Showing posts with label Review Redang Reef Resort. Show all posts
Showing posts with label Review Redang Reef Resort. Show all posts

Percutian Cuti Sekolah di Pulau Redang, Mac 2017 (Day 2 & 3)


Tengok kat draft, bersusun rupanya entry yang belum publish... bertahun² dok kat draft wei... tak sempat nak karang n up kat belog... adehh... so, haini nak kasi setel entry Cuti² Pulau Redang tahun 2017 punya. muahahaha..... kalau nak baca entry lepas² pasal Pulau Redang ni boleh klik link ni.

Day 2 - Cuti² Pulau Redang

Hari kedua, after breakfast, kitorang bersiap untuk snorkeling di Marine Park. Hari kedua ni ada 2 sesi snorkeling, 9.30 am di Marine Park dan 2.30 pm di open sea. 

sebelum pegi breakfast, lepak layan view pagi atas buai dulu~

breakfast with sunrise~

lepas makan, siap² tukar baju untuk pegi snorkeling kat Marine Park.

 Marine Park ni antara port snorkeling yang paling cantik di Pulau Redang. Rugi sangat kalau tak amik pakej snorkeling dekat sini.

cik hola masa pegi sana dulu baru 7 bulan.. now dah nak masuk 3 taon dah wei.... punya lama la ibu nak up entry redang ni.. kuikui~

main pasiaq je lah mampoo sebab kangah takot mandi laut. huhu

one for the album~

abam hadif pon dah bujang skang~ masa ni nampak lagi muka kanak² dia.

balik je dari snorkeling kat Marine Park, terus pegi cafe untuk lunch. 

Balik dari Marine Park memang time lunch. so terus makan jer. then rehat kejab, kui 2.30 pm ada satu lagi sesi snorkeling kat open sea. yang tu hadif n hubby je pergi. aku, hessa & hola stay dalam bilik jer.. snorkeling atas katil. muahahaha.. tak larat dah wei~

petang tu lepak² makan ais krim depan bilik jer~

then jalan² sight seeing sepanjang pantai. cari port cantik untuk bergambar. 


akhirnya tercapai gak nak bergambo kat sini.

kalau datang Pulau Redang, wajib bergambar kat More More Tea Inn ni.. asalnya dulu set untuk filem Hong Kong - Summer Holiday

skang ni More More Tea Inn dah jadikan sebagai kedai cenderamata. 




rindunya Redang.... 


Day 3 - Cuti² Pulau Redang

Hari terakhir kat Redang, lepas breakfast terus packing semua barang. check out pukul 10.00 pagi yer kawan².


sempat lagi bergambo kat area resort sebelum gerak~

port tunggu transit. kat sini nanti ramai² berkumpul. yang dari resort lain pon semua kumpul kat sini.

proses nak menunggu feri n transit ni amik masa jugak.. sebab tu pukul 10 pagi dah kena check out resort... 

babai Redang.... tu nampak bumbung Laguna.. wish list jugak tu... InsyaAllah ada rezeki boleh check in kat situ nanti...

yang bumbung hijau tu la resort kitorang stay.. Redang Reef Resort

Bye-bye Pulau Redang. 
Panjang umur kita mai snorkeling sining lagi deh!


flight balik KL belah petang. tapi tak sempat nak berjalan pegi mana pon time tu.. kitorang kan amik pakej transport Redang Reef Resort.. so, sempat singgah Lorong Penyu kt Chinatown ajer sbb driver resort singgah opis dia... lepas tu driver tu terus anta weolls pegi airport.

Tamat sudah kisah Percutian di Pulau Redang... ingat nak repeat tahun ni, tapi takde rezeki.. InsyaAllah, bulan depan kita pegi snorkeling tapi kita try pulau lain plak.


Percutian di Pulau Redang, Mac 2017 Day 1


Aku ni sebenarnya memang takde jodoh dengan Pulau Redang kot! hahahaha.... kalau nak tau, aku dah tiga kali booked flight ke Ganu dengan tujuan nak ke Redang! tapi semuaaa tak jadi... sedihhhh T____T

Dedulu kan Air Asia kalau time free seat memang murahhhh gilesssss! bape hinggit je kan? skang je AA kede, murah tak murah mana dah.... huhuhu... 

tak silap aku, first time aku booked tiket ke Terengganu dgn. tujuan nak ke Pulau Redang rasanya taon 2011/2012. masa tu bodo² lagi, tak reti kuasa google lagi. hahahaaha.... punya la pandai pi beli tiket AA bulan Disember. dah sah-sah la pulau tutup time tu.. :p

kali ke-2 booked taon 2013.. tapi sebab bulan yang sama kami pegi holiday Jakarta-Bandung, so terpaksa la cancel trip ke Redang lagi skali..duit banyak habis sopim kain. hahahah.. again, nasib tiket murah!!! 

Last skali, taon 2016 bulan 8-9 camtu!! time tu aku tengah berpantang mek Hola! hahaha.. ye la, beli tiket murah kan setahun awal. mana nak tau nak ngandung! ye tak??? :p

dan Alhamdulillah... tahun 2017 Allah makbulkan impian aku nak ke Redang. ngeeeee~~ tiket AA pon murah² jugak beli.... tiket infant je mahai return RM100! sobss....


Redang yang cantik!! akhirnya dapat jejak kaki kat sini... bertahun simpan impian nak gi sini.. ^____^

wokey... jom baca kisah Percutian kami ke Pulau Redang bulan Mac lepas... review pasal resort yang kami stay tu aku dah up yer.. leh klik link ni :

Review Redang Reef Resort 

Day 1 - Cuti² Pulau Redang

seawal pukul 6 pagi kami dah sampai airport... flight ke Kuala Terengganu dalam pukul 8 pagi rasanya.


then, sampai airport KT, orang resort dah siap tunggu kat luar epot. siap pegang kertas tulis nama aku untuk bawak ke Shahbandar Jetty. feeling tourist sangat! ngeee~ kami amik pakej sekali dengan return transport dari airport-jetty.. bawak anak kecik ni rasanya lagi mudah camtu, semua dah tersedia.... ngeee~

Sampai Jeti shahbandar, orang resort bawak kami pegi jumpa En. Mazlan untuk bayar balance duit pakej and dia bagi tiket feri skali. kitorang tak sempat nak sarapan pon. so, incik suami tapau kepok lekor je utk makan dalam feri..


So, here we go!! Perjalanan feri dari Jetty Shahbandar ke Pulau Redang ambik masa dalam 1 jam 40 minit camtu.



 aircond dalam feri tu sejuk gila.. aku dah rasa pening² dah time tu.. so, ajak anak² naik tingkat atas amik angin...


kangah hessa ♥


next top model ~ abam hadif ♥



bila dah nak smpai pulau, semua kena transfer ke bot lain.. ni gambar masa balik yer.. gambar masa mula² sampai sana tak sempat snap.. saja nak tunjuk korang kena tukar bot lain. ngeee~


ni la rupa bot transit tu~ 


sampai je darat, orang resort masing² dah tunggu nak angkut naik kete cam dalam gambo kat atas tu... nak panggil apa pon tak tau! hahaha... kalau resort yang dekat² jalan kaki je la.. resort kami ujung sana, so depa kena angkut laa.. dengan nak bawak beg lagi kan?




kami stay di Redang Reef Resort... asalnya nak stay kat Redang Lagoon, resort orang melayu n paling murah kat sana.. tapi dah penuh pulak time cuti skolah tu.. 



sampai je resort, ada taklimat sikit dari orang resort.... setel bahagi kunci semua, kami pi simpan barang dalam bilik dulu.... review bilik semua aku dah up kat entry INI. sila la klik kalau nak baca review yek!


private beach depan bilik.. rindunya redanggggg!!!


 lepas letak barang semua, kami pegi kafe untuk lunch~ lauk variety la jugak tapi more to chinese food... tapi dun worry, sambal belacan ada disediakan! ahaks...



 lepas makan jalan² sekitar resort... cantikk gila air lauttt. kena pulak cahaya matahari... memang majestic view. lawaaaaa ohh!!


balik bilik, budak berdua ni dah tergedik² nak mandi! tengahari panas terik ni nak oiiii!!!


adik holaaa tengok dari jauh je laa... panasss litlit!

dalam pukul 2 petang camtu, bersiap untuk 1st snorkling session.. tapi hubby n hadif je la join... kami yang gegirls ni buat taik mata dalam bilik... letih oiiii bangun kui 3 pagi kot nak siap pi epot!


sedar² hadif ketuk pintu bilik ajak pi minum petang! dorang baru balik dari snorkeling. around 4.30 pm camtu.... sedap la pulak tengok roti bakar tu! 


lepas minum petang, balik bilik siap² tukar baju mandi~ turn ibu pulak mandi laut...


 petang² camni memang ramai la orang kan kat long beach tu...



ibu siap bawak bubur frozen untuk baby. cik hola ni memang totally reject instant punya bubur/nestum. so terpaksa la ibu bawak bekal. huhuhu~


hai la Laguna.... awat la pakej hang mahai sangat??? T______T

Lepas puas mandi laut, balik bilik mandi semua, then keluar pegi kafe untuk dinner pulak.... cadang nak jalan² kat long beach... meriah katanya waktu malam... tapi budak² dah penat... balik bilik semua tidoq terbungkang tak sedar diri sampai esok pagi.. penat kot!! 


Sambung kisah Day 2 di Redang kemudian yer.. nak letak dalam satu entry panjang sangat pulak... till next time. xoxo ♥



Redang Reef Resort - Review


Dah masuk pertengahan bulan September dah... cepatnya masaaaa berjalan..... dan mak baru hegeh nak sambung balik kisah terbengkalai masa bercuti di Redang Reef Resort bulan Mac lepas... ngeeeee~~~

jom layan review ikhlas dari hati mak. ahaks :p

kat belakang tu la Redang Reef Resort....

why Redang Reef Resort?? sebab dalam banyak² emel aku anta, resort ni yang reply dan yang ni je kosong time tu. dan yang penting masih dalam bajet. hahahaha... cuti sekolah kan? nak duduk laguna, macam..... ermmmm... beza dalam seribu jugak. takpe lah! ahahahah... mak sedar diri T____T

tapi... siyesss best stay kat sini... berbaloi laa dengan duit yang dikeluarkan... pendek kata, you get what you pay for la khen?? :p

Redang Reef Resort ni terletak di sudut tepi (hujung skali) kat Pasir Panjang (Long Beach) Pulau Redang. jauh sikit dari resort² lain...

kena lalu jambatan/titi ni nak ke resort... memang jauh skit kena jalan...


jom tengok harga pakej pulak~

aku amik pakej 3 hari 2 malam - bilik standard triple (school holiday). Total bayar dalam RM1181.90 untuk 2 dewasa, 1 kanak². hessa tak masuk pakej, tapi kena bayar jugak sikit.

3D2N PAKEJ SNORKELING

Accommodation with air-conditional and bathroom attached.
All meals (Breakfast, Lunch, Tea-Break and Dinner)
Snorkeling trip (Complimentary) - without equipment
2 Ways ferry transfer from Shah Bandar to/from Resort


ada 2 tingkat - very budget and basic kayu resort

kami dapat bilik bawah dan tepi skali, dan yang penting.......



dapat bilik dgn view laut.. biru je mata tiap kali kua bilik kan.. ngeee~


dan yang best dalam bilik ada 4 bijik katil... 1 queen size, 3 single bed..


pilih la katil mana yang korang nak tido....


simple je biliknya yuols.. basic chalet kan?

Bilik kayu je, so bila orang sebelah sembang pun korang boleh dengar. hahaha~ so far, bilik ok, cuma rasa melekit n berpasir skit. takde almari tapi ada la tempat gantung² kat belakang pintu. ngeeee~  


bilik ayaq~


Private beach with nice view.....


depan chalet ada banyak pondok² bawah pokok... so tak panas... sangat la beshhh... 


rindu Redang ohhhh!


kedai sebenier... makanan ringan pon ada jual tapi mahal skit la.. biasa la tu :p


kafe dia banyak port... so boleh pilih kat mana nak makan~


dan slalunya kami makan kat sini.. open air, atas laut.. baru feel yuolss~


nak makan area sini kena bukak kasut yer~


dive centre~


tempat menunggu sebelum pegi snorkeling~


kawasan sekitar chalet~


panas litlit dah terjun laut~


private beach depan chalet ni jenis berbatu sikit n tak dalam... 


memang sesuai untuk budak² mandi sebab dikelilingi batu... bukan laut lepas.. so memang tak risau kalau dorang mandi..


santai nampaknya 2 badik ni~


kita tengok dari jauh je la bang laguna tu.. ahaks~


so far, semua ok kot! tapi tang makan tu tak puas hati skit... makanan kat sini more to chinese food... so, memang kureng la kan kat tekak melayu aku ni...

pastu food utk bbq dia dah siap² bakor... mungkin dia nak mudahkan semua orang.. datang amik makan jer... tapi bila time makan dah tak panas dah.. sebab aku baca review ada resort yang kita kena bakar sendiri bbq tu... baru la feel bbq tu bila ada asap²! hahaha...



Kesimpulan : Pasti akan datang lagi ke Redang... sebab Redang best! Redang sangat cantik!! but next time nak try resort lain la pulak.... Laguna keww? ahaks. berangan. bye.