Showing posts with label Bercuti di Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Bercuti di Kuala Terengganu. Show all posts

Keropok lekor B.T.B 2209 Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.



benda yang wajib beli dan bawak balik banyakkkkk² kalau gi ganu - kepok lekor... nyumnyum. terasa ikan dia, tak macam kepok yang jual kat pasar malam kat sini tuh.. tepung je lebih :b

Keropok Lekor Bukit Tok Beng adalah kepok yang paling femes kat Ganu. kalau dulu orang suka kepok losong tuh, now kepok BTB paling best. sampai nak beli pun kena amik nombor macam kat bank tu.. tempat lain ado???

ni la kedainya. warna biru gitew... 


hubbyku cakap duluuuuu die datang kecik kedainya, now dah maju die besarkan.. bagus.bagus. untuk keselesaan pelanggan jugak..


 
tu diaaaa.... pakai sistem nombor giliran... muahahaha... hebat tak hebat la kan kepok tok beng nih?? kalau datang walk in nak beli kepok yang belum masak tu, kena la amik nombor yer... sila la menunggu dengan penuh kesabaran. huhuhu


tapi oleh sebab nak menunggu tu dalam 50 orang lagi, so kami decided booking je la.. amik kepok tu esok nya before balik KL.. tak payah penat nak tunggu. lagi pun bukan jauh mana pon Bukit Tok Beng nih... packing kepok yang belum masak macam gambar ni eh..


patut la sedap die rebus kepok guna kayu api....



dah alang² sampai tu kan, jom pekena kepok sepinggan dua.. fresh nih! kalau nak makan kat kedai tu jer, tak payah amik nombor...



aku suka yang goreng punya... nikmat betui.


ni die rebus jer.. aku kureng sikit jenis nih. tapi memang terasa betui ikan die...

Kepok lekor Bukit Tok Beng memang terbaikkkkkkkkk!



Air Buah Gelas BESAR Seberang Takir, Kuala Terengganu



Sambung balik kisah Cuti-cuti Terengganu tu yer... :b

ontheway nak balik hotel dari Pantai Teluk Ketapang tu, kami singgah kedai air buah gelas besar kat Seberang Takir. kedai ni betul² kat tepi jalan utama tuh. so, senang je nak carik. kedai air buah ni memang femes emes lah kat KT. ramai yang rekemen suh singgah. klu tak silap ada dua kedai je yang jual air buah gelas besar nih. 


dah lewat petang, orang pon dah tak ramai~


tak nampak la pulak senarai harga. huwahuwa.. :b


yang belah kiri baju putih tu kawan adik ipar aku - memang orang KT. so, die la yang tunjuk jalan nak ke sini. sempat la tanya die tempat ape lagi yang best kat KT nih.


tu diaa... gelas ni memang besar yer... semua pakat eksyen nak minum sorang satu... nah hamik kau! kembung perut nak abiskan. kuikui... harga pun murah jer. gelas paling besar RM3.50 jer...

makanan bergoreng tak sure ade ke tak. tapi bila order katanya takde. maybe dah petang kot. so yang ada time tu nasi minyak, nasi lemak, laksa, kepok lekor, etc

jangan lupa singgah air buah gelas besar ni ye kalau pegi KT. air buah yang pior, harga pun murah. berbaloi-baloi!



Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu




wokeh... kite sambung balik citer cuti² Ganu sempena cuti sekolah haitu yek...  ada 2-3 tempat lagi tak sempat nak citer.. huhuhu... kitowang pegi Pantai Teluk Ketapang ni 2 hari berturut². huhuh.. first tu saja jenjalan ambik angin kat pantai ni. sehari lagi pekena ikan celup tepung kat sini... masa 1st day tu masing² dah kenyang sebab tu tak singgah makan ict. tapi last day tu before balik KL singgah jugak la makan ict. kebetulan kami nak pegi amik kepok lekor BTB yang kami booking tu, so satu jalan je la nak ke teluk ketapang nih. 

Pantai Teluk Ketapang ni femes jugak lah macam Pantai Batu Burok tuh.. betambah femes sebab ada ikan celup tepung jual kat sini... tapi tak boleh nak mandi lah... tu yang tak syiok tuh. kat KT ni banyak pantai tapi tak leh nak mandi.. huhuhu... takpe la.. klu kemaruk sangat nak mandi sila pegi Pulau Redang atau Pulau Perhentian.. heaven noks!


macam biasa main pasir je keje die...


lengan mak naik berganda-ganda. tapi timbang naik sekilo jer. haih.


makteh hadif nak buat cover photo fesbuk. hahahah


sisters~


dorang jadi mangsa aku suh buat aksi lompat.. dah mak ni tak boleh buat khen?


petang² kat sini ramai la main layang², berkelah, etc. kawasan pantai ni sangat luassss....


sebelum balik snap family pic dulu....

kalau nak tau tempat lain yang menarik kat Kuala Terengganu ni boleh klik link kat bawah yer...

http://alwzbemybaby.blogspot.com/2013/06/11-tempat-menarik-di-kuala-terengganu_6.html



Ikan Celup Tepung D'Coconut Cafe, Pantai Teluk Ketapang



Kalau pegi Kuala Terengganu tak sah ler kunjungan korang klu tak singgah makan ICT (ikan celup tepung). :b eceli, banyak je gerai yang jual makanan celup² tepung ni kat KT. dan salah satunya gerai kat Pantai Teluk Ketapang atau pun orang panggil pantai airport. aku dok baca review kat belog ramai yang suggest kat gerai ICT Poklong, tapi masa kami pegi tu gerai tu tak bukak lagi. hewhew... so, kami singgah D'Coconut Cafe, bersebelahan dengan gerai poklong tuh.


full house ko! kat sini konsep die self service yer.. sila amik ikan/sotong/udang yang telah dimasak sendiri.. nanti ada orang datang meja untuk amik oder air n lain².


fuhh... licin! tinggal kerak sajok. sebab tu kena standby siap². asal letak jer berebut orang amik. muahahaha...

semua dah lunch tadi kan? so boleh ler tepek kat sini gambo² celup tepung nih. :b


cendawan celup tepung, ikan celup tepung, sotong celup tepung.


aku suka ikan celup tepung nih! freshh ko ikan die! amik 2 ekor jer.


sotong celup tepung - amik 2 pinggan


sedapnye ratah udang nih.. mabeles.... - amik 3 pinggan

total kami makan untuk 8 orang termasuk air lebih kurang dalam RM50. ok la berpatutan la dengan jumlah food yang kami makan tuh. tak silap aku kat sini ade jugak jual goreng². tengok meja sebelah ade je makan mee goreng.. huhuhu..


ni gerai Ikan Celup Tepung Pok Long - lambat bukak ler pulak!
.
sape pegi KT, jangan lupa pekena ICT kat Teluk Ketapang yer! mabelesss....



Sepetang di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu



Kami bertolak ke Kuala Terengganu pada hari Ahad last week. sampai Batu Burok Beach Resort dalam pukul 2.30 petang. tak boleh nak cek in lagi coz bilik belum ready. dalam kui 3 lebih skit baru dapat masuk bilik. petang tu dalam kui 5 lebih keluar jenjalan kat tepi pantai. amik angin petang gitew... rasanya dah lama tak lepak² kat pantai. huhu..

Pantai Batu Burok ni one of the most famous beach kt KT lah. tapi pantai ni dah tak sesuai untuk mandi... kes mati lemas pun ada. so, kite just main air n telan angin je ler... selain tu aktiviti lain yang boleh buat kat sini - main ATV, naik kereta kuda, main layang², berkelah, etc.
wokey, layan je la gambar² yang aku snap ni eh.

sayang betui dah tak boleh mandi~


ahli rombongan


pakteh-makteh hadif pon nak lompat jugekk~ :b



my boy  :-)


skang ni klu snap gambo mesti nak depa tangan tuh.


hadif skang dah tak takut main air laut.. klu dulu mau nye menjerit. nak jijak pasir pon takot.



hamboi... santai nampak bang?


hadif and acu


model mangga :b


sukenye die..


pakteh-makteh-hadif


nak tayang muka mak segan.. membolat dengan jayanya... tayang pewut dah la yer.. 4 bulan sudeh. Alhamdulillah~


petang-petang kat pantai ni memang meriah.... ramai je orang datang riadah ngan family


ada jual layang² jugak.. pakteh ada belikan hadif layang² ni tapi sampai ke sudah tak main. huhuhu


nak naik kereta kuda pon boleh. tapi tak sure la berapa tambangnya... ala.. dekat je pon die pusing.. huhuhu..


dah penat telan angin, kite makan jagung bakar pulak kat playground area pantai nih. sambil tu dok perati gelagat orang... macam² ada... hewhew...


Batu Burok Beach Resort | Review Hotel



Meh aku buat review sikit pasal tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu. Kalau korang mencari hotel bajet di Kuala Terengganu, aku suggest hotel nih. berbaloi²... terletak betul² di Pantai Batu Burok, berdekatan dengan medan selera dan senang nak access ke mana².

Selamat Datang ke Batu Burok Beach Resort~


nak carik hotel ni pun senang. ikut je signboard Pantai Batu Burok.


parking kat dalam dah penuh. so parking kat luar je lah.



pintu masuk lobi hotel


lobi hotel ~ check in kui 3 petang. check out pukul 12 tgh yer.

jom tengok bilik pulak.
 

aku amik bilik standard jer... rate cuti sekolah RM133.40 include breakfast for two. siap ade sen tu. huhuhu. kalau hari biasa rate die dalam RM95 ke atas.



boleh la.. bilik sedang² jer.. takde la sampai berhimpit berlanggar bontot. :b


ada tv plat skrin. astro pon ada.



 ada meja solek. mineral water pon disediakan.


 bilik air ada hot shower jugak. tapi bilik aku apsal ntah tak hot². sejuk je airnye. rosak kot.


dan yang paling penting ada pemanas air nih. senang nak bancuh susu hadif. ngeee~



swimming pool pon ado. tapi kecik jer la.. but it's okey dari takde kan? :b


 Pantai Batu Burok belakang hotel jer.


blok hotel dari belakang. 


 swimming pool lagi.

antara landskap yang ado~


Pak Maidin's Coffee House ~


sarapan pagi pun variety jugak. puas hati la.


hiasan barang lama.


1st day dihidangkan dengan nasi dagang. yummy.


mee kari pun ada.


bihun goreng dan roti. ada bubur nasi, cereal for kids dan desert jugak. next day tu ada bihun sup, nasi goreng, kuey tiaw goreng. ok la.. puas hati la dengan food die. banyak pilihan.

so far, aku puas hati la dengan hotel nih. cuma 2nd day tu aircond bilik aku tak bape nak sejuk. pastu buat komplen, ada technician die betulkan.. pas repair berketul² air batu keluar dari aircond. lepas tu terus tutup. hotel bagi kipas berdiri kat kami. so, tolak sewa bilik untuk satu hari. dapat la RM104/night. nasib la tinggal sehari je lagi.. klu tak mau kepanasan. nasib ler bilik mak and adik aku okey jer.huhu.