Review Hotel : Colmar Tropicale Bukit Tinggi - 2 Bedrooms Suite



Cuti Merdeka bulan lepas bawak anak³ bercuti kat Bukit Tinggi... seminggu sebelum tu kan cuti sekolah n raya haji. memang tak pegi mana² pon. ayah dorang pon bizi keje. si Hadif aku anta duduk ngan nenek dia kat Gombak. Hessa pulak tumpang taska adik dia.. so, cuti 3 hari sempena Merdeka tu curik masa skit bawak dorang jalan² kat Bukit Tinggi. kesian pulak, cuti lama tak pegi mana².

kali ke tiga datang sini.. tapi ni 1st time check in. sebenaqnya tak yah check in pon tak pa, tak dak apa pon kat sini. pusing 2-3 jam setel dah... tapi sebab lama tak tidoq hotel, anak³ pon nak mandi pool, so layan je laa. last tidoq hotel masa pegi Hong Kong bulan Mac hari tu~


tapi sebelum naik Bukit Tinggi, kami singgah makan kat Lemang To'ki Bentong dulu... dah lama ngidam nak pi sini.. alang² dah satu jalan kan? lajak sikit la naik ke Bentong.

then lepas tu singgah kedai nasik campur kat tepi jalan before masok hiway. tapaw siap² nasi + lauk pauk. paham² la harga makan kat atas tu kan? langkah penjimatan disituuuu... ngeee~ sebelum tu memang dah beli siap² kat kedai air mineral, air kotak, biskut, jajan², maggi, etc. malam² sejuk kat atas mesti lapaq trok punya!


latest entrance fee ke Colmar Tropicale. tiket masuk ikut berapa orang yang ada dalam kereta...

Duit tiket ni kita boleh refund balik masa check out kalau kita menginap di Colmar Tropicale (mengikut bilik yang kita menginap).


last datang sini masa pegnen kan si Hessa. dalam 5 taon lepas~


dah kui 3 tapi bilik tak ready lagi. kena tunggu orang hotel call bagitau bilik dah ready, baru lah pegi counter utk amik kunci bilik~


so jalan² snap gambo dulu~






dapat bilik kat blok camelia, tingkat atas sekali. tingkat 4 ke 5? dah lupa dah :p


aku booked 2 bedrooms suite - masa book tu tengok gambo bilik side by side tapi ni dapat bilik ala duplex~



dan bertangga la pulak!!


jakun budak ni nampak tangga!! jenuh nak larang dia naik!


ni bilik kat tingkat atas~ tapi view tak cantik, mengadap bangunan sebelah. nampak bumbung jer. huhuhu.


bilik bawah takde meja solek ni. ada almari jer~


bilik air tingkat atas~


bilik tingkat bawah sebelah living hall~


yang ni ada bathtub. lepas berendam kat pool, sambung dalam ni pulak~


tapi yang tak best sebab takde iron kat bilik~ :p


 lepas golek² ajak kids pegi Rabbit Park. 


abam hadif je beriye... adik² dia semua penakut.


haura main playground jer.. rabbit ke rusa ke semua dia tak layan~


sekejab je main kat sini sebab kids dah gedik² nak mandi pool~


ni la budak paling semangat nak mandi! siap beli baju mandi baru lagi sebab yang lama dah tak muat. abam hadif gain weight banyak jugak! boroi sudeh~


si haura tak mo mandi. air dalam kot. dia pon takot nak mandi~


okey, ni review breakfast pulak~ tak banyak choices sangat klu nak banding dgn status hotel 4 bintang.





 peace!


lepas breakfast sambung berkubang lagi. mandi puas² sebelum check out!


 jumpa lagi Colmar Tropicale Bukit Tinggi!

tempat ni sangat sesuai untuk tenangkan fikiran n chillax. tak de nak terkejar pape... relaxx jeww.. ok la puas hati bilik besar dan selesa.

sebelum balik singgah Japanesse Village jab.. tapi cuaca panas sangat. sekejab je naik pastu terus gerak balik....



2 comments:

Nur Salwa said...

bila pergi bercuti macam nie, anak-anak la paling happy kan. kita happy bila anak-anak enjoy..

hanim said...

sy pun dh lama xp cni...7 thn lps kot...xpernah check in jg...cntik jg bilik dia..utk bawak anak2 mandi pool okla kan..janji anak2 suka...anak2 sy pun kalu tido hotel kena ada pool...