Buka Kiosk Rollerblade di Bangi Gateway~



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.... akhirnya, kami bukak jugak kedai untuk jual rollerblade walaupun bukak kiosk sajok :)


selama ni dok jual online jer.. tapi bila customers asyik tanya kedai kat mana? kedai kat mana? kami pon macam, ermmm..... pikir jugak sebenarnya nak bukak kedai ke tidak? so, bila pikir² balik, actually lagi elok ada kedai. so that customers lebih konfiden nak beli dan dorang boleh datang n pilih sendiri barang apa dorang nak.

so, kami pon start carik location kat mana nak bukak kiosk.. ada tanya² kat Alamanda tu. alahai... ribu-riban. tak mampu mak nokss. mahai gilosss! aku usha² kat tenet/group mana tempat yang available.. so, dapat la kat Bangi Gateway. sesuai la dengan bajet kami yang baru nak bertapak ni. huhuuh...

Bukak kiosk ni pon baru bulan lepas kot. tak sampai sebulan lagi.. dalam bisnes ni ada turun-naik, dengan saingan lagi... so, doakan kami kuat yer. InsyaAllah, pelan² kayuh.


sewaan rollerblade berjalan seperti biasa di depan Istana Kehakiman. hari minggu datang la yer kat presint 3 tu. bawak anak², kita riadah sama²...


selain tu, kami join jugak kalau ada event² kat dalam Putrajaya nih... macam festival belia bulan mei haitu, kami bukak tapak untuk sewa rollerblade.


bulan puasa pon kami jual rollerblade kat expo mega raya... orang tengah sibuk beli baju raya, kami jual kasut roda raya.. aci gitew?? ahaks... sale pon okey, boleh la buat topup duit raya~

  
masa hari merdeka baru ni pon kami bukak booth jugak~


ada jugak dapat jemputan dari IPT untuk join event dorang. macam yang ni kami dijemput bukak booth sempena minggu aktiviti pelajar kat Mara-Japan Industrial Institute Beranang, Semenyih. macam biasa, sewa rollerblade lah kasi students main sampai lebam.


yang ni dua minggu lepas rasanya. ada festival sukan kat KUIS Bangi. pon sama jugak. kami bukak booth untuk sewa rollerblade.


ni event yang terbaru.. 2 hari lepas MJII sekali lagi jemput kami untuk join event dorang... dah 2 kali dorang jemput. 

cuti sekolah ni, ada jemputan dari UiTM pulak... Alhamdulillah... rezeki tak datang bergolek. kena usaha, yang penting rajin buat promosi. skang macam² saluran ada. sales kami banyak kat instagram.

so, itu la kot serba sikit pasal bisnes rollerblade kami nih... pada yang nak beli rollerblade tu boleh usha gambar kat instagram kami yer.

jom follow
lov3thebladers

TQ semua... ♥




3 comments:

nad said...

moga trus sukses!

eima said...

good luck dear ..... nantia ku pi usha .... anak aku dah tak pakai pun sneaker die tu .... nk preloved boleh ??

Nur Nadhirah Izzaty said...

As salam akak. sewa rollerblade masih buat ke?