Showing posts with label tema baju raya 2015. Show all posts
Showing posts with label tema baju raya 2015. Show all posts

OOTD Raya Haji



Soooo in love dengan baju Minaz nih, tapi sayang sangat² fragile... adesss. tak boleh nak melasak sangat. baju mahai, kualiti kain out. harap pihak minaz boleh baiki okey. sayang sangat sebab design Minaz meletop-top-top yuolls... ni upcoming ni design lagi lawaaaa.... kena simpan duit siap². hew hew hew :p

p/s : tengok gambaq sekali lalu ja okey. jangan telek lama². ahaks.. mak tau mak dah geeemoookkkk!!!





Selamat Hari Rayerrr.... ku dah masuk kirjaaaa!!




terpaksa hangkut anak skali masuk opis... taska sambung cuti lagi LOL. dah la cafe pon tak bukak! mana ku mau carik makan??????



Beli Baju Raya dari Dynas Nursing Attire



Selagi tak raya, selagi tu la asyik nak membeli jer.. tak cukup². padahal semua dah complete kot! aduhaiii.... kronik betui perangai mak² nih... pantang nampak sale! mesti nak menambah. biar mak pokai, asal anak bergaya giteww.... no! no! no! jangan camtu hokey!

masa dok cuci² mata kat insta.. skali nampak dynas mokhtar post video baju kurung n baju melayu budak.. nak kasi clear katanya coz nak pindah butik. tengok harga RM35. cantik dah tu! terus shoot emel. tapi kaler yang aku nak takdo pulak... ada kaler pepel je untuk saiz 2 tahun... so, boleh la kot.

butik dia Dynas Nursing Attire tu kat the Curve tapi nak pindah kat mana entah. 


ini dia bajunye... boleh la cik hessa buat baju raya hari ke 3.



Baju Kurung Dewasa RM30 - Baju Kurung Kanak² RM20 di Benang Hijau Collections



Hari Sabtu lepas, adik aku ajak pegi sopim tudung raya kat Benang Hijau Collection Bangi. aku ada jugak tengok² gambo tudung BHC ni kat insta tapi takde la jadi follower pon. dia kan banyak bawal gitew... aku ni dah tak sheshuaiii pakai bawal. nampak bulatttt sgt! dah tak reti nak bujurkan padahal dedulu zaman remajer bawal ni la jadi poojaan kan? kalau pakai, mesti muka nak bulat jugak. pakai shawl senang pulak! haih.

so, aku on jer bila adik aku ajak tu... lagi pun member opis dah wasap bagitau ada sale baju kurung murah² kat Benang Hijau tu... so, zasssss kite pegi.. dalam kui 3.30 pm kot sampai sana...

ni alamat Benang Hijau Collection cawangan Bangi... carik jer Fareeda Eksklusif, haaa! sebelah² je kedai dia.


tapi untuk sale tu, die buat kat kedai lain macam kat dalam gambo ni... selang 2-3 buah kedai dari BHC.


masa sampai tu orang ramai jugak.... tapi takde la full house. baju kurung pon dah banyak habis saiz. tapi ok la. ada jugak saiz mek hessa.


ni contoh baju kurung. murah giless noks. baju dewasa RM30. baju kanak² RM20 sahaja! gila kentang murah!!!


lagi baju murah~


ingat nak amik yang ni untuk hessa, tapi tak jadi~


dah try test, ni saiz setahun. baju ketat, tapi kain panjang berjela... so, aku amik saiz 2 tahun. takpe la kain labuh skit, lipat je la kot. lagi pon budak kedai tu cakap kain ni mengecut lepas basuh. beli besaq skit pon tak pa laaa.


so, ini je aku rembat untuk cik hessa. baju belang² merah putih tu besau amat. saiz 3-4 taon kot! saja beli sebab suka corak ni.. simpan la untuk pakai taon depan. huhuhu...


so, sape² rasa nak terjah Benang Hijau sempat lagi nih. nasib² ada la saiz. murah amat dah ni oiii... kalau tak mo pakai raya, buat baju basahan pi opis pon bole....


untuk baju raya kami anak-banak, aku dah beli kat poplook. cer teka kaler apo?


p/s : sila borong sakan kat BHC ok sebab dapat tudung freeeee!





Tudung Raya by TudungPeople



Jumaat lepas masa lunch hour menggeletis aku terjah Wander Cafe by TudungPeople kat Bangi Gateway sana. tak sabarr gila sebab hati dah terpaut suka tengok shawl kat instagram tudungpeople... check² tengok depa ada butik kat Bangi, apa lagasss? terus terjah tak pikir 2 kali dah. kebetulan aku memang nak carik satin scaft utk tudung raya taon nih... satin scaft by tudungpeople memang lawooo weh... kaler semua cantik² dan nampak mahal sebab satin kan?


ini dia Wander Cafe by TudungPeople. 2 in 1 - kafe n butik. masuk jer terus terbau coffee..... wangi gilaaa.... tapi aku tak makan kat sini lah.. niat nak beli tudung je kan?


selain tudung, ada jugak jual jubah/dress. eceli, boleh je beli on9. tapi takmo la tanggung risiko kan? komfem cepat je sold out kaler² gojes.. kebetulan dorang baru restock tudung baru.



3 ketui aku borong.... jahitan dia sangat cantik n kemas.... aku skang dah kureng pakai paridah dah... kalau nak cepat jer aku sarung cik idah... dalam lemari tinggal dalam 10 lai je kot. yang lain dah abis juai. rasanya yang 10 ketui tu mau separuh lagi aku nak juai.. dah tak pakai... huhuhu... eceli fesyen tudung pon ada musim kan? mana tau sikit hari nanti musim paridah naik balik??

aku suka pakai shawl je skang, baru nampak muda remaja. walau pun take time jugak nak membelit, ku gagahkan jugak wei nak nampak muda punya pasal.. maklom la mak dah masuk 30an.. tssskkkkk....


dah selamat rasmi hari isnin baru ni.. ngeeee~ ni saiz M, saiz sedang²... tapi shawl die panjang sangat lah.. tak tau mana nak sorok yang lebih² tu. mihmih...

so, tinggal 2 lai lagi belum pakai.. agak² tema baju raya kami taon ni kaler ape???? :p


kalau nak cuci² mata leh tengok shawl gojes boleh klik http://tudungpeople.com/


Baju Raya???? Siaaaaaaaaappppp! HA HA HA



Pagi semalam Poplook.com launch baju baru bertemakan weddings & celebrations. so banyak la baju² design baru yang die keluarkan... aku skang gila poplook kids jer... haitu dah beli hayfa dress untuk hessa, semalam beli 2 lagi dress untuk pakai masa kenduri paklang hessa bulan depan n satu lagi simpan untuk raya. ngeeee~~

 
hayfa dress - pakai masa paklang hessa menikah bulan lepas. tema pepel


untuk wedding paklang bulan depan tema mint-green-peach.. so, dah selamat belikan hessa dress kaler peach tu.... untuk raya pulak, cer teka kaler apa??? taon ni takde baju kurung yer hessa. baju lengan pendek jer, so tak payah susah² nak lipat lengan masa nak makan ketupat rendang. muahahaha..

kat poplook ni kena beli cepat kalau tidak cepat sold out n habis saiz . tu yang kalut jer aku beli semalam. pastu dok dendiam. mihmihmih...


baju raya mak pon beli kat sini jugak! pastel kaler gitewwww..... simple jer. plain. taon ni takyah nak blinkblink sangat la. GST! GST! kaitan??? hahahaha....


masa kat vietnam pon dah sakan borong baju-bajan budak² nih. murah² yuolls... beli kat Saigon Square. brand gap, zara, old navy.... semua murah... tshirt budak dalam RM8-10. seluar jeans paling mahai pon RM25 camtu.. tapi kena pandai tawar n pilih kedai la... susah jugak nak carik yang harga murah!

Persiapan RAYA???
Hampir Setel!!!!

muahahahahahaha....

p.s PUASA. PUASA. PUASA