Review : City Stay Apartment Hotel, Perth, Australia

Day 2 - Sabtu, 27 Februari 2016

Dari Busstelton Jetty kami terus gerak balik semula ke Perth. perjalanan amik masa dalam 2 jam 30 minit camtu. sampai jer Perth terus check in City Stay Apartment Hotel. sampai sana pon dah malam, dalam kui 8.00 malam kot. booking tru agoda jer... kalau nak direct booking kat website city stay pon boley.


stay kat sini untuk 3 malam... rate tak ingat dah. tapi total dalam 2k jugak rasanya...

Kami tempah apartment 2 bilik. kenapa pilih City Stay Apartment Hotel? sebab harga sewa dia still mampu duduk.. dan yang penting hotel ni ada kelengkapan untuk memasak dan bertentangan dengan Shopping mall yang femes tu - Harbour Town. tu yang paling penting. miahahaha...


aku baca review ramai yang highly recommended hotel ni sebab sangat selesa, complete dengan semua kelengkapan memasak, ada microwave, peti ais, mesin basuh n dryer, iron, toiletries, laundry dan sangat la sesuai untuk yang datang dengan family. free wi-fi jugak disediakan di setiap bilik. parking pon free sajok.


Lokasi hotel ni walaupun bukan kat tengah CBD tapi kira masih dekat n boleh jer jalan kaki nak kemana-mana.  kemudahan bas CAT pon depan hotel jer dan tambang adalah percuma.  station keretapi Transperth jugak tak jauh, jalan dlm 15 minit camtu. 

sopim kompleks Harbour Town depan hotel jer noks. lintas jalan ni jer...

check-in dulu...

kat lobi ada jer jual barang² makan, sabun bagai.. dah macam kedai runcit. macam² ado.

Bilik 1


Bilik 2

Bilik takde la besau mana pon.. boleh laa takat nak tumpang tido jew..

bilik ayaq. cam biasa takdak paip.. nak membuang pon shushah... haiyaaa :p

best kan? complete semua... memang keje dok membasuh baju je laa.... so, balik mesia takde la bawak banyak baju busuk.

dapur pon lengkap. semua ada. periuk, pisau, sudugarfu, cawan, pinggan-mangkuk. complete! sediakan sabun taharah untuk samak sajok.

tv n wifi pon ada

tapi yang tak syioknya ekon kat ruang tamu jer.. lam bilik tido guna kipas angin sajok.

nak selit gambaq ni sekeping. ngeeee~

  kebetulan terjumpa pulak crew drama Jasmine kat hotel ni.. time ni dorang baru je sampai Perth. baru nak check in.. heroin drama ni si nelydia senrose tapi dia still sangkut kat epot. so, kita bergambo ngan hero je laaa ek.. kat mesia jangan harap la dpt jumpa aqasha kan? kat Perth jugak berjumpanya.. huhuhu.

sebenaqnya nak tunjuk pool kat belakang tu.. hotel ni pon ada swimming pool tapi kocik je laa.. kolam budak takdo yer...


p/s : wokey, nanti sambung lagi.. nasib baik haini cam rajin nak menaip. so, seminggu 1 enty sajok. ngeee~




5 comments:

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi jumaat ♥
menarik kalau baca percutian org lain :)
cepat buat sambungan yea...x sabar nak baca lagi...

syawalsimpsons said...

negaqra org jugak jumpe retis ye....

monalea said...

seronok baca pasal percutian kamu ni k. tapi lambat benar tunggu smabungannya

isabelle frankly said...

ngehehe. mmg tgh nak backdate entries kat my blog. qada balik musim bz dulu.

bila baca ni, baru teringat entry perth (Dec 2015) pun x buat lagi... hahaha

eima said...

wow ... jumpa retis ...
lagi K ....