Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Jumpa Retisss di Open House Raya~



hari sabtu pergi beraya kat umah makcik hubby kat kuaters istana selangor area jalan duta sana... open house utk adik-badik-sepupu-sepapat jer... tak sangka pulak jumpa retis kat situ... nak tau jumpa sape???


jumpa pelakon drama tgh hotts skang nih... pelakon drama Rindu Awak 200%. tapi bukan jumpa hero ngan heroin ni.. jumpa bff depa jer.. ngeee~


mak jumpa Daria @ mimi ernida.. heehehe... rupa-rupanya mimi ni bakal adik ipaq makcik hubby lol. ramah betui orangnya... kami dok bersembang dalam bilik tidoq jaa sambil aku nenen si hessa.


Daria dan Ilhan~ eceli aku tak layan sangat cite ni... kadang² jer tengok kalau terrrrtengok... tapi novel dia aku ada. lamaaaa dah beli. taon lepas rasanya.

wokey lah... belanja sikit gambo selfie pegi beraya 2 hari berturut².. bajet retiss sangat nak belanja² bagai... mueehehehe...

hessa tengah menguap... :p


hessa isap jari pulak... lately air liuq dia menjejeh². gatal gusi nak tumbuh gigi kot! kena get ready la mak! adesss...



My Girl Korea VS My Girl Philippines

.
.

VS


skang ni aku tengah kemaruk tengok cite My Girl versi Filipino nih.. hewhew.. best n kelakar! tapi ofkos tak leh lawan My Girl Korean yang ohsem tu... tapi cite die ada lari skit.. tak sama sangat dengan korea punye... tapi yang penting hero die hensem! mihmihmih. drama ni tayang kat tv3 belah pagi.. acaner nak tengokkan? time tu dah tentu kat opis. so, tengok kat tonton je lah.. huhuhu...

jom layan sesame....




Reunion Pelakon Dejavu di Kinabalu dalam drama Terlanjur Cinta

.
.
http://2.bp.blogspot.com/-27zjW6pLG-Q/UKjX7Q5a7SI/AAAAAAAAM4M/BMyz3UwhicY/s400/terlanjur-cinta-tv9.png

hohoho... sudah addicted dengan drama terbaru eirma fatima - Terlanjur Cinta....  yang pasti, pelakon² Dejavu di Kinabalu ada dalam drama ni hokey! i loike.... cuma heroin je bertukar... no more Tiz Zaqyah. tapi Siti Saleha pun aku minat jugak!! dan yang paling penting ada Bazli!!!!!!!!!!!! eirma fatima angkut semua pelakon Dejavu belakon cite ni... ada Amar, Bazli, Inara, Yusra, Zahir... kekekeke... memang tetap dan berpencen la dorang belakon under eirma... i loike... kekekeke... oh, yang berlakon jadi mak Aqasha dalam cite ni Raja Ema yer...

aku tengok kat Tonton je pun.. jangan harap la kan dapat tengok kat umah malam² camtu... dah tentu tv tu anak yang konker.. sobss... jangan lupa tengok setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9!

 Sinopsis
.
  Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.

skang baru episod 4.. so sila tengok kat Tonton untuk cover cerita dari mula.. hewhew...

.

Ending Dejavu Di Kinabalu versi Ammar boleh tengok di Tonton | Nadira mati

.
.

Tadi baca status member kat fb. Die cakap boleh tengok versi ammar kawin ngan nadira kat Tonton. Aku xde mood nak tengok sebab dah suke ending Bazli nih. Hehehe. Tapi nak tau la jugakkan cane ending NadirAmmar. So aku pujuk la kawan aku ni suh cite balik apa yang terjadi... Sila la baca untuk makluman umum. Hehehe... Buat peminat ammar yg tak puas hati ending haini, sila bukak tonton dan boleh tengok nadira mati di hujung citer....


.

Ending Dejavu di Kinabalu

.
.
Ape pon senyum dulu coz #teambazli menang vote.. ;-)  tenkiu yer sape yang vote tu. Hehehe.... Maka berakhirlah kisah cinta 3 segi Ammar-Dira-Bazli... 

Aku nak komen skit pasal ending cite nih. But sbelum tu baca dlu twit pengarah/penulis skrip cite nih, erma fatima ;

"@erma_fatima: Saya sangat2 kecewa dgn final episod DEEJAVU ! Maaf kpd semua penonton!"

  • Nampak sangat la erma nak ammar yang menangkan? Sebab tu la ending die cam kelam kabut skit kot. Tetiba je kawin. Amar jadi saksi plak tuh. Maybe pengarah ni dah prepare ending scene ammar kawin dengan nadira yang lagi best. Huhuhu... Mmg ending bazli kawin ng dira tu kelam kabut. Nak cepat abis cerita kekdahnya.
  • Aku rasa lagi better lepas scene nikah tu si nadira terus mati. Adil bagi kedua pihak. Bazli dapat kawin dan ammar dapat cinta nadira. Gitueww...
  •  Kan bagus masa ammar balik mesia dengan si uzma. Baru thrill. Haha
  • Bff si Nadira, Yuzra eh nama dia? Dia memang terbaikk... Penyeri cite ni.
  • Heart deep deep sama Bazli ♥♥♥
  • Minggu depan cite baru si Bazli ni blakon jugak. Heroin si neelopa rasanya.
  • Klu korang kat airport tu, buat2 la langgar troli orang. Kot2 la he's the one. Hahaha. Utk yang bujang la ek. :-P

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ammar atau Bazli? kini Pilihan di tangan anda....

.
.
Haaaa... Kowang pilih sape??? Ammar or bazli? Aku dah tentu bazli coz bagi aku la ammar tu cam perampas. Huhuhu. Tapi lately aku tak ske betui cara penulis skrip/pengarah olah watak si bazli. Cam ntah pape... Dari sorang laki yang budiman bertukar jadi pemabuk n sanggup upah orang membunuh! Tak feel betui. Apa salahnya jangan tunjuk sgt perangai orang melayu islam ni asal ada masalah je pegi minum. Pastu mabuk. Pastu tetiba tido sekatil ng kak ipar. Haih. Tipikal malay drama sungguh... Yang hero lagi satu boleh pulak molek wataknya. Haih! Apa salahnya buat dua2 watak tu baik hati.... :-P dan oleh sbb bazli dah tak mcm bazli yang dulu; so aku dah tak tgk cite ni. Nyampah pon ado ngan nadira tu. Gedik! Heh.

Eh tapi tapi smlm aku baca kat paper yg penonton dah boleh buat pilihan sapa dorang pilih. Bukan nadira yang pilih hokey die nak kt sape tp kita! Hahaha....


Tapi idok ler aku nak undi sms bagai. Buat buang kredit aku jer.. Ater aku dah majuk malas dah nk tengok cite ni. Huhuhu... Uolls yg nak undi tu silakan la yer...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Dejavu di Kinabalu - ini baru Betul² Best!

.
.
hohohoho... semalam baru start cite nih - terus jatuh cinta! sangat menarik!!! episod pertama dah best! acane? drama arahan Erma Fatima. pasni mau la tiap² hari isnin-khamis kui 7 malam melangut depan tv.... satu kes berebut tv dengan anak pulak! seriyes weh, last drama yang betui² aku follow kat slot Akasia ni cita Tentang Dhia. giler dah lama cite tu... pastu on-off je la aku layan... tambah² pulak cite yang baru abis nih! memang takkkkk la aku layan.. huhuhu...


http://www.lindarosman.com/wp-content/uploads/2012/06/poster-Dejavu-Di-Kinabalu1-405x400.jpg
katanya cite ni ala² korean love story...


Sinopsis Dejavu di Kinabalu
.
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

DEJAVU DI KINABALU 
Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam
hanya di TV3!

.

Sana Saeed vs Anjali Khanna Kuch Kuch Hota Hai

 .
masa tengok cite Kuch Kuch Hota Hai malam rabu haitu, tetiba terpikir : apa dah jadi dengan anak SRK tu skang eh? budak pompuan yang banyak cakap tu.. keletah die comel sangattt! penyeri dalam filem KKHH. sebab lepas filem tu tak nampak pon die blakon cite lain.. ke aku tak pasan.. huhuuh.. pastu datang la perasaan nak menggoggle pasai budak cute nih..nama betui dia Sana Saeed.


 Sana Saeed  

 
Date of Birth 22 September 1988, Leeds, England, UK

 Mini Biography

Sana Saeed who currently resides in Leeds, England, was chosen among two-hundred other children to play Shahrukh Khan's daughter in Kuch Kuch Hota Hai (1998), her only movie besides Badal (2000) and Har Dil Jo Pyar Karega... (2000) in which she reprised her role from Kuch Kuch Hota Hai (1998) as the little Anjali in a guest appearance. Prior to Kuch Kuch Hota Hai (1998) she had refused Rahul Gupta's Hum Panchi Ek Daal Ke, since she could not continue studying while shooting it; so Kuch Kuch Hota Hai (1998) was shot during her school vacation. She won the Sansui Viewers' Choice Award as the best Child Artist for it.

Currently, she is a signed model for Benchmark Models.

cantikkan die skang? jadi model giteww...


pastu try google pasal budak laki cute yang tak pernah becakap tu..


Parzan Dastur
Parzaan Dastur is born in Mumbai, India is an Indian actor and a former child actor.

Parzan Dastur who is a student of Commerce at HR College. Parzan has worked in many commercial ads. Parzan made his debut in movie Kuch Kuch Hota Hai as a Silent Sardarji ( Sikh kid ). His other movies are Mohabbatein (2001), Zubeidaa (2001) and Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001). He played the role of Parzan in Rahul Dholakia’s Parzania (2005) about a boy who goes missing during the Gujarat riots. 

.

oh Abe Sufian! tapi nak abe Syahran jugak!!!

.
.

hahahaha... kalau dah kemaruk tu kan??? harus ku cari novel die jugak-jugak!! dulu masa mula² tengok drama Gemersik Kalbu, tak bape minat sangat! tapi abe sufian yang chicky tu nampak kiuttt sangat... so, dah melekat.. kekeke... sebab Bicara Hati tu lambat sangat nak habis, kata pon seminggu sekali je cite die kat tv kan? aku ni kurang sabar sikit.. so, baik la aku khatam kan dulu novel die.. muahahha...

nasib izan ada novel dia.. pinjam je la.. jimatttt duit banyak tak yah beli.. kekekeke... macih izan.. nanti aku nak pinjam lagi novel-novel-novel ko yang belambakkkk tu yerk.. tapi takmo la cite Hj. Hariz tu.. hehehehe...


so, aktiviti weekend adalah mengulit novel sambil baring² atas katil gitew.... tak yah pegi bejalan pon i rela you.. #padahal elaun jenjalan dah abis. muahahaha....

sesape nak pinjam novel ni, sila kontek izan yer! taktau bape RM die caj sehari, yang pasti aku pinjam FREE. hahahaha...

.

Ariana Mikhail ~ Wajib Tonton!

..
.
Lepas tamat Tentang Dhia, aku tak bape nak folo sangat drama kat tv. ada jugak la yang aku tgk tapi takde la fanatik cam cite abe zikir tu kan? drama terbaru yang aku layan skang ni, Bicara Hati n Vanilla Coklat. Gemersik Kalbu tengok skip² coz pelakon die pon i tak bape nak minat! even cite tu best tahap gaban tapi takde feel kat pelakon tu, tak jadik jugak! hohoho... oh, i miss Dhia n Zikir.. heheehe...

okeh. okeh.. now ada drama baru ganti cite Karma start minggu depan. dan yang penting pelakon die memang beshhhh dan mantop!!! Dhia dah kembali hokey!


Ariana Mikhail TV9


jom layan Sinopsis Ariana Mikhail. ehsan budiey.com

Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.
.
Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.
.
Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.
.
Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.
 .
Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.
.
Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.
.
Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…
.
Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam!
.
Ariana Mikhail TV9
Ariana Mikhail TV9
Ariana Mikhail TV9


p/s : aku rasa ada satu cite korea camni jugak. yang lepas dingdongdingdong die blah camtu je tinggal pasangan yang tengah tido.. ngeeeeee....

.

Final Maharaja Lawak Mega l Siapa Juara?

 .
.
Siapa yang bakal Juara Maharaja Lawak Mega malam ni agaknya ek? aku tak ikut sangat MLM sbenarnya... aku tak langgan pon! #kedekut! huhuhu...  kekadang jek tertengok kalau pegi umah Makteh hubby... tak pon kalau ada masa layan jugak la kat youtube...

tapi malam ni nak ajak hubby pegi tengok lah... sebab ada Abang Eren as juri! ngehngeh... tengok kat umah makteh die lah, mana lagi.. hahahaa... bukan jauh pon. 10 minit dah sampai dari umah.. ngehngeh... dasar tak malu.. T____T 

okey. aku vote Osbon n Boboi jadi Juara malam ni.. tak kesah sape yang menang coz dua-dua aku minat! hehehe...


http://www.awanpagi.com/wp-content/uploads/2011/12/20111225-231501.jpg

http://www.infosemasa.com/wp-content/uploads/2011/10/osbon-maharaja-lawak-mega.jpg
suke lawak dorang masa jadi pengantin tu! ^___^

.

Jom tv3livechat! Adi Putra nyanyi sambil main gitar

.
.


buat keje sambil layan livechat. bole? tapi aku tak join la chat ni.. just dengo Adi+Nora chitchat jerk... aku rasa Adi nanti nyanyi sambil main gitar kot sebab tadi nampak die pegang gitar tu... 

cepat! cepat! sape nak dengo suara dowang klik SINI
.
ari ni Adi pakai topi lah nak cover rambut blonde die tu! tak boleh bukak katanya sebab nanti KL Gangster 2 tak surprise... huhuhu.. 


comelnyer Dhia....


aku dah lama tak tengok Tentang Dhia sebab gerammmmm + tak sanggup nak tengok cite ni. makin lama dah ngaruk cam sinetron Indon! tapi haini kena tengok jugak lah coz episod last... ;)

.

Keputusan Anugerah Skrin 2011

.
.

Meh aku tepek result ASK tadi. aku hanya sempat tgk di minit2 terakhir time dorang tunjuk artis kat red carpet tu. Huhuhu...



Kategori Drama

Drama Terbaik – 'Sanggul Beracun' – Sabri Yunus

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, 'Janji Syurga'

Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, 'Airmata Nur Salina'

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, 'Jangan Hantar Aku Ke Neraka'

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, 'Kum Kum'

Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, 'Sanggul Beracun'

Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, 'Sanggul Beracun'

Drama Rantaian Terbaik – 'Juvana', Filmscape Sdn Bhd

Drama Komedi Terbaik – 'Geng Surau'

Videografi Terbaik – 'Sanggul Beracun', Balang Rimba Sdn Bhd



Kategori Filem

Filem Terbaik – 'Magika', KRU Studio

Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, 'Cun'

Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), 'Janin'

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, 'Karak'

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, 'Cun'

Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, 'Cun'

Lakon Layar Terbaik Filem – 'Aku Tak Bodoh', Erhan Baharudin / Sujin Lee



*oh, kebanyakan filem dan drama yang menang, aku TAK pernah tengok.. Huhuh.. Nampak sangat bukan peminat cite melayu.. *oppsss... Mana nak sempat tgk tv nyer, kena beralah ngan anak sokmo!


Nyway, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA




Sent from my BlogBerry®

Soffiya vs Fiona


.
sape layan cite Soffiya angkat tangan!!!

aku! aku! aku!

tapi aku takde la concentrate sangat kat cite ni.. maklum la kena berebut tv dengan anak.. kalau mood anak okey, dapat la aku tengok! kalau moody, harap nonton di tonton je laa....





dan aku komfem 101% lah korang nyampah ngan si Fiona tu kan??? kan??? rupenye die anak angkat je uolls.. tapi berlagak nak mampus kot! ye ye aku tahu, maknanya lakonan die berkesan la kan even aku rasa kekadang die berlakon macam kayu.. huhuhu.. dan aku tak suke tone suara die... kalau dalam nyanyian orang cakap pitching ke laut kot... hehehehe.... ni pendapatan aku je la ek, orang lain aku taktau.. hehee...

dan hasil googlelan aku dapat la sikit info pasal Fiona aka Izara Aisyah ni.. sedapp name die...

 Izara Aishah Hashim. 

Gadis kacukan Melayu-Pakistan berusia 19 tahun kelahiran Bakar Batu, Johor Bahru, Johor. Merupakan naib juara Dewi Remaja ‘09/’10. Pelajar tahun pertama jurusan seni persembahan di Sunway University College ni pernah menjayakan Teater Tok Rimau bergandingan bersama pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi. ‘Hantu Gigi’ (saluran Astro Prima), adalah telefilem pertamanya,. Diikuti ‘Kasih Najihah’. Diberi kepercayaan membintangi drama ‘Keranamu Laila’ (saluran TV3) sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya sebagai pelakon. Terbaru, Izara tampil dengan lakonan menerusi drama Soffiya yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia, TV3. Setakat artikel ni ditulis Izara masih bersih dari sebarang kontoversi dan gosip liar. Harap-harap maintain rekod bersih tu ya dik...



dan bile tengok muka si Fiona ni, aku otomatik teringat kat Selena Gomez bintang Hollywood aka aweks si Justin Bibir tuh! same ke ek??? apsal aku tengok cam nak sama tapi tak serupa je nih....

gomez-selena_447x594.0.0.0x0.447x594 

 telek punya telek, maybe volume rambut je kot sama... haahahhaha









dan semalam masa tengok adegan si Kamal dokong Soffi kat tv, si hadif boleh pulak cakap :

'dah besar pun nak kena dokong lagi!'


hahahahhaa... tergelak aku bile dengar statement si hadif ..... hahahaahhaa....


*kesian pulak soffi, keguguran eh? part ni aku tak berani tengok dahhh.. tak sanggup terus tuka tengok karton! huhuhuhu


.

Fantaghirò l The Cave of the Golden Rose

  

sape tengok cite The Cave of the Golden Rose malam tadi?????










okey, aku tak tengok!! balik umah jek, elok  dah abis.. sempat tengok senarai nama pelakon, cameraman, pengarah, penerbit bagai jek... kekekeke....

sape yang tak sempat tengok, jangan risau... minggu depan ari ahad ada lagi kat tv9 kui 10 malam... banyak lagi siri die.. miahahha... tapi kalau tak sanggup tunggu minggu depan, ko tengok kat youtube pon belambak video die.. huhuhu...
.
 rindu Romualdo... eh, rindu Tarabas....

.
cite ni peliks hokey, sebab orang lagi suka watak penjahat dari hero kot even hero die amatlah cute miut sekali!!!

.
oh Tarabas! dulu howt la kot, skang umur die maybe dah 50'an...dah kertu. huhuhu

.
cite ni jadi fenomena satu ketika dulu kat Mesia... aku ingat² lupe lah bile dia start tayang kat Mesia. tapi yang aku ingat masa tu aku form 1 kot, eh form 2 kot! lebih kurang la dalam tahun 1997-1999... sape tau details update aku yeh! hehehe...

 cite ni asalnya dari Italy dan dialih bahasa kepada bahasa Czech, Slovak, English, French, Polish, German, Spanish, Hungarian, Ukrainian, Bulgarian, Sinhala, Georgian & Russian. #siap google ko! oh, kalau nak translate ke bahasa melayu, agak² suara siapa yang sesuai jadi Tarabas???? #Aaron Aziz kot? hahaha...


 Alessandra Martines aka Princess Fantaghiro... bukan Fantaghirolynn yer? ekekekek...

   # born 19 September 1963 in Rome. is an Italian-French dancer and actress. makcik ni pon same umur dah dekat 50an dah.... but still cantik jek!

 jangan lupe saksikan Fantaghirò #The Cave of the Golden Rose setiap Ahad jam 10 malam di TV9.


p/s : duniawi....

Telemovie : www.cikgushida.com




Tayangan : Astro Prima, Hari Raya Pertama, malam (90 minit)
Pelakon : Azad Jazmin, Omar Abdullah, CikguShida, Delimawati dll
Arahan : Isqandar Jebat

Sinopsis: 2 wartawan mencari Cikgu Shida tapi Cikgu Shida tak ndok ditemuramoh, menyamor le jadi mcm2 dan mempermainkan 2 wartawan tu...
Watak Cik Shida dalam telemovie :-
1. MEKANIK ROCK
2. MAK CIK JUA KUI
3. KETUA KAMPUNG
4. BOMOH 2 ALAM
5. HANTU JOGET
6. APEK SAMSENG JUA AYAM
7. MAK CIK CLEANER
8. GADIS AYU
9. SITI NURHALIZA/WAHIDA
10. M. NASIR
11. Diri sendiri

*credit here



pergh.... hebat cikgu shida nih! semua watak die balun!!! penah gak tengok youtube die, memang la kelakar n sempoi.. tapi kadang rasa cam ntah ape-ape. cikgu kah?? sesuai ker? ari tu penah baca kat mana ntah, pengetua cikgu ni very supportive. sokong ape yang die buat lam youtube tu. huhuhu... ape pon, selamat maju jaya buat cikgu shida. korang jangan lupe tengok telemovie ni raya pertama nanti. hehehe

Shud watch! Tengok sampai habis!






macam bangang pon ade! benda-benda melibatkan hati dan perasaan nih mana leh buat main-main.. tapi di hujung cite, rasa cam kite pulak kena prank! hahahha...


Maharaja Lawak FINAL...



Jozan Menang yeay!!! *harap-harap lah yer...

 

saya tak amik pakej mustika lah! so, tak dapat nak tengok maharaja lawak... sokong dari jauh je lah! huhuhu... selalu tengok ulangan kat youtube ajok!

takpe lah, layan Pentas Kilauan Emas #105 je la.. tengok set-set makcik-pakcik nyanyi.. huhuuh..



**okey, SEPAH yang menang.. suker jugak... huhuuh...



Sedap jugak sore 'Dilla' nih!


lagu asal by Erry Putra feat Reen Rahim