Showing posts with label Pantai Morib. Show all posts
Showing posts with label Pantai Morib. Show all posts

Bercuti 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib International Resort


Salam ♥

Sementara kerajinan ni, meh nak update cuti² Gold Coast Morib sempena besday abam hadif 6 november lepas... untuk percutian ni, mak mertua n family adik ipar aku pon join skali... the more the merrier kan? lagi pun memang dah lamaaaa tak pegi bercuti sama².

Kalau baca review pasal Gold Coast Morib ni, memang la banyak yang tak puas hati ngan servis hotel ni... macam² komplen... tapi sebab hadif ni antu air, aku booked jugak lah. lagi pon besday dia kan? senang je nak gumbirakan besday boy nih. kat mana ada pool, maka happy lah dia. LOL. asyik² mandi pool biasa je kan? so why not dis time try theme park pulak...

happy betui abam hadif. bila hati tengah suka, takyah paksa snap gambo pon. sendiri posim gitewww.


ibu pon nak jugek! kurthi jubah from bellaammara. ngeeee~

Sampai Morib dalam kui 4 petang camtu... terus pegi lobi. masa check-in pon smooth jer. orang pon tak ramai time tu. sebab jumaat kot? aku booked apartment 2 bilik. blok dia ke belakang sikit.

So, jom tengok rupa apartment 2 bilik tu~ kami dapat tingkat 1.

ruang tamu... 


cenonet je walaupon apartment 2 bilik. 


sebab dok apartment, tak dapek la theme park view... mengadap balkoni orang je la... tapi balkoni die siyes besaq.


bilik utama~


2nd room


tapi bilik ayaq sebijik je yer.. takde jacuzzi.. takde tub. sobssss



toiletteries. semua complete!

lepas rehat kejab, terus ajak anak² tukar baju. tak sabar nak mandi pool!

sebelum berendam, cam biasa, aku jadi poyografer dulu. mak mertua tak mandi. so mak jagakan barang² seme.


petang tu orang tak ramai pon. memang puasss la mandi.



hadif main sorang² jer..


pelampung ni sewa RM30. mahai nau!


kalau stay kat apartment, dapat la 4 tiket waterpark. so, tiket untuk mak mertua n hadif kena beli lah. tapi nasib separuh harga jer sebab harga warga emas & kanak². ngeee~


hessa sebelum pegi boleh pulak demam... adesss... memang muntah² and cerry-berry je. demam nak masok 2 taon. mood pon swing. mandi pon tak happy. monyok jer, tak sedap badan kan?

lepas puas mandi, aku ajak hubby jenjalan tepi pantai tu... siyes pasir dia cantik giler noks. putih-bersih-halussss jer... 

Malam tu dinner kat luar.. kedai apa ntah. kat tepi jalan jer... nak pegi bagan lalang masing² dah penat. so, makan dekat² je laa...

wokey, cite pasal breakfast pulak - overall banyak jugak pilihan makanan. tapi banyak lalats la noks... makan pon dalam khemah besar gitew.. ala-ala kenduri kawin.. muahahaha.... gambo takde yer, koram google je le...


lepas breakfast, abam hadif nak mandi lagi... abang hadif mandi sorang jer.. yang lain takmo mandi dah. nak rehat kat bilik jer.... 

Kesimpulannya, percutian ni berjaya hepykan besday boy! hadif dan air berpisah tiada. ngeeee... tapi pool dia cam kotor skit. ada benda hitam² nak kata lumut tak macam lumut. daun² pon banyak dalam pool tu. so, spoil skit di situ.... yang lain, mak o.k jerrr. peace


Cuti² Rumah Peranginan Persekutuan MORIB

.
  
Kalau korang mencari tempat percutian yang Murah tapi enjoy dan rilex giler, sila lah bercuti di sini. Dijamin puas hati!


Percutian kali ni memang amatlah merelaxkan.. mana taknya.. tak payah nak berkejar sana-sini.. tak payah nak pikir nak makan kat mana. lepas ni nak melawat tempat mana, nak soping kat mana... semua tu tak perlu bila kita bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan MORIB. just sit back and enjoy... ^____^


Percutian kali ni merupakan percutian family. lebih kurang dalam 5-6 family jugak yang join trip kali ni.. sangat enjoy bila kumpul reramai.. tambah pulak aku tuan rumah kan? tuan rumah maksudnya aku yang arrangekan penginapan dan anjurkan family trip ni.. hewhew... bila dah ramai² camni dah tentu la kena masak sendiri kan? so, tak payah nak makan kat kedai.. kite gotong-royong ramai²...kat Morib ni takde benda sangat nak melawat, so kite lepak kat balkoni rumah sajok sambil sembang gelak ketawa dengan sedara-mara.. tambah pulak rumah ni sebelah je dengan pantai.. memang best giler la. minum petang sambil layan pemandangan laut...

meh aku nak review sikit pasal penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan Morib.. untuk makluman, rumah ni hanya boleh disewa oleh kakitangan kerajaan saje yer...


aku sampai dalam kui 2 lebih.. so dah boleh check in... ni tempat untuk mendaftar yer.. kat sini die akan kasi kunci rumah dan remote astro.


tak banyak pon penginapan kat sini, ada dalam 8 chalet jer.. 2 jenis banglo, lagi 6 jenis rumah semi-d. tapi besarrrrrr giler... kang aku tunjuk gambo... sila teruskan pembacaan anda... hehehe...


aku booking chalet jenis banglo.. harga RM60/nite.. murah gilerss.... kalau chalet jenis semi-d harga dia RM50/nite.. beza RM10 sajok... baik la sewa banglo kan? tapi nak bookingnye memang payah lah! asyik fully booked sajok...


aku pilih chalet Pulau Pangkor sebab bersebelahan dengan playground nih.. dah ahli rombongan penuh dengan kanak² ribena kan? kalau chalet Pulau Angsa die takde playground.


pandangan belah belakang chalet. ada parking berbumbung..


jom tengok bilik pulak! chalet jenis banglo ni mempunyai 3 bilik. dan kesemua bilik dilengkapi dengan aircond dan kipas!


masterbed room


bilik ke-2


masterbed room dan bilik ke-2 tu ada pintu boleh bukak terus ke balkoni nih.. memang syiok giler... malam tu kaum ibu dok menyembang kat sini sambil tengok kaum bapak dok membakar ayam.. best betui!


ni bilik ke-3


dan setiap bilik ada cermin besar nih dan almari baju.


bilik air ada satu je dalam rumah... tapi boleh tahan besar gak bilik air die..


gel mandian dan syampoo sajok die bagi. dah kau bayar pon RM60 kan? takkan nak macam² pulak.. tuala bawak sendiri la yek!


ni bilik air kat belaang umah.. turun je tangga terus nampak bilik air... ada 2shower dan 2 toilet. budak² lepas main kat pantai tak boleh masuk umah terus. kena la mandi kat luar ni dulu..kang berpasir satu umah. :b


ni ruang tamu dan pintu belah kiri tu pintu dapur


tv ni ada astro tapi masa weols datang tu astro die tak boleh pakai pulak.. huhuhu..


peti ais pon ada dua.. so takde masalah kalau nak bawak sesiap ayam/ikan perap dari rumah untuk bbq.


dapur kering


dapur basah


periuk belanga semua disediakan.. tapi kalau dah ramai camni kena la bawak kuali besar dari umah.. hat ni tak besar sangat.


pinggan-mangkuk-cawan-gelas pon ado...


periuk nasik dan cerek disediakan.. pisau-sudu-garfu pun ada.. korang just kena bawak blender sajok!


meja makan


pemandangan dari pintu depan.... saujana mata memandang.. dengan landskap yang menarik.. tiupan angin laut lagi.. perghh..... asyikkkkkkk!


balkoni depan chalet.. besar dan memanjang... tempat kaum bapak berasap! huh!


laut hanya dipisahkan oleh pagar ni sajok... sebelah playground..


chalet jenis semi-d.


puan organizer~


so, puas hati tak dengan bayaran RM60 tu dengan rumah sebesar nih????

Berbaloi-baloi!!!


Jalan-jalan Pantai Morib

. .

petang semalam pegi ke Morib. Perjalanan pegi balik amik masa 2 jam lebih tapi duduknye tak sampai setengah jam. huhuhu...... :'[ sebenarnya nak survey sumthing. nanti aku citer next entry wokey. for now layan gambo ni dlu.


sampai dah petang dalam kui 6 lebih. air dah surut...


tak dapat main air, main pasir pon jadi la.. ini pon jenuh nak ajak balik.


jauh giler air surut....

sebelum maghrib dah gerak balik. bubye Morib. till we meet again!


Published with Blogger-droid v2.0.9