Showing posts with label Tema Baju Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Tema Baju Raya 2012. Show all posts

Salam Aidil Adha

.
.
aku masih bekerja lagi hari ni... kat opis pon takde la sunyi sangat.. orang still ramai lagi.. aku nak half day haini. sebab appointment servis kete kui 2 petang. orang sibuk balik kampung, aku baru terhegeh² nak servis kete.. huhuhuhu...

baju untuk bawak balik kampung dah siap pilih n lipat hari selasa lagi.. cuma belum simpan dalam beg.. lepas servis kete kang terus balik umah and pack semua barang... dalam kui 5 gak kot baru leh gerak balik Perak.


untuk raya haji, aku recycle balik baju raya tahun lepas... sayang oooo baju melayu hubby n anak.. last pakai raya haji taon lepas la kot.. pastu dah tak pakai... so, merah berapi la kite raya haji ni.. jangan sampai kena tanduk ngan lembu korban sudah.. merah mak ngah! huhuuh...

nyway, Selamat Hari Raya Aidil Adha... kepada yang balik kampung, berhati² di jalan raya.. jangan sampai kena flash lampu AES.. huhuhuh....


.

Jom Pegi Beraya!

.
.
Family aku balik Kedah masa raya ke 3. seingat aku sejak arwah tok meninggal, memang kami dah tak balik raya sana dah.. raya kat umah sendiri jer... selalu sedara-mara belah Kedah yang datang umah kami tiap kali raya.. stay sampai 2-3 hari kat umah kami.. syiokkkk betui...

tapi tahun ni, awal² lagi aku dah cakap kat mak aku yang taon ni nak balik raya kat Baling, Kedah... dah lama gilaaaa tak balik.... last aku balik 5 tahun lepas kot. mak aku slalu gak la balik sana kalau ada kenduri-kendara.. aku je yang tak ikut balik.. masa tak mengizinkan... hadif pon tak penah sampai lagi... teruk betui aku ni.. huhuhu..

masa raya ke-4 tu, just beraya umah sedara-mara terdekat jek... raya ke-5 baru pegi jauh sikit.. kami raya di Pendang dan Kota Sarang Semut, Kedah.. konvoi dalam 5 bijik kete camtu... time ni ramai dah sepupu-sepapat yang dah balik umah memasing... yang tinggal je la ikut konvoi sesame... ini pon dah havoc. best gila raya ramai² camni.. kami pegi beraya dekat 7-8 buah rumah.. beshhhhh....

ni kat umah mak sedara mak aku... best betui kawasan rumah die.. tepi bendang... kat Kedah memang banyak tanah merah ni kan?


cantikkan fotoshot kat bendang?


ohh.. rambut hadif aku dah kontotkan... nanti aku up rambut baru die.. huhuhu


padi dah menguning....


boleh nampak gunung jerai dari sini~


selit gambo ni sekeping... gambo adik² perempuan aku.. masa ni beraya kat umah makngah.


p/s : best raya kat Kedah...
.

Syawal 1433H | Baju Raya

.
.
 Selamat Hari Raya yuolls............

Selamat kembali bekerja... back to normal routine... sobss.....


just nak tayang baju rayaku sempena Syawal 1433H nih.... layan....

 tema pilihan taon ni ~ peach kaler...


pakai baju ni masa raya ke-4. kami raya kat kedah masa ni. eceli ni baju mak aku.. muahahhaa.... sehari sebelum raya tu, mak baru dapat baju² dari tukang jahit. masa dok belek² tu terbekenan la pulak! ape lagi? terus kenen² kat mak.. mak kasi pulak tuh! nasib saiz badan lebih kurang jer tapi baju ni takde span kat bahu.. belasah je la.. boleh gak pakai ngan tudung paridah ni! ngeeee~


baju hari raya ke-5. pakai masa nak pi beraya kat Pendang, Kedah... ceria-beria gitew....

nak bw tengok baju raya korang pulak!!

.

Baju Raya #2

 .
.
Yeay!! baju raya ke 2 dah siap! 


 ceria beria gitew baju mak! hiks.. eh, tudung ai pakai haini bau kedai lagi tu.. baru beli semalam... memang nak match kan dengan baju ni... tapi tudung raya ke dua dah pakai dulu... hehehe...



Published with Blogger-droid v2.0.6