Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Seminggu Balik Kampung, Berat Naik 5 kilo!!!



Hari Selasa baru ni kat opis ada buat kursus kesihatan.. so, ada la timbang berat dan tinggi bagai untuk cek BMI kiter... so, aku pon dengan konfidennya cek la berat. dalam hati dok kata komfem berat maintain punya. sebab sepanjang taon ni aku cek berat aku maintain ajew.... tetiba terbeliak bijik mata ko! tak percaya berat naik 5kg! huh!! tengok result BMI dapat terlebih berat badan pulak! tiiiidaaaakkkk!! terus rasa down gitew... laju² jer cek insta carik mana jual krim kempiskan perut sebab perut aku ni mmg macam dah ngandung 5 bulan. adesssss. nangissss T____T

pastu pikir balik, berat aku maintain sebelum ni maybe sebab susukan hessa... now hessa pon dah 2 tahun 1 bulan. still lagi dok menyusu badan tapi dah kureng. hessa pulak takmo susu formula.. direject nye susu tepung yang aku beli...

lagi pon minggu lepas dok kampung seminggu. lepas tu pulak hari² mak aku masak sedap giless. mana boleh tolak! semua aku taram! tengah malam pon makan nasik lagi.. sehari 3-4 kali nasik aku bedal! memang mencanak la berat naik! adessss.

jadinya, aku nak up la menu yang mak aku masak.. memang rajin dok snap gambaq makan ni sebab nak wasap kat group nganjing adik-badik. bagi depa jeles sebab tak dapat makan! ngeeee~


mee kari mak memang terbaikkk!!

nasi beriani

masak lemak cili padi

ikan keli bakar

ulam-ulam ni semua mak tanam belakang umah jew

udang goreng 

asal nama mak masak jew, ayam goreng pon dah rasa sedap gila oiiii

air asam all time feberet kami adik-badik

nasi lemak singgit. klu tak masak utk sarapan, selalunya beli jer nasi lemak... nasi lemak kat kampong paling murah skang 60 sen. dulu ada lagi nasi lemak daun pisang 20 sen. now takde dah...

ulam-ulam ni mak baru petik masa kami tengah bersiap nak balik sini... nak bagi kat mertua aku

selingan~ klu tak berendam kat sungai, depa berkubang dalam ni jerr... tapi sekecik dua orang tu penakut lagi mandi sungai. menjerit2 bila letak lam ayaq... 

kalau la dapat kerja & menetap kat kampong kan bestttttttttttt!!





Like a Boss!



Haini nak citer pasal abam hadif yang daku pos ke kampung sana sempena cuti skolah. ngeeee~

hari² adik aku update aktiviti hadif kat kampong. kekadang wasap gambo. hadif pon rajin call aku. dalam sehari tu kadang smpai 5 kali die call. habis la kredit makteh. muahahahha... 

meh aku up gambo² abam hadif yang dilayan bagaikan putera raja kat sana. makan bersuap yuolls... hehehe....

ni hari 1st sampai kampung. sedih je muka. baru lepas nangis rindu kat ibu... ni sepupu die tengah layan. dok pujuk suh makan... hai la.. nasib ada orang nak melayan kerenah kau ni ye abam!

okey, tengok lauk atas meja buat aku lapar pulak!


ngengade ko kan abam!


ni gambar semalam. lepas keluar dari zoo depa singgah makan dulu...


ni sepupu kembar aku yang rajin dok melayan... suka la hadif kan? makan bersuap sokmo!

pssssttt : hari ahad baru hadif balik sini... rinduuuuuuuuuuunya!



Huuuwaaaa....



sobssss.......... sretttttt *lap hingus.

mak dah rindu nih... acaner? 

pagi tadi kui 7.30 pakteh dah amik hadif nak bawak balik kampong. cuti sekolah kan? lagi pon tak tau nak transitkan hadif kat mana. kat taska hessa dorang takmau amik transit pulak. slalu nenek gombak yang jaga klu cuti skolah. tapi nenek tak sihat pulak. so, aku rasa baik aku anta hadif balik kampung. duduk ngan opah n tokyah. spend time dengan dorang masa cuti ni. 


petang semalam excited nau hadif packing baju. siap kira 10 lai baju nak bawak balik. 

pagi tadi aku call nak cakap ngan die. tapi makteh cakap hadif tanak cakap... pastu makteh call balik sambil gelak². dia cakap anak teruna aku tu dah meleleh-leleh ayaq mata.... huuuwaaa... mak kat opis ni lagi tak senang duduk. rinduuuuu kat hadif!!!!

sabarlah wahai hati..... seminggu jek!

p/s : acaner la cuti hujung taon ni... sebulan lebih tu cuti skool. takkan nak pos kampung lagi?? huuuwaaaa


Bekalan dari kampung~



Haiiii korang..... Selamat hari rayer.... Dah ada yang masok opis ker??? Aku otw balik key ell. Skang baru kua tol taiping. Harap2 tak jam lah.

Cam biasa klu balik kampung mesti ada bekalan mak bagi utk bawak balik. Durian dah tak banyak. So tak dapat la nak tapaw. Huhuhu.

Hohoho Kelik Kapong!!!

.
 .
oleh sebab cuti raya cina ni aku nak balik kampung lagi, elok benarlah aku up cepat² episod balik kampung last week... huhuhu... esok dalam kui 2 pagi (nak elak jam kononnya) aku n family akan balik Batu Kurau, Taiping lagi.. dis time tumpang abang aku la pulak.. tong-tong kekdahnye.. hewhew.. ye la, last week dah balik kampung, pastu gi cuti² Penang lagi, duit pun makin susut nih... mula² ingat takmoh balik dah, tapi cuti 4 hari dok Putrajaya macam bosan jer... so moh la kite berangkat pulang bertemu orang tersayang... huhhu...

cite pasal Bukit Bendera, pasni aku up yer... stay tuned bebeh...

weolls check out dari Ixora Hotel hari Sabtu dalam kui 11.30 pagi camtu... then terus balik kampung... petang tu takde buat ape, anak dah merengek ajak hubby naik moto pegi tengok sungai... mak pun tumpang sekali lah... lama tak mandi sungai... sebab air paip kat umah pun sejuk macam air sungai, tu yang tak jakun sangat tu... hewhew...

tempat berkubang masa kecik².... masa dok asrama dulu selalu ajak kengkawan ikut balik kampung sebab nak bawak depa mandi sungai... pastu jenjalan Taman Tasik Taiping... hewhew...


hadif ni kan gayat air... tu mak tengah berusaha keras nak ajak die mandi kat tempat dalam sikit... tapi harap maaf la yer.... sorry naik lorry!


tepi² boleh laa....

kat sebelah tempat hadif mandi ni ada 3 orang budak baya hadif n kecik lagi dari hadif dok mandi.. relax jer dorang main air.. mak bapak takde pun dok perati kat anak.... cari jugak mana mak ayah dorang ni takkan tinggal anak camtu jer??? hurmmm... anak kampung! lain sungguh dari anak bandar... huhuhu...


anak-anak kampungku... seronok depa mandi-manda... terjun dari jambatan masuk dalam air.. tak kira berapa tinggi pun... teringat zaman kecik². aku pun camtu jugak! hahaha...

tak tau la hadif boleh rasa ke tidak kehidupan kampung macam mak dia dulu... ayah dia lain la.. orang KL la katakan? hewhew...


lepas dah puas hadif main air, then rempit ke kampung sebelah pulak... saje nak tengok pemandangan bendang waktu petang... indah sungguh kampungku....


klu kat kampung, bukan hari raya pun ada lemang ngan rendang! mak memang terbaikkk!!!

hohohoho... balik kampung!!!



Menang SATU JUTA!!!

.
Syukur Alhamdulillah... aku tumpang bangga menjadi anak jati Kampung Sempeneh, Batu Kurau, Perak.

Anugerah Desa Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2012
Johan Kategori Kampung Tradisional


replika cek disampaikan oleh YAB PM masa sambutan hari merdeka baru² nih.

kampung ku menang SATU JUTA tu wehhhhhhhhh!!!


kalau sape yang perasan, kampung aku nih memang selalu masuk tv. tak kira lah rancangan apa sekali pon. selalu jugak jadi lokasi shooting... kalau musim durian tu, memang selalu ler majalah 3 mai cover story.. pasal durian la, pekasam ikan tengas la.. etc.. memang selalu sangat lah....

dan yang terbaru dapat pulak RM1,025,000.00... banyak kosong tu weh... kaya! kaya! kaya! Alhamdulillah.. aku harap dengan wang kemenangan nih, pihak terlibat dapat gunakan duit ni dengan sebaiknya... orang² kampung aku kebanyakannya keje kampung je yuolls.. panjat pokok petai, buat bendang, tanam pisang, kolam ikan, kolam udang.. etc. klu musim durian, lebat la sikit dapat duit. huhuh.. ada jugak yang keje kilang kat penang sana, etc. cikgu pon ada.. tapi kebanyakan orang muda dah ramai berhijrah kat bandar.. tinggal yang veteran je la kat kampung.. tapi ayah aku dari bujang sampai nak umur 60 ni buat tender masak kantin sekolah. huhuh...
dan dengar kata YB kawasan weolls cadang nak laburkan duit hadiah 1.025 juta tu kat Ladang kelapa sawit. Biar duit berkembang dan manfaat untuk ke generasi akan datang. aku sapot je ape yang dorang nak buat asalkan mendatangkan kebaikan untuk seluruh penduduk kampung yang bertungkus lumus dalam projek nih.. biarlah projek yang nak buat tu boleh menjana ekonomi dan wujudkan peluang kerja kepada penduduk kampung di samping boleh memperkenalkan nama kampung. mak okey jer!
 okey.. meh layan gambo² kampung mak! ni la sebab mak selaluuuu sangattttt balik kampung.. hehehe... dok lama² pon mak rela yuolls... hhuhuuh... 
lata sempeneh - duit tu boleh digunakan untuk naik taraf lata nih jadi lebih cantik.. boleh buat tempat rehat/gazebo untuk pengunjung jugak.. dengar cite skang ni dah kena caj parking.. woohooo.. kalau anak jati kampung pon kena caj jugak, memang nak kena la ni.. :b
  
 nak masuk kampung aku kena lalu tepi gunung ni. dulu masa skolah rendah aku naik basikal je.. pepagi lalu bawah gunung ni memang sejukkkkkkk dan seram sejuk jugak.. huhuh.. duit yang dapat tu maybe leh besarkan jalan kat area gunung ni sebab sempit. tak bape nak muat nak lalu 2 bijik keta. satu keta kena stop dulu bagi laluan kat keta satu lagi... tapi jangan tak tau! bas kilang pon boleh muat lalu bawah gunung ni tau! huhuh..

.
 pemandangan dari puncak gunung kurau.. dah 20 tahun lebih aku dok kampung ni, sekali pon tak penah naik atas nih.. huhuhu.. bila ntah nak merasa naik! InsyaAllah, satu hari.. kena plan betui² ngan laki n adik² aku. huhu... cantik kan pemandangan sawah bawah tu


projek terbaru sempena 31 Ogos baru ni... kapal terbang terhempas kat kampung aku yuolls.. muahahaha... gudjob buat penduduk kampung yang terlibat!

so, sape nak mai kampung aku?? ada je chalet kat tepi lata tu kalau nak sewa.. RM50 sajok! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuE74GDtyTFBOZrbvtl3-mAMJGss78l_Ft7gKOL1E3T0nlqWsRETgNt0-HEKdgdV3q9SumaX5RL7yhpclItf6Tew0HZtcHDHID0GBpxj7IjazqMLMvQP3m2SfHzFws4dT8kOwCdyaNslE/s1600/1.jpg

jom cuti² Kampung Sempeneh! ^______^


psssttt : sayang, jom balik kampung!!! rinduu.......
.

Trafik lancar

.
.

Alhamdullillah... Perjalanan smooth jer.. Trafik lancar setakat rawang. Harap jalan okey smpai ke taiping...

Hadif masuk kete terus dummmm... Pagi tadi bangun awai. Ni qado balik. Elok la tu klu tak nk menempek je la ngan aku kt depan. Huhuhu


Published with Blogger-droid v2.0.6

Ampun Maaf diPinta~

.
.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

ikhlas dari Ibu Hadif dan Keluarga



Selamat Pagi...........

Hari ni nak half day... nak balik kampungku nun di Perak sana... harap² perjalanan lancar la.. takat jalan jem sikit² tu boleh lagi.. jangan la cecah sampai 6 jam.. ohhh no!

kepada yang pulang ke kampung hari ni, jom dating kat hiway! hehehe... bawak kete memolek yer, jangan lelaju coz banyak speed trap... kang balik raya ni garuk kepala nak bayar saman.. huhuhu... takpe, hati².. biar lambat asal selamat...

kepada kengkawan dan readers belog ni, aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kalau ada salah, terkasar bahasa, tersindir ke, ampun maaf yek! peace!

again, Selamat Hari Rayerrrrrrrr semuaaa..............

.

Tak dapat pegi Cameron, dapat Melawat Muzium & Zoo Taiping pon Jadi laaa...


.
bersiaran langsung dari muzium perak, taiping.  cadangnya nak bawak hadif ke zoo, tapi cam panas rembang pulak. so kite masuk muzium dulu la cari ekon huhuhu..

perasan tak hadif da potong rambut? sobs..


kapal terbang perang zaman jepun kot!

tak ingat bila last time datang sini. masa kecik kot! macam2 dah ada. byk dah berubah. 

so sesape dtg taiping boleh  la singgah yer. masuk percuma sajok!


Sent from my BlogBerry®

Kite Bakor jeerrr...




Bila balik kampong, sekali sekala buat aktiviti camni best jugak! malam ni weols bakor ikan jenahak besarr punye, sotong, udang n ayam! superbb... meleleh!


Sent from my BlogBerry®

Pelangi Petang!

.
.
Kadang-kadang Allah hilangkan cahaya matahari. Lalu Dia turunkan hujan dan guruh. Kita menangis dan mencari ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah turunkan pelangi yang indah buat kita.


aku sempat snap gambo pemandangan/cuaca masa balik dari kampung dulu.. lama sangat dah... 3-4 bulan yang lepas kot gambo ni dok lam draft jek! huhuhu....ayat kat atas tu memang sesuai betui la dengan gambo² aku snap nih..


masa ni cuaca elok jek... panas pulak tu... dekat Kuala Kangsar kot!


then, nampak awan mendung tanda nak hujan... gelap sangat!


hujan dah turun.. lebattttttttttttttt... bawak kete pon slow-slow.. takut pon ada kan kalau hujan lebat camni pastu kita masih atas jalan.. mintak dijauhkan la dari perkara buruk!


Alhamdulillah.... lepas bertarung dengan hujan lebat tu, akhirnya bila nak dekat dengan Sungai Buluh, hujan pon benti... muncul pulak sang pelangi yang cantikk........ Subhanallah!!!!

macam tu jugak dengan kehidupan kite kan? macam bola, kadang di atas, kadang di bawah.... biar pun banyak dugaan yang datang dalam hidup, jangan sesekali kita lupa pada Allah... ^___^

oh, bertazkirah pulak aku petang² ni.. huhuhu.. till then, hepy weekend uolls..... ♥♥♥

.

Ohhsemmm!

..
 .


Macih Paklang Hadif blanje weolls tengok wayang! Real Steel sangat besssttt hokey! Wajib tonton!


Later i update pics hokey! Now otw balik ke Putrajaya. Syok balik kg coz my mom getting better


Sent from my BlogBerry®

Balik kampong!

.



Otw balik kampung nih. But still dalam KL lagi coz jalan jammed n ujan lebat..Ya Allah, permudahkan perjalanan kami pulang menemui keluarga tercinta.


#tak sabar nak jumpa mak!




Sent from my BlogBerry®

Mana nak dapat harga camni kat Kay Ell??



 
 syioknya dok kampung... kueh seketul 2 kupang jaa...5 ketui singgit.. 


p/s : gambo wordless wednesday!

Orang tua-tua cakap, tak rugi berbudi pada tanah...



 damai ^_________^



 hasil dari berbudi pada tanah....


p/s 1 : esok² lah up entry pasal tanah ni... hehehe... 
p/s 2 : pasal tanah, adik-beradik boleh perang besar! keluarga pecah belah.. kan? huhuhu

Tertunai Hasrat di Hati!



tak jadi nak berblues hari ni. ^_____^








balik kampung dapat makan apa yang dihajati!!!

 serawa durian terbaikkkkkk!


makan pulut durian... tapi santan takde... so, makan durian dengan pulut je la... sedappppp jugak!!!


Fuhhhhhhhh..........


kasi tiup habuk kat belog ni. ^____^





padahal baru 2 hari tak update kan??? huhuhuuh...



sampai dari kampung kui 8.30 malam tadi...
masuk je umah, hadif terus serbu tv.
nak tgk kartun punya pasal. hahahha..
ye la kat umah opah takde chanel karton. 
mati kutu hadif dok umah opah... kekekkeke...
bahaya jugak pengaruh tv for kids nih.. haih...

nak bw jab, then bukak fb. then zzzzzz...

gudnite peeps.


Durian punya pasal............



hari ni saya half day - nak balik kampung!
bos pon takde, so apa lagi...
saya balik dengan makteh n hadif jek..
hubby tak ikut.. die kena keje lor...
ni 2nd time balik drive sendiri smpai ke taiping nun..
harap² perjalanan kami selamat dan dipermudahkan.... Amin.


mak cakap durian tengah banyak skang ni.
so, haruslah cargas balik kampung..
lagi pon tak lama lagi kite nak puasa kan..
balik melawat mak ayah sekali makan durian la ni.. hiks...

p/s : sape balik kampung jugak ari ni????

Rindu........



 nak mandi sungai!

 pagi tadi otw pegi opis tanya hubby, hari ni kite balik kampung nak?? hubby cakap okey! 

rasa cam dah lama tak balik.. sebulan lebih ade kot! last balik masa nak tayang kete baru makteh ari tu.. huhuuh... tak kira, nak half day jugak ari ni!!!