Showing posts with label Muzium Lilin Pertama Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Muzium Lilin Pertama Malaysia. Show all posts

Muzium Lilin Pertama di Malaysia




PEMAJU hartanah I-Bhd memperkenalkan muzium lilin interaktif pertama di Malaysia yang dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia, dan dijangka akan menarik 30,000 pengunjung setiap bulan selepas ianya mula dibuka kepada orang ramai, esok.

Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.

Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.

Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati. Sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.


Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.  

(sumber : http://www.sinarharian.com.my/muzium-lilin-pertama-dibuka-1.191999)
  
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.188524.1375232324!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
 
http://www.utusan.com.my/pix/2013/0621/Utusan_Malaysia/Korporat/ko_03.1.jpg

p/s : bagi aku harga tiket adalah MAHAL. tak pegi pon takpe... hohoho...