Showing posts with label Tema Baju Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Tema Baju Raya 2013. Show all posts

Cuci Mata dan Poket di Sogo dan Jalan Tar



Hari Sabtu minggu lepas adik aku ajak teman die pegi Sogo. nak soping perfume n henbeg katanya.. aku ok je lah coz kebetulan memang nak carik tudung kat jalan tar tuh. kami pegi naik star lrt sebab memang dah tau jalan jem ada perhimpunan black out tu kan? park kete kat lrt sungai besi then naik train. senang tak payah pikir nak cari parking bagai. pepaham je la hari cuti kan? penuh la parking sogo dan kawasan sekitar die tuh. oh, kami pergi berempat yer. aku, hadif, makteh n pakteh hadif.

kali terakhir aku pegi Sogo masa bulan puasa tahun lepas rasanya.. pergi bertiga dengan hadif n adik aku jugak. time tu kami sama² tak leh puasa.. so memang lajuuuu je la jalan. sebelum tu memang dah makan kenyang² siap² dalam kete kat parking Sogo tuh.. hahahah.. makan pun sorok² tak nak kasi orang nampak.. kuikuikui... now kalau nak aku soping bulan puasa memang tak dapek la.. dengan pegnen lagi kan? so, ni kira soping raya la ni. aku ada beli baju raya hadif jugak.

dan tak tau pulak hari tu ada warehouse clearance sale kat tingkat 7 Sogo tuh... aku ni jaranggggg-jaranggggg sangat soping kat sogo nih. so memang tak update la segala sale kat sogo tuh. aku suka pegi jusco lagi. lebih dekat ngan jiwa aku. huhuhu..


 aku just beli baju baby 3 pasang kat sale tingkat 7 nih. huhuhu.. sempat lagi tu capai baju baby. hakhak. dah kater murah kan?


 nak cari baju maternity tapi after 70% less pun still mahal... kim salam je la.. nanti carik kat jusco sajok :b now kat opis pon aku pakai baju kurung lagi. still muat hokey.


 aku letak jab hadif kat starz studio nih. bagi die main puas² dalam ni. husband adik aku yang temankan. tak tenteram hokey nak soping kalau lepaskan hadif tu.. huru-hara mak! so, baik la letak die kat sini. sejam RM6 sajok.


 dalam tengahari dah sesak dengan peserta black out kat depan sogo. depa berkumpul depan sogo dan berarak ramai² ke padang merbuk tu.



 Alhamdulillah, keadaan terkawal cuma sesak je la kat depan sogo tu. cam pesta. huhuhu


 ni salah satu henbeg yang adik aku beli. die bajet RM300 untuk henbeg. oleh sebab henbeg merah ni RM150 jer, so die rembat lagi sebijik. huhuhu..brand CR rasanya. perfume pulak die beli set CK utk depa laki bini..


 makteh hadif beli baju ni kat Globe tingkat bawah skali.. kat situ banyak choices hokey. last year pon aku beli baju raya kat sini.. rambang mata! nasib la aku tak muat. pakai jubah je la. huhuhu...



Baru la Merelip Merelap Baju Raya mak!!!



 Haitu ada bagitau yang baju raya (jubah) aku dah siap kan? baju ni jugak merangkap baju nak pakai untuk wedding adik ipar aku hari sabtu nih... tapi semalam try hampir² ketat.. huuuwaaa... alamatnya tak dapek la nak pakai time raya nanti... tapi takpe.. kite leh carik baju raya lain. *winkwink
.
tema wedding adalah grey yer.. pastu serikan skit baju ni dengan lace pink belacan... tapi bila tengok macam kurang umppp lah... so, tanpa berfikir panjang terus roger kawan aku kat Perlis sana.. segera aku pos baju ni untuk die jahit manik.. muahahhaa... giler kentang jauh kan? :b

nak tengok hasilnya lepas dijahit manik???? 
warna mungkin nampak sikit berbeza sebab penataan cahaya yer... ngeeee~













































amacam??? lawa tak baju mak???? :b



Tempah Baju Melayu di Dzulldeclassique Kajang


.
masa gi Bandung haitu aku ade beli kain pasang untuk family hubby sempena wedding adik ipar next month. so, aku punye kain tu dah selamat jadi baju pon. aku terus tempah kat kedai tu. senang keje. balik sini tak payah pening carik tailor dah. lagi pun aku buat jubah jer. ye la, bulan depan dah masuk 5 bulan pegnen, so pakai baju kurung pon dah tak best.

so, masalah kat sini nak mencarik tailor baju melayu la pulak. lakiku n hadif mana penah tempah baju melayu. selalu beli baju raya siap jer.. so memang takde pengalaman nak menempah bagai ni.. huhuhu... kami ade survey kedai kat Warta Bangi.. upah untuk buat baju melayu dewasa RM130. baju melayu kanak² RM120. fuhhh.. mahai.. mahai...

sebelum tu memang dah tanya sepupu hubby pasal kedai jahit baju melayu nih... sepupu die cakap upah dalam RM150 kat  Dzulldeclassique Kajang. saje la weolls survey kedai lain kot dapat lagi murah kan? rupanye.. hurmmm....

so, nak tak nak weolls pegi jugak Dzulldeclassique Kajang tu. hubby cakap mahai pon mahai la.. asal cantik dan puas hati. lagi pon Dzulldeclassique ni memang glamer kedainye..retis² pon tempah kat situ.. kalau harga RM150 tu boleh sangat la khen??


last week kami pon terjah kedai nih... tanya punya tanya upah untuk baju melayu dewasa RM120 sajok. baju kanak² RM75. siap dengan  butang skali. fuhhh... murah tu compare dengan kat Warta tuh.. so, terus je tempah kat situ.. sepupu hubby cakap masa die tempah RM150 maybe sebab dah dekat raya n nak cepat. tu pasal mahai kot.


boleh tempah baju melayu or baju kurung.. aku tengok kat belah baju pompuan tu macam² fesyen gak dorang leh buat.. peplum pon ada. aku tak tanya la pulak bape upahnya.. segan.


 kalau nak beli kain kat dalam ni terus pon boleh. pilih kain then terus je jahit.


kalau nak tambah sulam cam baju oren tu harganya RM170. yang belah kanan RM150. hubby amik design belah kanan tuh. lagi sebulan baru siap baju nih.

baju ni jugak merangkap baju raya kami. gasak la. basi pon basi laa.. tak kisah pon. :b


ni la tema baju raya kami.. kaler silver... pakai untuk wedding adik ipar dan di pagi raya nanti... itu pon klu still muat lah. hehe


Tema Baju Raya 2013



 
 Silver + border lace pink belacan

  entry pagi tadi boleh terdelete pulaks. sabo je la... nak menaip balik malas.. so, tempek gambo je la... ini la baju raya kami tahun ni. tapi terpaksa dirasmikan lebih awal pada bulan 6 nanti sebab ada wedding adik ipar.. muahahaha...