Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Review Hotel Masbro Village Melaka


Sambung balik kisah cuti² Melaka bulan Ogos taon lepas. ngeeee~


Actually, sebelum check-in Masbro Village, weolls singgah berendam kat Melaka Wonderland dulu... saja bagi budak² main air. lagi pun makteh hadif ada beli kupon ape ntah, so memang dapat murah lah.. tapi tu citer lain lah... kite sambung review Masbro Village dulu yek.

Melaka Wonderland~ singgah mandi-manda kat sini dulu b4 check-in.

Kenapa nak check in Masbro Village? 


Ye lah, haitu kan tempat ni viral skejab kat fesbuk... aku kalau tempat² viral ni bukan boleh! terus menggeletis nak terjah.. :p

google² rasa macam wahhh cantiknya rumah kaler-kaler. bestnya. syioknya kalau dapat stay sini. so, laju² calling² makteh hadif  n buat plan untuk next vacay. dia dah pesan, kalau nak pegi coti² roger² dia skali... 


Aku booking Masbro ni tru whatsapp jew.. mind you, memang sentiasa full yer kat sini... so, tanya la tarikh mana yang masih available.. aku booked tarikh cuti skolah bulan Ogos.. ingat nak pegi awal lagi tapi tarikh cuti skolah bulan 6 dah penuh. 

alamat :-


Masbro Village
Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,
Jalan Paya Rumput Perdana, 
76450 Malacca
+60 13-313 6872

Harga : RM280/malam
Boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk setiap rumah.

kemudahan di dalam rumah :-
ruang tamu dengan sofa, TV dan meja makan
Dapur dilengkapi mikrowave, cerek, peti ais dan pinggan mangkuk, sudu dan cawan
2 katil saiz queen di tingkat atas, dan 1 katil sofa di tingkat bawah
2 penghawa dingin
2 bilik air dengan pemanas
Ruang parking
5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat
7km ke bandar Melaka
6km ke Ayer Keroh
12km ke Tg Bidara


amik kunci kat sini~ Masa check in bayar depo RM100 dan akan dipulangkan masa check out nanti.


kami dapat bilik sebelah opis amik kunci tu jer... bilik depan pool semua penuh.... adess...


Rate adalah RM280/nite.

Maksima adalah 6 orang tetamu. sekiranya lebih dari 6 orang, bayaran extra RM30/person akan dikenakan. tapi aku haitu boleh je masuk ramai². takde pulak dia cakap pape masa check-in tu...


ni bahagian dalam rumah. tingkat bawah ada sofa bed, meja makan, kitchen.


memang lapang tingkat bawah ni... hati² yer naik tangga tingkat atas tu memang curam! gerun mak naaakkk!


tv berastro kat tingkat bawah jer yer. belah atas takde tv.


meja makan, microwave, peti ais n cerek lektrik pun ado.


sinki siap ngan sabun basuh pinggan pon ada...


bilik air tingkat bawah~


tingkat bawah takde heater.. belah atas je ada..


geram ngan budak² ni suka naik turun tangga! benda yang kita larang tu la depa nak buat! siyes seram hokey tangga dia!


bilik atas ada 2 queen bed. tapi time siang rasa bahang jugak laa walaupon ada aircond~


bilik air tingkat atas~


datang ramai² bentang toto/tilam kat depan tv pon selesa dah wei... memang luas tingkat bawah ni~


jalan² tengok pool pulak~


masa pegi Masbro, budak ni baru masuk umur 1 tahun... hari mak taip entry ni mek ni dah 1 tahun 5 bulan. ngeee~


nampak tu rumah belah kiri tu... tak siap lagi tu! masa aku pegi tu ada la berapa bijik dia tengah buat lagi!


 pool ada dua jenis, satu untuk dewasa n satu untuk kids... pool jenis memanjang gitew~


kalau dah ada anak² ni wajib book hotel ada pool kan?


so, best tak stay kat sini?

well, mak hepy jer kalau anak² hepy... skali-skala tukar dok hotel konsep gini pulak... yang penting tempat dia lawo, sakan la dok bergambo! :p



Mango Float Royale Melaka



Jom sambung balik kisah Percutian kami ke Melaka masa cuti sekolah bulan Ogos lepas.... kali ni trip pegi Melaka memang aku santai giler... langsung tak prepare ape pon! slalu nak pegi mana-mana, mesti study kat belog tempat apa yang best, food yang sedap, etc. tapi pi Melaka ni mood kureng kot! so, main terjah jer... my bad T___T

Kat FB tengah dok viral Mango Float Royale Melaka nih... eceli memang tak tau pon pasal mango float ni... main terjah jer. sebab kalau pegi Melaka, memang dah set kat otak, wajib pegi coconut shake klebang je kan? 

So, lepas puas berendam kat Melaka Wonderland, kami pon gerak nak check in Masbro Village.. tapi sebelum tu nak pi carik lunch dulu... ada google jugak tempat apa yang best yang terdekat... macam takde jer... so, follow je lah mana² pon.. kebetulan masa lalu tu tengok banyak nau kete masok kat satu tempat ni... weolls yang memang takde tempat nak pegi ni memang terus la tuju ke situ...


Harga: RM5.00
Mango Float ni campuran jus mangga, ais krim vanilla, isi mangga dan ais. minum masa cuaca panas memang bestlah! segar je rasa...



orang memang ramai yuolls... jenuh nak tunggu meja kosong... tapi nasib la lakiku pi beratur dulu beli mango float ni.... lepas tu, bersusun sampai hujung orang beratoq! 

 Walaupun ‘queue’ panjang, tapi servis dorang memang laju n pantas. so, dun worry.


 Kat sini bukan ada mango float jer, gerai lain pon ada jugak... ada kedai western jual set meatball, pisang goreng, mee kari, etc.... so, variety laa.. macam² ada.



 Haura pesan, nanti datang bercuti di Melaka, jangan lupa try Mango Float Royale ya! :p

Mango Float Royale Melaka
Lokasi: Lot 950, KM 8, Kampung Sungai Putat, 75350 Melaka.
Tel: 017-678 3602

Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu 12pm-6.30pm / 8.30pm-11.30pm
Ahad 11am-6pm



Buah Tangan dari Melaka~

 .
.

 baru terima resit bayaran nih Isnin lepas.

 muahahaha... sekali kena saman parking daa masa kerja sambil cuti kat Melaka dulu.. huhuhu... kena saman masa nak naik Menara Tamingsari... time tu kan cuti skolah, harus la parking takdek... tak tau la Mr. K parking celah mana sampai kena saman tu... lagi satu sebab weolls takde kupon parking tu... ngehngeh... nasib la kena RM30 jek.. dan boleh bayar tru maybank2u..


 seronok bila leh bercuti ramai² ngan ofismate n family....setahun sekali je kan? itu pon kalau ada family day lah!


 Mr. K cakap dari atas menara die dah nampak penguatkuasa saman kete.. muahahha....


rindu budak baju merah! hari jumaat ni baru balik outstesen.... pagi tadi bangun dari tido pon hadif tanya ayah mana??? sobsss.... #macam tak biasa pulak kena tinggal! haih! lepas ni SELALU la kena tinggal lagi sbb ayah hadif skang kat unit yang selalu buat kerja luar.... huuuuuwaaaaaaaa....

.

Hotel Avillion Legacy Melaka

.
.
ampunkan saya penunggu gua.. :p

cite dah berabad baru nak update lol! kes godek² gambo lam pc la ni then baru teringat blom up ini gambo... ngehngeh... sambung balik kisah kerja sambil cuti di Melaka ujung taon lepas. :b


 meeting sambil cuti di sini - Hotel Avillion Legacy Melaka. hotel ni dekat dengan jusco melaka.


gambo wajib snap kalau duduk hotel


 oleh sebab dapat bilik sorang satu, harus angkut family sekali kan? tak sure la rate hotel ni bape.. dalam RM180++ kot! sila tgk kat website die utk kepastian yek!


 tv ni hadif yang konker.. ada chanel karton jugak


 meja make up


 berkelah lam bathtub.. ngehngeh


 syok sendiri~


 while omaknye dok meeting kat dalam, si apak bawak anak terjun pool. ok la kan? dari dok terperuk lam bilik je..


 sampai menggigil².... kecut bibir kaki tangan semua...


ni last day meeting. dah nak check out dah.. untuk cite seterusnya leh klik label MELAKA ni yek.. aktiviti lepas check out aku dah update dalam tu.. hehehe...

.

Melawat Villa Sentosa, Kampung Morten, Melaka

.

Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya. - Wikipedia


Masa pegi Melaka haitu, sempat naik Malacca River Cruise.. sepanjang menyusuri sungai tu korang akan nampak satu perkampungan melayu iaitu Kampung Morten - perkampungan tradisional yang dipelihara dengan baik. Ni boleh kira salah satu tempat pelancongan yg mesti dilawati bila ke Melaka. gilerrrr lawa rumah² kat situ. aku kan pegi belah malam, so memang nampak sangat lawa dengan lampu liplap bagai.. seriyes cantik! patut la ramai dok suggest suh naik cruise waktu malam!

So, lepas check out dari hotel esok harinya, masa lalu kat area Kampung tu, laki aku tanya nak singgah ker? aku kan pantang dapat berjalan, ada orang ajak pulak tu! lajuuuu je la angguk! lagi pon aku ni pencinta sejarah. #tetiba.


 
 pintu gerbang masuk ke Kampung Morten.


air pancut menyambut kedatangan kami di pintu masuk kampung... sungguh anbelibebel di tengah² kota Melaka masih ada perkampungan tradisional camni...

.
ini la Villa Sentosa.. dibina pada taon 1920an.

.
rumah ini still ada orang duduk tau.. belah siang depa bukak untuk pameran.. nak masuk tak payah beli tiket pon.. ikut seikhlas hati nak bagi sumbangan banyak mana.. cer korang perati die punya rekaan umah.. teliti sungguh sapa dok mengukir tu.. tabikk spring toing-toing! orang dulu² memang kreatif!


 kat depan umah ada landskap jambatan ni.. kecik jerk. tak berani aku nak naik takut runtuh.. hehehe... so, kena la hadif bergambo kat situ... secara PAKSAAN! muahahha....


 kat dalam rumah ada macam² jenis barang antik... klasik sungguh! banyak barang yang tak penah aku tengok!


 katanya ni tempat tidor untuk tetamu bujang yang datang. ni katil single..


 bergambar kenangan... entah bile leh sampai sini lagi.. ye dok?


 meja makan


 
bilik tidur utama #kalau tak silap aku lah... gambo belah kanan plak bilik pengantin





 dan sempat pulak kami anak-beranak jadi perantin.. merasa bersanding lagi sekali. muahahaha...




lagi barang² lama....


Villa Sentosa betul² mengadap sungai Melaka.. petang² syiok nih makan cokodok tepi sungai sambil dok melambai-lambai kat orang naik cruise.. heheehe...


before balik, sign dulu buku pelawat.. ramai ohhh pelancong asing dok melawat umah ni.. kalau orang luar leh menghargai khazanah negara kita, kenapa kita tidak??? hurmmm...


ruang tamu - syok jugak dapat umah camni.. tingkap banyak. sure angin masuk pon banyak..


sebelum masuk kete, jom abadikan gambo kat atas Jambatan Kampung Morten ni dulu...


Jom melawat Melaka! Kenali Sejarah Kita!



p/s : bape jam ntah nak abiskan entry nih... huhuh.. ye la, ada banyak fakta kan, so kena cari info dulu.. kang tersalah gebang pulak! huhuhu...