Showing posts with label Bercuti ke Ho Chi Minh Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Bercuti ke Ho Chi Minh Vietnam. Show all posts

Borong kain di Vietnam terus dari Kilang



lama ooohhhh pending citer cuti² Vietnam nih... malas betui nak mengarang lately.. hadoiii. tapi mengenangkan blog senyap sunyi, gigih jugak lah aku belek folder check mana yang belom up. skang ni seminggu sekali jer blog berupdate.. nasib ada jugak kan? :p

semua orang tau kot HCM tu memang syurga kain cotton n baju kurung ready made. kat ben thanh market tu, belambak-lambak kain, baju-bajan... tapi aku tak beli pon dekat situ... aku ada tempat rehsia. tak main la bersesak kat pasar ben thanh tu, dah la ramai orang, panassss pulak tu! heh! belagak betui statement. kikikiki

eceli, kawan aku si Ain ni memang rajin turun HCM. die memang berniaga kain² nih... so, die rekemen kat aku kawan die nama Saly-melayu champa-orang vietnam-boleh cakap melayu. klu si Ain ni turun vietnam amik kain, memang si Saly ni lah yang tolong bawak pegi tempat tu...

so, aku pon guna khidmat Saly jugak untuk pegi carik kain².. dia akan bawak kite terus ke kilang.. terus ke lubuk ko! memang murah lah, n kain pon ada sikit beza dengan yang jual kat luar sana... lebih tebal n berkualiti.


ni kilang 1st kami pergi... kat kawasan perumahan. rumah 3 tingkat dibuat kilang. huhuhu.... kilang ni jual baju kurung/jubah ready made, blouse, tudung, shawl,telekung etc. tapi kain pasang memang takde yer.


ni alamat kilang tu. kat district 7


kat tingkat atas sekali dia jual baju kurung/jubah readymade. baju² kat sini harga dari RM30-55. murah kan? kain pon jenis kain tebal punya.


RM55 sajok sepasang, kain tebal. kat sini boleh jer beli baju selai.. takyah borong pon takpe, harga sama sajok. aku rembat banyak giler baju/jubah kat sini.. hohoho... pengsan! jubah siap jahit RM30 je kot! tapi untuk aku 3 pasang je laa. yang lain utk mak, mil n adik².


lepas tu, kami ke kilang kain cotton pulak! memang merambang lah kat sini..



yang ni memang betui² dalam kawasan kilang... 


kilang ni kat district 5 tak silap aku.



kat sini memang sorgaaaa kain cotton. macam² jenis dok ada... memang puass hati dapat mai sini.. selesa sangat, ada ekon lagi. si hessa siap boleh tidoq. senang keje mak nak pilih kain.



baju kurung manik siap jahit pon ada. harga RM53 sajok.. kalau kat KL dah dekat seratus dah kan harga dia...


aku rembat 2 lai baju kurung ready made camni. kain cotton pulak amik jenis swiss cotton RM27/sepasang. amik 7 pasang utk kenduri adik aku nanti. pakai sedondon semua.





 yang ni pulak baju² readymade kat kedai² area hotel... masuk tengok² je la.. tak beli pon. duit dah habisss borong kat kilang. huhuhuh....




 tshirt vietnam ni laki aku borong banyak giler kau! nak bagi kat adik-badik-kawan-pekerja dia. tshirt ni pon ada 2 jenis. satu yang berkualiti, satu lagi yang biasa.

kalau yang berkualiti harga dalam RM10-11. kalau yang biasa RM5-6 selai.



kalau yang berkualiti tshirt dia ada tulang kat bahu. kain memang cantik lah!

so, itu je kot nak share pasal borong kain terus dari kilang... memang merambang! bawak 3-4k tu tak cukup rasanya. haih.







Kasut Clarks Murah di Vietnam



Selain beli kain n baju-bajan, aku memang aim nak beli kasut clarks kat vietnam. kawan² yang penah pegi sana cakap kasut clarks murah². ye la, kilang dia kat sana kan? memang banyak kedai² jual kasut clarks yer. clarks kat sana takde butik khas pon, kedai biasa jer. banyak brand dalam satu kedai. tapi kena pandai pilih n tawar lah.. jangan salah amik sebab takut pigskin kan? kena telek betui². kedai yang aku pegi ni belakang ben thanh market.

kasut clarks lelaki


kasut clarks perempuan


kasut lelaki memang boleh beli lah. design pon cantik. tapi kasut perempuan dia nipis sangat lah. bila pakai boleh rasa pijak lantai tu... so memang aku tak beli lah. lagi pon takde design yang cantik macam kat butik mesia nih.



hasil rembatan incik suami kat sana. dua pasang kasut clarks ni harga RM270. penat hoiii mintak tawar. huhuh...


ni plak kasut anak bujang. brand lacoste. harga dalam RM80


ni clarks mek hessa. harga RM68 kot!


semalam cik lynn wasap gambo kasut cam hessa. katanya dia jumpa kat butik clarks sunway pyramid. harga RM139. tanya budak kedai tu made in mana? dia cakap vietnam. hohoho... aku beli kat vietnam baru rm68. so, memang jimat di situ. separuh harga tu.. boleh simpan pakai raya.. hahaha..

p/s : mak jugakkk takde kasut baru! sobsss



Baju Raya???? Siaaaaaaaaappppp! HA HA HA



Pagi semalam Poplook.com launch baju baru bertemakan weddings & celebrations. so banyak la baju² design baru yang die keluarkan... aku skang gila poplook kids jer... haitu dah beli hayfa dress untuk hessa, semalam beli 2 lagi dress untuk pakai masa kenduri paklang hessa bulan depan n satu lagi simpan untuk raya. ngeeee~~

 
hayfa dress - pakai masa paklang hessa menikah bulan lepas. tema pepel


untuk wedding paklang bulan depan tema mint-green-peach.. so, dah selamat belikan hessa dress kaler peach tu.... untuk raya pulak, cer teka kaler apa??? taon ni takde baju kurung yer hessa. baju lengan pendek jer, so tak payah susah² nak lipat lengan masa nak makan ketupat rendang. muahahaha..

kat poplook ni kena beli cepat kalau tidak cepat sold out n habis saiz . tu yang kalut jer aku beli semalam. pastu dok dendiam. mihmihmih...


baju raya mak pon beli kat sini jugak! pastel kaler gitewwww..... simple jer. plain. taon ni takyah nak blinkblink sangat la. GST! GST! kaitan??? hahahaha....


masa kat vietnam pon dah sakan borong baju-bajan budak² nih. murah² yuolls... beli kat Saigon Square. brand gap, zara, old navy.... semua murah... tshirt budak dalam RM8-10. seluar jeans paling mahai pon RM25 camtu.. tapi kena pandai tawar n pilih kedai la... susah jugak nak carik yang harga murah!

Persiapan RAYA???
Hampir Setel!!!!

muahahahahahaha....

p.s PUASA. PUASA. PUASA



Shop Lyna : Seluar Jeans Murah di Vietnam



Kalau pergi Ho Chi Minh, wajib singgah tau Kedai Jeans Lyna nih. Recommended by Mazidul Akmal Sidek. tengok atas tu, ada gambo tuan kedai dengan Mazidul.

Shop Lyna ni bukak tiap² malam kat Pasar Malam Ben Thanh. Jeans di murah² je weh. harga start RM30-RM80 ikut jenis n kualiti. kain² dia import dari US n jahit kat Vietnam.


orang mesia memang slalu terjah sini... tu akak tudung itam tu dah berapa kali mai vietnam. memang wajib singgah sini beli jeans utk suami n anak². selain jeans, seluar dockers pon ada jual jugak.


ni jeans yang aku beli kat kedai Lyna tu... RM40 jer. tapi sedap gila pakai. selesa amat! kain dia best. laki aku borong 5 helai seluar ko! tsk tsk... sekali-sekala katanya, bukan selalu datang.

aku punya OOTD dari kepala sampai kaki dari Vietnam yer... instant shawl neelopak tu best sangat! harga RM16 jer kat Vietnam. nyesal tak beli banyak. baju & jeans dari pasar malam ben thanh. hadif pon sama. baju & seluar beli kat pasar malam jugak! brand polo n burberry. bukan ori la ofkos tapi kain dia lawa weh. nampak la kualiti dia.

sekian. :p

Review: Hotel Saigon Pink 2, Ho Chi Minh City, Vietnam



Kami ke Vietnam pada 25-27 Mac 2015. ngam hari gaji LOL. Untuk trip ke Ho Chi Minh City ni kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel. orang mesia memang suka dok hotel ni. lokasi dia strategik. best sebab dekat gilos dengan Pasar Ben Thanh dan rate pon boleh kata murah. nak pegi Ben Thanh Market jalan 1 minit dah sampai. Berdepan dengan hotel ni banyakkkkk restoran halal so memang takde masalah langsung bab makan. food dia pon sedap, cuma harga mencekik la! minum pagi saja dekat RM20 sorang. fuhhhh...

Saigon Pink 2 Hotel. kecik je hotel ni. tak sure berapa tingkat, 9 kot! :p


gambo kenang-kenangan depan hotel. sederet dengan hotel ni, berlambak hotel² lain... pilih ja nak hat mana.

lobi hotel~ memang kecik yer.... tu beg² orang yang dah check out. tumpang sementara sebab flight lambat lagi. sambil tu sambung sopim lagi. ahaks.


dorang ni strict sikit pasal check in/check out.. kui 12 lebih tak kua bilik lagi depa dah call suh check out. flight balik mesia kui 8 malam. mintak nak late check out pon dia tak bagi. fully booked katanya. tak boleh nak tolong. huhuhu...


klu malas nak tunggu lif, boleh la menapak guna tangga tu... sebabnya lif dia SATU je yer! dah la sempit gilaaaaa! 4 orang masok pon dah rasa tak boleh nak bernafas. fuhhhh!


ni rate hotel. aku amik bilik deluxe sebab ada tingkap. takde la rasa terkurung sangat. aku dapat bilik kat tingkat 5.


gambo by google. gini la rupa bilik deluxe. tak besau pon. dah la aku tambah extra bed untuk hadif,. so lagi sempit. ada tv & peti ais. air mineral dia caj hokey. selalu free je kan air mineral? hampesss...

tapi yang bestnya wifi dia lajuuu... 


toilet dia siap ada tub ok. set toiletries semua dia bagi.


pemandangan dari tingkap bilik. tu semua restoran n kedai². HCMC boleh tahan panas. time ni tetiba hujan turun. Alhamdulillah. sejuk sikit.


restoran hajah basiroh ni depan hotel aje. aku penah makan sekali je kat sini. selalu makan kat kedai Aisah.  situ makanan dia sedapppp n murah sikit.


haaaa! nampak tu! aku siap tanda lagi kat mana Ben Thanh Market. dekat gila kan? kawasan area hotel ni dah macam Jalan TAR. penuh ngan orang mesia jer...


so far, bagi aku yang tak berapa nak cerewet ni, hotel ni ok jer.. dekat dengan tempat sopim n tempat makan. strategik! orang² mesia ramai je duduk area ni... 

so, kalau nak booking boleh klik link ni ya! http://saigonpink2-hotel.com/


Bercuti ke Vietnam BEST ker? Macam tak jer :p



Assalamualaikum...
haiii uolls.... rindu tak??? :p

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke tanah air hari jumaat lepas dalam kui 11.30 malam. penat masih terasa... baju² kotor n baju baru beli tak abis cuci lagi... sambung haini pulak.. cuti rehat 2 hari sabtu ahad pon rasa tak cukup... fuhh... penat gila.. bajet macam tour europe plak kan? padahal??? mihmih.

cerita pasal cuti² vietnam ni nanti² la yer aku update... malassnya lahai... gambo pon aku tak snap sangat pon. punya takut nak kuakan henpon snap gambo. sebabnya, baru 1st day sampai aku dah bagi bad impression kat orang² sana... i dun like the people. kuat menipu ! tak suuuukaaaa!!! tapi bab sopim tak termasuk la ek. huhuhu...

aku suka sopim kat bandung lagi kot! kedai² & outlet dia lebih tersusun n cantik!

ni la tempat kami menginap di Ho Chi Minh selama 3 hari 2 malam ~ Saigon Pink 2 Hotel


cuci mata... cuci poket.... habisss~


tak suka, tak suka pon, beg beranak jugak! miahahaha... pegi 2 beg, balik 5 beg. itu normal! :p

nanti kalau mood dah mai, aku hapdet lagi yeh! bubye



HadifHessa ikut Ibu pergi Shopping di Ho Chi Minh, Vietnam


entry autopublish


InsyaAllah, saat korang baca entry ni aku dalam kapaltebang dah kot! doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik ya.! 

currency tu aku buat awai bulan haitu... skang lain dah rate. hentam je laa.. lari sikit² ja. kira halal lah. malas dah nak buat. huhuhu..

eceli, asalnya ni percutian kaum wanita jer.. pg ngan orang opis. aku bawak hessa sorang jer... tak sampai hati nak tinggal dia, lagi pon still fully bf. then last minit lakiku nak ikut pulak... terus check flight. ada tiket murah pulak time tu. pergi-balik RM249 sajok. terus rembat!

so, itu je la.. harap semua urusan kat HCM dipermudahkan. Amin.



Buku Merah~



ho ho ho

nak pegi jenjalan Rabu nih, tapi banyak lagi tak setel nih... :(

sangat mencabar nak buat passport ini budak! tak bagi kerjasama...

pada yang nak nak buat passport anak baya² hessa ni, aku nasihatkan sila la tangkap gambo kat kedai siap² yer... pastu bawak gambo pi imigresen. mood dorang takleh nak jangka... klu kat kedai anak nak meraung ke, nak tergolek ke, nak itu ini takde sapo nak marah... klu dia tak buat perangai masa nak snap gambo kat imigresen tu takpe, sekejapan je boleh setel... tapi mek hessa nih?? sabauuuu je la.... meraunggggggggg macam ape ntah masa nak snap tu... adooyaiii...