Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts
Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts

Kozi Hotel Johor Bahru (Review)



Kan last week kat entry ni aku bagitau kami bercuti ke Legoland secara mengejut kan? memang tak bajet pon nak turun JB. tetiba jer incik somi tanya tengahari Ahad tu nak pegi JB balik hari tak? sebab die nak anto rollerblade customer. aku macam... erm.... balik hari??? adoiyaiii... macam penat jer... petang baru nak gerak JB, pastu malam tu terus balik Putrajaya... adess.. so, aku cakap kat cik somi yang aku EL esoknya. lagi pun memang tengah cuti sekolah kan? boleh bawak anak² jenjalan JB. nak masuk Legoland lagi skali.. huhuhu...

so, otw ke JB tu baru decided nak dok hotel mana... kua umah pon dah kui 6 petang camtu... so, cam membazir jer dok hotel mahai. hadif yang dok berzikir nak hotel ada swimming pool pon tak ku layan... lepas google sana sini, aku terus call Kozi Hotel kat Danga Bay. sampai JB pon dah pukul 9 malam. so, memang untuk tidor jer, esok pagi nak ke Legoland dah. so, amik hotel bajet sudah... 

Kozi Hotel Danga Bay


kecik comel jer lobi hotel nih~



dah kui 9 malam kan? anak² dah mengantuk. 


aku amik family room. rate RM148. tau dah kalau hotel bajet, bilik biasa dia mesti kecik kan? camna nak tidoq 4 beranak. so, amik ler bilik besau.. hotel ni tak sediakan sarapan yer.. tapi hotel bajet Golden Leaf Hotel yang sebaris ngan hotel ni ada pulak sediakan sarapan. rate lagi murah dari hotel ni. family room dia baru RM98. tapi skang dah naik harga kot. aku penah stay situ 2 kali. huhu.

wokey, jom tengok bilik! bilik ni kat tingkat 1. takde lift yer.


bilik takde la besau mana. tapi ok jer. tidoq 1 malam jer kan?



ada 1 queen bed, 1 single bed. ngam 4 beranak.



tv ada, kettle ada, iron jer tak dop.


bilik air biasa² jer. yang penting bersih dan ada heater.


ni gambo esoknya. dah siap nak pi legoland :p


sebelum tu singgah makan dulu siput sedut lemak cili padi kat Warung Wak Dol @ Marine Station Tampoi JB. cik somi cakap dulu masa dok ulang-alik outstation JB dia slalu makan kat sini.



tapi aku tak pandai makan siput sedut. so, tengok je la... huhuhu...

nanti sambung pasal cuti² Legoland. tapi tak details la kot sebab kali ke 2 pegi kan? aku up mana yang patut je lah... 



Live from New York!



Bukan NYC tu! Ni kat New York Hotel JB je pon. Ngehngehngeh. :-P


Cik Hessa rasmikan dulu tilam empuk nih~

Eceli, aku temankan incik hubby outstesen. Die pegi sorang, so aku ikut ler. Lagi pon haini mmg cuti. Xde sape nak jaga hessa. Mak mertua i ada cek up. Sampai sini ptg smlm. Jab lagi nak cek out dah. Ala.. Sekejab je pon dtg sini. Saja bawak anak2 tido hotel. Padahnya hessa kena selsema da. Tak biasa tido ekon la katakan. Huhuhu...

Balik kang kalau sempat singgah JPO! Yeahh...

posted from Bloggeroid

Dari Legoland singgah Cuci Mata kat Johor Premium Outlet :-)

.
.
lepas keluar dari Legoland, kami singgah isi perut dulu kat KFC kat Mall of Medini.. masa tu dalam kui 6 petang rasanya... lepas makan terus gerak ke JPO... sampai Putrajaya dah tengah malam.. hewhew...


 sampai jugak akhirnya.... hubby cakap bawak jugak la datang sini sebab nak tunaikan impian bini dia.. hewhew.. hubby dah 2-3 kali sampai sini. bini die je tak sampai lagi :b


 weolls singgah skejab jer.. tak larat nak jalan dah coz seharian dalam Legoland kan? jalan sikit, benti duduk jab rehat.. memang penat sangat... hewhew... sampai esok tu kaki rasa lenguh...

tapi penat² pun aktiviti cuci mata n cuci poket tetap jalan.... giler kentang kalau tak soping kat Padini tuh!! harga kaw-kaw punya less!!! 


 hasil penat berjalan... :b


 kemeja padini ni harga dalam RM24 kot.. esok tu trus pakai tak tunggu basuh dah. huhuhu...


 tshirt Seed ni RM9 sajok! murah kan?


kemeja lengan panjang brand Seed - hubby punya... teka berapa harga???
RM19 je uolls..... terus rembat 3 lai.. 2 untuk hubby, lagi selai bagi kat pak mertua


mak beli pant jer.. brand cotton on. RM30. selai je untuk mak tapi harga paling mahai! caner tu?? kekeke....


boleh la takat nak cuci mata kat butik² eksklusif dalam tu... tak mampooo wei... kalau kita aim nak beli something okey la. siap bawak duit sekali... tapi kalau yang ado-ado je ni, masuk Padini/Vincci/cotton on pun dah okey dah.. muahahaha.... tapi dulu hubby belikan aku jam fossil kat sini murah wei.. memang less kaw² time tu.. masa aku pegi takde pulak less! mencik. :b


.

Mall of Medini Nusajaya

.
.
 kalau nak tau, sebelah Legoland tu ada shopping mall... aku parking kat bawah mall ni lah... agak² bila nak datang sini, bawak la duit lebih sikit.. kot² lepas keluar dari Legoland nak singgah cuci poket kat mall ni pulak.. huhuhu..

 Mall of Medini... sedap nama mall nih... mall ni 2 tingkat jer.. tak besar sangat.


 banyak lagi shop lot tak bukak... baru lagi kan? nanti dah lama sikit penuh la kedai kat sini.. :b


 sebelum masuk legoland, pekena sweet corn dulu...


 kat sini pun ada banyak kedai makan tau.. agak² takmoh makan kat dalam Legoland tu, boleh la makan kat mall ni dulu...


 ada restoran nasi beriyani


 KFC pun ada... tapi harga die memang mahal sikit dari biasa yer.. lepas kua dari legoland tu kami singgah makan kat kfc.. die up harga dalam 2-3 hinggit rasanya....


 the Manhattan fish Market

ada banyak lagi kedai makan kat mall nih... sediakan duit sajok.. huuhuh...


 Colours...


 Polo Haus


al-ikhsan pun ado!


CarloRino


aku jenjalan cuci mata je la.. tak masuk pun satu kedai kat dalam nih.. bajet nak pegi Legoland je kan? tak tau pulak kat sini ada soping mall... kalau tak....... :b

.

Pizza Mania Legoland Malaysia

 .
.
sebelum masuk Legoland dah breakfast sebenarnya... tapi bila dah naik rides, kena berjalan lagi, terasa lapar la pulak kan? so kami masuk restoran pizza mania ni dekat zon Imagination. dont worry k. kat dalam Legoland ni memang banyakkkk restoran dan yang penting HALAL... tapi harga dia paham² sendiri la ek. harga kat sini caj kat pelancong asing boleh la kot! :-(


Pizza Mania


suasana dalam restoran pizza mania... memang sangat besar restoran nih...


ada pizza n pasta sajok...


order spagheti kongsi 3 orang... harga tak ingat lah.. semua ni dalam RM23 kot!


aiskrim cornetto RM5.50... aku buat pekak telinga je bila hadif mintak nak aiskrim.. huhuhu...


aiskrim magnum RM7.00! mampoo?


aiskrim paddlepop RM4.00????


mineral water RM2.50

bagi aku la, makanan die memang mahal... ko jual untuk pelancong asing boleh la harga nih! untuk rakyat Malaysia cer bagi potongan harga skit... tak rugi kot!

.

Review Legoland Malaysia | Lego City

.
.
Lego City 
Ni game budak-budak sebenarnya. Tapi org dewasa pun boleh maen. Contohnya kami! hehehe Yang ni ktorg line up dalam 15minit

Read more: Legoland Malaysia..all about lego.. | Wawa Abdullah http://www.miszwawa.com/2012/09/legoland-malaysiaall-about-lego.html#ixzz2Cka9c686

rides n games kat Lego City ni more untuk budak². ofkos la kan? ;b... Lego City ni macam bandar mini siap ada balai bomba, airport, sekolah memandu, etc.


  • Lego Airport 
  • Rescue Academy 
  • City Stage 
  • Lego Express 
  • The Shipyard 
  •  Driving School 
  • Junior Driving School 
  • Boating School

Lego Airport

Lego Airport ni ada ride kapal terbang kecik yang berpusing macam merry go round. Sesuai untuk budak² je la tapi time aku tu die suh naik sekali teman anak...


pusing-pusing sampai naik pening.. banyak betui rides pusing² kat Legoland nih. :b


Rescue Academy

kat Rescue Academy ni korang boleh main anak-beranak. game die korang kena drive kete bomba tu then padamkan api (tapi takde api pun). konon je la.. pastu patah balik drive ke tempat asal.


tapi semput wei nak gerakkan kete bomba nih.. die guna cam sistem pam angin kot.. kami laki bini kena pam guna tangan untuk gerakkan kete tu... semputtt.... ke main berat kete ni.. last sekali tak bergerak pun.. staf legoland yang kena tarik kete tu ke tempat asal.. kuikui.. kurang stamina nak pam.. wahahaha...



Boating School

hadif nak sangat naik bot kat sini.. so aku suh hubby temankan.. que boleh tahan panjang...


Legoland~


hadif yang drive tau.. kuikui...


kemain suke die...


Junior Driving School

ni macam naik kete kat soping mall tu jer.. hadif tak nak naik pun.. huhuhu...


City Stage

boleh tengok live show kat sini.. kena alert la kui bape start persembahan die...


mula² start ada pempuan omputih buat persembahan dengan tali ni... melilit sana sini...


pastu kua orang ni pulak. die ni macam pencerita la dalam live show nih...


ni show untuk budak-budak la.. show ni bertemakan educational di mana dorang ajar budak² ni tentang keselamatan kat rumah... enjoy la jugak...


Lego Express

jom kite naik choo choo train pusing satu Legoland...


 kecik besar pun boleh naik...


kami dah sampai Legoland... anda?? :b

sila la bawak anak² ke Legoland... pasti menyeronokkan dan berbaloi-baloi... kalau nak pegi USS tu rasanya biar anak besar sikit la kot.. kalau anak kecik memang sangat limited rides yang boleh naik...

.