Showing posts with label Bercuti di Penang. Show all posts
Showing posts with label Bercuti di Penang. Show all posts

Ida Mee Udang Sungai Dua



Balik dari jenjalan Penang, kami singgah Sungai Dua untuk dinner. ni 2nd time aku makan kat Sungai Dua ni.. dulu penah singgah makan char kuey tiaw telur ayam dibasuh. kat area sini jugak. dis time saja try mee udang pulak.

dah puas toleh kiri-kanan cari kedai makan sepanjang jalan tu, maka Ida Mee Udang Sungai Dua jadi pilihan.. boleh tahan ramai jugak orang makan kat sini.



kuey tiaw goreng udang. sedap.


mee goreng udang pon sodap.


mee udang aku tak rasa pulak. adik aku cakap sedap.

so, korang klu singgah Sungai Dua jangan lupa singgah kedai ni ya.. memang sedap!


Penang Street Art, Georgetown



Kalau dah sampai Penang tu, wajib lah pegi membasahkan ketiak kat Georgetown sana pegi carik lukisan² cantik kebaboom kat dinding² bangunan... memang kerlasss yuolls.... klasik amat! dah lama simpan hajat nak tengok live lukisan tu sume.. asyik tengok kat instagram orang jer kan.. nak² pulak dis time aku pegi Penang dengan adik² aku yang gila bergambor, harus lah terjah! deme pon sama naik ngan aku gila selpie... mihmih... klu nak ajak incik laki pegi sini, ko ingat dia nak layan???? taon-taon-taon-depan belom tentu dia nak mai sini.. muahahaha...

Eceli, bukan senang nak jumpa lukisan² ni tau sebab dia bertebaran kat bangunan² kat pekan Georgetown tu.. memang ketibas la nak carik. lain-lain bangunan, lain-lain lorong... hah! memang patah kaki lah nak mencarik!. tapi haitu kami pegi cari dekat² sajok. kuasa lah nak pi cari semua. dengan dokong cik hessa lagi. dengan panasnya lagi... itu pasal ramai yang sewa basikal round satu Georgetown carik lukisan tuh. Semua lukisan ini dilukis oleh Ernest Zacharevic yang berasal dari Lithuania. 


layan je la beberapa keping gambo yang sempat kami snap yer... tak banyak pon. jadi lah.. merasa jugak khen? klu orang tanya, boleh la mengaku dah sampai! mihmih. :p

masa ni hadif tinggal dalam kereta ngan makteh dia.. nasib dia tak mau turun. klu tak jenuh nak kejar.


wif adik² yang kaki selpie


hakikatnya camni la nak bergambo.. kena tunggu turn. bila orang habis bergambo je cepat² larik amik turn pulak. pastu tepi jalan lak tu. kete dok lalu-lalang. sape yang malu² nak bergambo tu memang tak dapek nak nolong la..








banyak lagi hoiii lukisan kebaboom. mak tak sempat nak carik. elok kami sampai kat kereta ujan pon turun dengan lebatnya. nasib baeeekkkk!

sape pi penang, sila la terjah sini yek! terbaikkk!

Cuti² Penang 2014



auuucakk!!! 
assalamualaikum semua....

Dekat sebulan hoiii tak update belog! sungguh la kemalasan. nak bukak blog pon rasa nyampes.. adesss... akan ku usahakan start hari ni nak rajin update belog balik. ngeeeee~~

cuti² Penang la sangat kan? pegi berjalan 2 tempat je kot! miahahaha... tak sempat noks!



Sg. Dua Char Koay Teow Telur Ayam dibasuh



balik dari soping ikan masin kat Tanjung Dawai, kami dalam 6 bijik kete terus gerak ke Perai coz malam tu menginap kat hotel area situ. otw ke hotel singgah Sg. Dua Char Koay teow Cawangan Kg. Jawa - tepi hiway tuh. hubby yang beriya ajak makan kat sini. lagi pun die yang nak belanja makan :b

 telur ayam dibasuh katanya~

 hari tu tukang amik order cakap ada dua menu jerk - char kuey tiaw dan nasi goreng udang sajok yang ado.. tak kisah la asal boleh rasa ckt die yang dikatakan sedap lagi femes tu khen? before dis masa bercuti kat Penang bulan Februari haitu penah makan Sani char kuey tiaw. sedap jugak!


Sg. Dua Char Koay Teow Telur Ayam dibasuh.
kuah melimpah ruah. memang sedap! satu pinggan tak cukup noks.


 nasi goreng udang pon sedap. tapi aku tak tahan die punye pedas. makan sikit² sajok.

so far puas hati makan kat sini. food sedap, servis laju. total makan malam tu dalam RM160++. dalam 20 orang jugak yang makan.



Sani Char Kuey Teow, Penang

.
.
jom kite sambung balik cite Cuti-Cuti Penang! ahaks. sabo hokey! sikit lagi nak abis.. muahaha...

lepas turun dari Bukit Bendera tu, kami ada misi jalan² cari char kuey tiaw pulak... tanya orang Penang depa kata ckt yang sedap adalah Sani Char Kuey Tiaw. Sani CKT ni memang femes. kat KL pun ada cawangan dia kan?

nak mencari kedai Sani Char Kuey Tiaw petang² gini time orang Penang balik dari kerja memang hazab la kan? dengan jalan jenggg... sabau je la... kami pegi Sani CKT dekat Bayan Baru, area Sunshine... kedai die tepi jalan besar jer tapi tak berapa nak perasan.. siap kena u-turn lagi sebab terlepas simpang. huhuhu...
.
kedai dia biasa² jea...


orang baru nak bukak kedai kami dah terjah... nasib la.. :-b


selain ckt, ada jugak menu lain.. tapi masa kami pi ni menu lain takdak lagi.. malam² skit baru ada.. petang camni ada ckt jea...


Sani Char Kuey Teow
.
sedap wei!! rasa tak cukup satu pinggan! aku ni bab² makan tak fussy sangat, asal kena kat tekak dah sedap dah bagi aku.. hahahaha... :-b


Apa yang Best kat atas Bukit Bendera?

.
.
sampai je kat atas Bukit Bendera ni korang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat cantikkk..... dengan kepulan awan yang unik, laut membiru.. gabungan yang sangat cantik untuk fotoshot. :-) pesat membangun betui Penang nih... bangunan merata-rata...

sape yang mai Penang jangan lupa naik Bukit Bendera naaa....


saya dah sampai... korang??? :b

basically, takde ape sangat pun kat atas nih... just tempat tengok seluruh Penang dari atas bukit, amik angin. takde aktiviti sangat pun... tempat santai² jer...


sape nak pakai henna leh ler buat kat sini.. tak sure bape hinggit sebab tak singgah tengok pun.


nak bergambar ngan ular sile singgah kat sini...


kalau malas berjalan, boleh la sewa buggy ni.. kadar sewa ialah RM30 utk satu buggy. dorang akan bawak pusing² satu Bukit Bendera.. kami tak naik pun.. pusing dekat² jerk...


balai polis pun ada...


berasap je la kejenye..


Muzium burung hantu pun ada.. tiket RM10 rasanya... 


Cliff Cafe... kami lepak kat sini je lebih.. makan² n minum² huhu...


ni la suasana cafenya...


nak order makan kat tingkat atas.


order minum kat tingkat bawah yer...


ujung sana tu tempat jual sebenier.. mahai wei barang² dia... memang ape pun aku tak beli la since dah tak berapa tegar kumpul fm.. wakakaka.....


order air durian belanda dan abc. dua ni harga RM10


ABC bukit bendera katanya...


dah mai penang harus la order laksa.. boleh tahan gak laksa penang hill nih.. harga RM4. ok la tak mahai sangat. mulanya cadang nak ke Balik Pulau sana nak pekena laksa sedap tu.. tapi kat atas ni pun dah okey, so cancel la laksa liklau.. kita cari char kuey tiaw plak pasni...


dah siap makan, jom kita pegi puncak paling tinggi kat Bukit Bendera nih... kena panjat tangga tu yer.. mengah wei...


kat atas ni ada playground.. belakang tu ada kuil..


meriam lama...


Masjid Bukit Bendera nan indah.... sayu je dengar laungan azan kat puncak nih...


dah boleh harap dah hadif skang nih tolong snap gambar makpak die.. gud job son!


dah jom balik!! sebelum tu snap gambar seketui dua...


my heroes...


time nak turun... curam ohhh... dah la kami dok depan skali...


dah sampai bawah... background tak cun depa tengah renovate ape ntah kat pintu masuk..

byebye Penang Hill.... kalau panjang umuq, kita jumpa lagi naa....


Harga Tiket train Bukit Bendera, Penang

.
.
Tujuan utama kami pegi Penang adalah sebab nak melawat Bukit Bendera! seumur hidup tak penah sampai yuolls... masa skolah kat Ayaq Itam dulu tak penah terpikir pun nak ajak kengkawan jenjalan/hiking Bukit Bendera, padahal bukan jauh pun dengan skolah. tsktsk...

sebelum cite panjang, meh nak tepek dulu harga naik atas nun. kang mesti ade yang nanye.. hehehe...
 
jangan lupe tunjuk IC untuk dapat harga myCard. memang banyak giler beza hokey. train terakhir turun pukul 10-11 malam rasanya.. sape nak tengok pemandangan lampu² kat Penang boleh la naik Bukit Bendera time malam..


weolls beli tiket family package.. RM17 sajok. jimat banyak jugak...

sebelum tu jom kite belajar sikit sejarah pasal train Bukit Bendera.. hewhew...

ni antara train terawal naik ke Bukit Bendera. cam gerun je nak naik.  tingkap terbukak lak tu.. tak leh bayang cane train ni panjat bukit... tak tau la bape lama leh sampai atas. huhuhu..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5rQb4YAR5dmmkIwlbq5F7WicEM2kxkLttBgUtrndKnti57L3BmlH958wDatIetPdYZLQn_zDX7_2nAMtoatdNeAhOEQS8r30Wx_Gko_KjHPIcrlA154SW_DTLFtEUhfEev4eXgjvntzHk/s1600-r/DSCN3324.JPG
train merah filem Ali Setan.. nostalgik! hehehe.... eh, ni pon tingkap terbukak?
kredit pic HERE


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA7z7ohS7tdsZbDl-5C0Rh7uY96kyLg5jBsqu73fOwbE8-7_Dllib-4fuUHFxSxuk6M8_8Sft9aCaXAl2qZLWe-IndqWzK19Rr7Is_iAr0VUHCigRvbo3kuPfPmsDTUDkfVs61UMIkjok/s1600/keretapi++bukit+bendera.jpg
dan ni train terbaru.... ada aircond dan sangat laju yuolls.. kesekejapan je dah sampai puncak! tapi cuak jugak la tengok belakang cerun hoiii...


tunggu train kat sini... ade je seat untuk menunggu. tapi kami kan jakun.. nak jugak tunggu sampai train sampai depan mata... hewhew.. kami naik Bukit Bendera dah petang.. dalam kui 3 lebih kot... cuaca panas...


dah sampai pon...eceli ada dua train tau naik turun bukit bendera ni... satu naik dan satu turun.. ofkos dorang dah set timing kan? train canggih ni.. kat tengah² bukit nanti dorang akan bertukar lane macam gambar kat bawah...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiu7Bth98tvP25EJ0NzP8y-DwGIRwqfvigt7fQlnYtS-n0pb0Tt4m-RsJu5LXupiQpjCcUGPrxJ0fHrQ6om5ACavk03slXB1MpgHNhP_HNVKpIn2ULqwY6exRCd8INErbPJLJNR6Omvvo0S/s1600/bukit+bendera.JPG
kredit pic HERE


orang ramai la pulak petang tu.. nasib la sape kena berdiri.. hewhew.... ala.. sekejab je naik atas tu.. dalam 5 minit dah sampai...


naik je atas terus 'waaaaaaaa.....' terlopong kejab... Subhanallah! Pemandangan yang sangat cantik..... 

suhu kat atas Bukit Bendera tu macam kat Fraser/Bukit Tinggi/Cameron jugak.. ye la, atas bukit kan? walaupun Penang boleh tahan panas, tapi kat atas tu nyaman jer... 

apa yang best kat atas Bukit Bendera tu??? nanti aku share yer....