Showing posts with label Suria Service Apartment Bukit Merah Laketown .. Show all posts
Showing posts with label Suria Service Apartment Bukit Merah Laketown .. Show all posts

Suria Service Apartment l Pool die besauuuuu ohh...

 .
.
sambungan Percutian Free tak sampai 24 jam di Bukit Merah Laketown Resort.


 pagi tu dalam kui 7.30 pagi aku ngan adik aku dah turun dari apartment kua cari kedai makan kat tepi² jalan nak masuk Bukit Merah Laketown nih.. biasa la, makan kat dalam mahai, so harus cari makan kat luo...

aku beli nasi lemak 7 bungkus. beli untuk sepupu aku n anak² die jugak.. sekali bila aku pi anta nasi kat die, tengok die tengah masak nasi lemak daaa... pergh... semua periuk lektrik die bawak. canggih sungguh.. siap dengan masak lemak ketam lagi.. huuhuh... sepupu aku ni kalau pi bercuti memang complete set die bawak alat masak dia.. hahaha.. maklum la, banyak perut nak kena isi. kalau masak lagi jimat ye dak?

pas perut kenyang, pakat ramai² turun pool.

 pool dewasa.. bapak besauu... tak payah pegi Bukit Merah waterpark pon tak pa.. kat sini dah puas berendam.


 ni pool budak.. besauu ke main.. tapi jangan risau.. tak dalam pong...


 budak takut air. well.....


 posing dulu sbelum berendam!


 sepupu aku n anak² die.. jejaka baju belang tu adik aku la ek.

mula² cadang nak pegi tengok orang utan kat pulau tu.. tapi tak jadi lah.. cuaca panas giler kot!

 so, ini je la yang mampu.... huhuhuh....


lepas puas main habis duit tukar token, balik semula ke bilik then terus check out... pulang ke pangkal jalan jumpa mak ayah tercinta kat kampung.. huhuhu...


next : Cuti² Langkawi

.

Review Hotel : Suria Service Apartment, Bukit Merah Laketown

 .
.
oh, sebelum aku khatamkan entry cuti² Langkawi 2012, meh aku review sikit pasal percutian singkat aku ke Bukit Merah Laketown! percutian tak sampai 24 jam pong! huhuhuh... haitu kat entry ni aku ade bagitau yang aku dapat bilik free kat Bukit Merah kan? so, bilik free tu kami tak sia-siakan? huhuhu...

lepas balik keje on 9 Mac 2012 (Jumaat), balik umah dulu siap², baru la gerak menuju ke Bukit Merah.. aku sampai Bukit Merah pon dah dekat kui 11 malam kot! singgah Bidor jab, amik adik aku dlu coz die pon nak balik kampung jugak. so, before balik umah mak, kami lepak la dulu kat Bukit Merah untuk semalam..
 

Suria Service Apartment, Bukit Merah Laketown


 untuk school holiday, rate dia dalam RM180-200 semalam... rasa cam mahai sebab bilik cam tak seberapa jek. nasib la sepupu aku dapat bilik free, boleh la merasa tido kat sini.. kalau tidak, memang TAK la kot nak book hotel ni coz dekat benar dengan umah mak aku kan? baikkk la tido umah mak. dah tentu free.. huhuuh...


 lobi.. sempoi jek...


 nama je apartment, tapi satu bilik je.. macam bilik deluxe tu je.. kecik jek. aku dapat bilik tingkat 1

 
 ade astro tak ek? macam takde jek...


 takat peti ais kecik n kettle tu ada la dorang sediakan...


 nasib ada sofa ni, boleh la adik aku tido kat sini...


 almari kecik dan meja solek kecik


 bilik ayor pon kocik, takde bath tub bagai...


ermm... boleh laaaa.......


 satu je yang best pasal bilik aku duduk ni kot, bukak sliding door, terus nampak pool yang besau nih.. tapi kena selak pokok tu dlu la baru nampak clear.. ngehngeh...

 kesimpulannya, hotel ni biasa² ajok! masa aku round² kat area laketown tu, depa ada buat promosi hotel, harga biasa just RM90++ sajok! kira murah la kan? sebab time ni cuti skolah, so harga UP la kan? kalau sewa ngan owner apartment sendiri, lagi murah boleh dapat!

.