Showing posts with label ::aktiviti::. Show all posts
Showing posts with label ::aktiviti::. Show all posts

Weekend Joyride At Putrajaya Equestrian Park



dah lama tau pasal joy ride kat Equestrian Park nih. hari² dok nampak banner kat tepi jalan. petang semalam baru sempat terjah.. itu pon sebab hadif dari pagi dok berzikir kat telinga aku ajak pegi situ. haih.


 seronok ya awak ibu bawak datang sini. nasib la sekangkang kera je Equestrian Park ni dengan umah.


 tak abis² dengan peace dia.


satu pusingan ride RM5 yer. memang la tak puas coz secoet je kawasan dia pusing tu. kalau budak die kasi kuda kecik tu. kalau orang besaq boleh naik kuda hitam tu yer.


 petang semalam boleh tahan ramai gak orang yang bawak anak pegi situ.


lepas naik satu pusingan yang tak sampai 5 minit tu, aku paksa hadif snap gambo dulu. ini pon jenuh suh die jangan buat peace! ape ke best nya buat tanda peace tu? tak macho la bang!


ala-ala haiii... gedixnye ko bang!!!!

sesape yang nak bawak anak datang sini, sila la yer.. every weekend! 



Melawat baby Khalish Aisar



aktiviti semalam adalah padat. dari pagi bawak ke malam. huhuhu. kui 11 pagi dah terpacak kat midvalley sbb nak tukar duit rupiah. orang cakap kat sana memang murah n berbaloi. lepas tukar duit jenjalan dalam mv jab. singgah jusco beli sluar untuk aku. dalam kui 1 camtu dah kua dari MV. tak daya dah nak bejalan dalam tu. orang ramai sangat.

lepas tu terus gerak umah mak mertua kat gombak. lepak sampai kui 5 then gerak ke bandar baru salak tinggi sebab nak singgah umah tokma hadif nak tgk new born baby, si Khalish.

putih melepak baby khalish. baby cheese ni sebab masa pegnen ibu die suka makan cheese. baby khalish lahir pon besar dekat 3.8kg.



kat sana tokma masak nasi impit. senang katanya hari cuti gini ramai datang melawat baby. jamu nasi impit jer. hehe. yang paling best aku siap request nak cucur bilis tokma sanggup buatkan. dah la time tu tokma baru lepas masak nasi n lauk pauk. tenkiu tokma. cucuq tokma mmg terbaikkk.



Published with Blogger-droid v2.0.9

Riadah Petang di Taman Tasik Empangan Putrajaya

.
.
Ahad lepas, belah petang tu kami anak-beranak jogging kat Taman Tasik Empangan, depan PICC tu.. ni memang 1 of feberet spot untuk riadah kat Putrajaya nih... cuaca memang best lah! redup jerk, macam nak hujan tapi tak hujan pon.. dan orang pun leh tahan ramai haitu.. kat situ kan ada playgorund, so memang meriah lah.

 kesian hadif pakai kasut sekolah jer.. muahahah.. takpe, nanti kite beli kasut sukan kat Bandung yer. insyaallah... cik rebok aku tu pon dah lama tak guna. haitu kan musim hujan, so stop kejab jogging. nih dah cuaca elok balik dah malas nak jog. ngeee~


 kononnya weolls jogging, hadif kayuh basikal lah.....


...... tapi sekejap je die nak kayuh.. penat die cakap.. die nak ikut weolls jogging pulak.. aiyaiyaii... so, kami sorokkan basikal hadif kat belakang pondok.. tawakkal je la, jangan la ade orang curi. hukhuk.


 benti jab posing.. awat nampak bontot aku cam melebar lam gambaq ni! tipu betui... :b


 semangat hadif tau! siap nak lawan lari sape paling laju tu...


 seeee........ jauh tuu weolls jogging... taktau la bape km dok lari. huhuhu...

aku dok cakap ngan hadif depan sikit ada pantai putrajaya.. mesti dalam kepala die dah dok terbayang pasir.. hadif kan hantu main pasir! terus ajak aku pegi sana yuolls.. padahal jauh lagi nih nak sampai... aku cakap okey, tapi hadif kena jalan smpai sana... gigih anak mak hokey!

so, aku suh lakiku patah balik amik basikal n kereta, n nanti weolls jumpa kat pantai tuh... so, Mr. K jogging amik kete, while weolls jalan sampai ke pantai sana..... sabo je la anak oi! sanggup tu dia... takde pulak mengeluh penat bagai... haih.


 weolls cross ikut hotel pullman tuh. dekat sikit. hadif dok tanya, ni tempat india ke ibu? aku gelak je la.. maybe die tengok suasana suram², n senibina hotel ni kot. hukhuk


Pullman ~ yeay! dah dekat sampai...


 setelah jalan berkilo², akhirnya berbaloiiii penat hadif... die sambung riadah kat sini pulak.. huhuhu... heran betui, tak penat ke budak nih?? dari taman tasik empangan tu ke pantai putrajaya jalan kaki... phiiewww...


mak die sibok camwhore.. :b


lepas tu gerak ke track lumba kete control ni pulak....


tapi sayang... orang dah abis main dah.. huhuhuh...


then gerak pegi stesen minyak tuk isi tayar basikal hadif... patut la cam lembab je hadif nak mengayuh, rupanya tayar takde angin. depan blakang lak tu... sabo je la...


p/s : akan cuba praktikkan riadah camni setiap minggu... dapat 2 kali sebulan tu pon dah cantik dah tu... hewhew.. jangan hangat² taik unte sudehlah. :b



Aktiviti hari ni~




Skang tengah dengar ceramah anjuran skool hadif. Tajuk ceramah ni Coaching living into Greatness with 2 method. Best penceramah die. Fun.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Kolam Renang Pusat Maritim Precint 5, Putrajaya

 .
.
Aktiviti hari Ahad lepas adalah berenang sampai kecut telo tangan. :b

suka la hadif tu, sampai 2 tempat kami pegi sebab die nak main air! 1st, kami pegi kolam renang dekat Pusat Maritim. lepas tu pegi mandi kat kolam Dataran Gemilang pulak! berendam lama sangat, pastu cuaca panas pulak, balik dari tu dapat la habuan - ada tanda² nak batuk n selsema. hewhew...

kolam kat tingkat satu. so harus naik lift.

kalau ada yang tanya kolam ni kat mana???
kolam ni dekat Pusat Maritim yer, sebelah je dengan Pullman Hotel. kat traffic light, amik kanan, lalu depan Pullman tu, komfem jumpa punya. :b


 aku suka pegi kat sini sebab lebih selesa... ada macam² gak aktiviti kat sini selain berenang... tak silap aku ada snoker n karaoke.. cafe pun ada klu rasa nak makan lepas swimming. tapi mahal skit la kan?


 dan yang penting ni indoor swimming pool. tak yah risau panas dan hujan. huhuhu...


 masa weolls pegi tu ramai la pulak! dengan kelas swimming lagi... salah timing lol!


 hadif dah tak takut mandi pool dah! tapi still tak berani nak rendam kepala... takat basah sampai bahu tu boleh la.. huhuhu...


 kecut dah tangan dia.. sakan berendam! ajak balik pun tak mau! huhuhu...

lepas tu kami ke Uniten, pekena cendol n pasembuq dulu... then terjah Dataran Gemilang pulak. kan setiap petang Ahad ada macam² event.. kat situ pun ada swimming pool. harus la dak hadif mengecutkan lagi apa yang patut! kuikui...

Waktu operasi kolam renang pusat maritim :
Dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

Jadual Waktu :

  Sesi 1    9:00pg   hingga  11:45pg
  Sesi 2   12:30tgh hingga   3:15ptg
  Sesi 3     4:00ptg hingga   6:45ptg
  Sesi 4     7:30ptg hingga   9:45mlm

Bayaran :
  Dewasa/Kanak = RM5.00/sesi

  Bayaran masuk dibuat di meja lobby pintu masuk Pusat Maritim



Biru-Kuning



semalam aku bizi dengan wedding sepupu hubbyku kat Dewan Presint 8 sana.... start dari kui 11 pagi sampai kui 5 petang dok kat situ... balik umah jab, lepas maghrib pegi umah makteh aka mak pengantin pulak... belah malam ofkos ada acara bukak hadiah n lucky draw.. jangan tak tau kami laki bini bertuah tau! tapi hadiah biasa² je la... sekadar suka².. tapi seronok sangat sebab aku ni memang jarang ke tak penah kot dapat lucky draw gini... ngeee~ 


 tema wedding semalam adalah biru-kuning...


 sebab pengantin pakai kuning, maka family members pakai biru lah!


 
 wif kak emy..


 wif Pia domok!


 family Cik Ana


 pengantin dengan family maklang


 budak ni paling sonok kot sebab boleh main lari² pusing satu dewan!


 cenderahati untuk tetamu~


 nak rekemen catering ni untuk korang... memang terbaikkkk!!!


 food dia sangat-sangat-sangat sedap!!!


 kek untuk pengantin pon pihak catering sponser


 macam² jenis desert ada....


 memang puas hati!


p/s : sakit kakiku... seharian pakai high heel... -___-


Makan Nasi Minyak





Live from Presint 8, Putrajaya.....

Haini kenduri kawin sepupu hubby. Last week belah pompuan kat Kuantan. So skang turn pengantin lelaki la pulak.. Tema haini biru kuning. Ok. Nak makan. Nanti sambung. Daa....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Olie ♥ Umie

.
hari Sabtu dan Ahad minggu lepas aku ke Gambang, Kuantan ikut rombongan pengantin... si pengantin lelakinye nama Olie. pengantin pempuan pulak nama Umie.. Olie ni sepupu hubbyku.. kami gerak dari rumah hari sabtu dalam kui 9.00 pagi camtu... pegi awai coz akad nikahnya belah petang. sampai awai boleh la berehat pejam mata sejam dua.. huhuhu...

kami stay kat homestay (taman perumahan depan Gambang waterpark). kat situ memang banyak rumah orang buat homestay kot! maklum la dekat beno dengan waterpark tuh... sewa pon tak mahal dalam RM150 sebijik umah.

cupcakes ni aku sponser untuk hantaran.


selesai majlis akad nikah.. umah pengantin pempuan dekat Felda Lepar, Gambang...


dengan sepupu² yang gojes.. budak² lagi nih..


tema oren gitew...
 

Selamat Pengantin Baru Olie dan Umie~


tak sempat nak rasa kek nih... lepas makan memang kami gerak terus.. dah tak tunggu rombongan lain balik sekali.. petang tu jugak hubby ku kena outstesen ke belah utara sana... so, memang kelam kabut sikit la. sian hubbyku.. non stop driving.. 

minggu ni pulak kenduri belah pengantin laki kat Putrajaya... kenduri pakai catering so tak banyak keje pon nak buat.. huhuhu...