Look Out Point / Menara Tinjau DITUTUP!

.
.
PINTU masuk ke Menara Tinjau Ampang sunyi selepas MPKj mengarahkan semua premis perniagaan di situ ditutup kerana melanggar peraturan, semalam.



KUALA LUMPUR 19 Jan. - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menutup semua aktiviti perniagaan di Menara Tinjau (Look Out Point) di Jalan Hulu Langat-Ampang kerana melanggar peraturan.
Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, penutupan itu dibuat setelah pengusaha di situ dikesan melakukan tambahan dan pengubahsuaian yang keterlaluan sedangkan premis mereka berada di kawasan cerun.
.
Pengusaha juga, katanya, gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan atau dokumen yang berkaitan kepada MPKj walaupun telah diberikan lima notis sejak Ogos 2011.
"Notis terakhir di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ditampal di premis berkenaan kelmarin dan operasi menutup telah dilakukan semalam.
.
"Selain itu, ada juga pengusaha yang dikesan beroperasi tanpa lesen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Hasan Nawawi berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengelak kejadian runtuh memandangkan keseluruhan bangunan yang didirikan tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).
.
"Berlaku pertikaman lidah antara pengusaha dengan kakitangan MPKj semasa operasi penutupan dilakukan. Pengusaha yang tidak berpuas hati boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.
MPKj, katanya, telah meletakkan batu penghalang di pintu masuk ke kompleks itu dan orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan itu untuk sebarang aktiviti.

***********
 p/s : hohohoh... last week hubby aku ada cakap dia baca kat paper pasai look out point ni dah ditutup. sampai bila tu aku tak tau lah coz pengusaha restoran kat situ tengah fight kan? aku dah makan kat sini bulan 12 lepas kot, tapi tak sempat nak buat review lagik.. nanti² aku buat entry pasal haven look out point hokey!

.

1 comment:

|| NaFiRaa || said...

ohhh.. ye ke~ tapi kalo betol restoran tuh boleh bahayakan pelanggannye.. elok jugak di tutup buat sementara waktu utk kajian.. samaada restoran tuh bahaya atau x untuk di duduki.. kang kalo jadi pape nanti.. pihak kerajaan tempatan jugak disalahkan sebab lambat amik tindakan.