Showing posts with label Review 906 Riverside Hotel Melaka. Show all posts
Showing posts with label Review 906 Riverside Hotel Melaka. Show all posts

Review Hotel ~ 906 Riverside Hotel Melaka


Salam.. haitu ku dah janji nak review hotel best dan murah kat tepi Sungai Melaka ni... so, sudi-sudikan la baca ya..

Masa plan nak short vacay kat Melaka haitu memang dah plan nak duduk kat hotel tepi sungai melaka tu... sebab macam best pulak layan cruise dok lalu lalang depan mata. hiks... then ku google la mana hotel yang ado tepi sungai dan muat untuk 2 family. so, jumpa 906 Riverside Hotel Melaka. baca review pros & cons, so pilih book hotel ni... lagi pon semua tourist spot dekat jer ngan hotel. boleh jalan kaki. tak payah kua kete n carik parking dah~

906 Riverside Hotel Melaka ~ hotel bajet jer tapi menarik dan paling penting murah! hotel ni terletak di Jalan Kampung Hulu dan berdepan dengan Masjid Lama Kampung Hulu iaitu antara masjid tertua di Melaka!

ni view dari belakang hotel yang mengadap Sungai Melaka... tempat parking kat belakang hotel & tepi sungai jer...

private parking~ so, takde masalah parking kalau stay kat hotel ni.. memang banyak parking nye~

lobi


hiasan dan perabot kat lobby hotel~

aku tempah family room, so dalam tu ada 2 bilik. free wifi :p

bilik okey jer. bersih dan luas jugak. memang sesuai la 2 family dok dalam ni.

Bilik 1

Bilik 2

dekat hall ada disediakan peti ais..

ada tv jugak tapi siaran tak berapa elok.

sofa takde. ada kerusi kayu jati ni jer~

kerusi rotan 2 bijik kat balkoni.. boleh layan view kat sini... tak terasa panas sebab memang berangin jer dok kat balkoni. masa booking make sure bilik korang facing to the river ok!

tujuan utama book hotel ni sebab view from our room. lawaaaa.... dan mengadap sungai~ 

dan bertentangan dengan Musical Fountain of Melaka. Permandangan malam memang lawa dengan lampu² kat fountain tu.~ 

bilik air pon okey. bersih~ cuma ada selai towel yang dia bagi ada yang koyak. layak buat kain buruk dah. huhuhu~

 Toothbrush and shampoo disediakan~

water dispensers dan iron disediakan di luar bilik di setiap floor.

Hotel ni takde pool yer... so excitement untuk budak kurang la skit kan? lift hotel pon kocikkk jer... muat 4-5 orang camtu... dan since Malacca ni ada banyak gila hotel, will try other hotel lah yang ada swimming pool (ofcos) kalau ada rezeki mai Melaka lagi... ngeee~

overall, Melaka BESTTT!


1st Vacay 2019 - Malacca


Assalamualaikum & Good Morningggg yuollss.......

Back to normal routine lepas 10 hari cuti rehat. heaven betui! menambah lemakss kat kampong. mak masak sedappp!!

Haini nak update pasal percutian ke Melaka 5 January lepas sempena besday ku yang ke-35... skejab jerr wei... lagi 5 taon dah masok 40! fuhhhh......... hajat di hati nak check in Avillion PD. tapi last minit book hotel kat melaka. why Melaka? mak mertua cheq teringin nak pegi sana. so, moh la kiter~

kebetulan minyak turun harga time tu.. syiokk la berjalan sakan. :p

cik hola~

sampai Melaka pon dah dekat tengahari... so singgah Restoran Asam Pedas Selera Kampung sebab tengok paling ramai customers. huhuhu~ macam² menu ada..

Sagun ~ lama tak makan

Aktiviti pertama kami ~ meninjau keindahan Bandar Melaka menerusi Menara Taming Sari.

Tiket Dewasa : RM17
Tiket Warga Emas : RM9
Tiket kanak kanak : RM11


Menara Taming Sari ✅ 

next.... jalan² area Kota A Famosa




Muzium Setem

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan 

duit kertas zaman Jepun

Muzium Samudera~


sebelum check in hotel, singgah coconut shake klebang dulu... kasi tapaw minum kat hotel~


keria viral pon kasi tapawww untuk minum petang kat hotel sambil layan view yang ohsem~


view dari balkoni bilik hotel~


hotel murah je noks tapi lokasi cunnggg habis! nanti ku buat review bilik ya!


lepas asar jom jalan² naik river cruise... dalam 15-20 minit jugak weolss jalan from hotel to jety River Cruise..


 lawa terokk hotel ni~ 

Casa del Rio ~ mampooo tengok dari cruise jer...


lepas naik cruise, jalan kaki lagi balik ke hotel... ikut jalan jonker walk sambil cuci mata~


Cendol Kampung Hulu yang viral ni tepi hotel je yuolls.... memang sedappp!! yang ni pon tapaw je food kat situ makan kat bilik.. masing² dah melepek sebab jalan kaki pegi-balik. naik cruise punya pasal. muahahaha~


esoknya - check out.


bergambo dulu dengan ahli rombongan lepas check out~


singgah Villa Sentosa Kampung Morten jab~


then, sebelum balik singgah pulak A Famosa Freeport Premium Outlet.


Fefeeling Zaanse Schans.

Pusing² kat situ, takde yang menariks pong.. aku rasa cam kureng skit outlet yang ni... tapi sempat gak la rembat luggage bag kat Watson. murahh hokey! 

ok tu jer... till next time. ♥