PEMAJU hartanah I-Bhd memperkenalkan muzium lilin interaktif pertama di
Malaysia yang dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia, dan dijangka
akan menarik 30,000 pengunjung setiap bulan selepas ianya mula dibuka
kepada orang ramai, esok.
Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij
Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut
enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia,
Bintang Kafe dan Interaktif.
Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana
Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain
badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan
Angelina Jolie serta ramai lagi.
Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati. Sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket
promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang
kanak-kanak.
Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang
bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80
bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.
(sumber : http://www.sinarharian.com.my/muzium-lilin-pertama-dibuka-1.191999)
p/s : bagi aku harga tiket adalah MAHAL. tak pegi pon takpe... hohoho...
16 comments:
mahalnya tiket..mesti tk laku nanti ni..ngeee
gilerrrrrr.... bapak mahal tiket die...
mahal nyerrr..... x pegi pun xpe
hurmmm...nape la murah sangat harga tiket tu..huhu
Mahalnyaaaa..memang kirim salam laa nak pi..rm40 pon fikir 3,4 kali..
uih~ mahalnye tiket~ pikir 2 3 kali nak masuk kalo cam nih~
mahalnya...confirm tak ramai yang pegi
mahal tul ticketnya.. kalau masuk sini kena amik gambar semua patung kan.. wajib.. sbb kan blom tentu nak masuk kali ke2.. heehehe
Betuo xpi pun xpe...aku bknnye minat retis2 ni...
mahalnya tiket...tu baru patung lilin....klu tayang celebrity yg real mungin berganda-ganda hrga tiket...
wow!mahalnyerrr...
yer...mahal sungguh...
knp mahal sangat..? nak cover lilin yg dieorang dok guna tu kot... hehehe. mr bean tu mcm real je kan.. yelah guna lilin mmg nampak real.
xpayahhhh//aritu kitorg g HK pon yg madam tussaud tu kitorg xmasuk..xpenting pon,hahahaha
ade edward cullen ta...?hehe
ada edward cullen x ..?kalau x de x nak pegi .hoho
Post a Comment