Showing posts with label Cendekiawan Educare. Show all posts
Showing posts with label Cendekiawan Educare. Show all posts

Rombongan Cendekiawan Educare ke Aquaria KLCC



hari Sabtu lepas Hadif ikut skool trip ke Aquaria KLCC. aku dah penah bawak hadif pegi Aquaria last year, tapi pengalaman die ofkos tak sama kan klu pegi dengan cikgu n kawan². so, dengan rela hati aku ok jer hadif ikut rombongan tu. kena bayar RM50.

dalam kui 8.15 pagi aku dah terpacak kat depan skolah. bila bas dah datang ingatkan boleh terus gerak. sekali satu parent ni hantar anak die lambat kot! dekat sejam gak tunggu anak dia.. tsk tsk. sabar je la. tak pikir orang langsung! elok je anak dia sampai, bas terus je gerak. dah la dengan aku tak makan dan tak mandi lagi. kena berdiri terpacak tunggu bas lagi.. hampesss....

gambar² kat bawah ni cikgu hadif yang wazap aku. sorang cikgu kena jaga 3 orang murid camtu.. 

hadif siap request nak duduk ngan danish naufal dalam bas. ke main hepy muka dia.





dekat kui 6 pm jugak sampai Putrajaya. lepas pegi Aquaria dorang lepak kat Taman Tasik Titiwangsa. balik tu ingatkan si hadif excited la nak cite pasal trip tu. tapi knowing hadif, takde maknanya die nak cerita. klu balik dari skolah tu aku tanya hari ni makan apa? belajar apa? mintak maaf la die nak jawab... buat muka bosan lagi ada.... anak oh anak. sabar je la...

sampai umah jer terus cite karton dicariknya. aku tanya pon die malas nak jawab. hurmmm... tapi aku tau mesti die enjoy sangat! pengalaman pertama tu dapat naik bas nadi putra.. huhuhuh...


**************************

aku tak penah tepek gambar² masa kami 3 beranak pegi Aquaria last year.. ada satu entry je aku buat. tu pon pendek je entrynya.. so, alang² haini terlebih rajin haini, aku nak jugak tepek kat sini gambar tu.











ni harga tiket yang aku amik dari website Aquaria. cam dah naik harga jerr... taon lepas pegi harga lain... naik RM3 camtu.


dan aku tak tau la relevan ke tak lagi cara ni. last year tak silap aku harga tiket RM35. then aku tunjuk pas kerja gomen dapat la RM28. so tak sure boleh guna ke tak lagi pas kerja tu untuk dapat diskaun. korang try la erk tanya kat kaunter tu boleh dapat diskaun ke tak. huhuhu....


Published with Blogger-droid v2.0.10

School Trip to Aquaria KLCC





Abang Hadif ada lawatan ke Aquaria haini. Gerak dari skolah tadi kui 9 lebih camtu. Ikut jadual patutnya kui 3.30 ptg tadi da balik tp baru mesej cikgu hadif depa kt kl lagi. Huhuhu. Kui 6 pm jugak la agaknya sampai putrajaya. Tak sabar tunggu anak balik. Mesti excited die bercerita nanti. ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sukan Tahunan Cendekiawan Educare 2013





Penat ohh.... Balik dari sukan skool hadif tadi terus bungkang. Padahal bukan tunggu sampai abis event pon. Kui 11 pagi dah cabut lepas abis games hadif. Huhuhu... Hadif sampai skang x bangun tido lagi. Penat sangat kot! :-P


Published with Blogger-droid v2.0.10

Berbaju Melayu di hari Rabu


lemau betui haini, dah nak kui 5 petang baru nak update lol... hewhew.... tunggu masa nak balik umah jer nih. tu bukak belog kejab. :b
.
 
 haini kat skool hadif ada buat sambutan hari guru. so cikgu suh semua pakai baju rayer.... huhuhu...ni baju raya taon lepas... baju raya taon ni dah bagitau haitu - tentulah kaler silver... :b



Sabtu | Hari Prestasi Hadif | Makan-makan Alamanda



pagi semalam ada Hari Prestasi kt skool hadif. start pukul 9 smpai kui 12 tgh. weolls gerak dari umah dlm kui 11 camtu. saja pi lewat konon tak ramai orang la kan? nasib ler elok smpai kt kelas hadif tgk ada cikgu ida sensorang jer. terus je masuk takyah que. 

kelas hadif.... cikgu bagitau so far hadif belajar semua okey. cuma pemalu sikit dengan cikgu. klu suh baca tu alahaiiii.... slow sangat suaranya sampai kekadang cikgu kena letak telinga kt mulut hadif. muahahha.... klu dengan kengkawan bukan main lagi. lompat atas kerusi meja bagai. sabo je lerrr....

then lepas tu terus gerak alamanda nk carik makan. sbelum tu singgah GSC cari tiket wayang. tgk cite semua tak menawan kalbu. ada iron man 3 je yg macam best skit. tapi seat yang tinggal depan2 sajok. tiket utk malam pon sama. alahaiiii.... so, kami beli tiket iron man untuk hari ahad. dapat seat belakang sekali. puas hati.. mihahahaa

pastu singgah RASA - makan je kat situ... 

 
 sizzling for hubby


kueytiaw goreng aku share ngan hadif.


epal asamboi... sedap gilllsss


Published with Blogger-droid v2.0.10

Aktiviti hari ni~




Skang tengah dengar ceramah anjuran skool hadif. Tajuk ceramah ni Coaching living into Greatness with 2 method. Best penceramah die. Fun.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Sukaneka Karnival WOW 2013 Putrajaya

.
 tengok Nad up cerita pasal Zakwan ada hari sukan, baru teringat aku tak up lagi cite pasal hadif pon join sukaneka last week. sukaneka ni sempena Karnival WOW Putrajaya. ade la dalam 6-7 tadika area Putrajaya ni yang join.

dalam surat pukul 7.30 pagi dah kena berkumpul. tapi kui 8.30 pagi ramai lagi yang baru sampai. hewhew.. sabo je la..

 sampai² je penganjur bagi makanan untuk budak² breakfast dulu.. hadif moody jer pagi tu.. nak aku teman die manjang... bila aku tinggal die kejab jer, tengok² die dah nangis.. adooyaii.... malu je kat kengkawan. yang lain okey je mak tengok... sabo je la anak oii.


 
time ni mood dah okey sikit. tu kena paksa senyum tuh !


bila 1st game die nak start baru ler senyum manjang... dah excited nak berlari masa ni... 1st game hadif main straw getah.

2nd game tak silap aku baling bola dalam baldi. aku rekod je, tak snap pulak masa game nih.


 
last skali hadif main tiup gula dalam tepung!


habis melekat tepung kat muka n baju...


ayah outstesen.. haini baru balik ke pangkuan :)


skool hadif menang saguhati jerr... tapi hadiah rasanya die bagi semua sama.. muahahaa... dalam paperbeg tu ada crayon, pencilbox, pembaris. pendek kata alat tulis la.. terima kasih la pengajur atas hadiah dan buat aktiviti ni.. atleast budak² ni dapat pengalaman n terdedah dengan aktiviti sihat. ngan mak sekali berpeluh² kau!! 

lepas habis sukaneka kami terjah Karnival Wow pulak.. nanti aku up entry yek...


Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari....

.Hadif di opis ibu pagi tadi~

ke main kan tajuk? hewhew.... sambung lagi kisah hadif pegi skool hari ke-2... tadi kejutkan die pukul 7 pagi.. elok je die bangun.. mandi pun tak banyak songeh... bagi die pakai baju n tengok karton sementara aku siap pakai baju kerja... semangat je aku tengok die nak pegi skool.. dalam hati Alhamdulillah... smooth jer sebab balik sekolah semalam hadif cakap best pegi skool... aku ingat dah ok la kan?

gerak pegi opis dulu sebab aku nak punch card.. ingatkan nak singgah cafe opis bagi hadif makan dulu.. sekali cafe tutup daa... lepas punch, bukak pc semua, masa nak turun tunggu lift jumpa bff Lynn. so ajak die join skali sebab nak pegi makan kat mamak dulu...

masa kat mamak tu la hadif dah start buat hal... asyik ulang² tanak pegi skool-tanak pegi skool... alahai.... tadi elok jer.. :-(

sampai sekolah die dah start meraung... nak berdokong jerr.. nak tak nak terpaksa tinggalkan jugak hadif atas riba cikgu die.. huhuhuh... harap² ok la lepas tu...

oh. hadif punya wish list dari taon lepas die mintak tapi aku tak penah nak tunaikan lagi.. mana nak carik entah.. pening mak! ke korang tau mana nak dapat.. cer citer.....






































http://40.76.my/Malaysia/sharp-cash-register-xe-a102-rm370-mesin-cashier-mesin-kira-kira-1006-16-gamfe@4.jpg
mesin kira cashier versi mainan punya. ade ker???

*pitam


Drama Air Mata di pagi Hari

 .
Hari ni hari pertama Hadif pegi sekolah... dan seperti yang dijangka memang ada adegan drama air mata kat situ.. tapi takde la die meraung ke hape... tapi esak² la jugak die nangis sampai kua hingus. hewhew... aku just tengok dari tingkap je la... masa tengok anak nangis tu rasa nak masuk pi peluk ja, nak tenteramkan dia.. nak pujuk dia jangan nangis... tapi ku tahan jebattt... kalau kita pun sama ikut hati kaca, alamat sampai bila anak nak berdikari, ye dak? takpe la.. pelan² kayuh... lama² nanti biasa la tu...

masa dalam kete otw nak anta Hadif pi skool tu, hadif cakap 'hadif tak nak pegi skool. skool hadif ade budak perempuan. hadif malu....'

LOL


Published with Blogger-droid v2.0.9

Ready to School!




Ready ke tak ready kena jugak pegi skolah yer anak... Ibu dah bayar yuran pon. Baju skolah dah amik semalam. Dah suh hadif test pon. Tapi biasa la mamat ni hati kental ngamuk2 tak nak gi skool. Alahaiii.....
.
Untuk tahun depan aku register hadif kat Cendekiawan Educare, Presint 18. Dekat ngan opis. Dekat ngan umah. Satu hari kat situ takde transit2. Senang keje mak! Kang satu hal nak ngamik tengahari pastu anta transit pulops. Mak die tak berapa nak rajin. Huhuhu...
 .
Baki cuti pon tinggal 1 hari lagi. Nak amik cuti 31 disember nih. 2 januari pun amik cuti nak anta anak pi skool buat pertama kali. So dapat ler 5 hari cuti start sabtu. Hewhew.. Macam dah boleh bayang jer drama yang bakal jadi hari pertama skolah nanti. huhuhu.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tahun depan, Nak ke TAKNAK kena jugak pegi Sekolah!

.
.

Alhamdulillah... dah setel pon booking skoll hadif untuk taon depan... setelah dipikir pro dan kontra sekolah² yang telah dishortlisted, ni la pilihan mak bapak hadif... huhuhuhu.... 

welcome to school sayang........

.