Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

JJCM Sentosa Villa Taiping



Assalamualaikum n selamat pagi yuoolss....

Sempena hari Jumaat yang mulia nih, aku nak bawak korang JJCM kat Taiping. aku kalau balik kampung, jarang² turun tepeng carik makan.. kalau kua town pon, mesti balik makan kat umah jugak... kata masakan mak the best in the world kan???

tapi kekadang klu tekak teringin tu, kua jugak carik makan.. siyes, aku kurang tau tempat² makan best kat tepen nih. sebab bila orang kata best, kat tekak aku rasa tak best pong! ahahahaha...

so, masa cuti raya haji haitu sempat singgah makan² kat Sentosa Villa area Burmese Pool tu. ingatkan orang yang menginap jer boleh masuk sini, rupanya kalau nak datang makan² pon bole... so, jom kite tengok apa yang best kat sini.

pintu masuk


Reception... kafe dia terletak kat belakangggggg tau. so, boleh bawak kete terus ke belakang. jauh jugak kalau nak jalan.


kalau nak tau, masok je dalam Sentosa Villa ni rasa macam dok dalam kebun. ngeeee~ semua jenis pokok ada dalam ni. pokok durian pon ada. tapi best. hijau jer mata. 


okey, order dah sampai. jom makan! cik hessa makan sudu garpu jerk. ahahahah :p


aku order nih... tak ingat dah nama food nih


ni adik ipaq aku order.


spagheti bolog


ermmm... kueytiaw hailam eh?


order for 4! 


food kat sini mahal sikit la dari luar, biasa la kan? makan kat tempat² gini.. rasanya kalau food goreng² tu paling murah RM9.00 kot. tak ingat sudah~ tapi total makan haitu dalam RM70.++

dah kenyang, jom kita jalan² melawat kawasan! rugi la, kalau dah sampai tapi tak seround dua kan?


mak rehat jap. penat dokong budak tamo jalan. perut penuh LOL


dalam ni ada sungai tau. so, pada yang stay kat Sentosa Villa boleh la mandi sampai kecut. tapi ayaq dia tak dalam la.. syok lagi sungai kat kampung aku. mihmihmih


tapi budak² kira apa kan? dalam ke, tak dalam ke? asal nama air??? mandi sampai tak mo naik dah. makan pon tak nak! nak main air jerk.


aku tak de la round semua kawasan. pusing area kafe ni jerk. rasanya dekat area chalet sana mesti ada kolam mandi khas yang dalam sikit kot. baru best mandi. kalau air secoet camni, tak puas la pulak. 


ada nampak arnab tak??


ni meja makan kat luar kafe...


kolam ikan


adik aku ngan anak die~


ni kafe die... simple jer


sempat snap gambo chalet... dia ada macam² jenis bilik. banglo pon ado.


lawakan??

sape² nak info lanjut boleh terjah website dia.. mana tau kot nak pi masa cuti sekolah ni kan? Taiping kan banyak tempat boleh pegi : Zoo Taiping, Laketown Waterpark, Taman Tasik Taiping, Burmese Pool, makan mee udang, etc etc etc :p




1st time masuk Zoo!



Aduuuhaiiii..... malasss amat nak update!! gambaq berbondong² tengah que nak tumpang glamer lam belog, tapi mak malassss gilerrr! ggggrrrrrrrrrrr

tapi yang ni wajib masok lah untuk kenangan!

sebab, ni 1st time cik Hessa pegi Zoo! yeay!!!

tenyuummmm tikit dik....... :(
mek ni memang muka stone! kekekeke


last week aku amik cuti 3 hari balik kampung sebab kenduri kawin adik aku... pastu bosan² dok umah, ajak pengantin pegi jenjalan tepeng... hasrat di hati nak naik bukit larut, tapi tiket habiss ko! punah harapan pengantin nak selpie atas tu. muehehehe

pastu aku ajak depa pi zoo je laaaa.

harus la ikut tema... leopard takdo pulak! wefie ngan zirapah pon okey... :p

cik hessa ni, nampak burung panggil bak.
nampak kambing panggil bak.
rusa pon di 'bak' kan jugek!
nasib la dik. muehehehee


tq pengantin banje kami masok zoo!

kepada warga Tepeng, boleh tunjuk IC korang yang beralamat daerah LMS yer.. boleh dapat diskaun masok zoo...


balik tu singgah Bismillah Cendol sat... tapawww jer.. lama tak pekena cendol!. sodap!

wokey. tu jerk! ok la dari tado.. ngeeee~



Bihun Sup Railway, Taiping

.
lepas balik dari Cuti² Penang haitu, otw tu singgah carik makan jab... cadangnya nak makan kat kedai Nasi Ayam KTM kat Kamunting, tapi tutup pulak... lakiku teringin nak makan kueytiaw sup kat kedai nasi ayam tuh... kempunan die kedai tutup la pulak.. hahaha... Mr. K memang hantu SUP yer! then teringat kat depan stesen keretapi Taiping tu ada kedai bihun sup yang femes emes kat Taiping nih... so ke sana la kami...

 
kedai ni bukak separuh hari je.. dalam kui 2 petang camtu dah kemas² nak tutup dah..


Bihun Sup Railway namanya...

bagi aku rasa die biasa² jer.... tapi kedai die memang sentiasa orang ramai lah! ape pun yang penting lakiku dah lepas hajat nak makan kueytiaw sup.. ngehngehngeh...

kalau datang Taiping, singgah la makan kat deretan kedai depan stesen ketapi tu.. macam² ada! :-b


Mee Udang Kak Nor, Kuala Sepetang

.
.
masa balik kampung last week sempat pekena mee udang dulu kat Kuala Sepetang... kami sampai taiping dalam kui 9 malam, terus pegi makan dulu. pastu baru balik umah mak... hubby ajak try makan mee udang kat kedai lain.. takmoh makan kat makjah or makteh.. yang tu dah glamer seantero malaya. rasa pon biasa² jer kot! :b 

kami singgah makan kat Kedai Makan Kak Nor.. kedai ni sebelum kedai makjah rasanya...


 hubby order nasi goreng udang.. udang die besau² ko... memang puas hati ler makan tapi rasa biasa sajok! nasi tu pon goreng cam bodo² jer.. tapi lakiku tak banyak soal, die telan jer...


udang die ada dalam 8 ekor camtu.. besau gabak! aku ratah udang je ler sebab kuah mee die pedassss giler.... hubby yang abiskan...

sepinggan harga RM12.. mahai kan? udang die yang mahai... huuhuh...


*yeyeh.. last day ganti puasa.. esok dah raya!! slalu camni.. haih bila nak insap taktau! nak dekat puasa baru hegeh nak ganti.. huhuhu...

.

Cara Dapat Diskaun Harga Tiket Zoo Taiping

.
.
Masa balik kampung bulan lepas, aku sempat bawak hadif pegi Zoo Taiping.. dah die asyik dok berzikir je nak pegi zoo, so layankan je la.... before aku pegi tu, adik aku bagitau cara camne nak dapat diskaun.. pergh.. hebat adik aku! selama bepuluh taon dok tepeng pon aku taktau leh dapat diskaun masuk zoo??? adeh.... teruk betui... kalau tak dah bape kali leh jimat.. huhuhu...

Harga tiket Zoo Taiping
Dewasa : RM12.00
Kanak² : RM 8.00


cara dapat diskaun?????

tunjuk KAD PENGENALAN sahaja
TAPI
dengan SYARAT

ALAMAT dalam IC adalah dalam DAERAH LARUT MATANG & SELAMA.
kuikuikui.... maknanya orang yang beralamat area TAIPING sajok boleh dapat diskaun masuk zoo nih.. hehehe.... untung la jadi warga Daerah LMS. hehehe..


tiket


total... dapat la jimat sikit lagi pun kami round zoo tu naik train jer.. malas nak turun berjalan.. cuaca panas sangattt!!


 
senyum meleret dapat tengok gajah makan, mandi dan berak! kuikuikui...


p/s : bila la aku nak tukau IC nih??? gambo ic masa umur 18 tahun.. itam legam time tu... kuikui... 

Anak Gumbira, Ibu Bahagia...



Cuaca dah redup sikit, jom pegi zoo!


Dah banyak hari si Hadif ajak pegi Zoo.. So bawak jugak la hari ni, padahal dah penah datang pon Zoo Taiping ni. Zoo Negara pon penah pegi jugak.. Demi anak, layankan je la..

skang tgh tengok gajah makan!


Sent from my BlogBerry®

Tak dapat pegi Cameron, dapat Melawat Muzium & Zoo Taiping pon Jadi laaa...


.
bersiaran langsung dari muzium perak, taiping.  cadangnya nak bawak hadif ke zoo, tapi cam panas rembang pulak. so kite masuk muzium dulu la cari ekon huhuhu..

perasan tak hadif da potong rambut? sobs..


kapal terbang perang zaman jepun kot!

tak ingat bila last time datang sini. masa kecik kot! macam2 dah ada. byk dah berubah. 

so sesape dtg taiping boleh  la singgah yer. masuk percuma sajok!


Sent from my BlogBerry®

Tahukah korang di Taman Tasik Taiping ada seekor Kura-Kura Bertuah yang mempunyai Enam kaki??

 .
 .
........dan inilah kura-kura berkaki 6 yang dikatakan bertuah itew :-)

sebab ape bertuah? aku pon tak tahu.. tak sempat nak baca pulak cerita kat paper tu. ni salah satu tarikan di Taman Tasik Taiping. tempat lain takde kot kura² kaki 6 nih.


aku pon baru perasan ada kura² tu kat situ... padahal selalu je pegi Taman Tasik... huhuhu.. kura-kura tu dorang letak dalam feri ni... so, sesape yang naik feri ni jer yang boleh tengok kura-kura 6 kaki tu hokey! hehehe... nak naik feri ni die caj RM4/person seingat aku...


sebelum tu nak bagitau, ni kisah masa cuti raya yang lepas.. meaning sebulan yang lepas... huhuhu.. skang baru nak update LOL! sape nak baca silakan, taknak baca leh pangkah... muahahaha....


kalau balik kampung, memang tak sah la kalau tak round² ke Taiping nih.. paling koman pon singgah Tesco. kekekek... takde buat ape, saje nak jalan² amik angin, cari makan.... orang cakap Taiping kan bandar untuk orang pencen, so memang peaceful! dok lelama pon takpe... laki aku pon dah cakap bila pencen nak balik Tepeng... hehehe..


patutnya time hari raya pi beraya lah kan? tapi kami pi berjalan pulak! dah taktau nak pi beraya umah sape dah! huhuhu... lagi pon saje bawak hadif tengok ikan kat tasik...


nak naik sampan ni, malas nak kayuh pulak! kalau naik itik, hadif nak letak kat mana??? so, kite naik feri je la.. feri tu bergerak slow ya amat!


skang ni dinosour pon kite dah boleh naik tau! nice! baru 1st time tengok!


Hadif sempat mengepow pakcik die naik mesin duit ni...


eceli, Taiping banyakkkkk sangat tempat korang boleh lawat! kat area Taman Tasik ni jer dah ada macam²! dekat dengan Zoo Taiping, Burmese Pool, Muzium, etc... so, sokonglah industri pelancongan negara kita! 

Cuti-cuti Malaysia........ bercutilah dalam negara. macam-macam ada!


Sate Kajang di Taiping



balik kampung baru² ni, sempat pegi 2 kenduri kawin.
satu, kenduri kawan masa kecik. muda setahun dari saya.
dekat jer ngan umah.. jalan kaki jek!
then, mak ajak pegi kenduri umah kawan die pulak.
jauh sikit la. mak dah ajak kan, kena la pegi jugak.

yang pegi masa tu, my parents, my family & adik saya 2 orang.
muat la satu kete. naik si puteh gebu la, of kos.
dah makan kenyang² kat kenduri tu,
then Mr. K ajak ke pekan Taiping sana.
ada la urusan die nak buat. huhuhuh...

dah setel semua, my ayah ajak pekena sate kajang pulak!
terkejut jugak saya! tak penah tau pon kat tepeng ada sate kajang.

ni la kedai nya. berhadapan dengan kedai makan belakang bomba. dekat taman tasik taiping.


ni keadaan dalam kedai. kami makan kat luar jek..



my chenta hati sampai ke syurga..


my adik aisyah & of kos la tuan tanah wajib ada


nak entepreme lagik


ayah & hadif & makteh & opah


sate die besar². macam sate kajang jugak lah! saya memang hantu sate! sekali ngap sate besar tu boleh berbelas batang jugak lah! tapi harga macam mahal skit compare to kat KL. sebatang 70 sen. minggu lepas makan sate hj. samuri, harga still lagi 60 sen.


gambo makan harus ada. huhuhu...

masa saya dok snap² gambo tu, my adik yang form 1 siap sound lagi.
'nak masuk blog la tu!' kekekekek...


p/s : tetiba petang ni teringin pulak nak pekena satey kajang!!!