Showing posts with label Tudung Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Tudung Raya 2015. Show all posts

Baju Kurung Dewasa RM30 - Baju Kurung Kanak² RM20 di Benang Hijau Collections



Hari Sabtu lepas, adik aku ajak pegi sopim tudung raya kat Benang Hijau Collection Bangi. aku ada jugak tengok² gambo tudung BHC ni kat insta tapi takde la jadi follower pon. dia kan banyak bawal gitew... aku ni dah tak sheshuaiii pakai bawal. nampak bulatttt sgt! dah tak reti nak bujurkan padahal dedulu zaman remajer bawal ni la jadi poojaan kan? kalau pakai, mesti muka nak bulat jugak. pakai shawl senang pulak! haih.

so, aku on jer bila adik aku ajak tu... lagi pun member opis dah wasap bagitau ada sale baju kurung murah² kat Benang Hijau tu... so, zasssss kite pegi.. dalam kui 3.30 pm kot sampai sana...

ni alamat Benang Hijau Collection cawangan Bangi... carik jer Fareeda Eksklusif, haaa! sebelah² je kedai dia.


tapi untuk sale tu, die buat kat kedai lain macam kat dalam gambo ni... selang 2-3 buah kedai dari BHC.


masa sampai tu orang ramai jugak.... tapi takde la full house. baju kurung pon dah banyak habis saiz. tapi ok la. ada jugak saiz mek hessa.


ni contoh baju kurung. murah giless noks. baju dewasa RM30. baju kanak² RM20 sahaja! gila kentang murah!!!


lagi baju murah~


ingat nak amik yang ni untuk hessa, tapi tak jadi~


dah try test, ni saiz setahun. baju ketat, tapi kain panjang berjela... so, aku amik saiz 2 tahun. takpe la kain labuh skit, lipat je la kot. lagi pon budak kedai tu cakap kain ni mengecut lepas basuh. beli besaq skit pon tak pa laaa.


so, ini je aku rembat untuk cik hessa. baju belang² merah putih tu besau amat. saiz 3-4 taon kot! saja beli sebab suka corak ni.. simpan la untuk pakai taon depan. huhuhu...


so, sape² rasa nak terjah Benang Hijau sempat lagi nih. nasib² ada la saiz. murah amat dah ni oiii... kalau tak mo pakai raya, buat baju basahan pi opis pon bole....


untuk baju raya kami anak-banak, aku dah beli kat poplook. cer teka kaler apo?


p/s : sila borong sakan kat BHC ok sebab dapat tudung freeeee!





Tudung Raya by TudungPeople



Jumaat lepas masa lunch hour menggeletis aku terjah Wander Cafe by TudungPeople kat Bangi Gateway sana. tak sabarr gila sebab hati dah terpaut suka tengok shawl kat instagram tudungpeople... check² tengok depa ada butik kat Bangi, apa lagasss? terus terjah tak pikir 2 kali dah. kebetulan aku memang nak carik satin scaft utk tudung raya taon nih... satin scaft by tudungpeople memang lawooo weh... kaler semua cantik² dan nampak mahal sebab satin kan?


ini dia Wander Cafe by TudungPeople. 2 in 1 - kafe n butik. masuk jer terus terbau coffee..... wangi gilaaa.... tapi aku tak makan kat sini lah.. niat nak beli tudung je kan?


selain tudung, ada jugak jual jubah/dress. eceli, boleh je beli on9. tapi takmo la tanggung risiko kan? komfem cepat je sold out kaler² gojes.. kebetulan dorang baru restock tudung baru.



3 ketui aku borong.... jahitan dia sangat cantik n kemas.... aku skang dah kureng pakai paridah dah... kalau nak cepat jer aku sarung cik idah... dalam lemari tinggal dalam 10 lai je kot. yang lain dah abis juai. rasanya yang 10 ketui tu mau separuh lagi aku nak juai.. dah tak pakai... huhuhu... eceli fesyen tudung pon ada musim kan? mana tau sikit hari nanti musim paridah naik balik??

aku suka pakai shawl je skang, baru nampak muda remaja. walau pun take time jugak nak membelit, ku gagahkan jugak wei nak nampak muda punya pasal.. maklom la mak dah masuk 30an.. tssskkkkk....


dah selamat rasmi hari isnin baru ni.. ngeeee~ ni saiz M, saiz sedang²... tapi shawl die panjang sangat lah.. tak tau mana nak sorok yang lebih² tu. mihmih...

so, tinggal 2 lai lagi belum pakai.. agak² tema baju raya kami taon ni kaler ape???? :p


kalau nak cuci² mata leh tengok shawl gojes boleh klik http://tudungpeople.com/