Showing posts with label Homestay Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Homestay Langkawi. Show all posts

Homestay di Langkawi yang sangat² Selesa dan Complete ll Rasa macam dok Rumah sendiri

.
.
masa kat Langkawi, aku sewa homestay sebab ahli rombongan ramaikan? dok hotel mau mencekik kot sebab peak season + berapa bilik pulak nak kena amik! aku ada riki² apartment jugak, tapi kebanyakan sewa RM250 ke atas... so, homestay ni yang paling berpatutan aku rasa. ada 3 bilik tidor, 2 bilik air.
.

 .

korang leh bukak blog tuan rumah tu yer.. die ada 2 jenis. satu Rumah Nilam dan satu Rumah Dahlia.. aku amik yang Rumah Dahlia.

 


yang bestnye pasal homestay ni ialah, semua barang rumah lengkap ko! siap dengan barang² dapo lagi.. ada beras, milo, gula, susu, telor, semua ada... tuan rumah cakap tu barang wakaf orang yang penah stay kat situ.. so, boleh amik guna... huhuhuuh...


Antara Kemudahan Yang Disediakan:


  1. Kipas siling di ruang tamu, ruang makan dan di setiap bilik.
  2. 6 helai tuala mandi dan sabun.
  3. Tilam "TOTO" tambahan.
  4. Ruang tamu yang dilengkapi dengan Sofa, TV dan Astro.
  5. Peti sejuk dengan air minuman.
  6. Dapur dan peralatan memasak.
  7. Rice cooker, blender dan toaster.
  8. Pemanas air elektrik, teh dan gula.
  9. Seterika.
 10. Sejadah dan telekung.
 11. Mesin basuh automatik

tambahan : buaian baby pon ado! hahaha.. so, sesapa yang bawak baby yang jenis susah nak tido kalau takde buai tu, sila la sewa homestay ni.. berbaloi-baloi!

.
HARGA PENGINAPAN
 .
kalau tengok kat blog die harga lain.. maybe kalau call dapat murah kot.. aku punya pakej penginapan 3 HARI 2 MALAM adalah RM400. ni untuk rate cuti sekolah yer.. kalau hari biasa ofkos murah lagi.

.

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN
call, sms, email atau fax
HASZLENA 017-5745063
MD.NOOR 012-5645120
Fax : 04-9661076
haszlena@gmail.com
mnbestari@gmail.com


ok. jom tengok gambo dalam rumah pulak.. gambo² ni aku amik dalam blog tuan rumah yer... just gambo mesin basuh n dapor tu je gambo aku sendiri. harap maklum.


Ruang Tamu


Ruang Makan

.
Ruang Dapur


Bilik 1


Bilik 2

.
Bilik 3

 
 mesin basuh


 peralatan dapur


 dapor + periuk lektrik + blender.. semua adalah! memang puas hati..

kalau korang nak pegi bercuti ramaiiiii² ke Langkawi, aku cadangkan stay kat homestay nih... memang worth it. semua ada.. lengkap! homestay ni pon tak jauh dari town.. dan yang penting dekat dengan Idaman Suri. hahahahah...

..

Laksa Kuala Perlis ll Tiket Feri ke Langkawi

.
.
okey... jom sambung balik cite pasal Cuti² Langkawi sempena skool holiday ari tu... pada yang taktau, aku pegi kali ni dengan family aku yer.. mak ayah, adik². ahli rombongan adalah seramai 9 dewasa, 1 kanak².



oleh sebab kami gerak pon dah lewat dari kampung, dalam kui 2.30 petang camtu, so tak sempat nak amik feri awal sikit.. nasib la ada jugak tiket untuk feri last pukul 7.00 malam... itu pon dapat seat belakang² dah.. nasib sempat naik uolls... kalau tak kami semua kena cari rumah tumpangan la kat Kuala Perlis tu.. huhuuh...

sampai Kuala Perlis dalam kui 6 petang, tiket pulak kui 7 malam, so pegi cari parking keta dulu untuk park selama 3 hari... parking keta untuk hari cuti sekolah adalah mahal kot! satu hari RM10.. 3 hari park = RM30. mahal gilos... tapi nak buat camno.. kete kena parking jugak.. pejam mata je la bayo RM60 untuk 2 bijik kete.. adeh...

lepas setel park kete, terus gerak cari kedai makan area situ.. malas nak pegi jauh² kang tak sempat nak kejar feri.. dah la jalan jammed kat area jeti kole perlis tu!

so, kami makan kat sini je la.. Kafe Nismarya. sebab nak jimatkan masa, ayah aku suh oder sama je semua orang.. kami makan laksa je la paling cepat. huhuuh..


 Laksa Kuala Perlis

tapi yang ni biasa² je kot.. laki aku cakap ade port laksa kole perlis yang sedap! tapi tak sempat dah nak terjah mana²... makan je la mana yang ado.. huhuhu.. lepas setel makan, baru gerak secara berjemaah ke jeti..


beli 9 tiket dewasa, 1 tiket kanak².

tiket feri ke Langkawi untuk dewasa RM18.00
kanak² RM13.00. umur macam hadif dah kena caj yer..


excited dapat naik kapal beso.. selalu naik bot laju je kan?


perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi amik masa dalam 1 jam... sampai je jeti Langkawi, terus contact En zaini, tokey kereta sewa... lepas amik kete, terus gerak ke homestay yang aku dah booking.. nanti aku buat entry khas pasal kereta sewa n homestay yang aku duduk tu yer..

.