Showing posts with label Genting. Show all posts
Showing posts with label Genting. Show all posts

HOHOHO... ini lagi MURAH! 2D1N Stay Family Holiday for Up to 6 pax at Genting View Resort, Genting Highlands at RM99!

.
.B
Baru baca pasal Genting View Resort kat belog Manje, tup² tadi masa dok skodeng kat streetdeal ado pulak deal murah penginapan kat sini! giler kentang murah tu manje kalau nak compare rate RM385 yang ko cakap tu.. huhuhu... tapi yang ni rumah persendirian la ek sebab kena amik kunci kat Puchong sana... ngehngeh...



so selaku duta penginapan murah segala jenis DEAL (sendiri bagi gelaran) meh aku nak review pasal deal ni. muahahha...

  • Up to SIX (6) people can stay in Genting View Resort’s Family Studio (Open concept)
  • Redemption period : 8th March 2012 - 31st August 2012
  • Customers can make bookings to stay from March 2012 to October 2012
  • Vouchers available for weekdays! (Mon. – Thurs) excluding weekends, public & school holidays (surcharge applies, subject to limited availability)
    • Surcharge applies for Public Holidays (RM50) and Weekends (RM80)
    • Only accommodation, no breakfast
    • Resorts are privately owned & not under GVR Management
    • Keys are to be collected and returned in Puchong, Selangor

     untuk maklumat lanjut, klik STREETDEAL

    .

    Kemalangan di Genting!

    .
    .
    ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi semalam. 
    ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi semalam.
     
     
    Bas dinaiki bersama 20 rakan terbalik ketika turun dari Genting Highlands

    BENTONG: Dua pelancong warga India maut selepas bas ekspres yang mereka naiki bersama 20 rakan senegara terbabas sebelum terbalik ketika menuruni bukit di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 7.55 pagi, bas Star Mart Express yang membawa pelancong dari Kashmir, India itu dikatakan hilang kawalan dipercayai selepas mengalami masalah pada sistem brek sebelum melanggar penghadang jalan dan terbalik di laluan bertentangan.
    Anita Aggarwal, 59, mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius dipercayai selepas kepalanya tersepit pada bahagian badan bas, manakala mangsa lelaki, Rajendra Kumar Agarwal, 67, mati dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Dua puluh penumpang lain cedera dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang (HS). Sebelas daripada mereka dirawat di HKL, manakala sembilan lagi di HS.

    Difahamkan, semua mangsa terbabit tiba di pusat peranginan Genting Highlands, Sabtu lalu dan pagi semalam berlepas untuk ke ibu negara sebelum menuju Singapura.

    Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pemandu dan pemandu simpanan bas ekspres itu yang hanya cedera ringan kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan berbahaya hingga mengakibatkan kematian selain bagi membantu siasatan.
    “Siasatan awal mendapati bas itu hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam dan laluan menuruni bukit menyebabkannya merempuh pembahagi jalan,” katanya.

    Siasatan polis juga mendapati syarikat bas ekspres itu mempunyai dokumen dan permit lengkap untuk beroperasi, namun bas berkenaan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting, V Raganathan, berkata pihaknya terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi mengeluarkan mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit di celah bumbung bas.

    Kemalangan itu turut mendapat perhatian Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyampaikan ucapan takziah baginda menerusi Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani kepada semua mangsa dan meminta supaya bersabar dengan kemalangan yang menimpa mereka.

    credit Berita Harian online

    .

    Penginapan 2H1M di Resorts World Genting, First World Hotel hanya RM48

    .
    .
    sesapa yang terasa nak bercuti ke Genting dalam bulan April ni boleh la tengok² mydeal nih kot-kot berkenan.. ngeee~



    tapi syarat baucer ni yang buat tak best tu!

  • Stay date is strictly valid from 2nd-5th April 2012 (Mon-Thurs) only


  • p/s : bila la bleh nak pi Genting lagi nih?? ni antara tempat ayah hadif takmau pegi kot! sebab die gayattttt... gayat naik cable car, gayat naik roller coaster.. hehehehe...

    .

    Kupon Jusco!


    Setiap taon kan bila time besday kite,
    jusco akan sms suh amik buku kupon ni kan.
    so, ari ahad ari tu dah pi collect kat jusco equine park.
    taon ni kupon die tak berapa best lah compare last year punya!


    macam taon lepas ade kupon free masuk genting theme park!
    taon ni punya nan ado lah! baru ingat nak panjat genting lagi..
    die kasi diskaun RM20 untuk theme park annual passport worldcard new application/renewal jek. amende tah? 
    cam la tiap tahun saya pegi genting nak buat kad bagai kan? huhuhu...

    nak jugak masuk theme park free cam taon lepas.
    ni gambo saya pegi genting ngan kawan² makteh hadif. hubby tak ikut that time. die keje.
    nak baca kisah perasan bujang di puncak genting, leh klik SINI.

    yang lain-lain tu, cam biasa jek.
    kupon buy 2 free 1 tengok wayang kat GSC.
    yang ni ok. coz boleh guna untuk tengok wayang kami 3 beranak.
    ada kupon makan² Baskin Robbins, Johnnys's, KRR, ckichen rice, etc.





    ok. habis sudah bab kupon jusco tu.
    sambung cite kat jusco pulak!
    while nak tunggu hubby beli tali pinggang,
    sempat snap gambo² hadif tengah kebosanan.
    lama giler weh nak menunggu laki ku pilih belt.
    kalah orang pompuan beli barang. huhuhu..


    dah tak larat dok sopan-sopan, last skali die mengangkang...

    lollipop ni dapat free tau. masuk belah games tu, semua kanak² dapat free. baik kan jusco? hahahaa...

    ibu pun takde keje. nak soping barang sendiri takde mood. so, snap gambo je la.. tapi sebelum balik tu sempat gak rembat seluar selai.. huhuhu..