Showing posts with label Penang 2014. Show all posts
Showing posts with label Penang 2014. Show all posts

Rombongan adikbadik ke Bukit Bendera, Penang



Meh sambung balik citer cuti² Penang bulan 11 taon lepas... sebelum ni aku dah citer pasal Penang Street Art Georgetown dan Ida Mee Udang Sg. Dua. klik link tu yer kalau nak baca.. now nak cite pasal Bukit Bendera pulak....

pagi tu lepas check out dari apartment, kami terus gerak ke Bukit Bendera. kami stay kat Batu Feringghi, so jauh jugak nak ke Bukit Bendera tu... sampai jer, hooomaiiii ramai gilesss orang tengah beratur beli tiket.. pasrah je lah... mulut aku ni membebel² la kat adik² sebab dorang la bersiap lambat. aku dah pesan awal pagi dah kena keluar sebab komfem ramai orang... adik² pasrah je lah dengo aku bebel.


ni la ahli rombongan. semua adik² aku... yang baju pepel tu adik ipaq. 


hari cuti memang ramai yer orang kat atas nih.... tunggu nak naik train pon berjanggut.. 

aku malas nak taip balik apa yang best kat Bukit Bendera nih... taon 2013 aku dah penah datang sini. so, korang klik link ni yer kalau nak tau apa yang ada kat Bukit Bendera tu..


tapi yang aku perasan, ada benda baru kat atas ni iaitu Love Lock ala² kat korea & paris. boleh la buat tempat fotoshot. cantik jugak.


cantik kan gambo ni.... kalau edit lagi kababoomm :p


laki mak tak ikut... so, tumpang begambo ngan family adik aku laa.. huhu


mak pon nak jugak bergambo sorang²...


sonok sebenarnya jenjalan ngan adik² nih.. aku yang paling tua pulak tu.. harus la berlagak cam mem besar... bagi arahan jer... tapi ongkosnya mak le kena kua.. ater adik² semua belajar lagi.. hehe..


nasib ler adik aku n laki dia ada.. boleh tong².. ngeeee~


susah nak snap gambo hessa. mek ni memang tak mesra kamera....


last pic before gerak balik...

taon ni takde plan lagi nak bercuti ke mana.. hadif pon dah masuk darjah 1. tak boleh nak sukati pontengkan dia mcm sebelum ni.. ngeeee~ bila dia tak dapat kehadiran penuh kat skolah, mula la marah kite... dia cakap, ibu la ni. selalu bagi hadif cuti. LOL



Ida Mee Udang Sungai Dua



Balik dari jenjalan Penang, kami singgah Sungai Dua untuk dinner. ni 2nd time aku makan kat Sungai Dua ni.. dulu penah singgah makan char kuey tiaw telur ayam dibasuh. kat area sini jugak. dis time saja try mee udang pulak.

dah puas toleh kiri-kanan cari kedai makan sepanjang jalan tu, maka Ida Mee Udang Sungai Dua jadi pilihan.. boleh tahan ramai jugak orang makan kat sini.



kuey tiaw goreng udang. sedap.


mee goreng udang pon sodap.


mee udang aku tak rasa pulak. adik aku cakap sedap.

so, korang klu singgah Sungai Dua jangan lupa singgah kedai ni ya.. memang sedap!


Penang Street Art, Georgetown



Kalau dah sampai Penang tu, wajib lah pegi membasahkan ketiak kat Georgetown sana pegi carik lukisan² cantik kebaboom kat dinding² bangunan... memang kerlasss yuolls.... klasik amat! dah lama simpan hajat nak tengok live lukisan tu sume.. asyik tengok kat instagram orang jer kan.. nak² pulak dis time aku pegi Penang dengan adik² aku yang gila bergambor, harus lah terjah! deme pon sama naik ngan aku gila selpie... mihmih... klu nak ajak incik laki pegi sini, ko ingat dia nak layan???? taon-taon-taon-depan belom tentu dia nak mai sini.. muahahaha...

Eceli, bukan senang nak jumpa lukisan² ni tau sebab dia bertebaran kat bangunan² kat pekan Georgetown tu.. memang ketibas la nak carik. lain-lain bangunan, lain-lain lorong... hah! memang patah kaki lah nak mencarik!. tapi haitu kami pegi cari dekat² sajok. kuasa lah nak pi cari semua. dengan dokong cik hessa lagi. dengan panasnya lagi... itu pasal ramai yang sewa basikal round satu Georgetown carik lukisan tuh. Semua lukisan ini dilukis oleh Ernest Zacharevic yang berasal dari Lithuania. 


layan je la beberapa keping gambo yang sempat kami snap yer... tak banyak pon. jadi lah.. merasa jugak khen? klu orang tanya, boleh la mengaku dah sampai! mihmih. :p

masa ni hadif tinggal dalam kereta ngan makteh dia.. nasib dia tak mau turun. klu tak jenuh nak kejar.


wif adik² yang kaki selpie


hakikatnya camni la nak bergambo.. kena tunggu turn. bila orang habis bergambo je cepat² larik amik turn pulak. pastu tepi jalan lak tu. kete dok lalu-lalang. sape yang malu² nak bergambo tu memang tak dapek nak nolong la..








banyak lagi hoiii lukisan kebaboom. mak tak sempat nak carik. elok kami sampai kat kereta ujan pon turun dengan lebatnya. nasib baeeekkkk!

sape pi penang, sila la terjah sini yek! terbaikkk!

Cuti² Penang 2014



auuucakk!!! 
assalamualaikum semua....

Dekat sebulan hoiii tak update belog! sungguh la kemalasan. nak bukak blog pon rasa nyampes.. adesss... akan ku usahakan start hari ni nak rajin update belog balik. ngeeeee~~

cuti² Penang la sangat kan? pegi berjalan 2 tempat je kot! miahahaha... tak sempat noks!