Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Selamat Bertunang Taufik Rizal ♥ Syimma Aini


wokey, haini rajin skit nak update belog. maka, marilah abadikan moment adik aku yang bertunang minggu lepas (18 Feb. 2017) dengan gadis pilihannya dari Taman Melawati KL. 

Majlis ni teramat simple, sesimple-simplenya.. tu dia, 3 kali simple! ngeeee~

Asalnya adik aku n tunang taknak tunang² ni, nak terus kawin bulan September ni.. tapi parents belah perempuan nak buat kenduri serentak kakak + adik. so, taon depan lah depa leh kawin. so, ikatlah dulu setahun.

mak ayah aku tak dapat datang due to kesihatan yang tak mengizinkan... so, kak ipaq aka kaklong aku yang sarungkan cincin tunang~


Taufik & Syimma... eceli tunang adik aku ni student lagi. tapi last sem dah. adik aku pon baru setahun kerja lepas abis blajaq.


memandangkan mak ayah aku tak dapat datang, so aku mintak tolong pakcik-makcik husband wakilkan family aku.. memang takde sape pon masa majlis tu. majlis tertutup. keluarga sahaja.


cik hola nak dapat maknjang bawu`


wakil belah aku. ni je yang available.. huhu~

p/s : aku anak ke-2 dari 8 beradik.. lepas ni mengira adik ipaq je la. ngeee~



Aktiviti Ahad ~ Kolam Mandi Dataran Gemilang Putrajaya



Rajin pulak update di hari Isnin ini.. ngeeee~ 

Nak up cerita semalam. sebab macam sikit je nak taip kan? banyak benda nak up sbenonye, tapi sebab malas mengarang, pending bertingkek-tingkek la kau di situuu. muahahaha...

Semalam kami anak-beranak berSundate kat Dataran Gemilang Presint 4. situ kan ada kolam mandi-free-masuk tak payah bayar. hehehe... aku pegi dengan adik aku. itu la kawan nak ajak berjalan pon. pegi mana² mesti nak ajak adik aku n husband dia... nak buek camno, laki mak bizi sokmo...sobss

dah lamaaaaaa gilaaaaa tak melepak kat Dataran Gemilang nih... dulu rajin jugak. aku rasa ni 1st time cik hessa mandi kat sini. tu si wahnan anak adik aku, belom panas enjin. tu pasal melalak. huhu


budak paling guuummmbiraa bila nampak air.


mek ni mandi sekejab jer... tak sempat jari nak kecut pong :p


dah siap mandi, baru la rasa lapar ye hadif?? tadi masa mak dok melantak, die dok main air tak ingat perut dah...


dah siap-siap makan, suh adik aku snap gambo kami kat sini..... geram dengan rumput kat sini... cantik menghijau. kalau fotoshot mesti lawoo...


ingat nak baring-baring tapi kat rumput tu ada tanah hitam-hitam tu.. huhu...

kalau nak datang sini, better mai hari Ahad petang yer coz setiap minggu ada program Santai @ Dataran Gemilang.. macam² ada... sambil teman anak mandi pool, korang leh buat aktiviti lain jugak..


balik tu singgah Tesco IOI City Mall nak carik barang dapoq sikit.. nampak pensil kaler nih. murah amat! RM1.50 sajok. amik la 4 bijik..

ok. tu jer. bye. 


Dapat Adik Ipaq, yeay!



Alhamdulillah... setel satu bab! Paklang hadifhessa dah selamat menikah. buat yang wajib dulu... kenduri kedua belah pihak buat cuti skolah bulan 5 nanti. pilihan orang tua, InsyaAllah berkekalan hendaknya. Amin.


tema family kami haitu kaler pepel. gigih ku beli hayfa kids ni kat poplook.com. cantik ke tidak? :p


meraung kena buli ngan ibu. suh dia pose sampai ibu puas hati. kikikiki


ibu recycle baju leeyanarahman jer... lari tema skit.. dalam gambo tak nampak pepel tu.. 


perantin ngan paklong-maklong hadif hessa...tu si kecik tu sepupu hadifhessa, baby adra umur 2 bulan lebih.


wefie ngan sedara-mara...

ok. bye! banyak keje nak setel nih.


Mak Ayah Carikkan Jodoh....



Baca tajuk entry ni rasa macam dalam novel or drama je kan? zaman la ni mana ada pilihan keluarga dah? maybe ada, tapi sangat la kurang... semua nak carik pasangan sendiri kan?

tapi percaya lah.... mak ayah aku carikkan jodoh untuk adik aku. ngeee~ 

mak aku asyik dok tanya adik aku dah ada calon ke belom? nak mak carikkan tak? mula² tu memang adik aku bolayan... buat tak tau jer.. tapi entah satu hari tu dia kata ok.... aku pon mulanya rasa sangsi jugak kan? adik aku tak mau becinta ke apa? tak mau carik sendiri ker? tapi pikir balik banyak baiknya bercinta lepas kawin. kan? aku pon main peranan jugak nasihat adik aku.. apa salahnya.. restu mak ayah tu penting kan? pilihan dorang mesti yang terbaik... adik aku jumpa bakal isteri dia tu 2 kali jer, masa merisik n bertunang. 

mak aku dah berkenan dengan Syuhadah. adah ni anak kawan baik mak, jiran kitorang masa kat Bukit Mertajam dulu... even dah 30 taon kami tak dok BM, depa still contact.

so, 25 Disember lepas dorang pon bertunang... nikah bulan 3. kenduri bulan 6. sebabnya nikah gantung? si Adah ni mengajar kat Miri. katanya bulan 4 bukak pertukaran on9 guru tu eh? so, nak kejar yang tu la. nak mintak tukar sini. dah kawin kuat sikit reason tu kot?

ni la bakal adik ipaq kami ~ Ustazah Nor Syuhadah


bersama parents masing².. bertaut 2 keluarga. kawan baik jadi besan ♥



bertambah sorang pempuan dalam keluarga. adik badik lelaki aku ada 5 orang.. jenuh nanti kumpul adik ipaq pempuan. ngeeee~


Naik ERL pergi Jalan² KLIA2



Dok baca korang cite pasal KLIA2, teringin pulak rasa nak pergi... ye la, shopping mall dalam airport kan? nak jugak tengok ngan mata sendiri. so, last week aku usulkan la tempat ni kat hubby. ajak die pegi KLIA2. mula² die macam tak nak pegi kot, apa yang ado kat situ? aku pun pungpangpungpang la. kena banyak buat research klu nak ajak laki mak pegi sini. :p

aku cadangkan naik ERL jer pegi KLIA2. senang. parking je kat Putrajaya Sentral tu. RM2 sajok. lagi pun boleh bawak anak² naik train.



Harga tiket ERL Putrajaya-KLIA2
tiket dewasa (return) = RM12.40
tiket kanak² (return) = RM6.00

Perjalanan dari Putrajaya ke KLIA2 ambik masa dalam 30 minit..


eceli, hadif baru je balik dari kampung pagi tu. sampai dalam kui 3 pagi... memandangkan cuti skolah haitu aku anta die balik kampung, dan tak sempat bawak die jenjalan pon, itu sebab la bawak die naik train n nak bagi die tengok eroplen. :p

ERL ni akan terus masuk shopping mall KLIA2. keluar je dari ERL tu dah nampak kedai². boleh tahan besar jugak shopping mall ni. selesa. tak la macam LCCT tu rasa macam pegi pasar borong. heh. restoran sangat banyakkkkk.. butik² so-so je la kot. tak banyak sangat... tapi mak okey jer!


uniqlo


vincci KLIA2 tengah sale. mak rembat 2 pasang kasut. ngeee~


see??


kasut mahai pon tapi bila pakai sakit kaki pon tak guna jugak. adehh....


nasib ada kedai selipar fipper kat KLIA2 nih.. terus sarung selipar jer. muehehehe..


jalan punya jalan, perut laparrr la pulak... kat sini memang tersangat banyak restoran yer... pilih la mana berkenan di hati.. aku haitu makan kat Kluang Station.


sementara tunggu order sampai, 2 badik ni makan biskut femes emes dlu. :p


deco dalam kedai ni - tiang lektrik dulu². klasik.


kaya toast RM4.90


bubur ayam RM14.90


Kluang Fried Rice RM15.90


then, singgah changing room baby. sangat bersih weh. ye la, baru lagi kan?


siap ada pemanas air gitew. senang nak bancuh susu anak.


lepas dah penat round dalam sopim kompleks, perut dah kenyang, bawak hadif pegi tengok eroplen kat luar pulak....


gambo wajib kalau pergi KLIA2... tanda dah sampai. ngeee~

p/s : rupanya ada hikmah jugak pegi KLIA2 nih. terus laki mak semangat ajak pegi vacation. yang booking tiket Air Asia semalam tu dia la yang suruh. die dok sebut Krabi bape hari dah. tapi memandangkan cik Hessa ni kecik lagi, kite pegi dekat² sudah. nanti anak dah pandai jalan, baru kite pikir pegi jauh sikit. sempat lagi kumpul duit. ngeee~


Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H



Assalamualaikum........

Buat kawan² dan readers blog ni, saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa. Semoga mendapat keberkatan dan segala amalan diterima Allah SWT.

p/s : minta ampun yer kalau ada terkasar bahasa terasa hati... 0-0 peace




Newborn Baby - Wahnan Alham



excited ohhh dapat anak sedara bawu. makteh, adik aku dah selamat melahirkan baby boy pada 10 Jun lepas. ni 1st untuk side aku. last month pon dapat 1st anak sedara side lakiku... berturut2 dapat anak buah. alhamdulillah... mesti meriah raya taon ni... mak dah ada 3 cucus. taon depan bulan jan lagi sorang, anak abang aku. InsyaAllah. bunting pelamin gitew pengantin bawu... ngeee~

Assalamualaikum Wahnan... abam hadif datang melawat ni...

Wahnan Alham bermaksud mudah mendapat ilham~



Kami dapat Kakak Ipar, yeay!



Alhamdulillah.. hari Jumaat lepas abang aku dah selamat jadi suami orang.. lega la dia lepas ni takde la orang dok tanya bila nak kawin? mesti tensen je bila orang asyik tanya. iye dak? muahahahha... oh ya, majlis belah pompuan buat kat Batu Pahat yer.. kami pegi sana ari khamis. hari sabtu lepas abis resepsi baru balik putrajaya.

Selamat Pengantin Baru Nazwan ♥ Aini

my family.... tak cukup korum lagi ni. ramai tak masuk frame!

yeay!! kami dah ada kakak ipar...



ramai sedara-mara dari kedah join ikut rombongan... terima kasih semuaaa....

hantaran :

p/s : nanti aku update gambo majlis resepsi pulak yer... tema dia english wedding giteww...


posted from Bloggeroid

Gambar Raya~



layan gambar raya ni dulu yerk.. snap guna henpon jer. gambor dalam kamera tak sempat nak transfer lagi... nengok ler nanti. huhuuh... time ni pegi beraya kat umah sedara kat kampung sebelah. kampung tu memang kawasan bendang. cantik sangat!

 3 beradik. aku paling tua dan paling pendek. huwaaaa~~


 hadif dah tukar uniform time ni. pakai baju biasa tapi sebab nak pegi beraya aku paksa suh pakai baju melayu balik. itu pon die tanak butang. panas katanya.. hai la...


 26 minggu suda. so far semua ok. HB je low. T___T berat pon tak naik banyak. syukurrr. klu tak jenuh nak kuwuss balik.

p/s : haini ada jamuan raya kat opis. makan.makan.makan. yeay!!!