Kuala Gula Sanctuary Resort @ Infra Chalet & Resort


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru......... ^____^
lagi 3 hari bertambah lagi umuq ku... sobss... T____T

sempena taon baru, haini agak rajin ku nak update pasai last vacay 2018 lepas. my big family vacay giteww.... adik-badik semua join kecuali abam sulung & family sebab depa pegi vacay Jakarta. 

Family vacay kali ni pegi dekat² jerk sebab ayah aku pon tak berapa sihat nak travel jauh. ni pon untung banyak dia nak ikut tau! ayah skang lebih suka duduk umah. payah dah nak ajak gi mana². semua adik lelaki aku yang plan n booked hotel. dia yang ajak semua pegi bercuti lepas majlis bertunang dia.

 22 December 2018. Majlis Bertunang adik lelaki aku. tunang orang dekat² jerk, senang nak balik raya. ahaks. dapat orang Kamunting ja.

so, lepas habis majlis bertunang, kami semua terus gerak ke Kuala Gula Sanctuary Resort. situ ja macam dekat sikit. lagi pun agenda utama kaum bapak² depa nak mancing ikan!


Kuala Gula Sanctuary Resort @ Infra Chalet & Resort
Rate - RM 170.00/nite inc. breakfast for 2
Office: 05-8901866
Hp: 011-21512301


booking pon dah last minit dah. cuti sekolah pulak tu. nasib la ada kosong 3 bijik chalet lagi. so kami amik 3 bilik. pakat share² la bilik sebab kami ramai. 


snap masa dah nak check out. bersepah la yer. ngeeee~


amik connecting room senang budak² nak main, nak lari² :p

Bilik adalah besar yer.. memang muat je dok ramai². tapi tak berapa nak well maintained. tv tak boleh on, peti ais pon tak boleh pakai. nasib la aircond okey! tapi malas nak komplen banyak... yang penting kita enjoy!!!


mancing dari bilik je yuolls....


mancing with view... lawa~

Malam² takde apa aktiviti sangat.. so, kami  buat bbq je lah sambil mancing ikan~

budak² suka la kalau dapat tembikai.. mak² la pening kepala sebab bersepah..


bbq kat luar chalet.


sedap makan ramai²..


hadif mancing pon dapat ikan tau! senang betul dapat ikan kat sini. letak pancing je dapat! tu yang bersemangat kaum bapak semuaaa nak mancing!


tapi ikan duri je la yang banyak. ada la lekat sekor ikan sembilang.


mak aku pon nak try mancing.. tapi ni action je la nak amik gambo. ngeeee~


rezeki pagi hari dapat ikan plastik sampah :p

 Pada yang nak bercuti sambil memancing tu, korang boleh try menginap kat sini. satu pengalaman baru bagi aku... sambil mancing, sambil golek² atas katil. muahahaha... tapi fasiliti kureng lah, dan jangan banyak komplen! hahaaha. kalau dah berkumpul dengan family tersayang, kat mana² pun boleh jadi best kan? 


1 comment:

MrsEnoxis said...

Menarik ni. Leh terus memancing dr bilik.