Saya Jual EPHYRA



Assalamualaikum....

Alhamdulillah... baru nak belajar berniaga kecil-kecilan. dah sah jadi Authorised EPHYRA dealer (Putrajaya). So, sesape nak beli Ephyra, do contact me okey. warga Putrajaya nanti kite COD je erk sambil berkenalan. ngeee~

anything, just sms/whatsApp 016-2035943. kita bagi harga kasih-kekasih. ahaks.









ephyra ni rasa oren ok. sedaaaap sangat!!!




Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) DAN Permohonan Rumah PR1MA


PPA1M

Bagi kakitangan awam yang nak mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Fasa 2, permohonan online akan dibuka pada 12 Februari 2015 hingga 12 Mac 2015. jangan lupa isi yer pada yang berminat.. Alhamdulillah, aku dah dapat masa fasa 1 siri 3 dulu... dapat rumah kat presint 16, sebelah Alamanda... 


boleh isi borang kat link bawah ni nanti :




PR1MA

untuk permohonan rumah PR1MA pulak, permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Februari 2015. boleh isi kat link nih 








Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Alahai..........




baru masuk minggu ke-2 skolah kot???






Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Pasta Express Putrajaya



skang ni mood masak memang ke laut... maklum la baru dapat bonus :p. asik nak makan kat luo jer... sampai umah setiap hari pas amik hadif dari KAFA kui 5.50pm camtu... pastu nak besilat kat dapo... tambahan pulak cik hessa skang ni dalam fasa nak menempek je kat aku ni... pantang bergerak sikit mesti merengek... nak kena dok depan mata dia jaa.. nak buat kerja pon tak boleh.... haih.

selalu kalau malas masak aku suh incik somi tapaw jer.. kalau rajin baru kua makan. itu pon pegi desa pinggiran jer.... hadif pon dah komplen asik makan tempat yang sama jerk. hiks... so malam tadi tekak nak makan western... nak pegi bangi macam jauh... so, carik kat area putrajaya je la... 

singgah kat satu restoran nih - Pasta Express Presint 15. rasanya baru lagi kot kedai ni.. tak penah perasan pulak before... so, kita try kat sini je la.. sebelum masuk suh incik somi riki dulu harga makanan dia, okey ke tidak.. kikiki..

perabot dalam kedai ni serba putih... cantik. cozy.


aku order grill ciken. cik somi mixed grill. then order sup cendawan. oh, kids eat free kat sini yer. tapi dia bagi 2 choices je kot.


sedap jugak food kat sini. boleh repeat balik.

total semua makan dalam RM60++. harga makanan kat sini standard secret recipe je aku rasa.. ngeee~



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Mak Ayah Carikkan Jodoh....



Baca tajuk entry ni rasa macam dalam novel or drama je kan? zaman la ni mana ada pilihan keluarga dah? maybe ada, tapi sangat la kurang... semua nak carik pasangan sendiri kan?

tapi percaya lah.... mak ayah aku carikkan jodoh untuk adik aku. ngeee~ 

mak aku asyik dok tanya adik aku dah ada calon ke belom? nak mak carikkan tak? mula² tu memang adik aku bolayan... buat tak tau jer.. tapi entah satu hari tu dia kata ok.... aku pon mulanya rasa sangsi jugak kan? adik aku tak mau becinta ke apa? tak mau carik sendiri ker? tapi pikir balik banyak baiknya bercinta lepas kawin. kan? aku pon main peranan jugak nasihat adik aku.. apa salahnya.. restu mak ayah tu penting kan? pilihan dorang mesti yang terbaik... adik aku jumpa bakal isteri dia tu 2 kali jer, masa merisik n bertunang. 

mak aku dah berkenan dengan Syuhadah. adah ni anak kawan baik mak, jiran kitorang masa kat Bukit Mertajam dulu... even dah 30 taon kami tak dok BM, depa still contact.

so, 25 Disember lepas dorang pon bertunang... nikah bulan 3. kenduri bulan 6. sebabnya nikah gantung? si Adah ni mengajar kat Miri. katanya bulan 4 bukak pertukaran on9 guru tu eh? so, nak kejar yang tu la. nak mintak tukar sini. dah kawin kuat sikit reason tu kot?

ni la bakal adik ipaq kami ~ Ustazah Nor Syuhadah


bersama parents masing².. bertaut 2 keluarga. kawan baik jadi besan ♥



bertambah sorang pempuan dalam keluarga. adik badik lelaki aku ada 5 orang.. jenuh nanti kumpul adik ipaq pempuan. ngeeee~



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Anak Mak masok Tibi :p



Hohoho.... glamer skejab anak mak malam tadi... ngeeee~

semalam masa aku smpai skolah hadif dalam kui 1, dalam kelas ada RTM tengah shoot budak² nih... biasa la kan, tiap² taon pon mesti ada berita ragam budak masuk darjah 1. budak² pempuan je yang volunteer nak intebiu. budak lelaki semua pemalu.... adeh.... bila reporter tu keluar kelas nak intebiu parents, pakat semua lari... hahahah... 

aku ada dengar reporter tu cakap kat sorang akak tu, tengok berita tv1 malam ni... so, aku ngan hadif pon gigih la tunggu kui 8 malam depan tv. ngeeee~


aku rekod berita ni. so ni screenshot dari video tu. tak clear sangat.



nasib la abam hadif.. pintu gua tengah ternganga.. hahaha

so far, hari pertama persekolahan abam hadif ok jer.. cuma masa KAFA, die sedih katanya. sebab lepas abis solat asar tak boleh salam cium tangan ibu. kawan² lain yang parents stay tunggu anak boleh salam katanya... alahaiiii anak... sebak pulak mak nih.




Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Darjah 1



ni gambo last week, masa hari pendaftaran.

Alhamdulillah... hari pertama sekolah smooth sangat... abam hadif pagi² dah bangun. tak payah gerak, dia bangun sendiri. maybe dia dah set kat kepala esok dah skolah. otomatik dia terbangun. senang keje mak! sayamm abam...

sampai skolah, aku anta hadif terus dalam kelas... carikkan tempat kosong utk dia. suh dok depan skali, laju je dia geleng. hahaha.. so, duduk barisan kedua. then aku borak kejab ngan cikgu tanya itu ini.. tanya abam ok? dia angguk. aku cium pipi kiri kanan, terus keluar kelass... aku tak tunggu pon, sebab dulu hadif kan praskolah kat sini jugak.. so, dia dah biasa...

 abam memang ohsem haini.. hati tak kaca dah! 

belajar baik² yer sayang....



Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

Pagar dah Roboh~



abam hadif dah darjah 1 taon nih... skejab jer dah 7 toan... siyes... cepat betui masa berlalu. untuk darjah 1 ni aku tak risau sangat. sebabnya hadif prasekolah n kafa kat situ taon lepas. so dah biasa selok-belok kat situ. harapnya ok-ok la. huhuuh...

eceli gigi kekal abam hadif dah tumbuh 3 batang belah bawah. nak masok 7 taon ni gigi dia belah atas dah start roboh satu-satu... eceli gigi dia ada 3 batang yang nak tanggal. seram mak tengok bila hadif dok main goyang² gigi dia. 


last week satu gigi tanggal belah atas. gigi bawah tengah tu gigi kekal



satu lagi roboh hari rabu lepas. HAHA. dah tak hensem... gigi tu sebenarnya tunggu masa je nak tanggal. hari selasa tu kami pegi alamanda, gusi dah start berdarah. panik skejab hadif tgk darah tu. esok tu gigi dah tanggal. legaaa... 



abam hadif malu nak senyum. kihkih. masa daftar darjah 1 minggu lepas, gigi atas hadif dah tanggal satu. kawan² ejek gigi rongak katanya. terus sentap! huhuuh... sabaq sat na abam. nanti gigi dah tumbuh, mesti kacak bergaya anak ibu. komfem ramai secret admirer kat skolah. hahaha.




Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥