Showing posts with label Hotel dekat dengan Legoland. Show all posts
Showing posts with label Hotel dekat dengan Legoland. Show all posts

Kozi Hotel Johor Bahru (Review)



Kan last week kat entry ni aku bagitau kami bercuti ke Legoland secara mengejut kan? memang tak bajet pon nak turun JB. tetiba jer incik somi tanya tengahari Ahad tu nak pegi JB balik hari tak? sebab die nak anto rollerblade customer. aku macam... erm.... balik hari??? adoiyaiii... macam penat jer... petang baru nak gerak JB, pastu malam tu terus balik Putrajaya... adess.. so, aku cakap kat cik somi yang aku EL esoknya. lagi pun memang tengah cuti sekolah kan? boleh bawak anak² jenjalan JB. nak masuk Legoland lagi skali.. huhuhu...

so, otw ke JB tu baru decided nak dok hotel mana... kua umah pon dah kui 6 petang camtu... so, cam membazir jer dok hotel mahai. hadif yang dok berzikir nak hotel ada swimming pool pon tak ku layan... lepas google sana sini, aku terus call Kozi Hotel kat Danga Bay. sampai JB pon dah pukul 9 malam. so, memang untuk tidor jer, esok pagi nak ke Legoland dah. so, amik hotel bajet sudah... 

Kozi Hotel Danga Bay


kecik comel jer lobi hotel nih~



dah kui 9 malam kan? anak² dah mengantuk. 


aku amik family room. rate RM148. tau dah kalau hotel bajet, bilik biasa dia mesti kecik kan? camna nak tidoq 4 beranak. so, amik ler bilik besau.. hotel ni tak sediakan sarapan yer.. tapi hotel bajet Golden Leaf Hotel yang sebaris ngan hotel ni ada pulak sediakan sarapan. rate lagi murah dari hotel ni. family room dia baru RM98. tapi skang dah naik harga kot. aku penah stay situ 2 kali. huhu.

wokey, jom tengok bilik! bilik ni kat tingkat 1. takde lift yer.


bilik takde la besau mana. tapi ok jer. tidoq 1 malam jer kan?



ada 1 queen bed, 1 single bed. ngam 4 beranak.



tv ada, kettle ada, iron jer tak dop.


bilik air biasa² jer. yang penting bersih dan ada heater.


ni gambo esoknya. dah siap nak pi legoland :p


sebelum tu singgah makan dulu siput sedut lemak cili padi kat Warung Wak Dol @ Marine Station Tampoi JB. cik somi cakap dulu masa dok ulang-alik outstation JB dia slalu makan kat sini.



tapi aku tak pandai makan siput sedut. so, tengok je la... huhuhu...

nanti sambung pasal cuti² Legoland. tapi tak details la kot sebab kali ke 2 pegi kan? aku up mana yang patut je lah... 



Review Legoland Malaysia | Lego City

.
.
Lego City 
Ni game budak-budak sebenarnya. Tapi org dewasa pun boleh maen. Contohnya kami! hehehe Yang ni ktorg line up dalam 15minit

Read more: Legoland Malaysia..all about lego.. | Wawa Abdullah http://www.miszwawa.com/2012/09/legoland-malaysiaall-about-lego.html#ixzz2Cka9c686

rides n games kat Lego City ni more untuk budak². ofkos la kan? ;b... Lego City ni macam bandar mini siap ada balai bomba, airport, sekolah memandu, etc.


  • Lego Airport 
  • Rescue Academy 
  • City Stage 
  • Lego Express 
  • The Shipyard 
  •  Driving School 
  • Junior Driving School 
  • Boating School

Lego Airport

Lego Airport ni ada ride kapal terbang kecik yang berpusing macam merry go round. Sesuai untuk budak² je la tapi time aku tu die suh naik sekali teman anak...


pusing-pusing sampai naik pening.. banyak betui rides pusing² kat Legoland nih. :b


Rescue Academy

kat Rescue Academy ni korang boleh main anak-beranak. game die korang kena drive kete bomba tu then padamkan api (tapi takde api pun). konon je la.. pastu patah balik drive ke tempat asal.


tapi semput wei nak gerakkan kete bomba nih.. die guna cam sistem pam angin kot.. kami laki bini kena pam guna tangan untuk gerakkan kete tu... semputtt.... ke main berat kete ni.. last sekali tak bergerak pun.. staf legoland yang kena tarik kete tu ke tempat asal.. kuikui.. kurang stamina nak pam.. wahahaha...



Boating School

hadif nak sangat naik bot kat sini.. so aku suh hubby temankan.. que boleh tahan panjang...


Legoland~


hadif yang drive tau.. kuikui...


kemain suke die...


Junior Driving School

ni macam naik kete kat soping mall tu jer.. hadif tak nak naik pun.. huhuhu...


City Stage

boleh tengok live show kat sini.. kena alert la kui bape start persembahan die...


mula² start ada pempuan omputih buat persembahan dengan tali ni... melilit sana sini...


pastu kua orang ni pulak. die ni macam pencerita la dalam live show nih...


ni show untuk budak-budak la.. show ni bertemakan educational di mana dorang ajar budak² ni tentang keselamatan kat rumah... enjoy la jugak...


Lego Express

jom kite naik choo choo train pusing satu Legoland...


 kecik besar pun boleh naik...


kami dah sampai Legoland... anda?? :b

sila la bawak anak² ke Legoland... pasti menyeronokkan dan berbaloi-baloi... kalau nak pegi USS tu rasanya biar anak besar sikit la kot.. kalau anak kecik memang sangat limited rides yang boleh naik...

.

LEGOLAND Hotel Malaysia OPEN 2014

.
.
 Selamat Pagi semuaaa.........

pagi² ni mood takdak nak mengarang... mood nak cuti lepak kat umah jer nih tapi cuti tinggal ciput... sayang pulak nak guna.. hewhew....

meh nak tayang skit gambar pembinan Hotel Legoland. lambat lagi siapnya, tahun 2014 esok nun...

hotel ni terletak kat luar pintu masuk Legoland jer.. dekat sangat-sangat dah.. sebelah-menyebelah jer... aku tengok iklan² yang die pasang memang lawoooo gila deco rooms kat hotel nih... comel sangat bilik untuk budak². lebih kurang cam disneyland hotel... rate dia jangan tanya la... mesti mahal gilak!


boleh merasa ke tidak nih menginap kat sini? huhuuhu.... ada hati nak pegi Legoland lagi.. hewhew...

okey. meh layan gambo bilik hotel Legoland nih... aku rasa lebih kurang gini jugak die nak buat nanti...
.

hotel pun nak berlego jugak... nama pun Hotel Legoland.. huhuhu....


katil bertingkat pun ado...


design ala² dalam istana - lego kingdom...


tema pirate..


princess's room


cuci mata dulu la yer... kalau rasa² nak menginap kat sini nanti, sila kumpul duit dari sekarang.. ngeeee~








Hotel yang Berdekatan dengan Legoland Malaysia

.
.
okey, from now on aku buat entry pasal Cuti-Cuti Legoland lah yer.. dalam minggu ni klu sempat aku cover semua lah.. hehehe... macam la banyak sangat nak citer kan? hewhew....

setiap kali planning nak bercuti, benda pertama sekali kita nak carik harus la hotel kan? biasanya aku cari hotel bajet kalau takat nak tumpang tido n mandi jer... kalau 24 jam nak dok lam bilik, HAAA! yang tu betui aku setuju amik hotel grand macam Grand Lexis PD tu. hehehee... padahal kedekuitt... O__O

dan hotel yang terdekat dengan Legoland adalah hotel di sekitar Danga Bay.. satu jalan je nak ke Nusajaya. nak pegi Legoland pun senang... jalan tak berbelit. straight jer...

kat Danga Bay nih banyak hotel bajet... suka.suka ♥. dan antara hotel² nya ialah :


Tune Hotel - hotel ni kira bajet hotel la kan? rate memang murah tapi nak apa² (aircond, etc) semua kena topup duit. hewhew....


Golden Leaf Hotel - hotel feberet aku. HAHA. dah 2 kali stay kat sini..1st time dok sini masa pegi USS dengan my bff. kami dok family room harga RM98. 2nd time stay sini masa pi Legoland last week. amik bilik deluxe RM68 with breakfast... so far okey la. tak leh nak bagi bintang lebih² coz hotel bajet je kan? tapi hubbyku cakap bilik die lagi luas dari Tune Hotel. hubby penah stay kat Tune.


Kozi Hotel (credit pic here) - sederet je tiga-tiga hotel nih... Kozi Hotel n Green Leaf ni deretan kedai jer yang diubah jadi hotel... rate hotel nih bermula dari RM88 utk bilik standard.

pendek kata terpulang masing² nak dok hotel murah ke mahal. weolls cadangnya 2nd day tu nak tukar ke Hotel Grand BlueWave sebab hadif sibuk nak mandi pool. dah siap pi sevey nak book dah. tapi ada hal yang tak leh nak elak, so kena balik hari tu jugak... T___T

tapi yang pastinya, memang hotel kat Danga Bay ni lah yang terdekat sekali nak pegi Legoland.. :b

.