Showing posts with label ke dapur. Show all posts
Showing posts with label ke dapur. Show all posts

13 Ramadhan 1438H


Assalamualaikum... Alhamdulillah, dah masuk 13 Ramadhan. Bermakna dah 13 hari kita berpuasa... dan haini baru ku ada mood nak update belog...

Seperti taon-taon-taon lepas mesti nak update menu sahur + berbuka kat belog. ngeee~ so, sila la cuci mata kot² dapat ilham nak masak apa petang ni kan?




 

 

 





taon ni tak singgah bazar ramadhan lagi... cik suami dah pesan jangan pegi.. makan jer apa yang ada. jangan membaziaqqq katanya.. huhu.. ku menurut perintah je lah..



Resepi Sambal Belacan Strawberry


Sabtu ni dah start puasa. So, meh nak share resepi sambal belacan strawberry ngan korang... lama dah buat sambal ni, beli buah masa pegi Cameron Highland bulan November taon lepas. ada lebih buah stoberi, nak telan tak manis, so buat sambal je laa.. 


Tengok kat group FB Resepi Ringkas, kebetulan ada orang share resepi #sambalbelacanstrawberry 🍓 memang tengah dok pikir apa nak buat ngan stoberi lam peti ais tu. nampak resepi ni pulak, harus la try test! and rasa dia sedap jugak! macam sambal belacan kita makan tu jugak... 

 Resepi sambal belacan strawberry 
===================

15 biji lada kecil
2 biji lada merah besar
Belacan bakar 1 inci
Strawberry sesuka hatimu
Garam dan gula secukup rasa.

----------------------------------



Puding Roti Karamel



wokey, haini aku nak share resepi puding roti karamel. kalau nak tau ni la satu-satunya desert yang rajin aku buat. muehehee.... sebabnya nak buat puding ni main campak² dalam blander jer, pastu kukus... senang giloss!

resepi ni aku amik dalam group Resepi Ringkas kat FB. best betui group tu, macam² resepi ringkas dok ada.. senang memang senang, bahan² pon mudah² jer... tapi penyakit M tu terlebih pulaks. huhuhu. jadi la kan? ada jugak satu resepi ni yang aku dok ulang-ulang buat. :p


selalunya aku buat puding roti karamel sebab roti gardenia tu makan tak abis-abis... dari dok buang sesaja, baik la buat puding ni kan?


senang je yuolss.... pejam mata sajok! nanti try yek




Butter Prawn~




1st time buat butter prawn! yeay, menjadi jugak sarang die~ teruja sekejab :p

encik somi la ni, dok sebut² nak makan butter prawn. so, gigih la cik isteri menggoogle resepi. kalau boleh nak yang sesimple mungkin lagi bagus. maklum la 1st time kan??

jumpa resepi dari belog azie kitchen. memang step by step die ajar cara nak buat sarang butter prawn tu... memang menjadik!

nanti boleh buat lagi! 



Masak!



Aku ni memang jarang² masak yer... balik kerja tu selalu tapaw jer... pas balik kerja cam penat.. mek hessa pulak bukan nak bagi kerjasama. mengekor je dia. nak berdokong. bukan nak main ngan abang die, tv semua x layan. nak menempek sajok... haih! pastu barang² nak masak pon takde stok. aku slalu masak hari cuti jer. so, barang basah memang beli untuk sabtu-ahad jer. aku ni banyak nau alasan kan? tapi sebenornye MALASSS tu yang lebih. muehehehe...

kalau korang follow instagram aku mesti perasan.. aku ni kalau masak mesti nak snap gambo cantik². edit bagai... aku paling suka tgk gambo food. kadang jeles tengok gambo macam² jenis food dalam insta tu. terkagum² aku. cantik nau depa snap n edit.
  

tak silap aku masa tu dalam kui 10.30 malam gitew. perut lapau la pulak. dok pikir² kalau dapat lempeng sambal ikan bilis sedap nih! so, walaupun agak malas, tapi mengenangkan perut lapaq, masak la jugak! huhuhu


masa tengah siap-siapkan barang nak buat tomyam, incik suami tanya nak masak apo? aku bagitau ler nak masak tomyam. then die cakap, siapkan semua bahan. bior die masak! legaaa mak! kalau hari² offer diri gini kan besh? :p


kari ayam ni feberet anak² aku.... makan bertambah-tambah kalau ada kari... mek hessa suka betui n ofkos la takleh masak pedas².


mak teringin nak makan carbonara.. so, masak la dengan harapan anak pon layan... tapi... roopanya anak² mak semua tekak melayu. adesss... mak sorang je la yang kena habiskan. passsghah betui!


lama gila tak masak nasik goreng. siyes lama... haitu ada nasik lebih, buat la untuk diri sendiri. lepas kempunan. rasa sedap gila! ahahaha :p


p/s : cik gee dah masok semalam.. lega la semua orang! jom sopim barang dapoq!



Resepi Agar-Agar Sumi



Nak share ngan korang resepi agar-agar sumi nih.. aku baru buat last saturday untuk jamu tetamu beraya kat umah... rasa dia cam agar² biasa jer.. tapi sebab colourful kan? tu teruja sikit. ngeee~


Agar-Agar Sumi

1 paket agar² serbuk 10gm
4 cawan air
3/4 cawan gula (ikut manis masing²)
1/2 tin susu cair

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Masak agar² dengan 4 cawan air
2. Masukkan gula, kacau hingga larut
3. dah mendidih, masukkan susu cair
4. kacau lagi hingga mendidih dan tutup api
5. tuang dalam acuan pilihan dan sejukkan dalam peti ais


incik somi cakap, aku ni suke buat benda yang leceh² nih. ye la, nak buat agar-agar senang jer... tapi nak menyusun sumi tu satu-satu, tu yang leceh sikit. tapi mak sooka jer... kepuasan tu penting!

best la fesbuk resepi ringkas tuh. banyak jer resepi yang senang nak buat! cuma kena buang penyakit malassss tu ajer.. hiks


Kek Batik Crunchy



Aku ni bukan penggemar kek batik.. tapi lepas 2 kali makan kek batik yang opismate bawak, terus tersuka.. kek batik dia bukan jenis lembut tu, yang ni crunchy rangup² skit. aku suuuuka gilaaaaa! sedap dan manisssss. ngeeee~

so, semalam pegi beli barang then terus buat.... lagi pon mak ayah n adik² ada sini... dah 2 malam tido umah abang aku kat puchong, so semalam datang tidoq umah aku pulak.. pagi ni baru balik kampong...

ni first time tau aku buat kek batik.. huhuhu... senang je kot! 

ni hasilnya... manissss leting tapi sedap + rangup! asik nak mengunyah jerk..


RESEPI KEK BATIK CRUNCHY

biskut merrie 1 pack
susu pekat 1 tin
milo 1 pack kecil
serbuk koko 2-3 sudu
butturcup seketul


Cara²

- pecahkan biskut merrie 
- cairkan butter dalam kuali
- selepas butter cair, masukkan susu pekat, milo, koko
- kacau sebati
- tutup api dan masukkan biskut.. 
- gaul sampai sebati then letak dlm bekas
- mampatkan dalam bekas
- simpan dalam peti ais


kek batik tak berapa nak lawa lah.. sebab aku tak tekan² sangat bagi mampat... tapi ok la kot for 1st timer. ngeee.. lagi pon, apa ada pada rupa?? asal sedap dan habis seloyang sudah! ahaks



Rahsia Sup Sedap : Letak air asam jawa dan belacan bakar



letak belacan??? rasa cam pelik kan? tapi percaya lah.. dah 2 kali try. memang sedap! try it, you'll love it.

Resepi dari Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara cara:
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. 
Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.


Menu Berbuka Sepanjang Ramadhan



wokey... nak share menu berbuka yang sempat aku masak masa berbuka... masak yang simple² jer... yang penting cepat dan mudah! rasanya takat ni baru 2 kali kot iftar kat luar.... ada jugak pegi param beli lauk-pauk time malas nak masak.. huhuhu...


1st time masak nasik tomato


ayam berlado


kerang bakar


kari ikan kembung


sambal daging


udang harimau masak lemak cili padi


sambal udang


ikan tenggiri masin


udang masak lemak cili padi


ikan bakar berempah


sup ikan merah


ayam masak kicap


ikan bakar

p/s : sekejab jer rasa... tinggal bape hari lagi nak raya...



Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi




semalam aku masak udang harimau lemak cili padi untuk berbuka. sedapnyer lahai.... hari ni dapor tutup la kot, hari gaji khen? ingat nak makan luar la sambil cari barang raya yang tak setel lagi. huhuhu..


Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan
Cili padi
Kunyit hidup
Santan
Asam keping
Daun kunyit, tomato buah
Garam


1. Blend cili padi dan kunyit hidup. 
2. Masak santan dengan bahan kisar hingga mendidih, masukkan udang, daun kunyit, asam keping, garam dan serbuk perasa. 





Sahur : Ayam Masak Kicap



Sahur pagi tadi makan ayam masak kicap.. masak malam tadi siap². kes malas bangun awai kelentang-kelentung pepagi buta. huhuhu... dah lama tak buat, teringin pulak. 


aku suka ayam masak kicap camni. ayam die kite perap dulu. tak payah goreng... resepi ni aku amik dari blogger farradhelina... die pon dah lama tak update belog. huhuhu...


Bahan²nya :
  • Ayam
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • *bawang besar
  • *bawang putih
  • *halia
  • # cili api + cili masak dihiris @ dicampak je sebiji2, cili masak hiris lah ;)
  • *buah pelaga
  • *bunga lawang
  • *kayu manis
  • # asam jawa
  • # garam + perasa
  • # serbuk lada hitam @ lada sulah
  • tepung jagung (nak kuah pekat, letak lah)
  • air

Cara-cara nya :
  1. perap ayam seketika bersama kicap pekat,kicap manis & sos tiram.
  2. panaskan 3-4 sudu minyak, masukkan ayam perap tadi.
  3. masak sehingga ayam empuk
  4. masukkan bahan bertanda *
  5. gaul rata, tambah sedikit air,ikut suka lah nk kuah byk ke sikit
  6. kemudian masukkan bahan bertanda #
  7. gaul rata lagi, kalau nk kuah likat pekat, masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. siap! jom makan! :)



Sup Ikan Merah



masak sup ikan merah untuk berbuka 2 hari lepas.... resepi yang sangat sempoi dan cepat dimasak!

p/s : malas nak menaip petang² gini.... :p


Sup Ikan Merah



Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk



Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 



.

Nasi Tomato Mudah dan Sedap



my first attempt Nasi Tomato! hoooyehhh.. malangnya nasik tu lembik sikit. ngeh ngeh ngeh. but nevermind. sedap jer aku makan. hadif pon makan bertambah.3 kali kot dia tambah. makan nasi kosong pulak tu. takde lauk. muehehehehe.


deco takmau kalah! nak bagi orang puasa makan kan? harussss la terbaekkkk!! :p

Meh nak share resepi... senang je noks buat nasi tomato ni rupanya. tapi kena pandai balance air tu la.. klu tak jadi cam aku ni haaa... nasi lembik sikit. 

ni aku guna resepi Mat Gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)
5 cawan air rebusan ayam
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya
 


  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
  2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak. 
  3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.

Selamat Mencuba!!!

p/s : lepas ni incik suami request nak makan nasi hujan panas pulak! hamboiiiii......



Kerang Bakar Pemanggang Ajaib



ni menu bukak pose semalam. sempoi² jer.. hubby pesan masak 1 lauk, 1 sayur. cukup lah. masak bebanyak kang tak termakan pulak.... meh nak share resepi kerang bakar nih. mudah sajok. aku masak guna pemanggang ajaib.


Bahan A
1 kg kerang

Bahan B (kisar)
4-6 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
sedikit halia
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 batang serai

Cara²:
- basuh kerang sehingga bersih, ditos seketika. 
- masukkan kerang ke dalam pemanggang ajaib. kemudian masukkan bahan yg dikisar dan tambah sedikit garam
- tutup pemanggang dan dibiarkan 7-10 minit



Resepi sos kerang bakar

5 biji cili merah dikisar
5 biji cili padi - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu makan gula/ secukup rasa
2 sudu makan cuka
1/2 sudu teh garam/ secukup rasa
sedikit bahan perasa
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

Masak semua bahan-bahan diatas sehingga pekat dan sebati. (sentiasa kacau)


Selamat Mencuba!!!


Resepi Ikan Bakar Berempah



Dah lama aku tak share resepi kat belog nih.. aku check balik last entry pasal masak-memasak ni masa puasa taon lepas. hewhewhew... nampak sangat lepas bersalin aura ke dapur tu dah kureng.... mana taknya, asal aku hilang jer, menjerit la dak hessa tu... nak melekap ketat kat die jer.. sabauuuu je ler...

ikan kembung bakar berempah ni aku masak untuk bukak puasa malam tadi... masak guna pemanggang ajaib. nasib menjadi ko! 1st time buat! rasa pon boleh tahan... muehehe... puji diri sendiri gitew...

aku guna ikan kembung jer... buat ngam 3 ekor. ikut korang la nak guna ikan apa pon... siakap boleh, jenahak pon boleh.

nak resepi? sila copy paste kat bawah yer. aku pon amik resepi orang. ngeee~

Bahan² ikan bakar berempah
ikan - ikut la nak ikan apa pon boleh. berapa ekor
cili giling (ikut kepedasan yang korang suka)
1/2 labu bawang besar - blend
1 ulas bawang putih - blend
1/2 inci halia - blend
1 s/b rempah kari ikan 
Air asam jawa
Garam dan gula
minyak untuk tumis
Daun pisang 
Aluminium foil

- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir.
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.
- lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.


Resepi kredit HERE


Cara Asingkan Telur Putih Dan Kuning Dengan CEPAT!


Cool way to separate egg yolk!



senang gilos! sbelum ni terkial² la aku nak asingkan. adeh....




Menu Iftar 6 & 7 Ramadhan



nak share ngan korang lauk-pauk yang aku masak untuk bukak pose. mana tau leh bagi inspirasi untuk korang khen?? :b masa mula² pose haitu memang aku tak masak pon coz incik suami outstesen. memang hari² makan lauk beli je la. tapi since suami dah ade kat umah ni, harus turun ke dapur ler.. ala, bukan masak beriya pon. satu jenis lauk dan satu jenis sayur. itu pon dah lebih dari cukup.


Menu Iftar 7 Ramadhan

Ayam masak serai... boleh tengok resepi kat SINI yer.



Sayur Bening Bayam


Menu Iftar 6 Ramadhan

ikan kembung masak singgang


sayur kangkung takde belacan. huhuh...

simple je kan? tapi InsyaAllah kenyang dan menyelerakan.... ngeeee~