Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Beli Novel di PBAKL 2014



eceli, aku ni bukan jenis ulat buku kot. tak kisah la apa² jenis bahan bacaan pon... memang payah la nak tengok aku beli.. beli n baca buku pon sebab terpaksa nak exam je kot. :p

tapi sejak aku pegnenkan si Hessa, aku punya feel nak baca novel bukan main mencanak lagi! macam mengidam tau. hari² mau. tapi baca novel cinta je la... satu hari, satu novel! tapi tak sangka pulak sampai skang pon aku dok minat beli n baca novel. ingatkan lepas beranak hilang la feel tu.. kekeke

skang dah banyak koleksi novel aku start kumpul dari mengandung taon lepas. pantang ada novel baru kua mesti nak beli. boleh kata mphonline tu aku bukak hari². nak tengok kot² mph ada buat sale. hahahah. gila! pastu aku dok follow writer kat group² fb. memang mengikuti hal ehwal semasa pasal novel betui!

so, berbalik pada Pesta Buku kat PWTC yang berakhir semalam... aku sempat terjah tau last week! sungguh la aku tak percaya... pesta buku? dis is so not me.. sangat-sangat-bukan-diriku.. tapi percayalah.. taon ni aku berjaya jejak kaki ke sana buat pertama kali, hokey?? ingatkan kegilaan aku kat novel cinta ni dah habis bila dah bersalin. rupanya makin parah.. sebab apa? sebab rajin sangat beli novel tapi tak ada masa nak baca... ye la, ada anak kecik ni, perhatian kat die jer.. tapi mak tak kisah okey, asalkan novel mak nak tu dah ada depan mata. HAHAHAHA

masa kat pesta buku tu, aku sempat beli 9 bijik novel. tak larat nak pikul buku banyak² hoi. dah la naik turun train sampai putrajaya nih. fuh!


okey... ni kat booth IKP. publisher feberet aku... tengah nak mintak autograf kat writer.


wif my feberet writer, Hani Fazuha


ni antara novel² yang jadi harta karun kat opis. tak berani nak bawak balik umah. takut laki bising. dalam almari kat umah pon dah penuh novel aku. yang ni biar la tinggal kat opis. kena cover line baik punya. huhuhuhu... yang ni pon ada yang belom sempat aku baca. aku sempat tengok ending jer. huhuhu..


p/s : incik suami, sila la bertabah dengan hobiku nan satu ini yer... membaca jambatan ilmu okey! mihahahaha



Gila Shopping Online!



Kegilaan soping online datang balik.... muahahaha... klu dulu aku gila soping kat thepoplook beli blouse n dress. pastu gila beli tudung paridah kat group FB... then bila dah pegnen kegilaan tu dah kureng dah... ingat dah stop la kan?

tapi since bulan Julai, gila tu dah datang balik! muahahaha... datang penyakit gila soping kat MPHOnline pulak.adehhh.... boleh kata dalam sebulan tu 2-3 kali jugak soping kat sini. skali beli bukan sebijik novel, tapi 2-3 bijik. huhuhu.. so dalam sebulan ada la 5-6 novel yang dirembat. nasib la mphonline slalu buat sale. jimat banyak dah kat situ dari beli kat kedai. dah skang ni aku jadi pengunjung setia mphonline dah. hari² nak datang melawat tgk novel² diskaun. tsktsk.

buku² terlaris ni dah selamat jadi koleksi. semuanya terbaik!!! sila beli!

dan sejak berjinak baca novel nih, aku dah ada pon penulis feberet aku. paling aku suka ofcoz Melur Jelita. terbaikkkk kot semua novel² dia. lain dari yang lain. bukan pasal cinta semata. then aku suka Evelyn Rose n Rin Ahmad. pagi tadi pon sempat beli novel lagi. minggu depan la kot sampai. huhuh..

p/s : cuti hujung minggu ni dah ada 2 novel untuk dikhatam. tak keluar rumah la nampaknya. huhuhu... lagi pon skang dah tak larat nak berjalan. malas! hari rabu haitu kua jugak la pegi Manjaku Bangi beli barang baby. klu ikut hati memang nak landing atas katil je manjang. huhuhu...



Gila Novel!




Ok. Dah tahap addicted sudah! Semalam baru sampai 4 lagi novel yg aku beli tru mphonline. Diskaun 30% beb. Berbaloi². Klu before dis asik nak pinjam novel orang je kan, now teringin plak nak kumpul buat koleksi sendiri. Baca la sampai lebam. Huhuhu. Pas beranak ntah² dah tak de masa nak bukak novel. Dok kelek anak manjang. Ye dop? harap² la baby lam perut ni bila besar esok rajin membaca cam omaknye. dok pulun baca novel je sepanjang 2nd pregnancy nih. huhuhu


Published with Blogger-droid v2.0.10

Kaki Novel



 novel terbaru yang aku beli.. :b

tak tau la apsal skang ni jadi giler betul baca novel... yang pasti sejak pegnen ni lah... suka sangat! bak kata CikMot, klu pegnen baby girl memang gitu. die dlu pon camtu jugak hantu novel time pegnen iris.. hewhew... tengkiu ye cikmot sebab pinjamkan novel² ko yang menggunung tuh.. dalam sehari pon aku boleh abiskan satu novel.. fuhhh... laki aku kekadang bising jugak sebab nampak aku khayal sangat kot! mengelamun lebih! amik feel konon jadi heroin dalam novel tu... :b


Published with Blogger-droid v2.0.10

Hobi masa Pregnant!



Tak sure sejak bila, tapi komfem sejak pregnant nih hobi aku adalah baca novel! hakhak.. ye la, masa pegnen ni klu boleh sentiasa nak memalaskan diri atas katil tu kan? sambil golek², baca novel pon best jugak! kalau ikut hati satu hari satu novel. tsktsktsk. hebait tu dalam satu hari boleh habiskan satu novel! fuhhh.... betapa pulun tak pulunnya aku... ada haitu pukul 4 pagi baru aku tido coz nak abiskan satu novel.. sangat tak bagus! :b

selalunya aku pinjam novel cik lynn jer.. die rajin beli novel. aku rajin baca jer.. nak beli kedekuit! huhuuh... tapi oleh sebab aku ni jenis tak menyabar, pastu rajin google novel ape yang best kat tenet - akhirnya pecah rekod jugak for the 1st time aku beli novel sendiri.. rasanya la coz aku memang takde sebijik pon novel.

 beli kat mphonline. ada diskaun 20-25%. kalau beli lebih dari 3 buku dpt free postage. hari selasa aku beli, hari ni dah dapat! pantas betui... habis la aku malam ni... tido lambat lagi la nampaknya..


 novel² yang tengah hot di pasaran.. sebelum beli aku google dulu die punya sinopsis n review.. aku tak suke la cite² yang meleleh ayaq mata. tak suka novel ayat skema. aku suka novel gila². romantic comedy gitew.


 The Wedding Breaker - antara novel yang terbesttttt! ini pon pinjam orang punye.. ngeee~


p/s : kekadang terfikir jugak, daripada aku dok baca novel yang melalaikan ni baik la aku mengaji baca quran ker, surah² amalan masa pregnant ker, buku² info pasal pregnancy ker... ada jugak baiknya.. tsktsk... insaf  T__T