Showing posts with label ::hadif::. Show all posts
Showing posts with label ::hadif::. Show all posts

Gambar Sambutan Besday Abam Hadif kat School~



Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaaaa ♥

wokey, haini nak up gambo² abam hadif celebrated besday ngan kawan² die.. eceli, aku bukannya buat macam² pon untuk besday hadif ni.. aku just beli kek n paper plate/sudu/garfu jer pon. ngeeee~ tak teringat nak beli ayaq. nasib ustazah dah beli.. huhuhu...

hadif cakap, ustazah dah pesan kawan² lain pon bawa la makanan sama.. so, macam potluck giteww. jamuan akhir taon la kiranya... so, memang aku sediakan kek sajok. mihmih... ustazah buat sandwich. kawan² hadif ada la bawak nasi goreng, biskut². aku rasa budak² ni teruja makan kek jer. muahaha.

gambo² ni ustazah yang wasap kat aku. hadif pesan suh anta gambo katanya.. aku lepas anta kek, memang terus balik opis. tak tunggu pon.

abam hadif bagitau tak tiup lilin pon sebab takde lighter... ngeeee~


sonok tengok budak² ni hepy~


balik tu, abang hadif tunjuk hadiah yang kawan² bagi... boleh agak tak ape kawan² bagi? banyak benda terpakai jer.. ada fridge magnet - rasanya kawan hadif cabut kat peti ais umah die. habisla mak die bising nanti.. kikiki... tabung pon ada. tapi dah rosak. ada satu set alat tulis dalam box lagi. yang still baru. ngeeee~ takpe abam, untuk seronok² jew... yang penting ingatan depa tu. kan?

terima kasih ustazah. terima kasih kawan² ceriakan hari hadif.... ♥



Swimming Class Putrajaya



Balik sekolah minggu lepas hadif mintak kat aku nak join taekwondo. tapi tak tau nape eh, aku cam tak berkenan sikit. so, bagi 2 choices kat dia - nak taekwondo ke nak masok swimming class? so, hadif pilih swimming. suka la dia, tiap² minggu leh terjun tiruk khen???

so, google punya google, akhirnya aku pilih http://jomrenang.com/. dia buat kelas kat kolam presint 6 tu... senang lah, dekat giler dengan umah. memang slalu bawak anak² mandi kat situ pon. aku bukan apa. daripada anak mandi saja², terjun-naik-terjun-naik baik aku daftarkan dia masuk class. atleast ada ilmu sikit pasal swimming ni kan? untuk keselamatan dia jugak...

baju baru, cap baru, goggle pon baru... mihmihmih... nasib mak dapat bonus tau! baju lama dah tak muat dah. ketatttt!


kelas ni ada 8 sesi. setiap sabtu kui 9 pagi.


 
sementara tunggu abam masuk kelas, si adik apa lagi?????


hellooooooooo sexy back! :p


memang feberet dia lah berendam dalam ayaq. pantang nampak ayaq... tak macam abam dia masa kecik² dulu, penakut air amat!


haaa.. tengok ni! melalak ko bila masuk air!



Anak Mak masok Tibi :p



Hohoho.... glamer skejab anak mak malam tadi... ngeeee~

semalam masa aku smpai skolah hadif dalam kui 1, dalam kelas ada RTM tengah shoot budak² nih... biasa la kan, tiap² taon pon mesti ada berita ragam budak masuk darjah 1. budak² pempuan je yang volunteer nak intebiu. budak lelaki semua pemalu.... adeh.... bila reporter tu keluar kelas nak intebiu parents, pakat semua lari... hahahah... 

aku ada dengar reporter tu cakap kat sorang akak tu, tengok berita tv1 malam ni... so, aku ngan hadif pon gigih la tunggu kui 8 malam depan tv. ngeeee~


aku rekod berita ni. so ni screenshot dari video tu. tak clear sangat.



nasib la abam hadif.. pintu gua tengah ternganga.. hahaha

so far, hari pertama persekolahan abam hadif ok jer.. cuma masa KAFA, die sedih katanya. sebab lepas abis solat asar tak boleh salam cium tangan ibu. kawan² lain yang parents stay tunggu anak boleh salam katanya... alahaiiii anak... sebak pulak mak nih.



Darjah 1



ni gambo last week, masa hari pendaftaran.

Alhamdulillah... hari pertama sekolah smooth sangat... abam hadif pagi² dah bangun. tak payah gerak, dia bangun sendiri. maybe dia dah set kat kepala esok dah skolah. otomatik dia terbangun. senang keje mak! sayamm abam...

sampai skolah, aku anta hadif terus dalam kelas... carikkan tempat kosong utk dia. suh dok depan skali, laju je dia geleng. hahaha.. so, duduk barisan kedua. then aku borak kejab ngan cikgu tanya itu ini.. tanya abam ok? dia angguk. aku cium pipi kiri kanan, terus keluar kelass... aku tak tunggu pon, sebab dulu hadif kan praskolah kat sini jugak.. so, dia dah biasa...

 abam memang ohsem haini.. hati tak kaca dah! 

belajar baik² yer sayang....


Pagar dah Roboh~



abam hadif dah darjah 1 taon nih... skejab jer dah 7 toan... siyes... cepat betui masa berlalu. untuk darjah 1 ni aku tak risau sangat. sebabnya hadif prasekolah n kafa kat situ taon lepas. so dah biasa selok-belok kat situ. harapnya ok-ok la. huhuuh...

eceli gigi kekal abam hadif dah tumbuh 3 batang belah bawah. nak masok 7 taon ni gigi dia belah atas dah start roboh satu-satu... eceli gigi dia ada 3 batang yang nak tanggal. seram mak tengok bila hadif dok main goyang² gigi dia. 


last week satu gigi tanggal belah atas. gigi bawah tengah tu gigi kekal



satu lagi roboh hari rabu lepas. HAHA. dah tak hensem... gigi tu sebenarnya tunggu masa je nak tanggal. hari selasa tu kami pegi alamanda, gusi dah start berdarah. panik skejab hadif tgk darah tu. esok tu gigi dah tanggal. legaaa... 



abam hadif malu nak senyum. kihkih. masa daftar darjah 1 minggu lepas, gigi atas hadif dah tanggal satu. kawan² ejek gigi rongak katanya. terus sentap! huhuuh... sabaq sat na abam. nanti gigi dah tumbuh, mesti kacak bergaya anak ibu. komfem ramai secret admirer kat skolah. hahaha.



Hadif Sambut Besday kat Sekolah~



Alhamdulillah... tercapai jugak hasrat hadif nak celebrate besday kat skool ngan kawan². aku just beli kek n bagi donut as doorgift. simple.

tempah kek ni dengan D'nies Cake. memang slalu tempah ngan die.. beli yang murah² sajok. gaji lambat lagi. miahahaha.. camni RM55. 

aku just anta je kek tu.. tak stay pon. mintak tolong cikgu snap gambo n whatsapp kat aku jer...

seronok anak ibu dapat sambut besday kat skolah...


acara potong kek.


hamboii... nak makan ngan gegirl sajok...


aku tempah donut ni utk doorgift kat budak²... lagi better kot dari bagi jajan² tu semua. kan? :p


oleh sebab skang ni hadif gila lego, so aku belikan hadiah lego je la.. beli pon kat jualan opis ni sajok. nak beli legocity mahai gila. mueheheh... gaji lagi 18 hari hoi. dah la haitu gaji awai. so, penjimatan sangat perlu hokey. :p



Happy Birthday Anak Ibu.....



6 November ♥

Alhamdulillah... hari ni genap hero ibu 6 tahun... ari ahad ni pulak besday adik hessa. 

semoga anak ibu Muhammad Hadif Khumaini membesar menjadi anak yang soleh, berilmu, bijaksana dan berguna kepada agama, bangsa dan negara... love you abam ♥♥♥


p/s : no matter how many birthdays come and go, you'll always be my little boy. HAPPY BIRTHDAY son!


Like a Boss!



Haini nak citer pasal abam hadif yang daku pos ke kampung sana sempena cuti skolah. ngeeee~

hari² adik aku update aktiviti hadif kat kampong. kekadang wasap gambo. hadif pon rajin call aku. dalam sehari tu kadang smpai 5 kali die call. habis la kredit makteh. muahahahha... 

meh aku up gambo² abam hadif yang dilayan bagaikan putera raja kat sana. makan bersuap yuolls... hehehe....

ni hari 1st sampai kampung. sedih je muka. baru lepas nangis rindu kat ibu... ni sepupu die tengah layan. dok pujuk suh makan... hai la.. nasib ada orang nak melayan kerenah kau ni ye abam!

okey, tengok lauk atas meja buat aku lapar pulak!


ngengade ko kan abam!


ni gambar semalam. lepas keluar dari zoo depa singgah makan dulu...


ni sepupu kembar aku yang rajin dok melayan... suka la hadif kan? makan bersuap sokmo!

pssssttt : hari ahad baru hadif balik sini... rinduuuuuuuuuuunya!



Huuuwaaaa....



sobssss.......... sretttttt *lap hingus.

mak dah rindu nih... acaner? 

pagi tadi kui 7.30 pakteh dah amik hadif nak bawak balik kampong. cuti sekolah kan? lagi pon tak tau nak transitkan hadif kat mana. kat taska hessa dorang takmau amik transit pulak. slalu nenek gombak yang jaga klu cuti skolah. tapi nenek tak sihat pulak. so, aku rasa baik aku anta hadif balik kampung. duduk ngan opah n tokyah. spend time dengan dorang masa cuti ni. 


petang semalam excited nau hadif packing baju. siap kira 10 lai baju nak bawak balik. 

pagi tadi aku call nak cakap ngan die. tapi makteh cakap hadif tanak cakap... pastu makteh call balik sambil gelak². dia cakap anak teruna aku tu dah meleleh-leleh ayaq mata.... huuuwaaa... mak kat opis ni lagi tak senang duduk. rinduuuuu kat hadif!!!!

sabarlah wahai hati..... seminggu jek!

p/s : acaner la cuti hujung taon ni... sebulan lebih tu cuti skool. takkan nak pos kampung lagi?? huuuwaaaa


Tempah Baju Raya untuk Baby Hessa



pejam-celik-pejam-celik ujung bulan ni dah start puasa. dah masok bulan Ramadhan... puasa ada lagi tak ganti nih. adoiiiyaiii...

sebut puasa, mesti kalut pikir pasal baju raya. aku pon sama la. lagi pulak sejak ada anak dara ni khen? bukan main rambang mata beli baju untuk hessa. huhuhu... 

peplum baby ni aku beli online jer. tak tau nak pakai raya ke berapa sebab tak decide lagi taon ni tema kaler apa. huhuhu... beli baju siap je lah nanti. tak sempat dah nak anta tailor pon...

last month ada balik kampung. so, aku amik peluang tu tempah baju kurung hessa + baju melayu hadif. yang ni pakai masa raya ke 6. sebab masa tu kami buat kenduri sambut menantu + open house raya. tema peach-oren.

tempah kat kampung murah banyak. baju kurung dewasa baru RM25. murah kan? lagi pun yang jahit tu merangkap mak sedara aku jugak. huhuhu...



 mencabar nak amik ukuran dak hessa ni. kita nak ukur, die pon sibuk nak buat kerja jugak. dok tak diam. huhuhu...


 abang malu² kucing masa tokndak amik ukuran dia...


Psssttt : Raya taon ni tema apa yang hot???



Rollerblade untuk Hadif!



Sempena cuti skolah ni yuolls bawak anak² pegi mana??? setakat ni aku takde plan pape lagi.. mood bercuti belum mai. lagi pon hessa asyik demam on off jer. nak kua jenjalan pon tak selesa. kesian kat dia.

hadif pon takde merengek nak pegi jenjalan. time cuti ni hari² die ikut aku pi opis. suh dok taska sekali ngan hessa die tak mau! terpaksa jugak la bawak pegi opis. huhuuhu.

hari kamis lepas entah apa mimpi incik hubby die belikan hadif rollerblade. rasanya hadif takde mintak pon. tapi eksaited la budak tu bila dapat rollerblade. kemain lagi try test dalam umah. hari sabtu baru sempat bawak die pegi test.

 masa ni bawak hadif test drive kat area go-kart. hari pertama dah boleh belen badan. jatuh pon sekali-sekala jer. good job son. kalau ibu main pon belum tentu leh imbang badan. komfem baru nak gerak dah jatuh cam nangka busuk. huhuhu...


masa ni still takut² nak bergerak... muka pon moody jer.. hahaha...


petang tu pulak lepak kat dataran putrajaya. kat situ kan klu cuti memang meriah. ramai jer yang bawak anak² lepak. kat sini pon ramai yang main rollerblade, skateboard etc.

so far masa hari ke dua hadif dah terer skit. dah laju die skate. haini pon pas balik keje ajak ibu teman die skate lagi... ye la anak. kesian jugak kat die time cuti ni takde benda nak buat. huhuhu


Wordless Wednesday~~



satu sudah roboh! muahahaha~

Fakta : budak ni sangat-sangat-sangat malasss gosok gigi dan suka makan gula-gula. balik dari skolah wajib singgah kedai beli gula². haih.


Weekend Joyride At Putrajaya Equestrian Park



dah lama tau pasal joy ride kat Equestrian Park nih. hari² dok nampak banner kat tepi jalan. petang semalam baru sempat terjah.. itu pon sebab hadif dari pagi dok berzikir kat telinga aku ajak pegi situ. haih.


 seronok ya awak ibu bawak datang sini. nasib la sekangkang kera je Equestrian Park ni dengan umah.


 tak abis² dengan peace dia.


satu pusingan ride RM5 yer. memang la tak puas coz secoet je kawasan dia pusing tu. kalau budak die kasi kuda kecik tu. kalau orang besaq boleh naik kuda hitam tu yer.


 petang semalam boleh tahan ramai gak orang yang bawak anak pegi situ.


lepas naik satu pusingan yang tak sampai 5 minit tu, aku paksa hadif snap gambo dulu. ini pon jenuh suh die jangan buat peace! ape ke best nya buat tanda peace tu? tak macho la bang!


ala-ala haiii... gedixnye ko bang!!!!

sesape yang nak bawak anak datang sini, sila la yer.. every weekend! 



Happy 5th Birthday my lil Sonshine~~



Alhamdulillah... hari ni genap umur Hadif 5 tahun. sekejab jer masa berlalu. tup² taon depan nak masuk pra dah. hadiah special ibu bagi untuk hadif taon ni - adik baby - buat peneman main. huhuhu.... soon... tak lama dah adik baby nak kua ni.. i is nerbes hokey. perut pon dah tak larat nak usung dah ni. rasa nak baring atas katil je manjang.. :b

ni gambar Isnin baru ni. celebrated besday mak mertua n hadif. buat serentak. senang. tak banyak keje.


gambar fresh from the oven. gambar pagi ni.

hadif tido lagi masa ibu nak kua pegi keje. sempat cium and wish hepy besday. hadif aku dah bentikan sekolah start 1 November lagi. huhuhu.. ye la, sekolah tak sampai seminggu pon. rugi je kot nak bayar yuran. huhuhu... lagi pun start isnin minggu depan aku dah start cuti. saja amik cuti awal seminggu before due. skang mak mertua jaga hadif kat umah.

p/s : perut dah start rasa tak selesa. and lately adik baby sangat² aktif. nak menendang je kejenye.


Rombongan Cendekiawan Educare ke Aquaria KLCC



hari Sabtu lepas Hadif ikut skool trip ke Aquaria KLCC. aku dah penah bawak hadif pegi Aquaria last year, tapi pengalaman die ofkos tak sama kan klu pegi dengan cikgu n kawan². so, dengan rela hati aku ok jer hadif ikut rombongan tu. kena bayar RM50.

dalam kui 8.15 pagi aku dah terpacak kat depan skolah. bila bas dah datang ingatkan boleh terus gerak. sekali satu parent ni hantar anak die lambat kot! dekat sejam gak tunggu anak dia.. tsk tsk. sabar je la. tak pikir orang langsung! elok je anak dia sampai, bas terus je gerak. dah la dengan aku tak makan dan tak mandi lagi. kena berdiri terpacak tunggu bas lagi.. hampesss....

gambar² kat bawah ni cikgu hadif yang wazap aku. sorang cikgu kena jaga 3 orang murid camtu.. 

hadif siap request nak duduk ngan danish naufal dalam bas. ke main hepy muka dia.





dekat kui 6 pm jugak sampai Putrajaya. lepas pegi Aquaria dorang lepak kat Taman Tasik Titiwangsa. balik tu ingatkan si hadif excited la nak cite pasal trip tu. tapi knowing hadif, takde maknanya die nak cerita. klu balik dari skolah tu aku tanya hari ni makan apa? belajar apa? mintak maaf la die nak jawab... buat muka bosan lagi ada.... anak oh anak. sabar je la...

sampai umah jer terus cite karton dicariknya. aku tanya pon die malas nak jawab. hurmmm... tapi aku tau mesti die enjoy sangat! pengalaman pertama tu dapat naik bas nadi putra.. huhuhuh...


**************************

aku tak penah tepek gambar² masa kami 3 beranak pegi Aquaria last year.. ada satu entry je aku buat. tu pon pendek je entrynya.. so, alang² haini terlebih rajin haini, aku nak jugak tepek kat sini gambar tu.











ni harga tiket yang aku amik dari website Aquaria. cam dah naik harga jerr... taon lepas pegi harga lain... naik RM3 camtu.


dan aku tak tau la relevan ke tak lagi cara ni. last year tak silap aku harga tiket RM35. then aku tunjuk pas kerja gomen dapat la RM28. so tak sure boleh guna ke tak lagi pas kerja tu untuk dapat diskaun. korang try la erk tanya kat kaunter tu boleh dapat diskaun ke tak. huhuhu....


Published with Blogger-droid v2.0.10