Bercuti di Glory Beach Resort Port Dickson


Adik aku, makteh hadif kan baru pas bersalin. baru tak baru la, anak die skang dah 4 bulan kot! ngeee~ dia la dok mengajak pegi bercuti. lama dah dia ajak, last² lepas bersalin baru dapat pegi. huhu~ carik hotel dekat² jer sebab baby makteh pon kecik lagi kan? haura takpe, dia dah biasa travel jauh. ahaks... so, rasanya Port Dickson paling sesuai kot! ada pantai, budak² pun mesti suka main pasir...

kan bulan lepas dapat cuti umum sempena pertabalan Agong tu kan? 24 April rasanya. siang tu announced tarikh cuti, malam tu terus aku booked hotel untuk tarikh cuti umum tu. ngeeee~

Aku booked tru booking.com. carik hotel yang mampu milik. maklum la, time tu belom gaji... so, carik² dapat la Glory Beach Resort. rate masa tu kalau tak silap RM195 untuk apartment 2 bilik. murah sangat dah tu! esok-esok tu aku check balik tak dapat dah rate tu! agaknya hotel pon baru update yang tarikh tu dapat cuti umum. kan? nasib book awai.

Day 1

Hotel boleh check-in pukul 3.00 petang.. so, kami gerak dari Putrajaya dalam kui 10-11 pagi kot. tak ingat dah! banyak kali dah pegi PD, tapi tak penah pon nak pegi melawat tempat² menarik yang lain kat PD nih~ hajat di hati nak pegi Port Dickson Ostrich Farm, Alive 3D Art Gallery & Rumah Terbalik Port Dickson... tapi mengenangkan poket pon kempis time tu, kami ke Muzium Tentera Darat je laa.. masuk free. ngeeee~ :p 

lagi pon budak² laki kan suka muzium yang ada kapal terbang, helikopter dan keretapi gini.. memang sesuai sangat la bawak dak hadif mai sini sambil belajar sejarah~

antara ahli rombongan yang terlibat~


   hangat litlit hoiii haitu... 


 abam dan kangah~


kat belah luar kawasan muzium penuh dengan macam² jenis kenderaan tentera. jenuh nak selfie. :p


3 dari 8 beradik~

adik aku yang lelaki tu keje kat Muar. saja la ajak dia turun PD, bercuti sama². masing² keje lain negeri, payah dah nak jumpa skang... klu balik kampung, tak semestinya dorang pon balik skali.. raya pon tak jumpa.. sobsss


 5 beranak~ 


  semua gambar² kat luar muzium jer... kat belah dalam mak tak sempat nak snap. huhuhu~

Kalau datang Port Dickson, jangan lupa singgah sini tau! macam-macam ada kat dalam Muzium ni... bukan sekadar tempat berselfie. ngeee~

WAKTU LAWATAN
Rabu - Ahad
10.00 pagi - 5.00 petang

Hari Tutup :-
Isnin & Selasa

Kemasukan:-
Tiada dikenakan bayaran (percuma)


Lepas tu, terus pegi carik port makan tengahari... jenuh jugak nak mencarik, tempat² yang femes semua full kot! so, kita pegi kedai biasa je la, makan nasik ayam. kenyang jugak!

sampai hotel, jenuh jugak que nak check in... meramai umat time cuti umum gini~

ni dia apartment 2 bilik... sesuai la untuk dua family. masuk ni dah 2 kali stay kat Glory Beach.. dulu penah mai skali, lamaaaa dah. taon 2009 kot...tu pon adik ipaq blanja tidoq hotel...


ada balkoni. mengadap laut lagi... boleh la layan blues jab~
   

petang sikit baru turun main pasir~


pakcik amir & haura


out of topic :haini cik kak ni kena cocok 9 bulan. jangan la demam...


dah nak senja baru naik atas....


cuzziess~ siapkan anak² dulu sebelum kua pi dinner...


dinner kat Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood. antara tempat makan ikan bakaq femes gak kat PD. 2 kali gak mai makan sini...


Day 2

 matahari terbit di Port Dickson


hari kedua pagi² lagi abam hadif dah terjun pool. kui 7.30 pagi kot! dari semalam dia bising nak mandi pool.. semalam tu memang main pasir jer.. malas nak bawak pegi pool. hahahaha! so, pakcik amir la jadi mangsa temankan hadif mandi...


bersemut orang time ni... layan je laaaa~ mandi tak lama pon sebab hujan turun... 

kui 12 tghari, siap² check out... memang tak menyinggah mana² pon. terus balik umah.. eh, balik tu ikut jalan Enstek.. so, menyinggah la kedai makan best kat Nilai...

kedai wajib cuba~ masak lemak cili api dia boleh buat berdesing telinga... pedas kaw-kaw! 

 WATIE CORNER @ KEDAI TEPI KUBUR 

dulu masa duk Nilai, ada jugak makan kat sini... udang masak lemak tempoyak dia sedap gilaa... dah kenyang makan kat sini, terus balik umah masing²..

Next trip cuti² ngan makteh, kami nak pi Melaka... InsyaAllah, hotel pon dah booked kat Masbro Village. kena booked awai, full house sokmo! huhuhu... payah nak set bercuti ngan makteh ni, sebab dia memang nak bercuti time cuti skolah jea.. takat cuti 2 hari tu dia tak mau! letih la, penat la.. banyak keje laa... cikgu kan??

till then, bubye ♥


4 comments:

Cici said...

suka Glory Beach Resort . puas hati dengan apartment and kolam dia

Nor said...

Salam tuan tanah tumpang iklan....

Saya ada 1 unit Corus Paradise private apartment Port Dickson (seaview) utk disewa harian/bercuti/kursus bolehlah hubungi@call@whatsapp sy cikgu nor (direct owner) 019-2222777...tq

100% fully renovated with 2 rooms n 4 airconds..(hotel concept)..

Nor said...

Salam tuan tanah tumpang iklan....

Saya ada 1 unit Corus Paradise private apartment Port Dickson (seaview) utk disewa harian/bercuti/kursus bolehlah hubungi@call@whatsapp sy cikgu nor (direct owner) 019-2222777...tq

100% fully renovated with 2 rooms n 4 airconds..(hotel concept)..

Nor said...

CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

FULLY RENOVATED APARTMENT..
Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

The space
Accommodates: 4+
Bathrooms: 1+1 ( water heater)
Bedrooms: 2
Beds: 2+1
Check In: Anytime after 3PM
Check Out: 12PM (Noon)
Property type: Apartment
Room type: Entire home/apt
Fully renovated apartment
Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
Extra bed : 4

No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

Rates per night :
Weekdays : rm200
Weekend : rm250
Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

Safety features
First aid kit

Availability
1 night minimum stay

*Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

*5S CONCEPT

Contact me:
Che Norijan Binti Jamil
019-2222777
Direct owner