Showing posts with label Hadif. Show all posts
Showing posts with label Hadif. Show all posts

Happy Birthday Hadif Khumaini



6 November 2018
HAPPY BIRTHDAY MY 1ST BORN 🎂🎂
MUHAMMAD HADIF KHUMAINI 

dah 10 tahun dah umur anak sulung ibu ni~
ibu doakan abam sentiasa dalam jagaan Allah dan menjadi ank yg baik utk ibu & ayah.


sempena besday abam hadif, mak bawak anak² bercuti ke Dash Box Hotel buat kali ke-3. ngeeee~


mak suka bangat hotel ni sebab pool depan bilik. 
senang nak monitor anak² mandi~


abam hadif & kangah hessa dapat delivery surprise from maklom.. tenkiu maklom. we ♥ u so much....


 
untuk abam ~


untuk kangah~


Ya Allah.
Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati.

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu.

Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Jadikan anakku, orang yang baik dan taqwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin. 


Selamat Ulangtahun buat anak-anak ibu tersayam





🎂🎈🍭🎉🎂🎈🍭🎉🎂🎈🍭🎉
6 Nov - Selamat Ulangtahun ke-8 Abam Hadif
9 Nov - Selamat Ulangtahun ke-3 Kangah Hessa
🎂🎈🍭🎉🎂🎈🍭🎉🎂🎈🍭🎉

Semalam besday abam long hadif. esok pulak besday kangah hessa... besday dekat², so kita celebrate sekalilah. senang! jimat pon ye jugak. ngeee~

So, semalam bawak budak² ni pegi Bird Park jer. hadif penah pegi dulu, tahun 2011. lamaaa dah pon. die pon tak ingat penah pegi. hahahah.. zaman blackberry. zaman selim-melim lagi :p

entry tu aku tepek kat sini

nanti la aku cite lain ek.. banyak benda nak cite sepanjang aku cuti bersalin 3 bulan haitu.. tapi tu la, malas nak menaip. sadis!

Doa Hari Lahir Anak

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati. 

Bantulah aku, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. 

Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku. 

Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad. 

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin



Cerita Hadif Sunat / Berkhatan / Masuk Jawi



Seminggu lebih tak update belog! fuhhh-fuhhh! tiup habuk skit.. :p

Semalam baru masok opis. last week cuti direct seminggu. balik kampong temankan hadif berpantang. senang skit bila ada mak ayah kite tolong monitor sama. pengalaman pertama khatankan anak kan? serammm jugak kalau nak jaga sendiri. huhuhu.. lagi pon kan cuti sekolah? ni la masa nak bermanjaaaa ngan tokyah n opah kat kampong. 


aku mintak mak aku booking slot berkhatan kat klinik sepupu ayah aku kat Kamunting sana... Bayaran RM150. Sehari sebelum bersunat tu, kena pegi amik ubat sebab sejam sebelum bersunat kena makan ubat tahan sakit.


sebelum tu, pagi² lagi aku dah ajak adik² aku bawak hadif berendam kat sungai kampong aku tu.. rendam sampai kecut kekdahnya. kuikui


hadif dulu penakot amat mandi sungai... now dah ok. dok kampong seminggu ni, ada la 3 kali kot dia pi mandi sungai. sebelum bersunat sekali, then pas bersunat 2 kali pi mandi~


tapi still takot² nak mandi kat tempat dalam skit

dalam kui 4 petang kami dah tunggu kat klinik dah... hadif orang last yang sunat haitu. hadif cool je masa ni.. tapi boleh pulak budak yang giliran sebelum hadif melalak satu klinik. habisss semua kaum kerabat diangkut masuk dalam.. aduhai.. terus nampak cuak muka hadif.

mak yang sereemm.... aku memang tak berani nak tengok prosedur berkhatan tu... aku tengok masa doktor bagi bius tu jea.. pastu memang pusing belakang. lagi pon masa tu tengah dokong cik hessa. so, tak best la klu hessa tengok kan? takut dia trauma pulak. huhuhu~


yeay! relax je abam hadif lepas sunat... dalam 15 minit gitu je kot proses tu.. tak sakit katanya... tapi lepas ubat bius habis, menitik jugak air mata dia. dok ngadu sakit.sakit... adesss

ni aku share sikit info pasal lepas bersunat :-


- ubat bius tu aku rasa sekejab je tahan. sebab dalam kereta nak balik umah hadif dah nangis² cakap sakit. 


- doktor jahit jer. takde balut² luka. lagi elok kot coz cepat luka kering. 



- jangan bagi kena air. hadif kencing aku basuh ujung² jew... mandi pon tak 3 hari. huhu.. just lap-lap badan sajok.

- Benang jahit luka tu akan reput sendiri.


 - ayah aku cakap kena kurang minum air. sebab nanti asyik nak kencing jer n anu bengkak? aku pon lupa sudah...



- hari ke-4 pergi klinik balik sebab doktor nak tengok kesan luka.

- hari ke-5 dah bawak hadif rendam dalam sungai... ngeeee~ bagus sebab nanti kuping² yang melekat tu semua hilang. 

hari ke-4, lepas bawak pegi klinik, singgah kedai 2 hinggit kat kamunting jab. beli lego murah² untuk dak hadif. beli mainan utk dak hessa skali... jangan tak tau, sepanjang seminggu dok kampung ni, sebakul dah lego dok beli.. yang lego shell tu jangan cakap laa... asal singgah shell kena beli. curang skejab dengan petronas nak beli lego shell punya pasal. hadoiii...

ni gambar hari ke-5. makteh-pakteh yang bawak hadif rendam sungai. aku tak ikut masa ni.. boleh pulak makteh die suh bogel jer kat sungai tu... suh kuping tu cepat hilang katanya.. adoyaiii.... abam hadif oiii... hang tu dah sunat! dah teruna dah. malu laaaa...

bawak anak² jenjalan pusing kampong ngan motor.. padi tengah menghijau.. turun jab snap gambo buat kenangan... view sangat cantik!

okey. itu jer kot... bubye



Sambut Besday kat Sekolah~



Macam taon lepas, taon ni pon hadif requested nak celebrate besday dia ngan kawan-kawan kat skool. mak okey jer, asal anak bahagia. selagi mak mampoo, InsyaAllah mak turutkan... dis time hadif nak sambut masa kelas KAFA petang nanti... so, tengahari lah aku anta kek kat skolah. hadif cakap ustazah nak bawak mee goreng haini.. sekali jamuan akhir taon kot!


macam biasa, tetap dan berpencen tempah kek dengan D'nies Cake.. ngeee~ taon ni hadif nak gambo lego... kek 2kg ni harga RM90.


ni gambo sambut besday taon lepas kat pra-sekolah. 

besday hessa pulak bulan depan kot sambut kat taska... bajet lari dah. muahahaha

Selamat Ulang tahun anak² ibu ♥



Hadif Khumaini - 6 November
Hessa Zahraa - 9 November

Happy Birthday anak-anak syurga ibu~ ♥♥♥
🎁🎁

besday hadif Jumaat lepas... dah celebrate kat GoldCoast Morib... check-in 1 malam jer.. 


gambo fresh pagi ni masa kat klinik~ 

Kesian anak dara ibu demam nak beralih tahun. Pakej lengkap demam + cerybery + muntah. Haini kena amik darah sbb da 4 ari demam. tapi nasib result darah ok. tapi tu la. tak tahan asik ceri-beri. kesian kat die jer...

nanti dah sihat kite pegi makan kek yer sayam² ibu~




Alahai..........




baru masuk minggu ke-2 skolah kot???





Anak Mak masok Tibi :p



Hohoho.... glamer skejab anak mak malam tadi... ngeeee~

semalam masa aku smpai skolah hadif dalam kui 1, dalam kelas ada RTM tengah shoot budak² nih... biasa la kan, tiap² taon pon mesti ada berita ragam budak masuk darjah 1. budak² pempuan je yang volunteer nak intebiu. budak lelaki semua pemalu.... adeh.... bila reporter tu keluar kelas nak intebiu parents, pakat semua lari... hahahah... 

aku ada dengar reporter tu cakap kat sorang akak tu, tengok berita tv1 malam ni... so, aku ngan hadif pon gigih la tunggu kui 8 malam depan tv. ngeeee~


aku rekod berita ni. so ni screenshot dari video tu. tak clear sangat.



nasib la abam hadif.. pintu gua tengah ternganga.. hahaha

so far, hari pertama persekolahan abam hadif ok jer.. cuma masa KAFA, die sedih katanya. sebab lepas abis solat asar tak boleh salam cium tangan ibu. kawan² lain yang parents stay tunggu anak boleh salam katanya... alahaiiii anak... sebak pulak mak nih.



Darjah 1



ni gambo last week, masa hari pendaftaran.

Alhamdulillah... hari pertama sekolah smooth sangat... abam hadif pagi² dah bangun. tak payah gerak, dia bangun sendiri. maybe dia dah set kat kepala esok dah skolah. otomatik dia terbangun. senang keje mak! sayamm abam...

sampai skolah, aku anta hadif terus dalam kelas... carikkan tempat kosong utk dia. suh dok depan skali, laju je dia geleng. hahaha.. so, duduk barisan kedua. then aku borak kejab ngan cikgu tanya itu ini.. tanya abam ok? dia angguk. aku cium pipi kiri kanan, terus keluar kelass... aku tak tunggu pon, sebab dulu hadif kan praskolah kat sini jugak.. so, dia dah biasa...

 abam memang ohsem haini.. hati tak kaca dah! 

belajar baik² yer sayang....


Pagar dah Roboh~



abam hadif dah darjah 1 taon nih... skejab jer dah 7 toan... siyes... cepat betui masa berlalu. untuk darjah 1 ni aku tak risau sangat. sebabnya hadif prasekolah n kafa kat situ taon lepas. so dah biasa selok-belok kat situ. harapnya ok-ok la. huhuuh...

eceli gigi kekal abam hadif dah tumbuh 3 batang belah bawah. nak masok 7 taon ni gigi dia belah atas dah start roboh satu-satu... eceli gigi dia ada 3 batang yang nak tanggal. seram mak tengok bila hadif dok main goyang² gigi dia. 


last week satu gigi tanggal belah atas. gigi bawah tengah tu gigi kekal



satu lagi roboh hari rabu lepas. HAHA. dah tak hensem... gigi tu sebenarnya tunggu masa je nak tanggal. hari selasa tu kami pegi alamanda, gusi dah start berdarah. panik skejab hadif tgk darah tu. esok tu gigi dah tanggal. legaaa... 



abam hadif malu nak senyum. kihkih. masa daftar darjah 1 minggu lepas, gigi atas hadif dah tanggal satu. kawan² ejek gigi rongak katanya. terus sentap! huhuuh... sabaq sat na abam. nanti gigi dah tumbuh, mesti kacak bergaya anak ibu. komfem ramai secret admirer kat skolah. hahaha.



Happy Birthday Anak Ibu.....



6 November ♥

Alhamdulillah... hari ni genap hero ibu 6 tahun... ari ahad ni pulak besday adik hessa. 

semoga anak ibu Muhammad Hadif Khumaini membesar menjadi anak yang soleh, berilmu, bijaksana dan berguna kepada agama, bangsa dan negara... love you abam ♥♥♥


p/s : no matter how many birthdays come and go, you'll always be my little boy. HAPPY BIRTHDAY son!


Like a Boss!



Haini nak citer pasal abam hadif yang daku pos ke kampung sana sempena cuti skolah. ngeeee~

hari² adik aku update aktiviti hadif kat kampong. kekadang wasap gambo. hadif pon rajin call aku. dalam sehari tu kadang smpai 5 kali die call. habis la kredit makteh. muahahahha... 

meh aku up gambo² abam hadif yang dilayan bagaikan putera raja kat sana. makan bersuap yuolls... hehehe....

ni hari 1st sampai kampung. sedih je muka. baru lepas nangis rindu kat ibu... ni sepupu die tengah layan. dok pujuk suh makan... hai la.. nasib ada orang nak melayan kerenah kau ni ye abam!

okey, tengok lauk atas meja buat aku lapar pulak!


ngengade ko kan abam!


ni gambar semalam. lepas keluar dari zoo depa singgah makan dulu...


ni sepupu kembar aku yang rajin dok melayan... suka la hadif kan? makan bersuap sokmo!

pssssttt : hari ahad baru hadif balik sini... rinduuuuuuuuuuunya!



Rollerblade untuk Hadif!



Sempena cuti skolah ni yuolls bawak anak² pegi mana??? setakat ni aku takde plan pape lagi.. mood bercuti belum mai. lagi pon hessa asyik demam on off jer. nak kua jenjalan pon tak selesa. kesian kat dia.

hadif pon takde merengek nak pegi jenjalan. time cuti ni hari² die ikut aku pi opis. suh dok taska sekali ngan hessa die tak mau! terpaksa jugak la bawak pegi opis. huhuuhu.

hari kamis lepas entah apa mimpi incik hubby die belikan hadif rollerblade. rasanya hadif takde mintak pon. tapi eksaited la budak tu bila dapat rollerblade. kemain lagi try test dalam umah. hari sabtu baru sempat bawak die pegi test.

 masa ni bawak hadif test drive kat area go-kart. hari pertama dah boleh belen badan. jatuh pon sekali-sekala jer. good job son. kalau ibu main pon belum tentu leh imbang badan. komfem baru nak gerak dah jatuh cam nangka busuk. huhuhu...


masa ni still takut² nak bergerak... muka pon moody jer.. hahaha...


petang tu pulak lepak kat dataran putrajaya. kat situ kan klu cuti memang meriah. ramai jer yang bawak anak² lepak. kat sini pon ramai yang main rollerblade, skateboard etc.

so far masa hari ke dua hadif dah terer skit. dah laju die skate. haini pon pas balik keje ajak ibu teman die skate lagi... ye la anak. kesian jugak kat die time cuti ni takde benda nak buat. huhuhu


Wordless Wednesday | Rinduuuuuu~



hadif few hours lepas lahir.... rindunya bau baby...

sabar. sabar. 5 bulan lebih lagi. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan....