Showing posts with label IOI City Mall Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label IOI City Mall Putrajaya. Show all posts

Taiwan Original Cake di IOI City Mall Putrajaya


Benda viral haruslah kita try, khen?? :p

Kedai Original Cake yang paling dekat ofcoz dekat IOI City Mall.. so, ke sana lah kita pegi carik, lagi pun ada orang belanja ^__^ 

nak jugak rasa apa yang best sangat kek ini sampai ramai yang sanggup beratur panjang....

kebetulan last week hadif takde KAFA. so, hangkut la budak ni pegi sana.... 

agaknya sebab viral dah sendu, so bila sampai kedai tengok ade sorang dua je yang beratur... ngeeee~

Proses potong kek - siap ukur bagai tau! geram tengok kegebuan kek ni~

Original cake ni ada 3 flavour je - Frozen Chocolate RM25/box, Golden Cheese RM20/box dan Original RM15/box.

 Golden Cheese - nampak tempting sangat kan?

beli dua jenis, original & golden cheese... actually, aku ingat rasa dia macam cheese cake.. tapi rupanya rasa macam makan kek span tambah bahulu.  kuat sangat rasa telur... huhuhuhu.....

so, kesimpulannya ikut citarasa masing².. lain orang, lain tekaknya... sekian. :p



Dah start Shopping Baju Raya 2017 ~


Morning~ 

Hari ni nak citer pasal sopim raya. ngeee~ rasanya cuti 3 hari baru ni ramai parents dah start sopim raya kan? termasuk la aku. :p

puasa ada lebih kurang 3 minggu lagi, so memang kalau boleh nak setel hal baju raya sebelum bulan puasa lah. mak tak berapa kuat nak sopim bulan puasa. nak melayan karenah anak lagi. haih.

hasil sopingan baju raya weekend lepas.

Done 1st trip sopim raya kat IOI City Mall smlm.. diulangi, 1st trip yer.. akan ada 2nd, 3rd trip tapi rasanya biar la mak sorang je lah pegi belikan baju anak³. mencabar hoiii bawak anak³ pegi sopim.. yang si abang walaupon dah independent tapi kuat sentap! yang kangah pulak perangai kalah adik bongsu! baby haura jugak good tapi mak penat lah! bawak stroller untuk baby, tapi kangah yang over. malas jalan. maka bertambah sado lah lengan mak! T____T

sopim kat IOI City Mall ofkos la banyak pilihan kan? tapi duit la yang tak berapa banyak. ngeeee~ kami banyak borong kat Parkson jew dan tentu la mak carik yang label SALE ajew. macam berbaloi jugak la sopim kat Parkson. 

jeans budak brand jeep RM39.. mak berkenan ada satu kemeja ni untuk hadif. mcm smart je abam pakai. hari ahad kami pergi sale 20% jew. tapi salesgirl tu bagitau hari isnin sempena hari buruh sale up to 50%. so, gigih la suh salesgirl tu simpankan baju dak hadif sebab baju tu size hadif tinggal selai je. so smlm suh ayah hadif pi beli, hahahaha. sale 50% punya pasal. ahaks.

baju abang long hadif dah cukop dah kot. haitu dah sopim kat uniqlo. pastu topup lagi baju kat parkson. so kira setel dah.


 3 helai RM49. ok la kot kan?? baju kangah raya taon ni tema buah-buahan tempatan. hahahah 😜😜 baju baby haura pulak selai pon tak beli. tak jumpa yang berkenan. hat lawa kat mata, harga pulak tak cung! zaman gawat ni, baju anak RM20 ke atas rasa mahai dah!


 2 helai RM39. ok, lulus! hahaha :p


singgah cotton on rembat selipar ni harga 6 hinggit lebih. beli baju n legging kangah. 

so, baju gegirls je tak de lagi. takpe,sekejab je mak leh setel! baju melayu + kurung semua dah tempah kat akak tailor kat kampong. dah setel hal baju baru lega... nanti boleh fokus kat bulan Ramadhan sahaja. 

p/s : Bersemut orang kat Padini Sale. tak sanggup mak nak kena hurung. ahaks



Jalan-Jalan IOI City Mall Putrajaya



Dah nama orang Putrajaya khen? kalau tak sampai lagi mall baru - IOI City Mall tu memang tak sah lah! aku pon dah 3 kali terjah sana sejak bukak... apa yang boleh aku kata IOI City Mall Putrajaya ni memang besarrrr dan aku tak larat nak jalan... adeh... dah tua noks. stamina kurang. mak jalan sikit dah pancit! choiii betui... :p

masa aku pegi mula² tu memang hari launching.. ramai ler umat maknusia. sila bayangkan. jalan pon berlanggar bahu-bontot. nak carik parking apatah lagi... nak balik pon jalan jeng. bayangkan! memang carik penyakit. LOL

time tu banyak kedai tak bukak lagi... tapi rasanya kebanyakan butik² kat situ still mampu-milik la.. takdo la cam pavilion tu haa... restoran pon bersepah dalam tu... walaupon bersepah, tapi pada hari kejadian memang penuhhhh melimpah dengan manusia. perghhhh....

mak di hari kejadian. pakai lipstik bawu. nyx antwerp


Tesco dalam IOI City Mall. berwajah baru. tapi barang dalam tu banyak dah abis. almaklumlah, pantang ada tempat baru. semua serbu... mak dapat serbuk-serdak aje. hiks.


ramai cakap homepro ni best. tapi barang dia mahal! baik pegi Daiso. :p


ini jugak idaman hati. mampu milik gitew...


penah tengok singa naik escalator?


ice-skating


kat belah luar ada tempat istirehat. ada air pancut bagai...


ala-ala rumput karpet.


berlatar belakang District 21 - indoor theme park


feberet spot mak sampai bila-bilaaaaa... dok berejam dalam ni pon mak rela...


aloh-aloh hensemnya... anak bujang sapa nih?


oleh sebab maknusia terrrrlalu ramai dalam tu, tempat makan semua fullhouse, maka marilah kita pulang ke pangkal jalan..... keluar dari IOI City Mall, terus ke Presint 4. makan kat SR sebelah opis mak.. lagi heaven. ngeeee~


dapat pulak mee kari SR yang sedap-pedas-meletop nih... fuhhh...


ni gambo pegi sana buat kali ketiga. gi ngan adik aku pulak. kali kedua pegi ngan opismate... time ni saja jenjalan carik kasut baru... ke parkson jugak kite. huhuhu...

apa pon, Alamanda tetap di hati... kalau kat IOI City Mall ni ada Jusco, memang aku rajin terjah kot!