Showing posts with label Bukit Merah. Show all posts
Showing posts with label Bukit Merah. Show all posts

Suria Service Apartment l Pool die besauuuuu ohh...

 .
.
sambungan Percutian Free tak sampai 24 jam di Bukit Merah Laketown Resort.


 pagi tu dalam kui 7.30 pagi aku ngan adik aku dah turun dari apartment kua cari kedai makan kat tepi² jalan nak masuk Bukit Merah Laketown nih.. biasa la, makan kat dalam mahai, so harus cari makan kat luo...

aku beli nasi lemak 7 bungkus. beli untuk sepupu aku n anak² die jugak.. sekali bila aku pi anta nasi kat die, tengok die tengah masak nasi lemak daaa... pergh... semua periuk lektrik die bawak. canggih sungguh.. siap dengan masak lemak ketam lagi.. huuhuh... sepupu aku ni kalau pi bercuti memang complete set die bawak alat masak dia.. hahaha.. maklum la, banyak perut nak kena isi. kalau masak lagi jimat ye dak?

pas perut kenyang, pakat ramai² turun pool.

 pool dewasa.. bapak besauu... tak payah pegi Bukit Merah waterpark pon tak pa.. kat sini dah puas berendam.


 ni pool budak.. besauu ke main.. tapi jangan risau.. tak dalam pong...


 budak takut air. well.....


 posing dulu sbelum berendam!


 sepupu aku n anak² die.. jejaka baju belang tu adik aku la ek.

mula² cadang nak pegi tengok orang utan kat pulau tu.. tapi tak jadi lah.. cuaca panas giler kot!

 so, ini je la yang mampu.... huhuhuh....


lepas puas main habis duit tukar token, balik semula ke bilik then terus check out... pulang ke pangkal jalan jumpa mak ayah tercinta kat kampung.. huhuhu...


next : Cuti² Langkawi

.

Review Hotel : Suria Service Apartment, Bukit Merah Laketown

 .
.
oh, sebelum aku khatamkan entry cuti² Langkawi 2012, meh aku review sikit pasal percutian singkat aku ke Bukit Merah Laketown! percutian tak sampai 24 jam pong! huhuhuh... haitu kat entry ni aku ade bagitau yang aku dapat bilik free kat Bukit Merah kan? so, bilik free tu kami tak sia-siakan? huhuhu...

lepas balik keje on 9 Mac 2012 (Jumaat), balik umah dulu siap², baru la gerak menuju ke Bukit Merah.. aku sampai Bukit Merah pon dah dekat kui 11 malam kot! singgah Bidor jab, amik adik aku dlu coz die pon nak balik kampung jugak. so, before balik umah mak, kami lepak la dulu kat Bukit Merah untuk semalam..
 

Suria Service Apartment, Bukit Merah Laketown


 untuk school holiday, rate dia dalam RM180-200 semalam... rasa cam mahai sebab bilik cam tak seberapa jek. nasib la sepupu aku dapat bilik free, boleh la merasa tido kat sini.. kalau tidak, memang TAK la kot nak book hotel ni coz dekat benar dengan umah mak aku kan? baikkk la tido umah mak. dah tentu free.. huhuuh...


 lobi.. sempoi jek...


 nama je apartment, tapi satu bilik je.. macam bilik deluxe tu je.. kecik jek. aku dapat bilik tingkat 1

 
 ade astro tak ek? macam takde jek...


 takat peti ais kecik n kettle tu ada la dorang sediakan...


 nasib ada sofa ni, boleh la adik aku tido kat sini...


 almari kecik dan meja solek kecik


 bilik ayor pon kocik, takde bath tub bagai...


ermm... boleh laaaa.......


 satu je yang best pasal bilik aku duduk ni kot, bukak sliding door, terus nampak pool yang besau nih.. tapi kena selak pokok tu dlu la baru nampak clear.. ngehngeh...

 kesimpulannya, hotel ni biasa² ajok! masa aku round² kat area laketown tu, depa ada buat promosi hotel, harga biasa just RM90++ sajok! kira murah la kan? sebab time ni cuti skolah, so harga UP la kan? kalau sewa ngan owner apartment sendiri, lagi murah boleh dapat!

.

Live from Bukit Merah Laketown Resort

.
.
Morning uollsss... #dah nak tengahari pon. Huhuhu


Now aku ada kt Bkt Merah. Berjimba2 kat sini dlu satu malam before balik kampong. Esok gerak ke Langkawi dari kampong lah! Baru pas mandi kat pool. Sejukkkk. Malam tadi ujan lebat kat sini.

Ok la noks.. Nanti2 aku hapdet lagi k!


Hepy holiday kowang!


Sent from my BlogBerry®

Woohooo... Dapat Penginapan PERCUMA 2D1N di Suria Service Apartment Bukit Merah Laketown


.
Sepupu aku (kakda) offer 1 nite stay kat Suria Apartment Bukit Merah.. tiap² taon memang die dapat bilik free kat Bukit Merah ni.. kompeni die sponsor.. taon lepas pon die ada offer Damai Laut Lumut, weolls siap planning bagai nak gather² kat sana. tapi tak jadi coz time tu mak aku sakit. T_____T. tapi taon ni dia dapat lagi apartment kat Damai Laut tu... dis time die cakap jangan tak jadi lagi! ....akan ku usahakan coz teringin nak pi Pangkor lagi.. hikss... tenkiu kakda.. lap u.

so, 2 minggu lepas die sms tanya aku nak ke bilik kat Bukit Merah? die dapat 4-5 bilik.. gilerrr TAKNAK kan?? even bukit merah dengan umah mak aku tu dekat ibarat kalau kentut tu boleh dengo *tifuu, tapi dah dapat bilik free kan? sape tak suke tido hotel? hahahah... #jakun. terus jer aku setuju ko! InsyaAllah, Jumaat malam ni kami akan tido kat Bukit Merah. ngeeee~ hari sabtu check out, then baru balik kampung.. hari ahad nak ke langkawi pulak! mak ayah aku nak jenjalan Langkawi sempena cuti sekolah.. ahli rombongan adalah seramai 9 dewasa 1 kanak²... huhuhuh..
.

pool Suria Service Aparment cantik dan besau ohhh!


Bukit Merah Laketown Apartment
dan ikut perancangan aku n hubby, weolls taknak lah masuk waterpark bagai.. asyik main air pon bosan jugak... nanti kat langkawi nak mandi pantai lagi... hehehe.. just nak bawak hadif pi tengok orang utan kat pulau orang utan tu.. huhuhu... haitu pegi just sempat naik skycycle ajok! huhu...


.

Pelan-Pelan Kayuh Skycycle


ni sambungan kisah Bukit Merah Laketown.
dun worry kay, ni last episode... kekekeke...

we all ke eco park sana. ingat nak tgk la haiwan dalam tu.
tapi sudah tutup uolls.. huhuhuhu..
tapi skycycle ni bukak lagi. so, naik je lah.

 ni rupa paras skycycle tu. nak naik die caj RM7 utk dewasa & kanak². kite kena kayuh dengan tangan tau. nasib la lakiku yang kena kayuh.. jauh jugak tu nak mengayuh ni!


 posing dulu sebelum kayuh..


 kat bawah ni boleh nampak haiwan² dalam ecopark. kiranya ni jalan atas angin la.. kekekeke


 penat kayuh bang?? huhuhuhu... ada la benti 2-3 kali kat tengah jalan. amik napas dulu... kekekeke


ibu : hadif cepat buat peace!
hadif : jab bu. baru nak kira jari


 hadif : ok bu. dah jumpa jari dah! peace...


 hahahhaah.. gud boy!


 paling kesian adik & anak buah saya ni la.. depa kena kayuh sendiri.. penat tu wei...budak darjah 6 & darjah 3 yang kayuh. kekekeke. gerun jugak naik ni tau. coz gayat satu hal. safety pon tak seberapa. harapkan pagar tu jer... huhuhuuhu...

ni pulak chairlift. macam cable car la. tapi ni jenis open air. keselamatan pon tak terjamin sangat coz die guna penghadang jer... naik ni kite leh tengok orang dalam waterpark. leh la skodeng orang tengah mandi. huhuhu..

we all siap dah beli tiket dah. tapi hadif tak boleh naik la pulak coz tak cukup ketinggian. yang boleh naik pon dua orang jer.. so, adik n anak buah saya je la yang naik. tiket tu kami jual kat pengunjung yang nak naik benda ni. huhuhuhu... takpe la, tunggu hadif besar skit, naik datang lagi.


lastly, sebelum balik bergambo dulu kat sini...

keluar dari bukit merah dah kui 6 lebih, so lepas tu terus balik umah mak...

Jalan-jalan telan angin di Bukit Merah Laketown



lepas sesi makan² dan beli udang di Kuala Sepetang,
kami terus zasss ke bukit merah pulak.
tak jauh mana pon jarak die.. tak sampai stengah jam kot!
 
sampai Bukit Merah pon dah pukul 5.00 pm.
memang dah bajet takmau pi mandi waterpark die.
just pegi jalan-jalan, tangkap gambo skit-skit,
tengok ape outdoor games yang boleh main.
ecopark die pon dah nak tutup.
so, kami sempat naik skycycle jer... huhuhu..

jom layan gambo yang saya sempat snap.

ni pintu masuk ke waterpark. kalau amik pakej murah skit tau.

 ni pulak antara pemandangan kat sana..

 sempat la layan hadif main games kat situ. main games yang masuk coin tu..

 nampak je motor ni die terus panjat naik ko.. tak sabar-sabar... tapi motor ni besar skit, kaki pon tak sampai lagi..hadif blom pandai bawak.. so, tak kasi die naik. mengamuk sakan die... huhuhu...

 saje amik gambo bontot dua beranak ni.. hiks!

 sejak dah makin membesar ni, hadif dah tak suke tangkap gambo la.. senyum pon tanak. tensen mak tau! macam mak die jer syiokk sendiri.. haih!

 ni gambo sepanjang jalan nak pegi naik skycycle. besau jugak tempat die.. penat jugak nak jalan. jangan la pakai heel kalau rasa nak berjalan melawat kawasan kat sini eh...


 kasi apaknya intepreme pulak!

episod bukit merah ni belom habis lagi ek.
ada satu entry lagi.. hihkhik.. layan je la eh..

ni 1st time hadif datang sini.
mak die dah berkali-kali dah.
next time nak datang lagi.
nak pegi mandi waterpark pulak!
tapi tunggu la sampai hadif tak gayat air dulu.
kalau tidak, buat hangin jer...
melalak takut air... sabo je la...