Showing posts with label Review Hotel. Show all posts
Showing posts with label Review Hotel. Show all posts

Review Hotel : Colmar Tropicale Bukit Tinggi - 2 Bedrooms Suite



Cuti Merdeka bulan lepas bawak anak³ bercuti kat Bukit Tinggi... seminggu sebelum tu kan cuti sekolah n raya haji. memang tak pegi mana² pon. ayah dorang pon bizi keje. si Hadif aku anta duduk ngan nenek dia kat Gombak. Hessa pulak tumpang taska adik dia.. so, cuti 3 hari sempena Merdeka tu curik masa skit bawak dorang jalan² kat Bukit Tinggi. kesian pulak, cuti lama tak pegi mana².

kali ke tiga datang sini.. tapi ni 1st time check in. sebenaqnya tak yah check in pon tak pa, tak dak apa pon kat sini. pusing 2-3 jam setel dah... tapi sebab lama tak tidoq hotel, anak³ pon nak mandi pool, so layan je laa. last tidoq hotel masa pegi Hong Kong bulan Mac hari tu~


tapi sebelum naik Bukit Tinggi, kami singgah makan kat Lemang To'ki Bentong dulu... dah lama ngidam nak pi sini.. alang² dah satu jalan kan? lajak sikit la naik ke Bentong.

then lepas tu singgah kedai nasik campur kat tepi jalan before masok hiway. tapaw siap² nasi + lauk pauk. paham² la harga makan kat atas tu kan? langkah penjimatan disituuuu... ngeee~ sebelum tu memang dah beli siap² kat kedai air mineral, air kotak, biskut, jajan², maggi, etc. malam² sejuk kat atas mesti lapaq trok punya!


latest entrance fee ke Colmar Tropicale. tiket masuk ikut berapa orang yang ada dalam kereta...

Duit tiket ni kita boleh refund balik masa check out kalau kita menginap di Colmar Tropicale (mengikut bilik yang kita menginap).


last datang sini masa pegnen kan si Hessa. dalam 5 taon lepas~


dah kui 3 tapi bilik tak ready lagi. kena tunggu orang hotel call bagitau bilik dah ready, baru lah pegi counter utk amik kunci bilik~


so jalan² snap gambo dulu~






dapat bilik kat blok camelia, tingkat atas sekali. tingkat 4 ke 5? dah lupa dah :p


aku booked 2 bedrooms suite - masa book tu tengok gambo bilik side by side tapi ni dapat bilik ala duplex~



dan bertangga la pulak!!


jakun budak ni nampak tangga!! jenuh nak larang dia naik!


ni bilik kat tingkat atas~ tapi view tak cantik, mengadap bangunan sebelah. nampak bumbung jer. huhuhu.


bilik bawah takde meja solek ni. ada almari jer~


bilik air tingkat atas~


bilik tingkat bawah sebelah living hall~


yang ni ada bathtub. lepas berendam kat pool, sambung dalam ni pulak~


tapi yang tak best sebab takde iron kat bilik~ :p


 lepas golek² ajak kids pegi Rabbit Park. 


abam hadif je beriye... adik² dia semua penakut.


haura main playground jer.. rabbit ke rusa ke semua dia tak layan~


sekejab je main kat sini sebab kids dah gedik² nak mandi pool~


ni la budak paling semangat nak mandi! siap beli baju mandi baru lagi sebab yang lama dah tak muat. abam hadif gain weight banyak jugak! boroi sudeh~


si haura tak mo mandi. air dalam kot. dia pon takot nak mandi~


okey, ni review breakfast pulak~ tak banyak choices sangat klu nak banding dgn status hotel 4 bintang.





 peace!


lepas breakfast sambung berkubang lagi. mandi puas² sebelum check out!


 jumpa lagi Colmar Tropicale Bukit Tinggi!

tempat ni sangat sesuai untuk tenangkan fikiran n chillax. tak de nak terkejar pape... relaxx jeww.. ok la puas hati bilik besar dan selesa.

sebelum balik singgah Japanesse Village jab.. tapi cuaca panas sangat. sekejab je naik pastu terus gerak balik....



Kozi Hotel Johor Bahru (Review)



Kan last week kat entry ni aku bagitau kami bercuti ke Legoland secara mengejut kan? memang tak bajet pon nak turun JB. tetiba jer incik somi tanya tengahari Ahad tu nak pegi JB balik hari tak? sebab die nak anto rollerblade customer. aku macam... erm.... balik hari??? adoiyaiii... macam penat jer... petang baru nak gerak JB, pastu malam tu terus balik Putrajaya... adess.. so, aku cakap kat cik somi yang aku EL esoknya. lagi pun memang tengah cuti sekolah kan? boleh bawak anak² jenjalan JB. nak masuk Legoland lagi skali.. huhuhu...

so, otw ke JB tu baru decided nak dok hotel mana... kua umah pon dah kui 6 petang camtu... so, cam membazir jer dok hotel mahai. hadif yang dok berzikir nak hotel ada swimming pool pon tak ku layan... lepas google sana sini, aku terus call Kozi Hotel kat Danga Bay. sampai JB pon dah pukul 9 malam. so, memang untuk tidor jer, esok pagi nak ke Legoland dah. so, amik hotel bajet sudah... 

Kozi Hotel Danga Bay


kecik comel jer lobi hotel nih~



dah kui 9 malam kan? anak² dah mengantuk. 


aku amik family room. rate RM148. tau dah kalau hotel bajet, bilik biasa dia mesti kecik kan? camna nak tidoq 4 beranak. so, amik ler bilik besau.. hotel ni tak sediakan sarapan yer.. tapi hotel bajet Golden Leaf Hotel yang sebaris ngan hotel ni ada pulak sediakan sarapan. rate lagi murah dari hotel ni. family room dia baru RM98. tapi skang dah naik harga kot. aku penah stay situ 2 kali. huhu.

wokey, jom tengok bilik! bilik ni kat tingkat 1. takde lift yer.


bilik takde la besau mana. tapi ok jer. tidoq 1 malam jer kan?



ada 1 queen bed, 1 single bed. ngam 4 beranak.



tv ada, kettle ada, iron jer tak dop.


bilik air biasa² jer. yang penting bersih dan ada heater.


ni gambo esoknya. dah siap nak pi legoland :p


sebelum tu singgah makan dulu siput sedut lemak cili padi kat Warung Wak Dol @ Marine Station Tampoi JB. cik somi cakap dulu masa dok ulang-alik outstation JB dia slalu makan kat sini.



tapi aku tak pandai makan siput sedut. so, tengok je la... huhuhu...

nanti sambung pasal cuti² Legoland. tapi tak details la kot sebab kali ke 2 pegi kan? aku up mana yang patut je lah... 



Simfoni Resort Langkawi : Hotel Review

 .
.
 sepanjang seminggu bertugas di LIMA Langkawi, kami stay kat Simfoni Resort, Pekan Kuah. eceli hotel ni baru beroperasi 6 bulan gitew.. so semua barang baru lah yer.. hehehe... hotel ni kalau tak silap aku semua bilik jenis apartment.. ada apartment 2 bilik, 3 bilik n 4 bilik.

 tempat penginapan - Simfoni Resort Langkawi. park kete depan hotel jer.

 Lot 1-13, Bandar Kuah, 
Jalan Taman Pelangi,
07000 Kuah.
04-969 8989

hotel ni susah sikit nak carik coz tersorok ke dalam.. klu nak datang sini, korang carik jer Langkawi Parade MegaMall or hotel Grand Continental. kat belakang tu lah terletaknya hotel nih... ala, guna gps pon bole or boleh guna la any apps yang ado.. hehehe...


 lobi hotel. free wifi. laju siot tenet die.. hari 1st n 2nd day tu memang lembab giler tenet kat henpon aku.. boleh plak tak ingat nak guna wifi hotel.. tsk..tsk..


 aku dapat apartment 2 bilik.. share dengan cik lynn.. bilik sorang satu lah. hehehe...


 bilik 1 - ada almari+cermin. ada side table


 bilik 2 - ada 2 single bed. tapi tilam kat hotel ni keras kot.. aku tido rasa spring jer.. huhuhu.. 


 pantry


 pintu masuk kaler coklat tu.. tepi tu nak ke bilik air.


 simple je bilik air. no bathtub.


air die pagi ke, tengahari ke, malam ke tetap panas.. huhuhu.. langkawi panas hoii.. sah² air lam tangki pon panas. aircond memang on sepanjang masa...


 ruang tamu. ada meja makan n sofa. tv flat skrin. hewhew...


 rak kasut


 yang tak bestnye, iron ade satu je utk setiap floor.. kena share² ler ngan orang lain.. hewhew... nasib ler roomate ku dah bawak iron siap².

overall, hotel ni kira okey la.. hotel bape bintang tu aku tak sure lah. breakfast pon okey-okey je kot! takleh la compare ngan breakfast hotel 5 star tuh. yang tak bestnye tu je lah - tilam keras rasa spring n iron kat luar bilik. yang lain aku puas hati. manager hotel ni pon baik. siap bagi sorang satu sebenier tu masa check-out.

 oh, rate pulak rasanya RM190 ke atas ikut jenis bilik. pegi ramai² berbaloi lah amik hotel nih. aku dah ada membership hotel ni. boleh dapat RM120 harga ahli untuk bilik aku duduk nih. i loike...