni. sebelum tu memang aku dah buat reseach skit dan dah siap catat cara nak naik lift dia, kat mana spot² nak snap gambar semua...

Jom tengok bilik pulak ~ 
Premium Three Bedroom Suite, Arte Plus Jalan Ampang by Feel Homes. Masa aku book tu dapat harga MYR280.13 + Cleaning Service Fee RM 50.00 (bayar pada staff).

Master Bedroom~

Bilik ~ 2

Bilik ~ 3

Living hall~

Bilik air ~ 2

Bilik air dalam master bedroom

Dapur + mesin basuh

yang bestnya, satu floor ada satu rumah jer.. kira macam private lift gittew~

For your info,  Arte Plus ni ada 3 bangunan, dan setiap bangunan ada lobi yang berbeza designnya. dan kena explore setiap bangunan yang untuk dapatkan spot terbaik bergambar~

macam aku dapat Tower 2, ada super gym kat tingkat 43.


Super Gym – tapi siapa yang rajin pergi gym masa travel kan? so, kitorang tak pegi pon gym ni..


Lazy River Spa (Tower 1, Tingkat 35)


Lazy River Spa ni memang lawa, konsep futuristik & to the next level!! tapi masakkkk skit nak naik atas ni wei tingkat 35 pulak tu!! time weekend tempat ni memang crowded lah orang que nak naik lift. dengan takde ekonnya dalam lift tu... lazy river ni tengok macam besar dan panjang tapi sebenaqnya kecik jer yer... 


Floating Fantasy Garden

Floating Fantasy Garden terletak di level R sebelah Tower 3. sangat cantik untuk bergambar masok dalam instagram/facebook! kalau time malam lagi la lawa dengan lampu-lampu dia.

one for the album~

pose wajib kakngah klu bergambar ~

family adik aku yang join vacay ni~

ni gambar google waktu malam. sangat cantik!


Swedish Garden (Tower 3, Level 17)

Kena naik lif bomba untuk ke tempat ni. sesak kejab dalam lift tu... garden ni indoor yer... Cantik untuk bergambar je lah~






 Cloud Podium (Level R)

Cloud Podium ni bentuk macam telur, tapi tak tahu lah dalam tu ada apo sebab tutup! tapi kat tepi² tu ada tempat bbq.. mungkin bukak untuk event je kot!



time weekend, pool adalah sesak yer... pool nye kecik, orang nak mandi ramai.. adeh~

Sis punya personal review, Arte Plus ni biasa² je wei.. dalam gambar je macam wowww gila, tapi bila dah sampai.... hurmmm ni ajer??? bab lift pulak, kita kena naik 2 lift yang berbeza untuk naik ke bilik. so, kalau time check-in, check-out tu memang berjanggut la nak tunggu turn turun ke lobby. 

So, kesimpulannya, untuk datang relax-relax, better datang on weekday lah! time weekend ni ko tak boleh nak rehatkan fikiran pon, tambah stressss ada lah! hahaha~ ni first and last sis datang sini kot. tak mau dah stay sini.. harga pon takde la murah pon~ banyak lagi hotel best boleh pegi dalam KL ni.

Ni pulak sis copy review dari agoda...
 Dari nak check in kami dah letih dengan terlalu ramai orang dekat sana. maybe silap lah kami pilih tempat yang viral. nak check in beratur panjang. nak naik ke bilik lif penuh dan terpaksa tunggu sampai 30 minit untuk ke level R. lepastu kena pindah lif untuk naik ke bilik sebab dia private lif. nak ke tempat tempat tarikan dia pun perlu naik lif yang berbeza. dengan orang yang ramai, nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sangat lah struggle. sehingga kan ada yang bergaduh sesama sendiri sebab terlalu penat. for us, kalau korang tak boleh control emosi, tak payah datang sini. baik lepak chalet yang tenang di kampung. kami tak dapat pergi semua tempat yang katanya menarik disebabkan kekangan lif dan terlalu ramai nak beratur tunggu turn. kami just pergi lazy river tu pun indah khabar dari rupa. satu je ok bagi kami, which is bilik.